Dahulu si Shaziman tertinggal bas, sekarang Syed Hamid.
Nampak sangat dia anak Singa UMNO takut dengan blog. Kalau kerajaan pandai berkomunikasi dan jelas dalam penerangan, apa dia nak takut dengan blog. Nak putar pun tak boleh.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Shaziman dulu sudah nak blog dilesenkan. Kali ini Syed Hamid mengaum nak tunjuk dirinya cerdik untuk cadangkan kod etika bloger.
Abenda kamu cakap ni, Pak Habib?
Kalau ada kod etika macam suratkhabar, macam mana nak diimplimentasi seperti macam suratkhabar?
Suratkhabar ada lesen dan pelbagai peraturan dan undang-undang. Adakah Syed Hamid memikirkan mahu menggunakan lesen Internet? Jangan buat kerja bodowi. Kamu ketatkan Internet, reputasi negara terjejas.
Cuba jangan auta macam saudagar arab karpet yang nak kelentong tikar sebaagai permaidani parsi fesyen baru.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Proses lesen blog lagi cekap dan cepat. Kalau kamu cakap merepek, orang tak kunjung. Kalau blogger tak menarik, orang tak jenguh pun. Kalau censure dan tahan orang bercakap, tunggulah masa. Kalau kamu belasah blogger tak tentu, ad akomentar lain belasah kamu balik.
Lama-lama blog itu cakap seorang dan mati sendiri.
Kalau Malaysia Today censor komentar dan pendaftaran komentar menggunakan Labisman. Ini serupa "cakap tak serupa bikin" untuk mengaku sebagai bebas, dan imbang.
Kalau MT nampak sekarang macam alat propaganda eksklusif untuk PKR dan agenda suara propaganda kumpulan liberal dan anti nasionalis ... entah-entah Singapura.
Jangan takut, lesen dia akan "ditarik balik" oleh pengunjung. Lama-lama dia mati dalam syok sendiri cakap sesama sendiri. Tak payah saman-saman dan ISA.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Blog lagi hebat mentadbir diri dari Menteri.
Tak payah nak ikut proses kerajaan untuk ada proses 60 hari soal siasat, baru hantar ke 2 tahun. Akhirnya bila dah hantar, salah juga tak ikut prosedur dan Menteri tak boleh ambilalih kausa polis. Mahkamah kata salah dan keluar balik.
Tak payah, ikut peraturan untuk bersuara. Hanya Menteri bangang beri komen mengenai ISA yang dibawah bidang kuasa polis.
Tak payah macam ada orang itu yang patut ikut orang tiga bulan baru boleh ISA, tapi tak sampai seminggu berita keluar sudah di ISA. Dua hari kemudian, sudah keluar. Ada arab jual karpet kata ditahan untuk menjaga keselamatan.
Tak payah macam seorang itu yang ditegur tak buat kerja - kajian dan memahami proses mahakmah ICJ - tapi degil. Akhirnya sebab arab jual karpet, hilang satu pulau hilang.
Tak payah ikut proses seorang itu yang tak menerima kenyataan bahawa orang tak mahu dia lagi. Arab jual karpet ini menang tanpa bertanding menggunakan jawatankuasa disiplin. Akhirnya baru sedar, semua jawatankuasa bahagian tak mahu mesyuarat dan bekerjasama dengannya.
Syed Hamid pulak kali ini yang tertinggal bas ...
Dia tak faham blog itu adalah suara orang perseorangan dan individu, tak kira dia sokong siapa, dan suka dan kritik siapa. Tak kira dia nak cerita pasal dunia atau pasal kucing dia mati kena gelek stemrol.
Mulut tempayan kamu boleh tutup, mulut blog tak boleh ditutup. Tak payahlah pakai kod etika atau apa sekali pun.
Kadang-kadang orang nak berpolitik macam arab jual karpet, suka pakai trick nak bersatu. Ada telor ke tidak ada telor ke, blog persendirian bergerak persendirian.
