
Tiga orang kawan - Rahim, Husni dan Atan - bertemu untuk minum teh tarik. Lama dah tak jumpa. Banyaklah ingin dibualkan.
Duduk saja, Rahim mula menceritakan masaalah perniagaannya.
"Aku teruklah tahun ni. Berniaga tahun ni tak menjadi langsung," rungut Rahim.
"Nak dapat kontrak susah. Dapat payment susah. Akhir-akhir ni, nak dapat kontrak pun susah. Gaji pekerja jalan."
"Itulah kamu. Dah baik-baik ada kerja Vice President, kau pegi ambil VSS," Husni mencelah.
"Yalah mana aku tahu ekonomi macam ini," terang si Rahim.
Atan menghentikan perbualan sebelum jadi panas untuk panggil pelayan untuk order air dan makanan. Dia peka orangnya. Tak suka kawan gaduh-gaduh sesama sendiri. Padahal tak ada benda. Selalunya dia suka melawak untuk memecahkan ketegangan.
Pelayan sampai dan masing-masing air dan makanan.
"Cari makan ni tak boleh salah-salahkan orang," Atan masuk cerita.
"Semua kena usaha dan cari jalan. agak-agak tak menjadi, tukar plan."
"Kau macam mana Atan tahun ni?" tanya Rahim.
"Aku okayyyy.... In fact, this year turn out to be very well for me." Atan jawab.
"Biar betul kau ni. Setahu semua tender kau masuk awal tahun tak berjaya. Kontrak gamen yang kau ada hari tu pun payment susah," Husni mencelah.
Dia tahu Atan ni salesman dan optimis selain seorang suka jenaka.
"Aku dah jumpa jawapan pada semua masaalah ni. Kita kena guna probability dalam berniaga."
"Macam mana tu, Atan?" Rahim bertanya.
Macam biasa dia kaki panik. Tak sabar-sabar.
"Aku kira-kira jadi kontraktor kan. Nak dapat kontrak kira zero probability.
"Rugi aku bikin kontrak. Jadi aku melabur dalam business yang lebih tinggi probability. Tahun ni aku dah untung kat RM200,000."
"Mana bizness? Cakap aku, cakap aku," Rahim naik tak sabar.
"Yalah terangkanlah," Husni ingin tahu. Dia agak skeptik. Pasal setahu dia dah tak ada sektor bizness yang ada daya maju sekarang.
Atan terangkan, "Aku tahu probability kontrak dah zero. Habis modal saja prepare untuk masuk tender. Bizness lain dah tak ada prospek juga. Zero juga probability.
"Jadi walaupun bizness yang aku masuk ni probability dia rendah sangat. Masih lebih tinggi dari zero. Itu yang aku masuk."
"Cakaplah. Buat aku suspens saja," Rahim menggesa.
"Aku masuk 4 nombor ekor," Atan jelaskan.
Ketawa kedua-dua mereka.
"Ketawa-ketawa kau orang. Aku dah dua kali dapat 1st prize. Setakat consolation, selalu. Lagi untung dari berniaga."
---------------------------
Ya tak ya Atan.
Harap ekonomi bertambah baik tahun depan. Sara hidup tidak lagi naik tanpa diiringi kenaikkan gaji. Sebarang model ekonomi baru yang mahu diperkenalkan biarlah mengutamakan rakyat dan bukan pentingkan koparat.
SELAMAT TAHUN BARU 2010.
Selamat buat astronaut Melayu pertama, Dr Muszafar yang sudah umum akan kahwin tahun depan bersamaan tarikh 101010. Harap dia faham makna nombor tu. Ganas .... orang lambat kahwin.