Selasa, November 11, 2008

Peh! 3 bijik dari Ahli Nujum Negara. Takpe, untuk kuatkan semangat ...


Takpelah, tak akan asyik kenakan orang. Sesekali kena menerima pula. Husin nak guna buat air. Berikut Nujum Pak Belalang dari Azuan Bin Rusly
Soalan 1
Raja Masai: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2
Raja Masai: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3
Raja Masai: 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara: 'UMNO!!!'

Raja Masai: 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4
Raja Masai: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Raja Masai: 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Raja Masai: 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara: 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...' 'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Soalan Extra

Raja Masai: 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara: '........... ISA !!!..'
Eh eh eh ... Raja Masai ini macam hamba kenal. Dia ni menantu Sultan Abdullah atau anak jin atas pokok. Ahli Nujum Negara tu terang-terang serupa macam yang beli Bank di Tanah Seberang dengan harga mahal. Soalan bocor ...

Yang tukang tulis teka teki dapat ide dari si cucu hindu kutip botol. Itu pasal belalang dia ISA. Salah kau, Ane. Kau tak guna belalang, tapi pakai kunyit. Baru power macam Sivaji the Bos. Hehehe ... jangan marah, jangan marah.

Hamba kenalah test power sikit, tapi teguran diterima untuk buat air, air kuat semangat. Janji hamba tak bawak lari Tuan Puteri pergi gua atau pun nak tanam orang.

Kalau pandai kasi ide buat teka teki, mesti pandai penuhi janji dan bukan pandai buat alasan. Wow!

30 ulasan:

Orang Melaka berkata...

Haha.. memang lawak .. lol

Tanpa Nama berkata...

woh..kau memang kelakar sin..

Tanpa Nama berkata...

Tabik tuan husin,

Ko memang open minded betul.

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaahahahahaahahahaha.... lawak bodoh...

Mu bodoh....hahahahahahahaha..

benda2 mcm ni pun nk buat lawak...bodoh punya post...

melayu kita juga yg kena...

dulu aku lihat cina yg pakai kereta besar2...siap penjenayah ke...penjual dadah ke..atau penipu...kita jd hamba je kerja dgn mrk..

lo ni...aku tgok melayu dah sama dgn mrk..ada kereta besar...ada duit dan aku tgok ada cina yg duk berapit dgn melayu nkkan bisness...

hah !!! aku kata ini baru dia...aku bangga...aku bangga...dulu wang kaya dr mana hasil kita halalkan je..tak tanya pun..

lo ni...org kita mula nak berdengki...

aku tetap bangga ...sbb Melayu bang ...melayu !!!!...apa punya pemikiran semua ni...melayu sesama sndiri nak bertekak...

MU BODOH !!!

Tanpa Nama berkata...

Bodoh giler posting kau kali ni... Tak masuk akal.

Che Moq™ berkata...

Sin, kekuatan laksamana umno ada pada bendera la sin..keris terbang..

ALI MAIDIN berkata...

Kau dah belot ke Sin

Tanpa Nama berkata...

mutakhir ini ... aku tengok blog ko ni sejak gambar cantik kj, byk khairy-trooper. dia org ni dahlah kurang sopan, tak ada langsung sense of humour.

kalau begitu, si kj ni sekarang tgh berpura2lah. macam mana agaknya bila dia berkuasa. pasti lagi kurang ajar, dan angkuh si kj.

aku respek ko, sin.

sedia menerima sindiran atau teguran. ada dalam teka teki itu betul. dan ada salah anggapan. itu yg kau tuing sikit.

muga umno lebih berani, bijak dan bernas dalam berfikir dan berbicara.

Quantum Metal Consultant berkata...

Sin, tak lawak pung..

Tanpa Nama berkata...

Chien

Takde sapa yang ketawa.
Kalau takde modal, tutup saja blog awak.
Baik niaga durian kat Chow Kit.
Kalau Arwah P Ramlee masih hidup, mebangis dia

r.k berkata...

dey barackah..post ni dari komen Azuan Bin Rusly dari
http://wanbatukurau.blogspot.com/

al-doyai~

Mudskipper berkata...

Salam Pak Husin!

Soalan 1 tu patutnya begini:

Raja Masai: 'Didalam CELANA hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara: 'TUNJUK pada hamba..!! Apabila ada JANTAN JAMBU menonggeng , kayu itu condong kebawah itulah UMNO dan kalau kayu menegak ke atas itulah PKR..' he he he

perfectwater75 berkata...

Salam,

Aku cukup syok baca post kali ini, power giler....lawak!!!!!!


thx!

Unknown berkata...

P. Ramlee ada cara tersendiri untuk mengkritik pemimpin. Dia memang bijak. Walaupun dalam filem beliau banyak nasihat, teguran dan kritikan kepada Sultan dan Pemimpin Negara tetapi dia bijak melakukannya tanpa kena ban.
Cara beliau ialah membuat cerita yang berlaku dalam negara antah berantah dan negara arab.
Tapi sebenarnya cerita-cerita itu adalah berupakan sindiran kepada pemimpin dan raja-raja negara Malaysia ketika itu.
Syabas kerana anda menyambung tradisi yang unik ini.

