Isnin, Ogos 03, 2009

Kerajaan perkenalkan tanaman getah toreh segera

TANGJUNG KARANG Ahad Ogos 2: Kementeriaan Pertanian akan perkenalkan tanaman pokok getah toreh segera secara besar-besaran di seluruh negara, kata Menteri Pertanian Dato Noh Omar di pelancaran Kursus Petani Fofesyenal di Tanjung Karang semalam.

Menurut Noh, hasil susu getah toreh segera lebih banyak dari baka getah biasa dan boleh ditoreh selepas hanya beberapa hari pokok ditanam. Selain itu, baka pokok getah boleh dijual sebagai kayu kayan perabut yang berharga.

Proses penorehan dan pengambilan susu getah dari pokok getah toreh segera dapat menggunakan teknologi untuk dimekanisma dan diotomasi. Pengambilan pekerja-pekerja luar dapat dikurangkan dan ia mudah bagi pengusaha lakukan sendiri.

Kata Noh, usaha ini adalah hasil penyelidikan Mardi dan merupakan sebahagian dari program mengimplementasi rosolusi Konvensyen Petani Nasional beberapa tahun lepas.


Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan yang banyak menimba pengalaman menoreh pokok getah mengalu-ngalukan usaha itu dan memperakui kebaikan baka pokok getah baru ini.

“Saya sendiri sudah dapat rasa menoreh getah tanamam segera ini di tapak experimen di Benut, Johor pagi semalam. Masa itu saya bermalam di rumah seorang penoreh getah yang beratap nipah. Tengahhari semalam saya di Telok Intan. Sebelah petang semalam saya sudah berada di Penanti dan Permatang Pauh, tempat yang sudah tidak dikunjung orang ahli politik.

“Lepas ini saya terbang ke Tuaran, Sabah dari Senai. Malam ini saya akan bermalam di Arau, Perlis. Besok saya masuk kerja di Peutarjaya.” kata Ahmad yang kuat bekerja dan tidak malu menceritakan jadualnya setiap kali berceramah dan ditanya wartawan.

Selain pekej ransangan ekonomi yang pasti turun di Permatang Pasir, Ahmad berharap pokok ini ditanam segera di Permatang Pasir agar cukup masa untuk dia sendiri merasmikan torehan pertama semasa pilihanraya kecil nanti. - Agenda Husin Lempoyang

Perhatian: Blog Husin Lempoyang ingin merakankan ucapan takziah kepada keluarga mantan ahli Dewan Undangan (PAS) Permatang Pasir, Allahyarham Mohd. Hamdan Abd Rahman di atas kematiannya pada Julai 31hb baru-baru ini. Muga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al Fatihah

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eh eh eh ... ide baik Sin. Ekonomi dapat. Politik dapat.

Tapi sapa nak noreh lagi sekarang???? Ahmad Maslan sorang mana cukup ... wes toh wes toh.

Wak Palil
Pontian

ummi68 berkata...

semua orang cari duit..tak cukup2

ummi berkata...

semua pasal duit

Ekeng A/L Etong berkata...

Tuan Husin!

Tak boleh ka cadang kat Menteri Pertanian supaya direka kepala paip kat perdu getah? Tiap-tiap pagi, cucuk saja kepala paip kat perdu. Pusing kepala paip, kemudian getah meleleh keluar. Kerja senang. Belanja jimat. Buat syarat, satu hari cuma sekali saja boleh cucuk. Kalau cucuk lebih, atau buka kepala paip sepanjang hari, mampus la pokok getah tu!

Otak kuning serupa kunyit berkata...

Teknologi "MARDA YG TERKINI" (tak sebut MARDI sebab teknologi ini belum diuji lagi).

Adapun alat ini menyerupai sepasang buah dada besar(gede kata mat jawa) yang gebu, alat ini hanya perlu dilekatkan ke perdu batang pokok getah dan perlu diramas-ramas dan dinyonyot-nyonyot bagi merangang pengeluaran sesu getah yang banyak dan untuk mendapatkan susu getah pisau toreh dah tak leh pakai lagi memadai dengan menyonyot dan meramas seperti yg dinyatakan tadi. selepas limablas keduapuloh minit sesu getah akan memancut dengan banyaknya.

Alat ini juga diyakini akan menggalakkan para pekebun kecil tok-tok jantan yg suka membuang masa sembang politik di warong kopi tepi jalan untuk lebih aktif dan berdaya maju.

Alat ini juga perlu mendapatkan pandangan para ulama dan tok2 guru yg berserban tebai untuk kelulusan memandangkan pihak2 berkenaan tak berapa berkenan (malu-malu miang) semasa alat ini diuji di Manek Urai baru baru ni.

Demikianlah adanya.

