Sabtu, Ogos 22, 2009

PAS menolak permohonan untuk ke syurga

Pengikut PAS engkar arahan 'nabi' usah serang peribadi.

KUALA LUMPUR Ogos 20hb - Prinsip adalah perkara kedua apabila membabitkan soal masuk syurga. Menurut Malaysia Insider, sekurang-kurangnya itulah yang dikatakan oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Permohonan Khairul untuk menjadi ahli anggota PAS dan seterusnya dapat memasuki syurga telah ditolak hari ini.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat PAS sini, Khairul, yang merupakan Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), berkata tujuannya untuk menyertai PAS adalah kerana dia mahu "masuk syurga" seperti yang dikatakan oleh pemimpin PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa ahli-ahli UMNO tidak boleh masuk syurga.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah hak asasi saya sebagai seorang warganegara bebas untuk menyertai mana-mana parti yang legal dan saya telah memenuhi syarat PAS. Sebab kenapa mereka menolak saya dalah kerana saya menyokong ISA yang ditentang oleh mereka," kata Khairul.

Khairul yang mengharap untuk menjadi ahli PAS datang siap bersedia dengan tiga orang lain yang membawa banner bertulis “PAS Take Beer,” yang memomokkan jeritan takbir PAS yang kini mengalah dalam isu kontroversi jualan bir di Selangor.

Dia berkata jika PAS menentang ISA, maka dia bersedia menukar pendiriannya dari pro-ISA kepada anti-ISA.

“Saya sekarang anti-ISA. Saya mahu masuk syurga. Saya sedih kerana bila saya ditolak PAS, saya tidak dijanjikan tempat di akhirat," katanya.

Bila ditanya mengenai kenyataan pegawai PAS yang mempersoalkan keikhlasannya, dia berkata bahawa niatnya sangat ikhlas dan dia rasa Nik Aziz adalah seorang
"nabi" kerana semua orang percaya kepada semua cakapnya.

Bila ditanya, apakah langkah seterusnya, Khairul akan membawa isu ini ke pejabat Suhakam.

Dalam masa itu, pengikut PAS telah melanggar arahan "nabi" mereka supaya tidak bermain isu peribadi semasa berkempen di Permatang Pasir.

Ianya dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Nasaruddin At Tantawi yang menuduh calun Rohaizat simpan perempuan lain dan menyebabkan perkahwinannya goyang.

Ditanya seorang penyokong kuat PAS di Permatang Pasir, dia berkata, "Kami tak ada masaalah untuk berbohong, berfitnah dan bekerjasama dengan murtad, Nik Aziz dah pastikan ahli PAS masuk syurga.

"Walaupun Mujahid Yusof Rawa tahu calun kami curi duit kempen RM60,000 dan ambil dana sekolah pintar PAS untuk bayar hutang Chartered Bank, kami tidak ada masaalah. Dia akan turut masuk syurga kerana dia orang PAS." - Agensi Husin Lempoyang

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

omak..omak..omak..

tengok husin die tak ulas pun pasal 3 perkara yang kite tuntut supaya PAS jawab.

nik aziz..nik aziz je..

omak..omak..omak..

sob..sob..sob..isk..isk.isk

Unknown berkata...

banyaknyer ko fitnah org ish..ishh.. takut la api neraka..

yuhana berkata...

kah kah kah
syabas buat penulis blog ini!!

Sulaiman Akhlaqan berkata...

mat

aku setuju. mmg pas kuat fitnah seperti yg dilapurkan agensi husin lempoyang.

fadhli zulkifli berkata...

Owh pak tua Husin oi...Sodap lak ai mulut ko ni do mengata Tok Guru...Aku tau la ilmu kau ni tahap Nirvana...Kau blaja kek sami mano aku tak tau la kn...tp jgn la dok mengata orng Lempoyng ooii..ni bulan pose..kang jgn smpai kt akhirat nnti kau kena melutut kt Nik Aziz minta ampunkn dosa mmfitnah kau tu...Dia tk mention pn yng die ni nabi...Kau ikutlh ape yng dilaporkn oleh Berita Hairan 2...Baguih2..biaqpi semua rakyat malaysia jadi ahli Batak Negara...takde demokrasi..

NIK ajis berkata...

biasalah owang pas memang anggap nik ajis tu tahap dewa... semua nik ajis cakap betol belaka.. owang laen ni semua salah.. nik ajis juga dah macam pak lah lah " flip flop". mana2 owang umno yang ngundi PAS ni pada PRU 2008 balek pangkal jalan termasuklah aku.. tak guna ngundi PAS lagi

Tanpa Nama berkata...

