Khamis, November 13, 2008
Kenapa Chua Soi Lek menang?
Pada hari minggu, Husin tak berniaga dan tutup kedai. Itulah hari untuk Husin pergi pasar dan kedai untuk membeli belah barangan rumah dengan isteri.
Bila shopping, isteri Husin ada sesuatu kekuatan yang sangat luar biasa. Dia tidak tahu penat, ada saja tenaga. Mintak tolong mandikan unta, dia buat helah. Bab shopping, dia boleh jalan 10 batu dalam kompleks dan pasaraya tanpa henti-henti. Macam ada tempat macam bonggok belakang unta untuk dia simpan tenaga.
Selepas membeli beberapa barang, agak berat dan leceh untuk angkat barang-barang sana sini. Husin akan guna sebagai alasan untuk berhenti ke kedai untuk relaks dan bersembang dengan kawan-kawan. Pada minggu lepas, hampir semua kawan-kawan ada - Muthu, Ah Chong, Tony, dan Sulaiman.
"Husin, lama tidak nampak?" Tanya si Muthu.
"Yalah Husin, mana awak sudah hilang? Lama tidak nampak," Sampuk Ah Chong.
"Ada," Husin jawab.
Tony bertanya, "Husin, whats happening to UMNO?"
Sulaiman menyampuk sebeleum Husin dapat jawab, "Aisay brader. Itu Timbalan, tak akan Mat Taib dan Ali Rustam yang lawan Muhyiddin?"
"Takpelah, demokrasi," Husin jawab.
"Demokrasi? Apa akan jadi kalau Ali Rustam menang? Dia akan juga jadi Timbalan Perdana Menteri!" Ah Chong menyuarakan keresahan.
"Itu pilihan ahli. Nak macam mana?" kata Husin.
"Mana boleh? He is not so smart. Selalu kenyataannya macam parrot. Dia ni selalu bigau. Kadang-kadang dia cakap macam dia sudah lost in space." Muthu menjawab.
"I tell you a story la. Orang sudah komen sama dia. Dato Seri perlu menunjukkan perwatakan yang intelek. You tau apa dia jawab? Apa lagi mau, saya sudah bina bangunan k-economy ... hahaha."
"He is like Dolah and can be worse. Looks like he is being used by some unseen hand. But friends, he is a nice guy. A grassroot politicians who answers every SMS received and will make effort to attend wedding invitation, call up the authority whenever he see a streetlight not lit and visit hospitals of friends, family and rakyat. But ini federal level la." Ah Chong meluahkan perasaan.
Tony menambah, "Many of my MCA friends frust, if he wins. Gerakan also concern. Susah untuk BN hendak menang next General Election dengan personaliti sedemikian memimpin UMNO."
Muthu masuk, "Ada lagi ke Gerakan untuk PRU 13, Tony? Tanpa Penang, Gerakan is finish. Gerakan pun macam tunggu masa untuk keluar BN anytime. Kalau dia keluar BN, dia pun finish lagi cepat."
Sulaiman menyampuk, "Jangan cerita Muthu, MIC pun boleh finish."
"Tak finish ... hijrah ke Finland. Hehehe ... Pada kau orang, Mat Taib menang, ok tak?" Husin tanya.
"Tak ok, Husin. Macamlah kau tak tahu. Engkau juga yang buat joke prestation. Nama sudah rosak kerana banyak sangat cerita. Kena tangkap di Australia dan diberhentikan kerana kesalahan tidak buat deklarasi aset keluarga. Kahwin lari puteri Sultan." kata Sulaiman.
"Lagi pun, Husin. Dia tak tahu cakap Inggeris. Hahaha ... malu kita dalam urusan antarabangsa dengan orang asing. Itu Ali Rustam pun tak tahu cakap Inggeris." Ah Chong menerangkan.
Sulaiman menambah, "Mat Taib memang jaga hati dan tolong orang ramai masa Menteri Besar, tapi dia sudah imej rosak macam si Khairy. Tak boleh jadi muka yang akan mewakili UMNO. Sebagai ketua Penerangan UMNO pun, dia fail, bro."
"Alah, kau orang ini asyik salahkan UMNO saja. Muthu dey ... Itu Samy Velu sudah kalah pilihanraya pun tidak undur. tak akan dia taktahu itu orang sudah tak sula sama dia." Husin mula menembak.
