Pandangan tahun 1999 dari atas kapalterbang tapi ini bukan lapangan terbang
Orang putih kalau marah hingga maki, diguna perkataan empat angka itu. Tak tahulah kenapa, secara kebetulan cerita pun asyik empat angka.
Ini kisah satu pasangan yg baru berkahwin.Ini macamlah kisah yang berlaku berkali-kali dan berulang tapi tak mahu dilayan dan ambil endah. Ada yang kecewa kerana tak faham-faham.
Sehari sebelum upacara akad nikah, emak pengantin lelaki menasihati anaknya, "Nak. Apabila menghampiri isterimu pada malam pertama, kamu harus kata kapal terbang ingin mendarat".
Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya, "Nak. Bila suamimu berkata kapal terbang ingin mendarat, jawabnya lapangan terbang sudah sedia".
Maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Sisuami sudah sabar-sabar. Apabila malam tiba, dengan hatinya yang berdebar-debar dia mendekati siisteri lalu berkata, "Kapal terbang ingin mendarat."
Siisteri tidak faham dan berkata, "Saya penat bang. Mari kita tidur."
Si suami hampa. Dalam hatinya berkata, "Tak apa. Mungkin isteri aku malu. Beri dia peluang kedua"
Tiba malam kedua sisuami mendekati siisteri dan bertanya lagi, "Kapal terbang ingin mendarat."
Malangnya siisteri masih tidak faham. Sisuami sedang membaca surat khabar. Sisteri ingat dia sedang bercerita mengenai berita akhbar.
Difikirkan ianya tak ada kena mengena dengannya, siisteri beritahu sisuami, "Sudahlah tu bang. Janganlah baca surat khabar lagi. Mari kita tidur."
Sisuami hampa lagi, tetapi tak apalah esok masih ada katanya dalam hati.
Tiba malam ketiga, sisuami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Dia mendekati siisteri dan berkata lagi, "Kapal terbang ingin mendarat."
Siisteri bangun dan teruis menjenguk ke arah luar jendela. Melihat tak nampak kapalterbang, si isteri menggelengkan kepala.
Melihatkan siisteri menggelengkan kepala, sisuami hampa. Dalam hatinya berkata, "Kejamnya isteriku. Membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku."
Sisuami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya, "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata kapal terbang ingin mendarat?"
Siibu pun berkata "Apa yg kamu jawab, nak?"
"Saya tidak jawab apa-apa," jawab sianak.
Siibu mengingatinya, "Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama. Sepatunya anak menjawab lapangan terbang sudah sedia sebagai tanda bersetuju."
"Oh ... saya lupa lah ibu. Tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul," jawab sianak yang baru teringat.
Maka tiba waktu malam, si suami tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama.
Malam kian larut. Siisteri tertanya-tanya bilakah sisuami akan bertanya. Akhirnya siisteri berfikir baik akau menawarkan diri.
Dia mendekati sisuami dan berkata, "Lapangan terbang sudah sedia."
Kerana terlalu geram dengan siisteri, dengan muka yg masam sisuami menjawab, "Kapal terbang rosak."
21 ulasan:
heheheheheheheheheheheheheheheheheheehehehehehehehehaku tak ke tandaslah.
Kat mana abang sekolah dulu?
Nak hantar semua anak-anak belajar kat sana.
Tak jadilah kat sekolah verna_ular.
Kalau kat sekolah abang, mesti campion berkomunikasi macam ni.
Salam:-
Eloklah kapalterbang rosak..nak landing waktu hujan ni landasan amat licin takut sedar2 dah sampai.. hujung landasan.
Tunggulah je malam ketiga ..
Kalau kapalterbang rosak, pakailah jengkaut.
Kasi sodok je.. kah kah kah...
bro Usin!
Ini cerita sudah lama...Huhu!Skrg cerita kapal selam yg best..