'Amerika jahat bukannya orang Amerika'

Rascal

kassim pantalon berkata...

kah....kah.....kah ...Khairul Azam
buat lawak lagi.

apisfires berkata...

adoi ai encik ibnu zulkifli....


"kang jgn smpai kt akhirat nnti kau kena melutut kt Nik Aziz minta ampunkn dosa mmfitnah kau tu..."

betapa hebatnye nabi nicky ajis nih... sampai penyokong pun percaya orang akan melutut kepadanye di akhirat? di akhirat Allah sahaja berkuasa bukan nabi nicky ajis la kawan... Antara menyembah Allah or melutut kepada nabi nicky ajis ni,yang mana lebih utama? sombong betul pengikut PAS dengan kehebatan ilmu nabi mereka tu... Seolah2 maksum, tak akan buat silap, boleh menentukan syurga neraka sesuka hati,tetapi dibolehkan goyang kiri kanan macam lalang menyongsang angin.....
haraplah nabi nicky ajis ni bertaubat...

orang PAS mengata jaga mulut semasa puasa, tapi hangpa yang tak jaga mulut... fitnah sana sini, malangnya orang menggunakan agama sebagai alat untuk politik seperti ini... seperti isu undi pas masuk syurga, isu umno kafir dan pelbagai isu yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.. Saya percaya PAS sudah hampir mendekati cara politik Syiah, orang lain sahaja jahat, mereka sahaja betul...

Tanpa Nama berkata...

sin...aku berharap kita semua dapat bertaubat sebelum mati....kita semua ada dosa (sin).....renung2kanlah...

amirrash berkata...

salam tuan sin,

saya nak apply masuk syurgalah. hari isnin saya pun nak hantr borang permohonan masuk syurga via borang menjadi ahli pas. yelah, dah penyokong pas masuk syurga baik saya apply juga.

p.s
tuan sin tak nak apply sekali ke? memandangkan ramai mengutuk tuan sin di sini dengan mengatakan tuan sin ni boleh masuk neraka. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Ibnuzulkifli

ko pun jangan dok mengata orng (Lempoyng) ooii..ni bulan pose , sodap mulut ko je kata orang belajar kat sami ..x berdosa ke fitnah orang? owh.. lupa lak .. korang masuk Sorga . maka bolehla mengutuk orang ..

..kalau ikut ko punya ayat ..

"kena melutut kt Nik Aziz minta ampunkn dosa" <-- Nik Aziz tuu, bukan Allah ..

boleh la kita peratikan tahap mana AhlipAS angkat n.ajis tu ..


ikhlas, x mau Sorga PAS

Quantum Metal Consultant berkata...

Setahu aku, golongan ulamak adalah yang pertama pertama akan masuk neraka dan yang paling akhir akan masuk syurga.

Sin, kalau seseorang dah ahli PAS, tetapi kemudiannya secara senyap di dalam hati, dia menolak nick ajis kerana karutnya, apakah dia sama dengan orang UMNO - Islam plastik..

Tanpa Nama berkata...

Wahai Pengundi Permatang Pasir,

Pedulikan ajaran sesat yang mengatakan Pok Nik boleh bagi SYAFA'AT. Bagi manusia, hanya Nabi Muhammad S.A.W yang boleh. Jangan takut, pangkahlah BN bulan Posa nih.

Salleh Telegu
Permatang Tok Kandu.

p.s Walaupun aku gelap, aku bukan warikh KJ.

Unknown berkata...

celaka bagi sesiapa yg memisah hukum agama dgn kehidupan nya harian2 .bagi yg memerintah negara ada3 katoguri .zalim ,fasik,kafir dan allah yg menentukan, itu bagi yg tak menjalankan hukum tuhan sedangkan mereka berkuasa.renung2
dunia hanya sekilas pandang.

Tanpa Nama berkata...

Siap anak buat dosa, pastikan borang permohonan pas diluluskan dahulu.

Lepas tu berzina, minum arak, hisap dadah dan enjoy puas2, syurga dah dipastikan nik aziz.

Kalau ahli dap dan pkr, kafir pun nik aziz garentikan.

Pemohon ahli PAS

Tanpa Nama berkata...

awak loyar burok dan pembohong mana nak layak masuk syurga..

Sang Rajuna Tapa berkata...

waduh loe sebut batak. emangnya batak itu kenapa?

Loe jangan menghina. Batak adalah org yg lebih bertamadun sebelum Melayu. Sebab loe sudah jadi Melayu, loe lupa asal usul loe.

Coba loe fikir siapa itu Sang Sapurba. Dari mana datangnya kalau bukan dari sumatera. Hang org Batak saja yg punya gelar Sang dan Si.