Diam saja si Muthu. Diam seribu batu. Mereka sedar tak ada Samy Velu pun susah. Tak ada pelapis. Ada Samy Velu pun susah, orang sudah banyak marah dengannya sampai tak hormat. Dia ini macam kepala ganster. Lagi ramai orang India lari ikut Parti Hindraf, PKR.
"Tony, kau pun ada problem besar. Parti engkau hipokrit besar. Sejarah kau tercemar sebagai pemula peristiwa 13 Mei. Kau orang bising pada Ahmad Ismail tapi itu Tan Lian Hoe apa cerita. Dia kata dia disalah anggap. Apabila jawab, pun salah. Dia MP kawasan Grik, itu kawasan 80% Melayu, apa cakap macam itu mengenai orang Melayu? PRU13, sila balik dan kelahi dengan PPP untuk kerusi Taiping." Seorang lagi kena balun dengan Husin.
"Ok Ah Chong, gua tak ambik hati pasal apa MCA cakap hari itu. Masa Persidangan, biasalah kita act sama ahli-ahli. UMNO dan MCA ini kawan banyak lama. Sama lama dengan sejarah kemerdekaan negara ini. Tapi ini MCA pun kasi malu sama imej BN. Apa itu pornstar lu orang boleh kasi pilih sebagai Timbalan Presiden?"
"Tidak Husin. Jangan salah anggap. Kami di MCA sekarang mahu lakukan pembaharuan. Objektif kamia dalah untuk meletakkan muka baru dan menitikberatkan meritokrasi. Itu sebab Chua Soi Lek menang."
"Merepeklah kau Ah Chong", Sulaiman menempelaknya.
"Tak merepek, kami memang percaya dan konsisten dalam hal ini. Kami pilih Chua Soi Lek pasal dia memang PERFORMER!"
Ha ha ha ha ha .... ketawa besar kami semua. Sambil ketawa, Husin berkata, "Ah Chong, lu boleh masuk politik dan ganti sama Chua Soi Lek."
Lepas itu, seperti biasa kami orang-orang tua gatal duduk di kedai kopi melihat dan komen mengenai wanita-wanita muda cantik molek yang lalu lalang di situ.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
29 ulasan:
''Apa itu pornstar lu orang boleh kasi pilih sebagai Timbalan Presiden?"
Lawak, lawak!
tepat sekali analisis tuan rumah.
semua party tak boleh percaya 100%, semua kena bagi can gilir2 buat kerajaan, baru dia orang takut nak buat hanky panky, sebab kalau kerajaan bertukar, nanti rahsia terbongkar.
cuma, bilalah rahsia penyelewengan kat 4 negeri tu nak dibongkarkan dan dihadapkan ke pengadilan??
setidak2nya pun, bagi tau rakyat lah macam mana rakyat terpaksa menanggung beban kerana keegoan pemimpin yang sangka dia orang berkuasa teramat sangat...
oh, itu party kena pilih antara pornstar dengan penyangakstar, dah tak der pilihan, pornstar pun pornstar lah, daripada penyangak.
Kalau pelakon porno boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden MCA, nyata Mat Taib dan Ali Rustam lebih bersih dan layak untuk Timbalan Presiden UMNO cuma kurang berani macam Muhyiddin, kalah satu hun saja.
Kalau dalam PRU13 nanti MCA kalah teruk di kawasan Melayu jangan salahkan UMNO sebab pemilih Melayu tidak minat 'pelakon porno' dalam BN. kalau Gerakan kalah di kawasan melayu jangan salahkan UMNO kerana Melayu tidak minat 'Teresa Kok Gerakan' dalam BN.
Sendiri mau ingat.
Kluangman
Mat Taib tak pornstar ... tapi bawak lari tuan puteri ke siam. Di rumah ada harimau dan dapat bini nombor dua yg hari hari mau. bini lawyer nombor dua tak ada cerita lah.
Ali Rustam tu cuma orang saja tak tahu. Masa dia timbalan menteri, ada kes ... hahaha di bukit antarabangsa tempat budak tu duduk.
Jantan pun sama. Yg betina simpan jantan pun ada ...
Kenapa Chua Soi Lek menang???
Ramai orang di MCA suka 'performance' CSL di atas katil... ha ha ha...
Sin,
Macamana ana tak ghundah gulana … habis semua orang dalam UMNO kena jual.