Abu Garcia berkata...

Al-Fatihah buat YB Hamdan dan salam takziah buat keluarganya.

Maka berlakulah lagi pilihanraya kecil di negara ini. Sesungguhnya ajal itu ketentuan Illahi.

Gamaknya, entah berapa banyak lagi PRK da.....

Sesi pantun:

Dulu depa dok ngata UMNO
Pegang jawatan sampai ke tua
La ni hang pa tengok no
Menteri BN banyak yang muda

Depa ngata tak habis-habis
Dok mintak Tun M cepat berhenti
La ni tengok la tok nik aziz
dah mula nyanyuk menyakitkan hati

Mengutuk orang tak dak pantang
last-last depa kena sendiri
jangan lupa tok hadi awang
dah sakit jantung berapa kali

Presiden UMNO, melayu dah pasti
PKR melayu, leh kira dgn jari
Anwar Ibrahim dah tak lama lagi
bila dia pi sapa mau ganti

Kata depa UMNO buat cerita
dan Pakatan Rakyat have no problem
Lim Kit Siang dah nak kondem ma
Boleh la pi hantar muzium.

Bole ka Tuan?

Amran berkata...

Buat kerja ikhlas Mat Maslan. Nanti orang hargai. Tak payah jual diri.

Tengok Noh Omar. Dia dah kira hebat skrg.

Hidup Fofesyenal!

New Stream berkata...

Ahmad Maslan ada melancarkan satu program yang diberi nama PINTAS (Program Inisiatif Tawan Selangor).

Mak ai, mulut kau ni. Pantek betul.

Kau ni memang kaki cari glamour. Tak tahu cerita jgn cakap. Org dah buat kerja lama tak bising2.

Dah tukar program.

Hamidah buat kerja sorang2 di Perak. Tahu2 jadi kalau tak pasai Zahid Hamidi.

Mulut kau ni patut dipanteqkan kasi diam!

Tanpa Nama berkata...

HUSSIN...ulas la sikit pasal adun BN yg tibai duit dan kena tahan ngan sprm..kasik la lawak sinis ko tuh...kena fair la brader ..

Shahrul Azman Bin Alang Saidi berkata...

Betulkah ada benar boleh ditoreh selepas beberapa hari ditanam? Saya sudah hampir 20 di dalam industri ini tidak pernah berjumpa klon getah sebegini.Mustahil... Atau lawak saja???

sudin berkata...

keh2..boleh ditoreh selepas hanya beberapa hari pokok ditanam..mcm siot...teringat dulu jenuh tunggu pokok kat kebun atuk aku nk besar

Tanpa Nama berkata...

Bro Shahrul,

Lawak pun bukan. Ini parody lagi sarcastic tahap fofesyenal.. tak ada kena mengena dgn klon getah..

Rudy

Tanpa Nama berkata...

sin..tgk bro jinggo tibai hg dlm pro KJ...jawab la sin..bengang betoi aku kt dia ni...

ali berkata...

satu perkara je boleh terus makan....... samada sebelum tanam atau selepas tanam

tanam jenazah

Banyak telok berkata...

Tanpa nama 11.27 (pasai pa la hang tak bubuh nama mudah sikit) apa yg ditulis bro jinggo dlm blognya memang patut.. Nak p berdemo pasai apa, hampa dapat apa, tak dak pa benda pun selain pedih mata dan benjol lebam. Cuma aku tak bepa serönak bro jinggo timang KJ tinggi melangit kang jatuh telok lembik budak seko tu tak ker naya. Nanti makbul tuduhan tuan using budak tu tak dak telok.

Tanpa Nama berkata...

Apa?.....selepas beberapa hari ditanam dah boleh toreh?...toreh tu memang boleh....batang kecil lagi....mana ada getah..

Tanam batang atau tanam buah?.....atau tanam batang dan buah....

Kalau tak ada getah, toreh le batang si Noh tu.

Jin mata satu

Tanpa Nama berkata...

Abang kesayanganku Husin

Tak payahlah abang baca blog bodek Bro Jinggo tu. Bukan ada orang datang baca blog dia pun. Nama pun dah ditukar berkali-kali tapi masih tak datang pengunjung.

Buat apalah KJ beri dia gaji 6 ribu untuk jaga 5 blog. Satu pun tak popular untuk didatangi. Kesian KJ kena tipu bayar gaji banyak2.

Budak2 KJ ni bukan tahu blog. Blog dia orang cuma cut and paste and menulis balik apa yang dah ditulis orang. Tak menambah maklumat dan pemngetahuan baca blog2 Setiakawan. Kesian KJ.

Sudahlah blog mereka tidak popular, mereka berangan nak jadi organiser untuk unit medua baru untuk UMNO. BPN lah. Alah ... Mona tau. Mereka hanya nak kebas duit KJ.