Salam Bro Usin
Ish...ish....ish...sungguh kurg sopan SiHarimau menaip tu.....kasar dan tidak berperi kemanusiaan.... ada ke nak pakai jengkaut ...ingat ini tanah nak runtuh ke?...tetapi... sisuami pun takkanlah bendul setakat cakap kapal terbang nak mendarat tetapi tak mendarat pun dan tiada tindak balas.....kenalah belai dulu tak payah sebut nak mendaratpun......pasti mendaratnya punya.....buat buang masa je.......sebut nak mendarat....walaubagaimanpun ...sangat mencuit hati...rugi rasanya pada orang yang tak pandai nak baca blog tak dapat menikmati kemanisan cerita-cerita daripada blog.....
Wassallam...
Inilh masalahnya kalau orang Melayu bercakap asyik berlapik dan bersimbolik...Kalau cakap awal awal tak perlulah kita tunggu March nanti baru kapalterbang nak mendarat.
Setuju, Melayu suka cakap berlapik. Akhirnya matlamat tak sampai tapi kesudahannya hampa dan berkelahi atas perkara yang tak sepatutnya digaduhkan. Apa indahnya bahasa jika gagal mencapai matlamat. Dalam kes ini belum sempat kapal terbang landing, tanah runtuh kat belakang rumah - jadi mati keras.
Jadilah insan yang ikhlas, "Aku nak beromen" habis cerita.
March nanti cakap aja "Times up! You failed, now is my time" Susah cakap Melayu cakap England.
Itulah kita.Kadang-kadang kita faham tetapi buat-buat tidak faham.Kadang-kadang kita tidak faham tetapi buat-buat faham.Faham tak apa aku tulis.Semoga faham.Banyak betul perkataan faham semoga anda semua faham bukan buat-buat tidak faham.
biasa la orang kita nak mintak hutang segan nak melempiaskan nafsu pun segan
Eik, tak jadi landing kah itu kapal terbang?
Mana boleh terbang tiga malam talak landing. Minyak habit Ooo...
Tuan Husin,
Lawak....Lawak.... aku gelak ni.
Ada cerita lain ni...
Malam pertama...dalam bilik pengantin.
Si suami ada sebelah kaki sahaja....sebelah lagi kaki palsu.
suami pun cabut kaki palsunya...si isteri terperanjat dan menjerit...MAK....! SATU KAKI.
Mak jawab....Bagus le... bapak kau dulu lapan inci aje
mak pengantin tu pun tak mahu kalah. 8 inci ... senak perut.
Asalkan ada alasan kira ok lah tu...walaupun alasan tu mangkuk hayun punya alasan.
Bestlah crita ko ni MENGKARUNG JINGGA. apa kata ko buat koleksi crita2 kau ni...kalau ada lagi critalah lagi..
he he he he mangkok hayun,,,,,,,,,
tuan husin
kat kampung ana, kalau malam memang gelap betul.al maklumlah org kg mana boleh tidur bukak lampu ni.memang gelap betul sampai gigi pun tak nampak.
Tapi pilot2 kampung semua terlatih, dalam gelap pun apa landasan pun boleh landing.ini skill yg makin kurang skrg ni ana rasa.
pengajaran nya, ajar sekali pun cukup bagi org yg pandai.
Salam Tuan Tanah.Itu Kapal terbang jenis apa ye?Boleh terbang sambil menyelam
witeblog.blogspot.com
To Bedah Boo 1.55pm
Ayat kau pendek tapi maksudnya menusuk jiwaku dan terus ke otak.
Eeeeeee...geli geman aku.
Fooo.....ini semua mengkarung jingga punya pasal.
Mengkarung jingga...Abaaaaaaang
I love you.....mmmmmuuuah.
bang, aku dengar satu cerita lagi mcm ni. bila sisuami mengajak , sang isteri kata "bang datang bulan.bang." suami tanya , 'mana ada bulan, bulan ada atash"...dia balun juga.kalau tak silap melayu kawin arab jual kitab kuning punya cerita.
Catat Ulasan