Sang Rajuna Tapa berkata...

Hang = Sang hanya digelar dalam masyarakat Batak.

Dan memangnya Melayu itu asalnya dari Batak juga.

Pok Mae berkata...

Adakah anda faham apa yg sebenarnya yg ingin disampaikan oleh TGNA sebelum anda mengeluarkan pandangan @ pendapat? Islam sifatnya syumul bukan boleh kita ambil yg mana kita suka & kita tolak yg mana kita tidak suka. Prinsip Islam tidak seperti sifir matematik, yg jika 5 ditolak 1 masih ada bakinya 4 tetapi di dlm Islam jika 5 ditolak 1 jawabnya 0. Jadi marilah kita sama-sama merenung jawapannya dengan menggunakan akal & fikiran yg waras sebelum berhujah @berkata-kata, tidak kiralah drp pihak mana kita berada sekalipun. sekian.

pemanduteksi berkata...

macamana graduan jahil ugama boleh di lantik jadi pemimpin.? Aku pun bekas graduan jugak tapi taklah sejahil itu. Tukarlkan lah nama tu kepada GABUNGAN GRADUAN MELAYU JAHIL AGAMA.

VitVoG berkata...

cantik gambar pasberg... ada tulih take beer lg bwh tuh... jgn disamakn dgn takbir sudah la... itu bererti anda x pnah solat... kerana x dpt bezakan take beer b takbir...

Gedung Akal berkata...

Sering kita terbaca perkataan 'take beer' yang disamakan dengan laungan takbir. Ertinya laungan take beer itu sama sahajalah dengan laungan takbir. Apa ertinya ert ini, Melayu atau Islam kah yang begitu kreati sebegitu? Kah..kah..kah..kah..kah Melayu sudah kreatif. Itulah kelebihan PPSMI bahasa ARAB pun mampu diterjemahkan ke Inggeris. Kah..kah..Melayu sudah maju dengan PPSMI! Take beer...teke beer..Melayu sudah mabuk!

kurdip singh berkata...

Kita sendri timbang2 laa..guna akai pikiq..pastu refer kt al-quran,hadis, sunnah, qias etc..nii idak asyik kata org tu x btl..org nii x btl..ingat noo..1 jari tunjuk kt org..4 jari tunjuk diri sendiri..sendri mau ingat..

HUSINterkutuk!! berkata...

TERUSKAN SAUDARA HUSIN!!YG PASTI KITA AKAN BERJUMPA DAN DIHIMPUNKAN DI PADANG MAHSYAR!!MASA TU,TIADA LAGI UNGKAPAN MAAF!!TERUSKANLAH..KUTUK LAH LAGI!!KUTUK LA SMUA ULAMA'2 PAS..BAGUSS!!ITU PERBUATAN "TERPUJI"!!

jelitawan1 berkata...

aku kalu terjumpa nik ajiz..pertama aku nak tampor mulut dia sampai herot.ader ker patot dia kata penyokong UMNO tak masuk surga..jadi arwah mak dan pak aku penyokong kuat UMNO tak masuk surga la..memang babi betol la nick ajiz ni..kalu aku terjumpa gak lagi aku ludah dia dua kali sekali for my late mom kedua for my late father..sekurang kurangnya kalu aku tak masuk surga aku dapat jumpa mak pak aku di sana..tak terhingin aku masuk surga pas..yg ada cuma lebai dengan janggut2 panjang gatai lak tu asik nak kawin dua tiga...tuih

PKMPL berkata...

take beer itu untuk pas halalkan arak di selangor.

tak ada kena mengena dgn takbir.

pasberg untuk pas for taking beer in selangor.

Arif Omar berkata...

tahniah husin. mereka ini semua sesumpah politik. berubah warna ikut keadaan.

egain berkata...

Jelitawan1,

aku doakan kau betul betul terjumpa nik aziz depan-depan dan kau betul-betul lakukan apa yang kau kata. nak dengar lagi apa yang berlaku seterusnya selepas kau lempang dan ludah nik aziz.

