Isnin, November 17, 2008

Suami yang macam menyesal ...


Dengan tangan memegang gelas air, si Mail berada dalam gelap merenung bulan melalui tingkap dapur. Sudah 51 tahun dia berkahwin dengan Sarah tetapi tidak aman dan harmoni rumahtangga. Mereka hidup mewah dan makmur tetapi mudah saja berlaku perselisihan faham. Sikit sebab, diungkit isu-isu kelahi lama.

Macam-macam tolak ansur telah dilakukan. Macam-macam cara telah dicuba untuk berlaku adil. Macam pendekatan dicuba untuk berlaku adil antara membantu keluarganya yang susah dan kehendak isteri yang mahu cara liberal tanpa sekatan dan tanggungjawab. Macam-macam helah diusaha untuk dia hormati budaya masyarakat Melayu dan Islam, masih tak berjaya.

Padahal sebelum kahwin, Sarah sudah sedia menerima Islam sebagai ugama keluarga, Melayu sebagai bahasa dan budaya, sama hormati Raja-Raja, dan sedia memberi keistimewaan kepada keluarganya yang susah dan masih susah.



Inilah dilemma dan kesabaran yang ditanggung si Mail sepanjang berkahwin dengan Sarah yang berdarah campuran. Bapanya orang putih dan bertugas sebagai Inspektor Polis British di Malaya. Ibu Sarah kacukkan Cina dan India atau dipanggil orang sekarang sebagai Cindian.

Dato sebelah ibu Si Mail berasal campuran Melayu Sulu dari Brunei dan Pribumi tempatan. Macam simbolik antara Sabah dan Sarawak.

Sepatutnya eloklah perkahwinan mereka. Boleh menjadi model kaum campuran Malaysia. Si suami sebagai ketua keluarga orang Melayu dan isteri pula pelbagai darah keturunan. Masaalahnya timbul apabila hendak menentukan hala tuju keluarga mereka.

Bila menziarahi disebelah ibu bapa dan mertua, diikuti cara-cara mereka sebagai penghormatan kepada cara masing-masing. Dalam keluarga mereka menjadi caca marba. Kalau ikut adat ketimuran, keutamaan adalah pada sebelah suami dan masyarakat.

Tapi si Sarah agak degil. Maka ini yang menjadikan keluarga mereka yang serba cukup keperluan, tetapi sentiasa campalang orang kata. Penghabisan anak pun menjadi keliru dan tidak ada jati diri. Si Mail pula agak kecewa kerana anak-anaknya semakin hari bukan seperti orang Malaysia, jauh sekali jadi orang Melayu, tapi terlalu kebaratan.

Kaum keluarga Si Mail di Kuala Kangso masih tidak terbela.


Fikirannya melayang kembali semasa dia terpikat melihat Sarah di runaway. Dari pandang pertama, dia sudah terpikat dengan kecantikan dan tarikan gadis darah kacukannya yang rupa sedikit ketimuran dan gaya kebaratan.

Silap si Mail yang terlalu kagumi cara lain dan tidak menghargai kecantikan gadis-gadis di kampungnya.

Rupa Sarah sedikit sebanyak antara rupa Linda Lumb dan Seniwati Sarimah, tapi lebih menyerupai Dolly Kwan dalam filem Labu Labi. Sarah pun ada personaliti dan terhibur berdamping dengannya.

Walaupun dia agak sukakan Sarah, Si Mail belum bersedia bersedia hendak kahwin. Apa boleh buat? Nasi sudah jadi bubur.

Semasa mereka courting dahulu untuk ke panggung wayang atau makan-makan atau ke night club, mereka selalu berakhir dengan berdua-duaan di Taman Bunga.

Pada malam bersejarah itu, mereka sedang berasmara dana dan bermadu kasih di Jalan Duta dekat Taman Bunga dalam kereta bapa Sarah.

Rupanya bapa Sarah sedang mengikut polis-polis bawah jagaannya dalam rondaan. Dia berhenti apabila menyedari keretanya parking di pinggir Taman Bunga. Marah betul dia. Terus dia pergi ke arah kereta.

Apabila disedari anaknya dengan seorang pemuda, dia membuka pintu kereta dan menjerit dengan pistol polis diacukan kepada Si Mail, "Apa kau buat? Apa kau lakukan?"

Seram sejuk terkenang bengisnya suara orang putih itu dengan muncung pistol yang dihala terhadapmya yang dalam keadaan bertolak ansur.

Bapa Sarah dengan nada suara tinggi memberi katadua,"I give you two choice - marry my daughter or I make you get sent to prison for 10 years."