Tak payahlah abang Husin layan dan baca blog budak2 ni. Mereka ini tidak mature. Si Wenger tu pun sama. Budak hingus suka tunjuk2. Punya bodoh budak2 KJ hingga kesian KJ terpaksa guna Stephen Doss untuk bantunya. Mona terbau kari dan tosai pada badannya. Mesti penjual tosai.

Macam mana mereka nak bantu KJ dengan kebolehan keupayaan menulis standard Aziz Mat Rempit? Bila KJ kena tegur, mereka melenting jadi personal dan emosional.

Ada ceritanya mereka pecahkan tingkat kereta orang. Kerumun dan tinggalkan komen yang penh dengan kata-kata kesat dan maki hamun dalam blog orang. Adakala sampai nak ugut. Ada pulak nak psycho orang lah. Sudahlah dulu suka main-main siar gambar2 orang.

Saya tahu abang Husin memang banyak kaki dan kontek sana sini. Kalau nak dikerjakan kera2 KJ ni, memang boleh. Cuma tak mahu melayan kerenah kanak2. Abang ada macam2 kerja penting dan blog ini hanya buat suka2 seronok.

Saya faham perangai mereka kerana mereka ada nak try-try tapi saya tak layan. Alah ... air pun belum terpancut lagi. Kalau abang kerjakan mereka, nanti mereka kencing terpancut dalam seluar macam Shamsul Iskandar Akin.

Bersabarlah abang. Jangan hirau dan bersabar sajalah.

Mona Karin
Adik Maya Karin
Sedara dgn Maya Khairy

KJ PKR berkata...

Bestlah kata2 mu Mona Karin

Mana bala tentera KJ - ijat, nighcaller dan hang 'perasuah" tegar?

Maya Khairy berkata...

Abang Sin,

Lebih-lebih pulak sedara Maya kat sini, jealous tau!

Tanpa Nama berkata...

Husin tak nak masuk bertanding kat
Permatang Pasir ke? Saudagar ikan pun boleh jadi calun kat Manik Urai
takkan saudagar unta tak boleh kut?

Tanpa Nama berkata...

Hey there would yοu mind stating which blog
platfoгm you're working with? I'm looκing to stаrt my оwn blog soοn but I'm having a tough time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design and style seems different then most blogs and I'm looking for something unique.
P.Ѕ Μy apologies for getting off-tοpic but Ι had
tο аsk!
Feel free to surf my page :: Easymoneyinfo.net

Tanpa Nama berkata...

Thank you a bunch for sharing this with all of us
you really recognise what yοu're talking about! Bookmarked. Kindly additionally discuss with my web site =). We can have a link exchange arrangement between us
My web blog ... Extra Money

Tanpa Nama berkata...

It's in point of fact a great and helpful piece of info. I'm
glad thаt уou juѕt shaгed thіs helpful information ωith us.
Please keep us up tο ԁate like thiѕ. Thаnk you fоr sharing.
Stop by my web page - WWW

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

yοu're actually a excellent webmaster. The web site loading pace is incredible. It seems that you're doing аny unique triсk.
Also, The contents аre masteгwork.
you've done a excellent task in this matter!

Feel free to visit my weblog: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Еxcellent рost. Ι waѕ chеcking constаntly thiѕ blοg and I'm impressed! Very useful info specially the last part :) I care for such information much. I was looking for this certain information for a very long time. Thank you and best of luck.

Take a look at my web page: payday loans online

Tanpa Nama berkata...

Niсе poѕt. ӏ ωas chеcking constаntly thiѕ blog and I am impressed!
Extremely useful information specially the last part :
) I caгe for ѕuch informatiоn a lot.

I was looκing for this ρarticular info for a vеry long time.
Тhanκ you anԁ gоοd luck.


My web site instant cash loans

Tanpa Nama berkata...

Hello, I desіrе to subscribe fοг thіѕ web sitе to get mοst up-to-ԁate updаteѕ,
thus where can i do іt рleaѕe help.

My web-sitе :: instant loans

Tanpa Nama berkata...

Good day! I sіmplу want tо οffer you а big thumbѕ up foг yοur great informatiοn you have got here on this post.

I am returning to your blog for mοre soon.


Here is my site: short term loans

Tanpa Nama berkata...

Hellο there, You havе done an excellеnt job.

I will ԁеfinitеly ԁіgg it and persοnаlly ѕuggest to my friends.
I am confident theу'll be benefited from this web site.

Here is my page - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Reallу nο matter if somеonе dοesn't be aware of afterward its up to other users that they will help, so here it occurs.

Feel free to visit my web-site - Payday Loans