Kita tengok calon-calon yang layak tanding jawatan ketua pemuda. Semuanya yang berduit. Yang tak berduit tak layak. Soalnya yang tiga layak ini mana datang duit mereka? Ana tak kata apa-apa tapi sorang pernah bergelar YAB, sorang anak yang pernah bergelar YAB dan sorang menantu yang bergelar YAB. Agak antalah, kalau setakat jual unta boleh ke bergelar YAB?
Yang Amat Berharap
Najib dah layak.
Chua Soi Lek timbalan okay lah tu. Ong Tee KIat pun nampaknya macam ganas di ranjang punya orang.
MIC kena tukar kasi DP Vijendran jadi Presiden MIC.
Presiden Gerakan ni aku rasa tak power. Cina toya nak mampus.
Biarlah Gerakan keluar BN dan mati. Dah mati pucuk pun ...
Husin Lempoyang,
baru gua tau situ ala manyak amoi ya?
Aiseh, gua pun PERFORMER!
Nanti kita sana jumpa...
saudara husin lempoyang...enta jangan tak tau..soi lek tu jiwa muda..hahahaha
http://writtenbyhim.wordpress.com/
Kenapa CSL menang?
Sebab dia PERFORMER yang POWER. Layak apply jadi part time actor kat hustler. Go global CSL!!
Tuan Husin,
UMNO & MCA sama-sama lah. MCA ada performer dan UMNO ada Orang tak pandai cakap orang putih nak bertanding Timbalan Presiden cum Timbalan PM. KALAU LAH orang UMNO undi dia nampaknya hanyut lah Malaysia ni elok kita ambil perhatian kata Raja Lawak kita Nabil, " Fikir-fikir lah sendiri"
Org Kg
Sokong ini: "semua party tak boleh percaya 100%, semua kena bagi can gilir2 buat kerajaan"
Begitulah suasana dikebanyakan kedai kopi diseluruh Malaysia. Jika bercerita soal Mat Taib mesti tentang penangkapan beliau di Australia dan isu kahwin larinya dengan anak sultan. Bila bercerita tenatng Chua Soi Lek mesti tentang tangkap basah yang dilakukan terhadapnya dan bila mengenai Ali Rustam mesti tentang imej kehandsomeannya. Kenapa tidak sesekali kita berbincang serius tentang ketokohannya pula? Melihat akan kebermungkinan kemampuan mereka meraju negara dimana akan datang ini. Saya sangat yakin ketiga mereka ini sangat berkemampuan. Saya kurang yakin Ali Rustam tak pandai cakap inggeris itu.
Ahmadinejad tak pandai cakap inggeris tapi boleh jadi presiden yang berjaya,ada ramai perdana menteri kat luar negara tak pandai berbahasa inggeris tapi mereka boleh jadi pemimpin yang baik.. Verified... ?
Kalaulah YAM Raja Nazren bin Sultan Azlan Shah masuk politik mcm YAM Raja Azlan dan adinda Raja Perlis, kita tabalkan YAM baginda menjadi Perdana Menteri saperti YAM Tunku Abdul Rahman Putra.
Cuba bungaraya cerita ketokohan ali rustam.
bila election, apa nak jawab pada pengundi bila kita ada tpm mcm muhammad taib yg ada kes rasuah yg jelas dan diberhentikan kerana sebab itu.
siapa tokoh satu hal tapi election macam mana. mcm isu tokoh pemimpin kau khairy, boleh kah umno diterima rakyat jika khairy jadi ketua pemuda?
cua gentlement, mengaku salah & mohon maaf..kira ok la..
dia janji tak buat lagi.
& orang/ keluarganya (kot?) dah maafkan.
akupun ade member2 yg kaki konkek, tp baik hati tak kacau orang, tak mabuk, tak menipu.
Pada aku, kalau bukan melayu/Islam nak kokkek itu budaya diorang, kira OKla..
Mat saleh pun kaki konkek, boleh bisnes baik2 bagi melayu/cina/india keje...OK what?
Betul la apa yang dibincangkan oleh Husin dan geng pelbagai bangsa kat kedai kopi tu. Itulah juga persoalan-persoalan yang bermian dalam fikiran rakyat marhean sekarang ni. SIAPAKAH YANG BAKAL MENJADI PENYELAMAT? Harapkan orang UMNO, semuanya dah mata duitan!!!
tadi presiden MCA pun xmau soi lek...hehe..performance bagus pun kalau xkena tempat...longlai...
musti pandai pembohong...musti pandai temberang...tetapi..jangan sampai..hai pecah tembelang...
soi lek temberang dah pecah pun still layan timbalan presiden...
lebih hebat dari bapak mentua...