Dia kahwin dalam paksa. Dipaksa orang putih. Terpaksa menerima cara-cara campur aduk yang tidak membina satu keluarga.

"Abung, vuat afa dalam gelap?"

Si Mail disentak dari lamunan dikejutkan suara Sarah yang slang macam Susan Lancaster mengejutnya dari lamunan. Sudah 50 tahun kahwin dan jadi rakyat Malaysia masih pelat. Kadang-kadang memalukan bila dia bawa pulang isterinya ke Kuala Kangso.

Dengan pelat British, Sarah menambah, "Whots wrong with you? Are you still angry from our disagreement? Don't we always quarrel all these years?"

"Tak ada apa-apa, abang tengah berfikir.

"Kalau dahulu abang masuk penjara 10 tahun, sekarang dah 40 tahun keluar bebas ...", kata Si Mail lalu terus beredar masuk bilik untuk tidur.

Sarah terpinga-pinga cuba memahami. Memang dia susah nak faham cakap cara sindiran dan berkias Melayu Si Mail. Sarah hanya fikirkan dirinya sahaja. Tidak difirkan pasal peranan Si Mail membina keluarga dan membantu keluarga ibubapanya.

Ini cara orang Inggeris dan Melayu tulin menegur dengan cara budaya yang halus. Tidaklah terlalu berterus terang yang membangkitkan kemarahan, dan memulakan pergaduhan. Kalau anda mahu memahami, mungkin ceritanya ada kaitan dengan posting di sini. Ikut Rukunegara kelima kalau mahu berbicara ye ...

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puh ... dalam makna kau. Kau bukan cerita pasal keluarga ini. Ini isu besar yg kamu bincang cara anologi.

Nasionalis berkata...

Mail

Kau jangan menyesal tapi mesti berjuang dan berusaha.

Mustahak apabila kau nak bina keluarga, hak dan cara mereka kau pelihara untuk masa2 peribadi.

Mereka patut terima kau sebagai teras keluarga

Unknown berkata...

nasi sudah jadi bubur - ok lagi. bubur pun sedap di makan.

jangan nasi sudah jadi bubur, bubur sudah jadi basi - ayam itik sajer yg teringin.

Tanpa Nama berkata...

waah, best lah dan ada pengajaran

Unknown berkata...

Sin...

Lemah gemalai jer rencana kali ni.
Jgn takut la Sin. Jgn gerun kat kata2 orang yg tak suka akan rencana engko Sin.

Aperpun...
Rencana kali ni mmg mendalam maksud. Kalau tak paham jugak... Terjun lombong lah.

Unknown berkata...

bagi anak - anak hasil perkahwinan mail and sarah, ader nasihat ni.

1) Jgn salahkan perkahwinan mak bapak korang. Ketentuan Ilahi.

Bagi mail....

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada guna lagi dah.

Tanpa Nama berkata...

best olahan kau sin..

pada pandangan aku,kalau dah tak sefahaman dan boleh mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan, elok mail tu ceraikan je si sarah tu..

PS-kemudian sediakan kapal untuk hantar semula sarah tu kepada ibunda dan ayahanda beliau..

Tanpa Nama berkata...

hahaha. kenapa saudara suka menggunakan filem p.ramlee dlm blog saudara? menarik. unik

Azuan wan berkata...

akm...husin..
Nampaknya sebelum pencen ayahanda kena melawat untk meninjau keadaan harta ayahanda di Turkmenistan,uzbekistan,turkistan,afghanistan,samarkand....rajistan...semoga harta-harta ini dlm keadaan selamat..nanti boleh anakanda menantu bolot semua....

teja berkata...

Wah syabas Saudara Husin,

Satira anda makin lama makin tajam dan dalam.

Sedih pun banyak dgn satira ini. Kan ke elok kalau masuk lokap saja utk 10 tahun dari terpaksa menanggung biawak hidup tajaan British sampai bila2.

Depa yg buat najis, Melayu pulak kena tanggung.

Tapi masih mungkin boleh diperbetulkan tapi sang suami harus tegas:

Alternatif Pertama,
Ceraikan Sarah dan hantar pada Mentua di England.

Alternatif Kedua,
Kerahan kuatkuasa utk Sarah ambil kelas Bahasa Melayu, Budaya Melayu dan Sejarah Tanah Melayu dan harus pas dan dapat menguasainya dlm masa tempuh yg diberikan.

Bagi anak2, harus pastikan:
1. Pelajaran Bahasa Melayu dikuasai mereka.
2. Pastikan mereka mengenali dan mendalami Budaya Melayu dgn adab-tertibnya.
3. Wajibkan mereka ambil matapelajaran Sejarah dan kuasai dan dalaminya dgn cemerlang.