Allah Maha Besar, InsyaAllah kau akan terjumpa nik aziz one day. Amin

Tanpa Nama berkata...

bro agak2 la bro..jgn la mengkeruhkan keadaan..
kebelakangan ni tulisan ko..agak kasar gak..

adakah buruk sgt PAS ni..?
buruk sgt ker Tok Guru.?

dia pon manusia..dia menjalankan sistem islam..yg adil..

slangor buat arahan larangan arak..
kerajaan senyap jer..

ramadhan ni cuba cerita yg baik2 pasal org..x rugi pon umno ker pas ker..sape2 ker..

jelitawan1 berkata...

eGain..kau cabar aku ker? kau pikir aku takut.hehehe jangan ada org nak kategorikan mak pak aku yang aku kasihi tu.tak ker dia pikir macam mak pak aku penyokong kuat UMNO yang dah meninggal dunia.Pas kena penampor sulung aku kompom Nik Ajiz yang keji tu tukar kenyataan. Pasni dia kata lak saper pasang bendera UMNO lak tak masuk surga.Dia tau pasai mak pak aku dah tua tak penah naik pokok pasang bendera.MUHAU punya nik ajiz..pandai tak leh di ikut..bodoh tak leh di ajar.syok sendiri jer..pandai belajar bab ugama jer..aplikasi dalam kehidupan seharian kureng...

jelitawan1 berkata...

saper2 boleh jawab kemusykilan aku ni.terutama pada pengikut taksub Nik Ajiz tua kutuk tu..NIK AJIZ tu kompom ker masuk surga? kalu KOMPOM mana bukti. tolong recomfirm..or rerecomfirm..sebab kalu nik ajiz comfirm masuk surga aku nak pi minang dia.jadi bini ke 4 pun aku sudi.tak yah aku susah2 beribadat..leh masuk kain dia jer kat akhirat terus masuk surga sekali ngan Nik AJIZ karut tu..eeee pengikut yg taksub tu mana la buh pala otak korang..wat malu jer belajar tinggi tapi pelajaran rendah.

Pok Mae berkata...

Siapalah kita untuk menentukan ke syurga @ ke neraka seseorang manusia. Namun apa yg pasti di dalam al-quran telah terdapat panduan tentang ciri-ciri ahli syurga & ciri2 ahli neraka. Maka kita yg mengaku sebagai umat Islam hendaklah menyakini & beramal dengan sepenuh hati & ikhlas dengan apa yg telah ditetapkan oleh al-quran. Jangan sesekali kita sangsi tentang hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh Allah yg terkandung di dlm al-quran. Ingat, Islam bukan sekadar sembahyang, puasa shj tetapi meliputi seluruh aspek kehidupan & kita hendaklah menyakini sepenuh hati apa yg telah ditetapkan oleh al-quran. Contohnya jika kita tidak menyakini hukum yg telah ditetapkan oleh al-quran spt beranggapan hukum yg terkandung di dlm al-quran sbg tidak bersesuaian dgn zaman @ tempat. Ini bermakna kita masih lagi tidak mempercayai dengan sepenuh hati tentang kekuasaan Allah dgn mentakwil hukum tersebut maka jika kita tergolong di dlm golongan tersebut, renung2lah di mana kedudukan kita di akhirat kelak. sekian.

Tanpa Nama berkata...

jelitawan1,
kalau kau betul serius nak jumpa nik aziz sbb nak lempang atau ludah dia takyah tunggu terjumpa. kau boleh cari dia kat rumah sbb takde guard kawal rumah dia dan dia selalu ke surau dekat rumah tanpa kawalan.sila lah ke pulau melaka.puaskan hati kau.Allah bersama orang yg benar.kau akan disanjung/dipuji/dihormati jika dapat insafkan nik aziz.dipersilakan...cepat sebelum terlambat.

anakcucu berkata...

Assalamualaikum...
anakcucu ingin mencelah, melihat keletah kome sume terhadap TGNA macam beruk dapat bunga, kenapa? kerana itulah beza orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu, kepada jelitawan1 kejelitawan awak akan hilang jika tidak disertai hati yang ikhlas, orang yang mendalami ilmu al-Quran dan hadis nabi memang Allah kurniakan beberapa hikmah yang tak dapat dilihat oleh orang awam biasa, justeru jgn pandang remeh terhadap kata2 orang yg pernah melalui susah payah mencari ilmu Allah SWT, takut ketulahan, paling kurang meludah ke langit jatuh bertepek ke muka, TGNA layak bercakap kerana dia ada nas untuk bercakap begitu tapi hang guna nas apa untuk berbuat onar.

Nik Azazil berkata...

anakcucu

boleh aku yang cetek ilmu agama ni bertanya?

"ilmu agama" apa yang membenarkan seseorang mencarut/ memaki hamun/ melabel orang seperti dilakukan oleh penganut dan "ulama" PIS

"ilmu agama" apa yang membenarkan perbuatan memecahbelahkan perpaduan sesama ummah ?(saudara mara dan kawan2 aku yang menganut ajaran PAS sampai skarang x bertegur sapa dengan aku)

boleh jelaskan pada aku?