Selasa, Ogos 25, 2009

Sampua ganjaran pre-paid


Pembuangan undi di Permatang Pair sudah berjalan lancar. Mudah-mudahan Gobala Krishnan tidak lagi diarah Brader Anwar beraksi macam haiwan untuk kecohkan keadaan. Baiklah ana ubah cerita dari politik kepada sesuatu yang masakini ia-itu mengenai bulan Ramadhan.

Masa bulan Ramadhan ini memang satu bulan yang baik untuk beribadat. Dari kecik ana diajar pelbagai pendaraban kaliganda kepada ganjaran dari amal ibadat yang dilakukan pada bulan puasa. Banyak orang kata tiap-tiap malam ganjaran terawih lain-lain dan hebat-hebat. Tapi ada Pak Lebai kata tak betul tu.

Ini mengingatkan ana pada suatu kisah seorang hamba Allah yang akan pergi Haji. Musim Haji pun tak lama lepas Raya nanti. Biasalah orang kita bila ada orang nak naik Haji, masing menziarah. Ada bagus tetapi ianya hanya adat dan kehalusan budi orang Melayu. Mungkin ia bermula masa dahulu masa pergi Haji naik kapal. Ianya makan masa lama dan ramai orang-orang tua yang pergi sampai meninggal. Mereka ziarah takut tak jumpa lagi.

Masa hamba Allah yang nak naik Haji menerima tetamu, macam-macam hajat masing-masing. Ada nak memberi pesanan. Ada menyumbang wang. Ada mintak sampaikan salam pada rasulullah. Ada pohonkan doa depan Kaabah. Bagi yang dah pernah pergi, ada pula memberi tunjuk ajar.

Ada satu rakan hamba Allah yang dah pergi haji datang memberi nasihat jangan sekali-kali tinggalkan peluang untuk sembahyang waktu di Masjidil Haram. Banyak ganjarannya. Berlipat-lipat kali ganda.

Kata rakan ini, ganjaran amal ibadat yang dilakukan dalam Masjidil Haram digandakan 100,000 kali. Sembahyang berjemaah dilipatgandakan 40 kali. Orang yang sudah berkahwin sudah kira dapat 25 kali.

Hamba Allah pun sampua ganjaran satu solat waktu berjemaaah di Masjidil Haram. Dapat jumlah ganjarannya 100,000,000 kali atau 100 juta kali.

Rakan itu suruh bayangkan kalau dapat 40 waktu. Hamba Allah kira pakai kalkulator dan dapat angka 4,000,000,000 atau 4 billion kali. Lalu di kira dari 4 billion itu jadi berapa tahun. Hampir 2.2 juta tahun.

Lalu dia berkata, "Wah! Macam solat 2.2 juta tahun. Ini pasti melebihi umor saya. Seolah-olah ganjaran sembahyang sehabis hayat saya dah dikurniakan tuhan. Ya?"

"Itulah hebatnya ganjaran beramal di Mekah," rakan itu berkata.

Isteri hamba Allah yang baru masuk membawa minuman dan sedikit kueh petang. Dia pun masuk perbincangan, "Jemput! Jemput! Kalau macam itu Cik Haji, macam lepas balik Mekah nanti tak payah sembahyang."

"Sembahyang tetap sembahyang juga," rakan itu menerangkan sambil mengangkat cawan yang berisi air teh O ke mulut.

Anak rakan itu yang darjah tiga pergi ke telinga ibunya dan berbisik, "Ibu, ganjaran itu apa? Pre-paid ke?"

Wow! Ana hanya mahu ikhlas dan ibadat mendapat keredaaan Allah.

12 ulasan:

janpakburn berkata...

hahaha.

kelakar la..

selamat berpuasa tuan husim

mufarakahpr berkata...

sin,

kalau nik aziz tak nafikan yang dia cakap ahli umno masuk neraka.

mesti aku dah:
kekal umno, tapi tak perlu solat puasa zakat sebab tetap masuk neraka.

masuk pas; tak perlu solat puasa ibadah tetap masuk syorga idaman.

nik aziz ni pelik sin. Mula dia kata UMNO bawa ke neraka, lepas tu dia nafikan.

maksudnya, berjuang dalam UMNO tetap bawak syurga (fatwa Nik Aziz). aku kekal dalam UMNO sin.

