Jumaat, November 27, 2009
Berkorban atau (patut) dikorban
Diwaktu pagi Aidil Adha yang hening ini, hati Husin teruja cuba menghayati apa yang diertikan dengan perayaan korban ini. Laungan takbir yang bergema memanggil-manggil qariah untuk datang bertakbir tidak menarikan Husin untuk segera ke masjid tetapi lebih menarikan Husin ke keyboard komputer untuk meluahkan rasa hati.
Husin ada seorang kenalan wakil rakyat DAP yang agak veteran juga. Pernah ditanya apa tanggungjawab wakil rakyat. Beliau memberitahu ada sepuloh semuanya. Yang penting adalah menghadhiri sidang. Kedua adalah menjadi penggubal undang-undang. Ketiga adalah penentu polisi kerajaan. Dan seterusnya. Ke sepuloh begitu barulah jaga kawasan dan kesejahteraan rakyat seperti Pegawai Daerah atau Dato Bandar. Itu kerja popularkan diri.
Di atas pentas, berkobar-kobar mengajak orang berjuang dan berkorban. Nak ajak berkorban untuk berjuang itu berat. Kalau ada seringgit, menyumbang 20 sen bukan berkorban untuk perjuangan. Namanya berkorban itu seringgit dua puloh sen yang disumbang baru namanya perjuangan. Tak payah cerita-cerita korban. Jalankan saja tanggungjawab.
Pakatan Rakyat boleh semua hadhir untuk membincangkan bujet 2010 di persidangan DUN Selangor baru-baru ini. Tetapi kenapa begitu lengang pula bahagian sebelah BN? Tak ada isu ke yang perlu diketengahkan. Kalau tanya Husin, bertimbun-timbun isu kewangan Selangor. Boleh ajarkan kepada ADUN-ADUN BN ini semua untuk suarakan.
Uutuk hadhir, tidak ada langsung pengorbanan. Elaun sidang dapat, gaji bulanan dapat, dan kemudahan perjalanan, kenderaan dan lain-lain dapat. Tak perlu pun pengorbanan. Perlu jalankan tanggungjawab saja. Mereka juga yang mahukan tanggungjawab itu. Dan mereka juga yang meminta-meminta rakyat berikan tanggungjawab itu kepada mereka.
Kenapa pula lengang hingga tidak datang? Adakah sebab lima digantung, sudah tidak perlu datang untuk laksanakan tanggungjawab? Atau sudah takut pasal takut ini sesuatu yang lumrah di dalam UMNO sekarang.
Usah buat alasan boikot Dewan kerana tak ada dilaporkan akhbar pun. Kalau ada beberapa kerat itu, tidaklah namanya boikot. Selalu sangatkah ini dilakukan oleh wakil-wakil rakyat BN?
Di bawah ini, kita bergerak membantu. Tak diberi haluan, kita fikir sendiri. Tak diperakui, kita diam saja. Tak dipedulikan, kita terus juga. Tak didengar hingga dimaki dan halang, kita teruskan celikan mereka. Tak ada bantuan sebab ada orang dah sebat tapi guna nama kita, sabar saja ...
Rupanya di atas mereka alpa, lena dan leka ... tak kisah. Bila dituntut gugur, tahu marah dan balas dengan sabotaj jentera. Bila ditentang jawatan mereka pada pemilihan, berlawan bergolok gadai. Konar orang sana sini supaya mereka tidak dilawan. Bila diajar, tak suka. Bila ditegur, maki dan hina balasannya. Bila pakai satira, tak faham pulak.
Ada sampai cari nombor handphone nak jumpa pujuk. Jangan bising nanti jadi modal pembangkang. Tak bising, tak sedar. Macam empat tahun bawah Pak Lah. Masa depan kami dan anak cucu tidak boleh dibuat macam lembu untuk ditarik dengan tali ke sana sini.
Bila kerusi BN kosong dan dipertandingkan pasal mereka tidak jalankan tugas minima untuk hadhir sidang, kita di bawah juga yang perlu berkorban wang ringgit, memecah otak berfikir, dan membanting tenaga membantu kempen. Jangan cerita yang kena lepuk dan bergelut dengan penyokong pembangkang di medan.
Rupanya kita yang berkorban, mereka tidak. Tak perlu korban, jalankan tanggungjawab saja. Patut mereka berkorban mengundur kalau tidak sanggup lagi. Kalau tak tahu, dikorbankan dah patut.
Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!
* Gambar-gambar petikan dari blog Hannah Yeoh sini hasil layaran ke blog GAP sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Sungguhlah benar apa yang hang tu kata Sin...kita di bawah inilah yang asyik terkorban....tak kiralah parti mana kalau leka dengan pengorbanan kita - 1 sen tetap tak guna...
Tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan jayanya - bagus bagi laluan saja...
kene sindrom demam toyol semuanya.