Tanpa Nama berkata...

aku paling setuju dengan teka teki belacak. Jawapan dan smash yg sgt kena buat penyokong lawan... hahahaha...gelihati aku..

anakjin

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jadi Melyu akhir zaman,

2 dua dlm keadaan Bangang
Btg Naik vs Parti Kaki R8g*l

UMNO
Tuan puteri dilarikan Kahiri,

Negara digadai yahudi (syer sinpork), shahril pulak kata orang2 johor sibuk main sms, bodoh punya menteri-cek kat maxis tangkap ajelah,

PKR&PAS
beruk2 & babi2 dibiar berkeliaran (nak buang ISA, hina stupid fatwa, buang ketuanan melayu, bawa gusdor dajjal, PAS sokong Hindraf-membabibontot)

Hoi Melayu:
rosak2..kedua2nya..
anak muda memerhati..

Cepat sebelum terlambat
merugikan melayu bergaduh Utk menguntungkan pendatang..

KPD Melayu PKR:
mereka Kuasa Global, Billionare mereka boleh beli Tanah Melayu kawan.

You buang hak melayu, ketuanan rakyat-habislah semua kampung2 dirakyatkan.

jgnlah diperkudakan oleh babi..

Gelombang Rakyat berkata...

Best lawak nii Husin Lempoyang.

Namun ada satu lagi soalan yang syiok kalau ditanya!

Dalam banyak-banyak Memanda Perdana, yang mana satukah yang kuat tidor dalam mejlis rasmi?

Siapa jawab Obama, berdiri atas kerusi!

carrotsusu berkata...

karya tebaik la sin

Tanpa Nama berkata...

Rating hari ini:

Husin Lempoyang: Dapat 2 bintang
(Dah belot kot)

Belacak: Dapat 10 bintang
(Pejuang sejati)

Sin, kau buat lagi lawak bodoh macam ni, siap kau

BJ

wanbaki berkata...

kau berani sin..
sampai bila kita nak cakap UMNO tu baik, bagaus dan realiti nya dah rosak.
Kalau UMNO tak boleh terima kritikan tunggu lah masa untuk hancur.
Kita sama-sama kritik supaya UMNO lebih kuat bila membetulkan yang salah.

Tanpa Nama berkata...

Tang mana lawaknya? Setakat ceduk dari filem, budak tadika pun pandai...Apa kata jawapan kepada soalan ahli nujum tu kita tukarkan jawapannya, lawan balik la kiranya...Mesti lebih tepat dan sesuai...

Tanpa Nama berkata...

Salam Sin..

Aku tak cakap ko Belot tapi dah jadi Belut..har har har..licin dan licik..

Just for UMNO Totok..fikirkan lah...Apa yang pemimpin anda beli selepas setiap Mensyuarat Pemilihan Bahagian. Atau wakil bahagian ke pemilihan MT. Dan tolong fikirkan apa yang anda dapat?

Dan yakinlah..sindiran oleh Usin ini untuk kebaikan UMNO itu sendiri..jangan tunggu nasik jadi bubur kerana nasi bubur menjadi makanan Cina..he he he he...

Setakat ini..kapal yang rosak masih lagi boleh dibaiki tapi jangan pula meletakan Nakhoda Rabun..nanti Kapal terlangar Middle ROCK terus tengelam..ha ha ha ha...ko bagi jer Usin jadi Nakhoda..abis cerita..

Wassalammmmm

Azuan wan berkata...

Tuan Husin,,,
saya tak sangka pulak tuan husin nak siar komen kutip saya...hahaha ada kemajuan tuan husin..
kita kena neutral tuan husin...kalau betul kita betul kalau benar kita kata benar..kita jgn la pulak bertalik buta...
saya pon syg UMNO tuan husin kerana UMNO yg memartabatkan ugama islam dan Bangsa melayu dibumi bertuah ini...tapi sekarang UMNO ni dah jadi parti untuk buat kaya....Sin aku penyokong kuar TUN dr.M...sekarang pemimpin UMNO hina dia aku tak boleh terima..dulu masa UMNO kena haram macam hindraf sapa ygt bina balik UMNO....Sekarang banyak penyokong UMNO menjadi penyokong yg membawa reba dan rebah...bukan membawa suara akar umbi tapi membawa suara poket sendiri...Sin sedih aku bila menyayi lagu anak kecil main api masa mengaji kat tabika kemas dulu...

Tanpa Nama berkata...

gua memang tak paham... sikit pun tak... tak apalah.. next time.



jangan lupa lawat, sekejap lagi aku akan kutuk si menantu itu --
http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

Singh Is Kinng berkata...

Tuan Husin and friends,

Raja Masai dah kalah, tak kena jual ke?

Tak tengok perangai team setiakawan dalam blogsphere, sila ke

http://the-antigonist.blogspot.com/

dengan izin Tuan Husin.

Wassalam.

Unknown berkata...