Kalau tidak, kerahan "buang keluarga" dan lucutkan pemberian harta bagi kedua2 Sarah dan anak2 akan dikenakan.

Husin jangan sedih.. suami tersebut boleh lah cari calon isteri atau isteri2 baru muahaahaha..

Ramai lagi perempuan2 pribumi dan kaum asli yg cantik2 lemah-lembut dan lebih boleh memahami sang suami. Lagi pula perempuan Melayu, Senoi, Melanau, orang Kadazan Dusun lebih asli dan cantik dari Minah Salleh dan Cindian mah!

Kalau cerai Sarah jangan risau dan tidak perlu gundah-gulana..boleh isi 4 lagi quota!

muahaha :P

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn jawa peranakan,

isteri yang dah tak taat setia pd suami dan mula menimbulkan masalah, kita cuba perbaiki dan menjaga hak masing2..tp kalau dah perangai berlebih-lebih dan nak tunjuk keras kepala, terus cerai talak 3, siapkan tongkang hantar balik kat rumah asal-usul dia dan jgn kasi dtng lagi..kurang ajar

BJ

Pakteh berkata...

sin,
sarah n kawan2nya yang selalu main mahjung d anjung rumah mail tu sebenarnya dah mula tunjuk lagak. Sarah dah berani mintak cerai...sarah ugut mintak cerai..tapi mail ni jenis akur pada akujanji...tapi mail sedar tak...sarah dah mempengaruhi rakan2 yg lain utk membuat tindakan yang sama...
mail...selain dari cara2 yang dicadangkan rakan2 lain tu...kau ada cara mail...
apa kata mail ikut kata pakteh...
daripada sarah mintak cerai...lebih baik kau sendiri yang ceraikan sarah...kau cari yang sama bangsa dengan kau untuk kawin...duda skang ni tengah laku tau...terhangat di pasaran...
kau ada rabiatul adawiyah dan fatimah yg dah berbunyi fetty..tapi xpa...yang penting ianya sebangsa dengan kau....termasuk kau, keluarga kau dan kaum kerabat rabiatul dan fetty tu...kau ada 122 orang saudara tau...
tapi jangan kau ceraikan dengan talak 3 dah la...sarah tu acah2 ja sebab kau tak kasi gelang emas n tongkat sakti...kalau apa yang sarah mintak tu kau bagi...pakteh pecaya....kau suruh apa pun dia buat.
mail...
jangan sampai orang kata kau suami yang DAYUS...

Tanpa Nama berkata...

dulu mail kahwin tak tahu sarah ni pengkid yg boleh menyamar macam perepmuan

Singh Is Kinng berkata...

Tuan Husin,

Si Mail masih lagi bertenaga, tapi si Sarah asyik dok bad mood marah-marah dan mintak macam-macam benda yang tak masul akal sebab nak masuk menopause.

Maklum laa kaum al-nisa ni bila dak masuk menopause terus rasa tak secure.

Gelombang Rakyat berkata...

Husin Lempoyang...

Mendalam, amat mendalam.

Wow!

Unknown berkata...

Tlg anto cerpen ni ke utusan melayu.
Hari ni saya berbual dgn kawan sekerja saya wong, dia kata dia tak berminat dgn sejarah melayu pd dia sejarah lepas merdeka. Punya lah tak rasional punya cina, nak kata bodoh pun aku tak sanggup. Secara kebetulan dia ni setiausaha PKR bahagian Ktn

Katak Keramat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
d'Frog Prince berkata...

tuan rumah best. memang halus bahasa tapi menyengat. bagus, memang cara melayu menegur.

cuma saya harap mail tahu, bila dia menuding jari kepada sarah, tiga lagi jarinya sendiri menuding kepada dirinya sendiri.

mungkin nafkah batin sarah tak cukup kot, atau pun mungkin sarah terasa mail mula bermain mata dengan janda hujung kampung.

walaupun tak bahagia, saling mengesyaki bukan penyelesaian untuk si mail. suami isteri perlu berbincang, kekadang merajuk, kekadang perlu berasmara-dana. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kahwin paksa!! takkanlah mail nak cabut semua gigi beliau sedap tergigit lidah? atau potong lidah beliau semata nak megelakkan tergigit?

sorong tarik sorong tarik, tang tu jugak. tak kemananya tuan rumah, dah berkahwin, nak tak nak, kena lah berusaha untuk menjayakan perkahwinan itu, bukan ambil jalan mudah, sikit sikit nak bercerai. kalau betul-betul bercerai, mungkin baru mail tahu rupanya dia salah faham pasal si sarah dan rupa-rupanya, sarah juga penting untuk rumahtangga yang bahagia kut?