Kalau masing-masing baru ngadeng, jangan nak ajar-ajar, cabar-cabar dan atur-atur orang lain.
Inilah orang muda. Mentang-mentang dia selalu-selalu, dia tak tahu dia gopoh dan sekejap-sekejap. Belajar dari orang veteran ... sekali-kali tu lamaaaa ....
Berbincanglah sesama yang baru nak memmaiz.
Kawan Husin kata, mesyuarat adalah usaha formal untuk membuang masa. Macam Syed Hamid bermesyuarat di KDN dan masa sebagai MENLU. Habisnya habuk tara ...
Wow! Anak Husin suka ubat gigi Kodomo Lion pasal dia tak takut pun ...
16 ulasan:
itulah nasib malaysia, ada menteri, menteri auta. semua yang elok nak dijahanamkan, semua yang tak elok, tak nampak, sekolah apa pun tak tau. sedih betul...
salam,
d'frog prince
Kisah Benar Kodomo Lion Di Kota Tinggi :
http://sayangbangsa.blogspot.com/2008/11/syed-hamid-letak-jawatan-ketua-bahagian.html
saudagar usin dah start merapu..idea dah kurang la tu
semua menteri tak bagus, bloger yang paling bagus..bloger yg paling bijak belaka, org lain terutama menteri semua tak bijak..
telebih hidu tahi unta tu yg jadi gitu..jgn marah...
wakdin
wakdin ni ... buta huruf ke?
sin sebut pasal syed hamid dan shaziman. dia tak kata byk benda kau cakap.
ini taktik bodoh budak2 cybertrooper berhujah. menyatakan seuatu yg tidak di katakan orang.
kalau begitu, kau rasa apa yg syed hamid cakap tu? kau nafi senarai kebangangan syed hamid?
macam mana lembu boleh tulis komen dlm blog mau ini, sin
anak singa ni bukan tertinggal bas tapi bas yang tinggalkan dia. mana ada bas yang nak ambik anak singa jadi penumpang. orang suruh tunjuk tiket, dibahamnya pulak tangan konduktor tu. tapi kalau naik kapal terbang tambang murah, mungkin dia sesuai kot.
husin,
Menteri tau cakap saja tapi otak banyak kurang. Menteri-menteri pandai cakap kerana apa dia orang cakap media perdana buat liputan. Ide dia orang atas kertas boleh kira tapi bila kaji-kaji betul tak boleh pakailah. Ini menteri bahagiannya pun tidak boleh control ini dia mau control ribuan bloggers pula. Nanti dia buat cadangan blog kena diharamkan kerana banyak dedah kelemahan menteri, ada blogger pangil mentri bodoh, arab jual karpet, botak, dan kaki tidor. Panggilan-pangilan ini salah kerana tidk ikut protokol dan etika. Menteri mesti dipanggil YB atau YAB. Menteri mesti dipuji bukan dikeji. Menteri cakap semua betul dan mesti dipatuhi.Jika tidak, salah dan tidak ikut etika. Menteri saja bl cakap dan beri pandangan, rakyat mesti dengar dan ikut janag melawan. Jika melawan boleh dianggap bahaya dan satu acaman kepada keselamatan negara, mesti ditahan bawh kuasa ISA, sekurang-kurangnya dua tahu tanpa bicara dan bagi orang Islam tak boleh sembahayang Jumaat selama dia ditahan. Menteri mahu kita semua ikat lagu Pak Pandir : Ada mat lihat, ada telinga dengar, ada mulut diam.
Malaysia Boleh.
Bahagian kota Tinggi pun tak boleh kawal dan urus, berangan nak kawal selia blogger ...
Betul kamu cakap sin, dia ni auta arab jual karpet yg guna ubat gigi kodomo lion.
ni yang teman tak gemor ni. asyik2 hentam media perdana. aku yg kerdil dok cari makan sebagai wartawan asyik kena hantam tak pasai2. walhal politik bukan mainan aku pun. cari makan secara halal nak bagi makan anak bini yg penting. jadi suami dan bapak yang bertanggungjawap. tolonglah sikit brader..jangan pakai hantam kromo aja..