Soalan 1Raja Masai: 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana “PUTIH” dan yang mana “SAWO MATANG”..??'
Ahli Nujum Negara: 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah “SAWO MATANG” dan yang menegak ke atas itulah “PUTIH”..'
Raja Masai: 'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini orang berkulit sawo matang hampir tenggelam dek berbalah sesama sendiri manakala yang putih makin tinggi kedudukannya...'
Soalan 2Raja Masai: 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah “SAWO MATANG” dan yang manakah “PUTIH”....??'
Ahli Nujum Negara: 'Ini kacang jer Tuanku, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah si “SAWO MATANG” dan yang dikejar itulah si “PUTIH”
Raja Masai:'Sebabnya...!!??'
Ahli Nujum Negara: 'Sebab di dalam negara kita, masih ada lagi si “SAWO MATANG” yang takkan mengaku kalah dengan si “PUTIH”. Maka akan dikejar sehingga mendahului si “PUTIH”
Soalan 3Raja Masai: 'Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara: si “PUTIH”!!!'
Raja Masai: 'Buktikan..!!'
Ahli Nujum Negara: 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, banyak si “SAWO MATANG” yang tak ‘melompat’ kalau satu si “PUTIH” di atas... Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja si “SAWO MATANG” tak ambik kisah jika ada lebih dari satu atau dua si“PUTIH” yang berada di atas... Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar si “SAWO MATANG” kalut bila lebih dari dua si “PUTIH” yang cuba nak naik atas... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada si “SAWO MATANG” yang ‘dah terberak baru nak carik jamban’ bila lebih dari tiga atau ramau si “PUTIH” berada di atas.
Soalan 4Raja Masai: 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana si “PUTIH” sehinggakan berjaya di atas..?? Di kerisnya kah? atau di ongkosnya kah..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan Laksamana si “PUTIH”bukan terletak pada kerisnya ataupun pada ongkosnya...'
Raja Masai: 'Dimana terletak kekuatannya..???'
Ahli Nujum Negara: 'Kekuatan si “PUTIH” hanya terletak di dalam kepala – kepalanya!!'
Raja Masai: 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara: 'Laksamana si “PUTIH” bijak menggunakan dan mengeksploitasi isi kepala – kepala mereka anugerah dari Ilahi untuk menonjolkan kekuatannya... Si “SAWO MATANG” juga dianugerahkan isi kepala ini. Sama saiz, sama bentuk dan sama dari segala aspek. Tapi si “SAWO MATANG” guna isi kepala untuk ‘makan sama – sama tapi berak kat dalam pinggan' si “SAWO MATANG”

Soalan CepuMas….
Raja Masai: 'Kalau Ahli Nujum benar – benar dah khatam dari ilmu tilik menilik, tuding menuding dan kata mengata...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara: '........... ARANG!!!..'

Hah….. lu pikir ah sendiri sebab al musabab kenapa yang kat dalam tangan Raja Masai itu adalah Arang.

IndukYati berkata...

aku setuju ngan Alias Mohd Yusof..bro mmg boto tu,sindiran dan kiasan sedia ada dlm filem P.Ramlee.kita jer yg tak perasan.
lihat dengan mata,tapi bukan mata yang melihat,dengar dengan telinga,tapi bukan telinga yg mendengar...

Quantum Metal Consultant berkata...

Aku tau le Sin, ko tengah jenoh memikio nak buat lawak baru...aku ketawa dululah Sin ...kelakar..kelakar..kahkahkahkah

Husin Lempoyang berkata...

Husin tak peduli sgt apa komen menuduh belotlah atau tak ide lah atau apa sekali pun. Bila joke yang disetuju dipuji dan tidak agree dikeji. Ini tak matang namanya, kawan2.

Sekali2 kita kena berani diketawakan pula. Byk kelemahan disebalik PKR dan husin boleh buat buku menulis mengenainya tapi sebelum kita kritik mereka, sekali kita kena terima sindiran.

Tadi petang Husin duduk dengan beberapa rakan yg pening mengenai bahagian UMNO masing2. Tak mau lah cerita apa yang dikatakan. Tapi semua persoalan yg disindirkan dlm soalan2 ini tersentuh sedikit sebanyak. Semua kelemahan ini telah dieksploitasi PKR dan menjadi impak.

Sekali2 kita belajar ketawa kepada diri kita. Dgn demikian mudah-mudahan kita belajar sesuatu untuk memperbaiki diri sendiri.

Sutera Timur berkata...

Kalau ikut Ali Rustam macam silap umno kalah kerana 4%TAK KELUAR MENGUNDI .tAPI CUBA FIKIR KALAU MEREKA KELUAR DAN PGKAH PAS PULA TENTU UNDI MAKIN MENINGKAT ...biasanya yg tak keluar itu sebab mereka protes....dan kalau mengundi pasti ia ikut arus semasa...maka mereka undi pas....jangan perlekeh kehendak rakyat sebenarnya masalah dalaman dan salah pilih calon adalah puncanya.Rakyat dah cerdek dan boleh berfikir dan janganlah digula-gulakan rakyat lagi dengarlah isi hati dan keluhan mereka....