Khamis, November 26, 2009

Berkorban atau dikorban


"Kesian tengok lembu kena sembelih, ayah," kata Atan yang dipimpin ayahnya, Bahrom. Rasmi Baharom membawa suka membawa anaknya meyaksikan pelbagai pengalaman. Hari itu adalah untuk melihat penyembelihan lembu korban.

"Kenapa kita korbankan lembu?" tanya si Atan.

"Ohhh ... kita mengikut peristiwa Nabi Ibrahim. Dia dapat mimpi tuhan perintah suruh sembelih anaknya Nabi Ismail sebagai korban. Mula-mula dia tak percaya tetapi akhirnya dia percaya mimpi itu betul. Nabi Ismail pun reda dikorbankan untuk menjalankan perintah Allah. Sampai masa pisau tak lut. Allah perintahkan diganti dengan kambing sebagai simbol binatang penternakan.

"Ianya hanya satu ujian kepada kesetiaan dan kesediaan Nabi Ibrahim menjalankan perintah tuhan. Lalu Allah suruh digantikan Nabi Ismail dengan kambing. Hingga hari ini, kita meraikan peristiwa itu dengan ibadah korban."

"Ohhh ... gitu," kata Atan seolah-olah sudah faham. Dia tanya pula, "Apa maksudnya ini semua, ayah?"

"Dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan atau perjuangkan, mesti ada pengorbanan. Kita mesti sedia memberi sesuatu kepunyaan kita atau kemudahan hidup kita untuk capai apa yang kita tujukan."

"Oh ... gitu," Atan tanya lagi, "Siapa dapat pahala buat korban?"

"Orang yang mengeluarkan belanja dan sumbang binatang korban yang dapat ganjaran paling banyak," Baharum terangkan.

"Kenapa lembu yang berkorban nyawa tapi orang yang korbankan lembu pula dapat pahala?" tanya lagi si Atan.

"Takpa ... sebenarnya lembu suka disembelih untuk tujuan Allah ... dahlah Atan banyak sangat soalan kau."

Letih Baharom melayan anaknya yang suka bertanya.

Satu hari lain pula, Baharom ajak Atan ke ceramah politik. Di atas pentas, seorang ahli politik sedang bersyarah. Hebat bertenaga.

"... Dalam merealisasikan perjuangan kita yang suci murni ini untuk membebaskan negara dari rasuah, mencapai kebebasan bersuara, amalan pentadbiran yang baik, demokrasi yang telus, kerajaan yang telus, dan keadilan untuk semua, kita semua mesti berkorban.

"Anda semua mesti sedia berjihad dan berkorban bersama kami dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara ini. Mari bersama kami dan menyokong pucuk kepimpinan kami demi masa depan anak cucu kita. Saya sedia menyumbangkan kepimpinan saya untuk mencapai hasrat ini ..."

Begitu bersemangat para penonton. Ada yang memekik-mekik dan ada yang melaungkan kata-kata. Tepukan gemuruh.

Atan diam aja. Dia tarik tangan ayahnya dan tanya, "Dia nak apa ayah?"

"Dia nak jadi pemimpin," jawab Baharom.

"Kenapa dia nak jadi pemimpin tapi suruh kita berkorban?" tanya Atan.

"Kalau kita tak sokong dan bantu, dia tidak boleh jadi pemimpin," terang Baharom.

"Kalau gitu ayah, dia suruh kita korban macam binatang yang kena sembelih masa raya haji," kata Atan.

"Betul juga kau cakap Atan. Kita pulak jadi macam lembu ..."

---------------------------

Nampaknya tahun ini, Digi tidak lagi terpaksa mengorbankan lembu di Kepala Batas untuk bantu menaikan nama baik seorang pemimpin. Manakala di Bandar Tun Razak, Perbadanan Negeri Selangor Berhad tidak dipaksa korban lembu untuk pemimpin tertentu meluaskan pengaruh.

Tapi ahli politik tetap ahli politik. Kalau tak boleh konar kiri, dia konar ikut sebelah kanan. Dalam hal mencari pengaruh, akal dia bukan banyak sebakul tapi selori. Jangan hairan kalau ada perintah arahan melarang lembu-lembu jadi bintang korban di Selangor. Apa saja cara untuk jaga hati pengundi.

Syabas rakan-rakan yang sudah berwukuf di Mekah malam tadi. Nampaknya Tuan-Tuan Haji naik Hajah lepas ni ye ... hehehe. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk pembaca sekelian.

9 ulasan:

Tok Jerai berkata...

Salam Tuan Hussin.

Satu kisah separuh lucu yang sarat dengan Thamsil dan Ibarat untuk direnongkan..

Hanya JOHARI saja yang kenal MAKNIKAM.

Apapun janganlah biarkan diri menjadi korban orang2 yang suka mengambil kesempatan.....

Pemerhatian halus berkata...

Kita usah leka. Skrg ni ada gerakan rampas kuasa ala komunis.

Baca buat kesedaran di sini agar diri tidak dilembukan.

Tanpa Nama berkata...

" Nampaknya Tuan-Tuan Haji naik Hajah lepas ni ye .."

hihihihihihihihi

cekodokmasin berkata...

Salam tuan,
Tapi tengok keadaan lee... Kekadang, pak Aji kena kuda dengan Mak Aji... Muhahaha

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.