Isnin, Ogos 10, 2009

Etika talipon


Tak tau kenapa. Kita orang Malaysia sangat berbudi dan bersopan tetapi berubah perangai dalam tiga situasi. Pertama, masa bawak kereta. Kedua bila di Internet berforum dan komen blog. Ketiga, etika talipon.

Bila orang talipon kita, dia suka tanya siapa tu? "Whose that?" Pelik? Bukankah patut tahu siapa yang ditaliponkan. Bila kita talipon orang, perkenalkan diri atau syarikat yang anda wakili dahulu. Jangan tanya siapa tu tapi tanya boleh tak saya bercakap dengan si polan si polan.

Satu peel yang ana benci adalah bila kita talipon orang, dia pula sibuk dan tak dapat layani masa itu. Dia suruh kita talipon balik. "Call back." Kadang2 tak beritahu bila masa nak talipon balik. Bukankah patutnya dia yang talipon balik?

Kita talipon rumah kawan tapi anak kecilnya yang jawab. Ini yang menyampah dok tunggu dia orang nak pujuk ambil talipon baik-baik dari anak tu. Kalau pandai cakap tak apa juga.

Ana dapat lawak talipon dalam e-mel. Mungkin ini cara nak kenakan pemanggil yang tidak tahu etika talipon:

1. Pemanggil: Helo, May I speak to bedah please?
Jawapan: Maap. Sini bukan balai polis.

2. Pemanggil: Helo, siapa disana?
Jawapan: Entah. Saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Pemanggil: Helo, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. Buat ape tanye saya.

4. Pemanggil: Helo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maaf cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur, tolak, kali dan bagi.

5. Pemanggil: Helo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak tak ada rumah. Bapak ada. Pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Pemanggil: Helo, saya bercakap dengan Siti?
Jawapan: Maap, nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye ... time kacih.

8. Pemanggil: Helo, tolong panggilkan Samad. Saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. Saya sibuk. Maaf.

9. Pemanggil: Heloooo ...
Jawapan: Helo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

10. Pemanggil: Helo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: Maaf. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Pemanggil: Helo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. Kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Pemanggil: Assalammualaikum...
Jawapan: Waalaikummussalam ...(tupp!..terus letak tepon. Hanya untuk wajib jawab)

Operator pun ada karut juga.

Kenapa lambat sangat angkat talipon. Patutnya dalam tiga ring dah angkat. Tak kesah saja kita. Tak tergesa nak angkat sampai 9 kali. BUkan operator saja tapi orang kebanyakkan. Kalau nombor am pejabat kerajaan, satu hari tak dapat-dapat. Sedar-sedar dah tutup untuk makan atau tutup pejabat.

Bila kita dipinta tunggu, kita boleh menunggu sampai selama-lamanya hingga seolah-olah tak ada orang yang melayani kita atau tidak disambungkan.

Pengalaman seronok bila talipon syarikat Cina. Telephonis mereka bahasa komunikasi teruk. "Horron ... aaa." Suruh tunggu. Kadang-kadang dengar broken English macam berbunyi "Wa izit", "Can or not", "I tono", dan macam-macam lagi.

Yang lucu adalah bila tengok orang yang terima call dari boss dia atau Menteri mana. Dia boleh bangun berdiri seolah-olah bos atau menteri tu ada di hadapannya.

Ana tahu ada satu bekas Menteri kanan ada satu perangai pelik. Bila ada orang talipon direct ke pejabat dan ada orang hadapannya, dia akan kata salah nombor. Bukan satu dua yang masuk tapi banyak pulak "wrong number.".

Hairan ... macam mana boleh salah nombor masuk bilik bekas Menteri kanan. Banyak jantan betina talipon ... hehehe.

Menteri itu ada perbicaraan pada Sept 5hb.

9 ulasan:

PUTERI berkata...

Saya gelak lah...pandai Tuan Husin buat cerita ye..

esjay berkata...

JJ kah ???

Tanpa Nama berkata...

Esjay
Ape ke bodoh sangat. Aljuburi lah.

Tanpa Nama berkata...

kahkahakhakhkah...tergelak je aku baca...

kalau aku punya hp ada nama kawan-kawan muka lawak dan x kesah aku lagi suka guna

a:Hello?
b:"HALAU??HALAU??HALAAAAAAUUUU??

hahahah..lucu juga...apa jadi la dekat DSAI nanti ye


-redazun

Tanpa Nama berkata...

Aduiiiii...sakit perut aku baca...anak sedara aku tanya... paksu ni gile ke gelak sesorang...

TAAVEEKUN PERAK berkata...

salam ziarah
tq kerana anda pandai menghiburkan minda pembaca.

yuhana berkata...

syabas inspektor sahab <-- gaya ckapa macma citer hindustan hehe letih gelak tp mmg betul pon lawak ^_^

Anak Omak berkata...

Tuan Husin,

Den dengar cerita PKR dan PAS akan berkampung di Rembau esok malam. Apa yang nak diistiharkan, kot-kot si menantu telor masak separuh nak join PAKATAN.

Maklumlah dalam UMNO la tak de sape yang peduli kat Khairy.

http://anakomak76.blogspot.com/

Shah Jiwang

Shafiq berkata...

redazun 2:17 pm

HALAU??HALAU??HALAAUUUU??

Kih3X. Teringat atuk aku yg umur 80thn menjwb tepon.