Hari itu Sin Chew Jit Poh melaporkan Mat Taib berkata Ketuanan Melayu tidak wujud.. Tak percaya Husin dia berkata demikian. Biar Husin cuba terangkan apa itu Ketuanan Melayu dalam bahasa dan contoh yang mudah dia fahami.
Ketuanan ini datang dari perkataan tuan. Tuan boleh membawa maksud hormat. Macam kita guna tuan dalam perkataan tuan puteri. Fahamkan apa itu Tuan Puteri.
Kadang-kadang tuan tu gunanya macam tuan rumah. Macam kalau nak bawak bersiar-siar anak dara tuan rumah, kena mintak izin. Ini pula nak bawak lari ke Siam untuk nikah.
Yang salah adalah bila diguna macam tuan besar omputih. Ia bunyi macam tuan dan hamba. Kalau nak faham, dia macam orang yang bawa wang tunai RM2.4 juta dalam beg ke Australia. Itu macam tuan besar omputih tapi tak cakap omputih.
Tapi mengikut laporan, Mat Taib lebih percaya wujudnya Malay dominance. Akhbar tersebut melaporkan dia berkata:
"If a Malay-owned clinic is the only clinic in a village and patients of various racial groups come for consultation, it would be a Malay dominance in the village. Similarly, when residents of various racial groups get specialist services provided by a Chinese, it means the Chinese dominance in that place."Bunyinya macam bila kita ada kuasa, kita luluskan permohonan tanah untuk Cina banyak-banyak dan jadilah Ketuanan Cina. Tanah yang dibenarkan jual untuk Melayu adalah tanah bukit. Bila lereng itu runtuh, tak lagi Ketuanan Melayu. Yang penting untuk Mat Taib, duduk diam-diam dan bairkan Khir Toyo menjawab.
Nak kata salah, tak salah apa Mat Taib kata. Nak kata betul, pun boleh juga. Keliru sekejap Husin dibuatnya.
Ramai menerangkan Ketuanan Melayu adalah kuasa raja atau kesinambungan kuasa kerajaan Melayu. Macam betul lagi kata Mat Taib. Ketuanan Melayu tak wujud semasa dia lahir lagi.
Mulai tahun 1874, Sultan, Orang-Orang besar dan Gangster-Gangster Cina di Perak buat persetujuan di Pangkor untuk setuju kasi kuasa pada Inggeris mentadbir. Tanya MB Perak sekarang, Ahmad Nizar, kerana dia tandatangan perjanjian kedua. Bila kemerdekaan dicapai hasil perjuangan tok moyang kita, orang Melayu tak dapat pun balik kerajaan Melayu kita kerana dipaksa kongsi.
Adakah akhbar pemutarbelit Ahmad Ismail salah terjemah? Adakah itu yang verbatim dikatakan Mat Taib?
Wow! Mat Taib cakap omputih? Hari minggu boleh beli nombor 1215 atau 1512.
17 ulasan:
Mat Taib tu orang indon!!!!!!!!apa yg dia tau ttg ketuanan melayu. tulah dia pelari anak raja ke siam. nasib baik dia tak bawa lari ke lombok. kata org banjar dia tu kaki betimpas pulak tu.
sin... bila kau nak jual mike niiiii....
tak da tander kaaaaa...
mat taib lebih senang dengan "kepuanan" Melayu. sebab tu tuan puteri sultan dia sendiri pun dikebasnya.
Adeh!
Husin Lempoyang,
Macam machine-gun unta pulak ya.
Belum sempat nafas seayat, kena lagi, dari mula sampai habis.
Wow!
Lenjun kawan kena najis unta daa...
What a super class post!
sen mat taib MAC tahun depan dia nak amek "STPM" dah tiga kali ambil "SPM" dia minta beri peluang kat dia. rasa aku dia gagal datang ambil peksa salah ari.
Menyampah betul kalau Melayu jual Melayu ni...
aku lebih sokong keTUANan JAWA..
hahaha!!!
PS-kita sibuk berbalah pasal keTUANan MELAYU..tapi makin lama makin ramai PATI..
tak lama lagi akan wujud pulak
keTUANan BANGLA..
keTUANan MYANMAR..
keTUANan NEPAL..
keTUANan AFRIKA..
keTUANan keTUANan VIETNAM..
keTUANan FLORES.. etc..etc..etc..
Kenapa ada bangsa Melayu yang turut pertikaikan ketuanan Melayu semata-mata kerana menyokong parti yang disokong?... Tak sayang bangsa lagi dah ke?
Pak Hussin, kawan rasa tu mat taik saje nak pancing tokey cina tu, mana tahu kot2 ada tokey cina nak hulor 5 6juta, buat modal kempem G7.. bagus gak.. kenyang sikit G7 nnti, jgn risau, sbb G7 pun sama mcm org klantan gak.. bui gula kacau wat air, bui lembu heret wat balik, tapi undi tetap rahsia..
ni la kot moron umno yg depa dok kata.. bodoh nak mapuihh.. nak ambik stpm konon , ingeris dah fail, bahasa malaysia pun hancur.. tak reti nak faham.. ambik upsr la lagi bagus.. contoh kepala kayu jugak dia ni pak hussin oiii.. kalau lelong pun belum tentu laku ni.. kawan rasa mana2 bahagian yg calonkan mat taik ni pun rasa malu dah..
Tuan Husin,
Janganlah percaya cakap orang yang bernama Mat Taib kan dia ni pembohong, court kat Australia lebel dia tak pandai berbahasa Inggeris yang penting dia ni "pelari" terhandal kat Malaysia. Ha..ha percaya la saya
Bapak Sdara Qashidah
aku x hairan jika melayu jual melayu,,,,,,tapi aku kecewa apabila muslim jual muslim,,,,,,,,!!!kerana melayu ada berbagai agama,,
http://jebatmustdie.wordpress.com/
artikel bertarikh 19.12.2008, silalah baca orang-irang melayu oii..tak kira parti apa pon..baca!!
ramli
batupahat
Biar saya jelaskan dengan lebih tegas bahawa KETUANAN MELAYU ITU ERTINYA MELAYU ADALAH TUAN. Jangan ada sesiapa nak bercakap terlalu diplomasi sehingga akhirnya erti sebenar istilah tersebut terhakis dari masa kesemasa. Lebih-lebih lagi jika yang bercakap itu pemimpin melayu sendiri. Tak setuju? Sungguh malangnya kita. Apakah adanya istilah tersebut kita sakit ibu kaki? atau sakit hati? atau sakit paru-paru kita?.
TIDAK!!!. Ia banyak membawa manafaat kepada kita.
mike toke night class lah sin, dia nak tgh lawan muhiddin must noe spek ogputehh lah;)
sin,
apa yang ribut sangat d simedarby..cuba hang teropong sikit.simedarby terutama zubir awat tamak sangat.Dia dah kaya tak ingat lg pada org susah..Apa kejadah nak takeover IJN..Wahai org Kuala Terengganu kena ingat kalu BN menang jenuh kita...Kesihatan rakyat nak d swastakan..sendiri mau ingat la
Ambil SPM berkali-kali pun tak boleh lulus, macam mana nak ambil STPM.Kalau lulus pun dengan cara tak betul lah tu...
Catat Ulasan