Jumaat, Ogos 14, 2009

Mana boleh main sikit-sikit


Orang kita suka kata buat sikit-sikit. Ikut mana terlarat.

Kalau tidak mampu, memanglah itu caranya. Berdikit-dikit membina sesuatu. Dari laki bini naik motorsikal, kemudian boleh beli kereta. Kalau mula sebagai foreman kereta bawah pokok, lama-lama meningkat dapat francis Dunlop.

Nek Ngah ana kata tak boleh. Kalau nak buat sesuatu, tak boleh ikut mana termampu. Sebab apa?

Ini ceritanya.

Suami Nek Ngah bernama Sulaiman. Ana memang suka dan selalu berziarah ke rumah Nek Ngah dan Pak Haji Leman. Kalau datang, suka waktu petang dan duduk di anjung sampai nak dekat maghrib.

Satu hari tu, ana tengok Nek Ngah dan Haji Leman macam bermuram sesama sendiri. Macam baru berkelahi.

"Apa kabo Nek Ngah?"

"Baik. Kami ni baru lepas kelahi. Pak Leman kau ni ada ke tanya-tanya aku nak kahwin lagi. Dah tua-tua baru nak buka cawangan. Mana nak kasi rumah sini. Nak kasi rumah sana.

"Mana nak cekau duit. Bukan dia larat kerja lagi," merajuk bunyi Nek Ngah.

Ana tengok pada muka Pak Leman dan dia kenyet-kenyet. Ah ... pahamlah. Dia saja menyakat.

"Aku bukan apa, Sin. Kau tahulah. Sejak aku pencen, aku dah mula pergi ke Masjid. Sembahyang tak tinggal macam dulu. Dah mula puasa. Dah belajar zikir dan macam-macam."

Pak Leman menerangkan dengan Nek Ngah memanding ke lain.

"Aku ni kan Husin. Aku rasa nak mengikut jejak langkah Rasulullah dan merasa kelazatan mencintai Allah macam Rasulullah," sambung Pak Haji Leman dengan mukanya mencmek=cemek pada lesung pipt.

"Oooo ... bab kahwin ikut Rasulullah. Bab beribadat tu. Dah pencen baru nak jaga sembahyang. Muda-muda tak puasa. Mengaji masih merangkak-rangkak. Yang nak diikut Rasullah hanya kahwinnya. Hai ....," menyerang Nek Ngah.

Ana diam aja. Bila laki bini bertengkar, jangan masuk campur dan cuba berpihak-pihak. Memahami Pak Haji Leman dan Nek Ngah, ini sekejap aja. Pasti menarik penutupnya.

"Alah ... Ngah. Kita ni hamba yang lemah dan serba kekurangan. Tapi kita kena berusaha sebarapa yang boleh. Manalah aku larat nak sembahyang sunat dua rakaat baca surah Al Baqarah?

"Aku buat yang larat sajalah. Hanya amalan kahwin saja yang aku mampu ikut. Kahwin sajalah, Sin. Lepas aku kahwin lagi satu yang muda, aku cuba buat amalan lain. Betul tak?"

Baik punya penutup Pak Leman.

Ana hanya tersenyum dalam hati. Tak berani nak jawab dan tak berani nak senyum. Takut kecik hati Nek Ngah.

"Haaah ... ada aja alasan orang tua ni. Biar aku ke dapur jerang air dulu. Aku nak solat asar. Kau nak air apa, Husin?"

"Apa-apa sajalah Nek Ngah," ana jawab.

"Awak tu nak air apa?" tanya Nek Ngah pada Pak Haji Leman.

"Buatlah kopi."

"Kalau ikuitkan kemampuan saya, hanya air jarang panas putih saja tau. Tapi saya layan suami tak ada sikit-sikit ikut apa termampu. Yang tak mampu buat pun saya buatkan. Kau dengar cakap Nek Ngah ni, Sin." Nek Ngah kenakan suaminya balik.

Itulah orang tua bergurau. Seronok dengar. Sebenarnya ada iktibar. Jangan asyik fikir dikit-dikit lama-lama fikirkan pun hanya sikit-sikit. Nak maju kena ada fikiran jauh dan kemahuan besar. Lakukan sesuatu melebihi jangkaun.

Kalau orang politik, cita-cita dia hanya nak buat Majlis pelancaran besar-besar. Sikit-sikit juga namanya. Masaalahnya, selalu sikit itu aja.

10 ulasan:

Lin berkata...

salam sdr Husin

kebiasaannya seorang pemimpin yang diperingkat awalnya memerhati dan menyelami permasalahan masyarakat sekelilingnya dan memikirkan bagaimana nak mengatasi permasalahan tersebut akan menjadi pemimpin yang baik bila dia diangkat menjadi pemimpin


tapi kalau seseorang itu asyik memikirkan macam mana nak memperbanyakkan kuasa dan peluang membuat kekayaan maka manusia jenis inilah ayang akan menjahanamkan negara kita... kumpulan ni memang banyak sekarang ni

salam

Ekeng A/L Etong berkata...

Buat sikit-sikit
lama-lama jadi bukit.

Buat sikit-sikit
lama-lama boleh sakit.

Buat sikit-sikit
lama-lama boleh buncit.

Buat sikit-sikit
lama-lama jadi hipokrit.

Ekeng A/L Etong berkata...

Buat sikit-sikit
lama-lama jadi bukit.

Buat sikit-sikit
lama-lama boleh sakit.

Buat sikit-sikit
lama-lama boleh buncit.

Buat sikit-sikit
lama-lama jadi hipokrit.

Tanpa Nama berkata...

omak..omak..kite terase..kite selalu datang majlis pelancararan besar-besar je...

tengok husin omak..die kenekan kite lagi..omak..omak..

sob..sob..sob isk..isk..isk..

Quantum Metal Consultant berkata...

Ia umpama perjuangan PAS yang semakin tenat tapi ada hati nak kahwin dan beranak pinak dengan dengan DAP.

Elok nick ajis kahwin juga dengan mana mana pompuan dogs and pigs untuk mengeratkan siraturahim.

Maya Khairy berkata...

Salam Abang Sin,

Maya kalau boleh semuanya nak cepat-cepat dan banyak-banyak, biar kasi gempaq!!!

Segerakan Tindakan UMNO Ku Sayang

Tanpa Nama berkata...

kawen la dongan ellie kassim, eh bukan, dengan ellie wong lah..


rudy

Unknown berkata...

keluang man!
nikajis yg kau sindir tu, lampu isharat dia punya, kau dan pemimpim2 kau tak larat nak turut.apakhabar
wak tpm cuba tutup sekendal 10 juta dua cina gerumbulan takut kena tempias atau macamana? jangan
buat tak reti pula itulah kerja gerombolan selama 52th...

Tanpa Nama berkata...

chegar,
bukan saje lampu isyarat nik ajis punya..jlnraya, lebuhraya, m'sia dgn planet2 skali dia punya..cuma teloq je dia takde..

heran betul aku dgn ulamak zaman sekarang, dia lg berkuasa dr segala-galanya di tujuh petala langit dan bumi..

WAKDIN

Tanpa Nama berkata...

"Kalau orang politik, cita-cita dia hanya nak buat Majlis pelancaran besar-besar. Sikit-sikit juga namanya. Masaalahnya, selalu sikit itu aja."

Yer, memang betul tue bang. Macam2 harapan kitorang disogokkan time pelancaran. Lepas tue.. Hmmmm.. Hampeh. Kat IPTA pun sama jer, masa pelancaran, berucap berjela - jela. Baik balik hostel baca buku lagi baik. Kalu tak datang, kena potong markah lak.