PAS = syurga
UMNO= neraka
melayu DAP= tengah tengah syurga neraka
melayu PKR= belakang syurga belakang neraka kot

Bidadara Tanjong berkata...

PAS masuk syurga sure best, sebab dalam syurga ada bidadari.
Fuyooo, depa boleh start calculate.. depa nak bidadari yang macamana? Macam Aishwarya Rai? Macam Erra Fazira? Macam Miss Universe?
Bayangkan puak PAS dengan Malika Sherawat dalam syurga. Adoiii !!

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz dan anaknya nakkan syurga yang ada supply syabu selori ... hehehe.

Mampos

Ronn berkata...

salam pak usin, apa habaq

matdeboq berkata...

Ganja..Ran .!! Itu ape?

GanjaRan..itu dadah..!! Hasilnya selalu menghayal kan, bila berlari...!!

Joke jugak..wallop..left and right(Itu Samyvello jege cakap)..!!

Unknown berkata...

umno tengalam dlm glombang p.pasir.
tulung cari cerita tentang prk p.pasir.dulu dlm setiap prk umno guna segala jentera kerajaan selain
atm , tapi kali ini atm juga di guna sebagai driver, teruklah atm pon kena kelentong.lain kali undang
netenyahu(pm israel) bukankah? netenyahu kawan zaid hamidi?.buleh
tulung2 angkut beras, gula,pengundi

BlackJack berkata...

Hahahahaaha..Tuan Husin..memang kelakar !! Jangan lupa baca niat puasa ye. Err..dah semak status ke ?

Hajidin berkata...

pre-paid yang murah2 ada tak? yang jenis 15-20 tahun?

umur aku paling panjang pun tinggal banyak tu aja.

Tanpa Nama berkata...

Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Semlm kalo ikot kata2 Ust Nik Aziz, dipermatang pasir 5067 org masuk neraka, 9618 masuk syurga. 83 lagi tatau masuk mana. Lagi belen 26.90% yg tak pergi mengundi tu pn tatau masuk mana. Kalau depa mati sebelum mengundi PRU13 mungkin depa boleh jadi pengundi hantu. Boleh pilih nak masuk syurga ka neraka.

Owh mudahnya nak masuk syurga atau neraka. Cuma guna pensel, kertas dan garis pangkah X saja. Amalan? tak kira dah kot.

Alim Amin berkata...

Cina yang undi semalam dah dimaafkan segala:

dosa kafir mereka,
dosa makan babi,
dosa sembah tok pekong,
dosa makan riba,
dosa menipu dalam perniagaan,
dosa memusuhi dan menipu orang islam,
dosa minum arak dan susahkan mbsa tahan jualan arak pada orang islam,
dosa berzina,
dll.

Nik Aziz kata tak payah sampua dosa pahala. Masyuuukkkk syurga.

Tanpa Nama berkata...

salam,
pahala berlipat kali ganda, selalu pi mekah, sembahyang kat sana, banyak la pahala. tak habis-habis sampai mati. bila pi jumpa Allah nanti, berat bahu sebelah kanan. punya banyak pahala. buat dosa tak apa, bila taubat, abis la. Allah maha pengampun. dosa pulak tak berganda. jahat satu, dosa satu. niat jahat tak dapat dosa. niat baik dapat terus pahala.jadi kalau darab dengan buat jahat ni setiap hari dan setiap tahun sampai mati, tak boleh lawan punya dengan bahu kanan. bahu kiri akan kalah punya. berat pahala banyakkkkk. masuk syurga tu kalau buat amal ibadat dengan Allah aje ke? kalau buat amal dengan manusia tak masuk dalam senarai ahli syurga ke? buat jahat dengan manusia tak pa kot? jangan dengan Allah je, nanti tak dapat masuk syurga. buat fitnah, maki hamun, mencaci semua tu kat manusia. no problem. tak menjejaskan kemasukan ke syurga gamaknya. wow cukup senang nak pi syurga.