Ahad, April 26, 2009
Kawan dah rasai dulu
Hari itu ana cerita pasal hok sana huduh belaka, kali ini ada cerita hampir sama. Ini cerita pasal satu orang lama bernama Dato Ikhwan Nasir.
Orangnya pun dah lama tak ada. Ikhwan Nasir adalah bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Ismail. Pernah memegang jawatan di Kedutaan Canada. Satu masa dahulu, dia pernah jadi Campaign Manager pada Dato Najib. Masa Najib MB Pahang.
Dia sahabat baik Tok Mat, Tan Sri Mohamad Rahmat. Sebagai orang Johor yang berasal dari Pontian, rasmi Ikhwan Nasir bila menggelar dirinya adalah sebagai kawan. Orang Johor menggunakan istilah kawan untuk menggantikan saya atau aku atau patik.
Kawan pergi sana. Kawan setuju. Kawan nak mintak tolong. Kawan berpendapat. Macam gitulah bunyinya.
Satu kawan ... opps tukar pakai rakan pulak. Satu rakan menceritakan kepada Ikhwan Nasir mengenai percutiannya di Switzerland menaiki keretapi merentasi gunung dan keindahan gunung Matterhorn.
Ikhwan Nasir dengar, dia kata, "Memang lawo tempat itu. Kawan dah pergi dulu dah masa ikut Tun Dr Ismail."
Satu rakan menceritakan kepada Ikhwan Nasir mengenai satu tempat bernama Cargill di New Zealand. DI situ tempat pemilaharaan lembu dan kawasannya pun sungguh indah.
Ikhwan Nasir dengar, dia kata, "Memang banyak betul lembu. Kawan dah pergi dulu lagi masa 60an lagi."
Pada tahun 1986, fenonema penyakit AIDS di Amerika bermula. Ramai mereka yang dijangkiti virus tersebut meninggal.
Ada rakan memberitahu Ikhwan Nasir mengenai penyakit yang meragut nyawa orang di Amerika.
Ikhwan Nasir dengar, dia kata, "Memang teruk penyakit AIDS. Masa kawan di Canada dulu, kawan dah kena."
Dia mesti mengaku lebih dahulu mengalami apa saja pengalaman yang diceritakan kepadanya. Cuma penyakit AIDS tu tak boleh baik.
Untuk pengetahuan, dia meninggal kerana penyakit tua dan bukan kerana AIDS.
Saja cerita buat suka-suka. Mengingatkan sesuatu yang seronok mengenai seseorang.
Ikhwan Nasir adalah anak murid arwah Pak ana yang berjaya. Siapa yang sudi hadiahkan fatihah, diharap buat demikian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Sin
Hehehe ... memang selalu ada karakter sedemikian dalam kehidupan kita.
Kamu ni adil dalam menyakat orang. Baik apa sekali parti, hidup atau mati.
Tuan sin.
tak molek ungkit kelemahan orang yang dah tak dak.Hang berguraulah cara lain walau satira tuan ini ada maksud tersirat.
Anak bajau semporna
Saya tak nampak satira ini menjatuhkan maruah atau mengungkit kelemahan arwah.
Ia hanya warna warni kehidupan seseorang insan. Saya rasa ini perkara biasa bercerita mengenai peristiwa lucu tok nenek kita yang meninggal.
Pasti dalam arwak berkata pun hanya cara bersahaja. Husin saja yang cekap menyedari jenaka disebalik peristiwa yang biasa ini.
tumpang lalu .. tapi ada bawa bendera putih bertulis
http://jmilismail.blogspot.com
Yang paling banyak kawan di dunia ini ialah kawan makan kawan.
HIDUP HUSIN LEMPOYANG!
Hang belasah saja sin, apa nak kira dalam dunia hari ini..banyak kawan yang makan kawan...hang belasah saja.
Maksudnya orang dulu masuk politik sebab dia nak buat kerja. Kerana agama, bangsa dan negara. Walau pun perangai dan latar belakang bermacam-macam, kerja tetap dia buat juga.
Bukan macam sekarang, masuk politik sebab nak jadi lagi kaya.
hehe kelakar juga tu.... teman rasa teman pun nak buat cerita teman la... masa teman dengan kawan teman dulu.. teman tapi mesra la juga.. kawan teman ckp sekarang dah ramai ikut macam lagu indon tu teman tapi mesra... tak kira lah tok imam ke, polis ke, orang politik ke.. semua dah ada sindrom tu.. tapi teman ckp dengan kawan teman yang sekarang ni dah tak boleh lagi dah, sebab kat bukit selambau adun yg lama tu dah tukar jadi kekasih gelapku.. sebab tu... adun sekarang pun gelap juga.. rasional cerita adalah untuk memberitahu yang segolongan manusia zaman sekarang ni sesuka hati melakukan sesuatu tanpa menghiraukan tatasusila rakyat malaysia...
Kira baguslah orang Johor. Selalu panggil diri kawan, lama2 jadi berkawan.
Tak mcm ada orang tu, panggil diri saya menantu PM. Heheheh ... sekarang tak lagi. Dah berubah. Berubah baik tak tahulah?
Razali dapat Timbalan Menteri dan AMT. Apa sebabnya tu, ye?
Kawan dengar cerita ini dari saudara zakaria bidin yang suka menceritakan seribu kisah arwah.
Adakah Husin Lempoyang kawan baik Zakaria atau memang rapat dengan arwah?
Tapi Saudara Husin, atau apa jua nama saudara, yang pasti arwah dah merasai mati, kita belum, cuma dia tak leh nak menceritakannya, walaupun kepada saya menantunya.
OTAI BERCERITA,
hanya tong taik,ada yg tersenyum,cerita ini popular di pilihanraya thn 1969,
dia adalh atok saya
Catat Ulasan