Chua Soi Lek patut join DAP, di sana ada Teresa..
Sin Buah Lempoyang,
Kau tengok jawatan Timbalan Presiden UMNO ditandingi 3 penjuru.Aku rasa salah satu kriteria yang mesti ada ialah perlu fasih berbahasa Inggeris.Aku taknak nanti jadi macam Zam zam al-lakazam yang diinterviu oleh Al-jazeera betul-betul jadi bahan lawak antarabangsa.Dah lah gagap, lain wartawan tanya lain yang dia jawap. Malu-malu...Dalam zaman Globalisasi Timbalan Presiden UMNO yang selalunya Timb. Perdana Menteri mesti menguasai Bahasa Inggeris,
Dalam tiga yang bertanding sorang diketahui mahir dalam broken English dan kadang-kadang bunyi English dicampur dengan melayunya menggelikan hati. Tuan punya diri mengakui diMahkamah Australia tidak faham bahasa omputih.Sorang lagi dari negeri ISketam BOLA, negeri yang terkenal dengan cincalok.Aku orang Melaka, tapi aku tak pernah lihat calon ini berbahasa omputih samade secara live atau dalam melalui media-elektronik.Adakah ia tidak fasib berbahasa English??atau malu
diketahui Englishnya yang boken?Yg sorang lagi baru diketahui kebolehannya setelah menjadi Menteri Perdagangan...at least tahu selok belok ekonomi dan perdagangan dunia.
Aku hanya tahu 'When the Smoke is Going Down'.
Weh kalau nk timbalan yg fasih bahasa english pilih aje karpal singh.
SAYA MENYOKONG YANG TIDAK PANDAI BERBAHASA INGGERIS,TIDAK PERFORM DI RANJANG DAN TAK HENSEM
JANJI BOLEH MENJAGA DAN MEMBELA KEBAJIKAN SERTA MEMBUAT KERJA DIULANGI MEMBUAT KERJA KEPADA MASYARAKAT
english tak pandai boleh blaja
tak perform di ranjang ali cafe ada
tak hensem operate muka sudah
english tak pandai takpe..
Lim Gohtong, tauke2 banyak yg tak berapa pandai English.
Ni kat kilang aku ni pun banyak cina, malayu jepun yg english bangang..tp keje OK.
Kalau harap english aje tapi otak lembam tak guna jugak..
masalah sekarang ni calon2 macam lembam aje..mengantuk (warisan paklah
Sin kau punya pasal, Chua so Lek tak dilantik jadi menteri atau pengerusi perhubungan negeri. Presiden MCA kata 'Jangan Putarbelit" - dia warning kau ke dia warning chua so lek...
macam mana kau ni sin
kau kata chua soi lek performer tapi tak dapat jadi menteri. cuma timbalan presiden saja.
ini mcm ali rustam jadi timbalan presiden najib gut?
hohoho ... baik mca atau umno, kenapa lama2 jadi sarkas.
pengerusi BN pak lawak gut ...
kalu isu bahasa inggeris nk di utamakan dlm memilih pemimpin negara, hamba rasa, pemimpin tertinggi pas skarang ini mmg takda harapan laa..
Mahfuz, Mat sabu, Hadi awang.. blh ker speaking..???
Nik Aziz jauh skali...
woppp.. anom kat atas, nik aziz reti byk bahasa, jgn dok pelekeh.. kang ada yg backfired ko..
Bagi kawan kalau citer pasal calon2 timbalan presiden ni, (ingat ni kawan komen berdasarkan 3 org ni ajer) paling layak bagi kawan utk jwatan timbalan presiden adalah ali rustam dgn syarat Muhyiden presidennya.. jadi memandangkan muhyiden tak boleh diangkat jadi presiden maka ali rustam kena tunggu dululah.. dlm masa menunggu ni, kalau ada calon lain yg dtg, mgkin ali rustam terpaksa gostan pi naib presiden, itu kalau sorang dua org baru hadir, kalau ramai, dan dia takleh nak compete dgn yg lain, terpaksa lah jadi macam ku li.. tertinggal oleh zaman yg berubah. So Ali has to focus and keep move forward... hahaha berterabur kawan tulis ingeris, broken giler.. tapi takpe, kita belajar...
Catat Ulasan