USD berkata...

Mail,
usah ko myesal kwin dgn Sarah sbb itulah namanya takdir...Yg penting ko kena ptahankan rumahtangga ko dan didik anak2 utk mjaga nama baik kluarga !

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Apa tu "Melayu" tulin?
Yang paling "tulin" di Kelantan/Kedah..
Dr M, Syed Hamid, Khir Melayu "tulin" ke?
Gaya mereka tentu berterus terang, membangkitkan kemarahan dan memulakan pergaduhan..

??
Mungkin ayat2 di hujung pos merupakan satu sindiran tersirat terhadap Melayu tidak tulin/kacukan dlm UMNO?

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

nak jadi melayu senang saja jed yoong. jgn cakap syed hamid atau dr mahathir yg dah orang melayu - cakap, budaya, agama, dan berfikir orang melayu.

jed yoong nak jadi melayu pun boleh. kasi melayu masuk. melayu punya sudah kasi bersih dan ada tangga ... bestttt

lebih senang jadi melayu dari nak jadi cina atau india.

kawan saya kahwin cina, boleh cakap cina dan hidupo mcm cina tetapi masyarakat cina tidak menerimanya. dihina dengan gelaran qwai lo ... setan merah atau capalang.

bahasa boleh belajar. cara hidup boleh ikut. pakaian boleh beli. tapi budi bahasa dan sopan santun melayu tidak boleh diikut tetapi dihayati.

kalau hendak mengaku rakyat malaysia, perlu ikut budi bahasa dan sopan santun melayu. sopan santun pada melayu termasuk cakap, pakaian dan macam2.

kadang2 tengok cara pakaian orang cina seperti jed menghadiri majlis org melayu dgn pakain santai dan pendek, betul2 tak hormat. kata tamadun cina sudah lebih 2,000 tahun, tapi pakai macam org zaman batu 6,000 tahun dahulu atau org asli yg tidak sampai ketamadunan.

saya dah lama membaca dan mengikuti jed yoong. dari cara tulisan jed yoong dan komentar kamu sana sini, kamu bukan saja tidak boleh jadi melayu tapi belum cukup orang malaysia lagi.

kamu bukan melayu, apa kamu sibuk nak panggil orang melayu ini itu tak tulin. bila kami terima dan anggap dia melayu, melayulah dia. bukan kamu penentu!!!!!

kalau ikut cara budi bahasa melayu, cara jed yoong timbulkan persoalan itu provokatif dan blh dianggap kurang ajar dari pandangn melayu.

baik jed cari negara yg sesuai dgn serebah dan provokatif utk berhijrah. silap2 kena org putih yg lagi aksar dari org melayu , kamu ditembak mati saja.

dah lahir malaysia dan hidup malaysia, cara jed macam kurang ajar org pap dan spura. teringat posting jed yoong yg memaki hamun beberapa blogger melayu hingga mendedahkan identiti mereka dan menggelar mereka sebagai racist dan nazi dll.

oh ye lupa nak cakap ... kalau org melayu marah dan mengamok, sampai org putih takut dan ambil perkataan amok.

dr mahathir layak untuk marah dan berterus terang. dia orang tua yang layak utk menegur.

syed hamid tu ... dia tak sedar diri sikit. dia nak balik jadi arab gut? jed yoong blh buat kawan.

~PakKaramu~ berkata...

Assalamu'alaikum

Blog ni banyak klasik, filem klasik, orang klasik,hitam putih klasik !

Teringat si Sudin kata kata sekolah dewasa dalam film Pendekar Bujang Lapok

al-razi959 berkata...

Assalamualaikum tuan Husin,
Tahniah atas penceritaan dan analogi yang menarik. Gambar-gambar itu pun ada menarik jugalah.

Cuma, bab 'penjara 10 tahun' tu, saya ada sedikit kemusykilan. Buatnya si Mail masuk 'jail', mahu juga si ayah Sarah memastikan dia terus di'jail' sebab sudah beri malu sama keluarga dia. Bagaimana ya, tuan Husin?

p/s:saya rasakan, kalau ikut cerita "Mail" zaman sekarang, ada juga la si Mail ni kawen lain juga (Macam cerita Madu Tiga) Satu "masa-elah" tidak selesai, tambah satu lagi "masa-elah". hehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Husin,

Kalau dah pujuk pun si isteri tak berubah.. hantar saja ke rumah bomoh Pak Mat ISA.