Salam,
Orang kata Maka tak kenal tak cinta..Mamak yang bodoh buat roti canai pun syok blogging..Pak Habib sekali kala kalau boring itu bukalah blog sendiri baru tau kick blogging itu.Ketagih Pak habib.Cuma Mamak mintak kat Pak habib satu kalau blogger ramai-ramai kena tangkap ISA...bagilah Mamak supply Nasi Kandaq kat Lokap..kerana ramai kata makanan kat lokap itu makanan mcm makanan anjing!.Dosa noh..kalau komplain rezeki...OK bloggers tak perlu risau Mamak make sure U orang semua dapat makan nasi kandaq special Tanjung yang kuah likat melekat di lokap nanti!..Ciih..Hapraak punya menteri..malu kat Mat Salleh buat headline pasai..Menteri Passola dari Pasrir Berdengung Kota Tinggi nih yang tahan blogger Malaysia!!!!!
Sin,
Gambar orang tunggu bas tu, Mr. kodomo lion ke? Gambar masa dia muda ke? Sebab ada rambut la..
Gambar yang kedua tu? anak dia ke sin? Sebab aku tengok perangai sebijik macam dia? kha..kha..kha..
Menteri2 ni kalau ikut kehendak diorang semuanya bagus, bila kena kritik sikit mula la nak sekat sana, sini, sinun... hampeh.
ikutsukaakuisa.blogspot.com
syed hamid panggil dr mahathir raja blogger. wah ... sin, dia sudah jack dr m.
Tak ada harapan syed hamid. orang tak nak engkau.
setakat ketua bahagian pun, tiap2 tahun akan ada undi tak percaya. hahaha ...
Apa yang ditulis mencerminkan peribadi penulis itu sendiri. Dari membaca tulisannya kita boleh tahu sifat dan sikap seseorang penulis itu.
Penulis yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti seperti A. Kadir Jasin atau saudara sendiri tentu tidak akan menulis benda-benda yang mengarut, tetapi akan menulis sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat.
Etika itu adalah kejujuran dan keikhlasan seseorang untuk membawa kebaikan melalui tulisannya. Walaupun kadang-kadang tulisannya itu tidak disenangi oleh banyak pihak.
blogger yg tulis mengarut, buat tuduhan tak berasas, menulis utk cari publisiti murah, takde keje, saje buat kecuh2..pendek kata akai tak dak, kita tangkap, bogelkan dia sebelum campak dlm sungai klang..
depa rasa dialah yg bijak dan sentiasa betul..perangai tahi unta
Joni
Nak buat macam mana Sin.
Depa nak jawab satu - satu, duit nak pakai pi ngundi.
Sampai yang dah pencen pun kena bawa masuk balik.
Ada pula geng blogger yang setuju kena ada Kod Etika.
Macam - macam.
Lepaih ni kalau blog dalam Bahasa Malaysia kena pakai bahasa baku.
Kod jangan tak kod.
Buat tak tau sajalah, ye tak.
Dah sah kita syok buat benda ni. Syok sendiri la juga. Kalau orang nak join seronok, seronok, ok jugak.
Ramai juga blogger yang mempertahankan Pak habib berkenaan etika blogger.Memang blogger kena ada etika bukan blogger saja setiap manusia perlu ada etika dalam hidup.Etika sebagai orang Islam lagi bagus!.Tentang bloggers ini ramai tak ambil pusing sebelum PR12.Bloggers tak dapat tempat pun dalam perhatian KDN ke atau kementerian penerangan.Apabila didapati pihak kerajaan hilang 2/3 kerusi parlimen dan kehilangan 3+1 negeri mulalah macam-macam tohmahan dilemparkan ke atas bloggers.Ada juga blogger yang lantang dalam blognya telah menjadi wakil rakyat pembangkang.TV1 pulak memberi ruang untuk blogger untuk diwawancara.Kenapa rakyat Malaysia bertukar dari membaca surat khabar Media perdana bertukar ke Media Internet?.Kenapa wartawan-wartawan terkenal Saperti Datuk A.Kadir Jasin,Rockybru dan yang heran Negarawan Tun Dr.Mahatir Sendiri memileh blogging?.Cuba Pak Habib fikir?.Kerana sistem etika kewartawanan MSM terlalu baik ke?..Betulkah Pak Habib Wartawan Media Perdana mempunyai etika yang unggul?.Bukankah mereka ini ikut telunjuk tuan punya majoriti shareholder dalam syaikat surat khabar itu?.Kita perlu rasional dalam berita yang disampaikan.Rakyat dah berubah..mereka dah pandai dan bijak dalam pro dan kontra dalam apa-apa berita yang ingin wartawan sampaikan.Bagi pihak surat khabar sebelah pembangkang hanya mementingkan parti mereka dan pihak kerajaan pulak hanya pentingkan pengundi mereka.Sistem manupulasi kewartawanan di negara ini banyak persamaan fikiran yang berlaku zaman Nazi,negara Jerman.Surat khabar yang sepatutnya jana fikiran rakyat yang sihat dan maju dengan membentukan masyarakat dah dimanupulasikan mengikut kehendak sesuatu pihak.Perkara begini berlaku bukan saja pada negara ini, di negara-negara barat yang maju pun berlaku juga.Manusia tak dapat lepaskan dari ego dan chaunismnya.Negara maju kini suka menghentam negara-negara yang bangkang polisi luar negara mereka.Kadang-kadang kita nak negara ini maju pada waktu yang sama kita tidak dapat terima masalah dan sindrom dari hasil kemajuan itu sendiri.
Blogging ini seperti buih sabun yang tak perlu untuk pembasuhan.Apabila pembasuhan ia akan hilang begitu saja.Bloggers pun begitu juga yang tak berkualiti akan hilang begitu saja.Tak perlulah kita membesar-membesarkan hal-hal sebegini.Yang majoriti yang duduk dihadapan PC itu adalah golongan terpelajar dan mereka tahu menilaikan mana yang buruk dan mana yang baik.Yang perlu gusar ialah blogger yang diupah atau terima sesuatu ganjaran dari pihak yang ingin manupulasikan alam maya siber.Mereka ini bahaya dan berkumpulan untuk sesuatu maksud tersembunyi!.Kumpulan beginilah perlu jadi sasaran kerajaan.Bukan blogger yang membebel diblognya.Setengah blog yang mempunyai pengunjung lebih sejuta perlu diawasi..mereka inilah bahaya.Mereka senang di manupulasikan oleh sesuatu pihak yang tak bertanggung dengan sesuatu niat yang jahat.Dalam kes ini perlu ada pemantauan.Di Negara Jiran Thailand Insitusi raja mereka selalu jadi kecaman bloggers.Bagi mengelakan perkara ini, pihak kerajaan Thai sanggup membelanjakan satu perbelanjaan besar untuk fire-wall mengekang perbuatan tersebut.
Kerajaan negara ini perlu mengambil langkah yang sebegini dalam dunia yang civilise bukan tangkap dan sumbatkan dalam lokap dengan tanpa bicara.Ini perbuatan hukum hutan; yang kuat selalunya menggunakan kekuatan pada yang lemah.Jangan terlalu senang gunakan kuasa yang sedia ada dengan sewenang-wenangnya; satu hari nanti kuasa itu akan hilang sendiri sehingga tiada kuasa yang tertinggal lagi!.Pelajari dari sejarah..orang yang selalu gunakan kuasa tidak kekal!.wassalam
sin ni bukan tak setuju tapi hanya mempersoalkan adakah masuk akal diadakan kod sedemikian.
takakan blogger perlu macam suratkhabar. blogger adaalh pemikiran peribadi.
cuba cadanag benda yg masuk akal.
aku setuju dgn sin. kalau menteri, dan pembangkang tidak masuk akal, itu yg blogger belasah.
Catat Ulasan