Selamat hari AidilAdha
Salam 1Qurban: Alif ba ta didahulukan, KJ dan pengkhianat2 usah diutamakan
Dr Sid
Yang nampaknya berani dan bersedia cuma toyol. Yang lain bahalol.
Sayang nama Toyol dah buruk.
Kau memang ada telur dan kejujuran highlightkan isu ni sekali lagi susulan 'Confident & Confidential yang cukup pedas.Tak salah pun ceduk dari Hannah Yeoh punya gambar.Ni bukan nak kasi modal pembangkang,ni nak betul yang salah.tak kan nak kalah lagi PRU seterusnya
Sampai sekarang pun isu yang dibangkitkan pun isu centric saja.Tak pernah pun dengar kupas budget Selangor yang dibentang oleh PR secara ilmiah.Loophole ada tapi malas nak cari.Main isu maki hamun saja.Pengundi dah bijak oiii.
Adun BN yang hadir DUN Selangor dan makin kurang,ponteng dah ramai.
Ini defeated mentaliti.
Kalau mentaliti dah defeated,macamana nak buat servis pada rakyat?Patut lagilah sekarang kena kerja keras.Service tu carilah generik yang menguntungkan semua pihak,sampai bangsa lain pun terasa dibela walau MCA dan MIC kaput.Cara momokan dan habis orang nak tengok servis anda.Kat tempat aku pun walau Tian Chua menag kuat kat Batu tahun lepas,orang Cina pun dah mula plan nak buang dia sebab service macam ayam,telefon tak angkat. Jadi kalau diaorang ayam , takkan BN pun jadi ayam?
Dah Panas
Takut di gantung oleh Maharaja DAP Teng Chang Kim.
I am complainant, judge and juror.
Berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itu kasih mesra,
sejati dan mulia...
Ramai kita yang terhibur, menyanjung P. Ramlee.
Tapi kita kurang sangat mengkaji pemikiran, sindiran, dan falsafah
dari lagu dan filemnya.
Menggunakan falsafah dan pemikiran tradisi, untuk menggugah Melayu dari 'tidur', satu kaedah tersendiri yang sangat berkesan.
Tahniah, blog u berjaya merangsang inspirasi.
hahaha
best baca entry ni
biasalah diorang selalu cakap xserupa bikin
apa2pun
slmt ari raya aidiladha
makan lembu jgn bebanyak
kang kena darah tinggi plak
Tanpa nama ,
Tak semua Adun BN satu Malaysia tak buat kerja. Sama juga macam macam PR , tak semua pun kerja pun di kawasan sendiri dari sibuk jadi isu nasional saja.Kalau sendiri pakai mata kerja pun Si Wee Wangsa Maju je naik turun DBKL ambil komplen report yg di cc pada dia.Tempat tingggal aku Si Tian haram terus off telefon dah pasal komplen org double line parking luar komplek Mutiara.Dia kecut sbb takut undi lari.Huh . ayam juga.
Kesimpulannya , bukan semua ahli UMNO pak turut. Aku tak ikut sangat satira Husin yg agak seksual tapi yg ni memang kena highlight. BN sekarang berani komen ahli dan pemimpin sendiri untuk kebaikan masa depan , tak pernah mengaku taraf ulama atau malaikat dan menerima komen buruk yg terbuka,ini kualiti yang hilang masa Pak Lah tapi nampak dah balik sekarang.
Sin , banyakkan satira camni , biar kenakan kaw kaw sekarang dari putih mata nanti.
DAH PANAS
Bab macam inilah yang buat saya malas nak mengundi di DUN Ijok dan Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya yang lalu.
Meluat dengan perangai wakil-wakil rakyat UMNO yang ada ketika itu termasuk Khir Toyo. Alah kalau KJ tak jatuhkan Khir ne... Khir akan jatuh jugak...sebab faham-fahamlah. Meluat saya dengan anak orang miskin yang tidak sedar diri bila dah berada di puncak.
Tapi untuk mengundi calon PKR....KIRIM SALAM BANYAK-BANYAK. Maklum saya LANGSUNG TIDAK MINAT DENGAN ANWAR IBRAHIM.
Jadi hasilnya...tak mengundi langsung... Biarlah dituduh rakyat tak guna pun. Sebab calon BN yang ada ketika itu LAGI TAK GUNA... Tapi tak sangka BN/UMNO betul2 kalah dan ADUN PKR yang jadi MB Selangor.
Hampeh betul...walaupun MB PKR tu bukan orang lain pun...
Jadi Pak Najib...kalau nak saya undi calon kau pada pilihan raya akan datang tolong jangan ketengahkan calon-calon hampeh walaupun dia kawan dan penyokong tegar kamu.
Susah-susah saya pun boleh jadi calon...sebab saya tidak pernah ponteng kerja masa kerja dengan kerajaan dulu.
Sin, adun bn memang macam tu. Bila dah kalah dan dah tak ada projek, nak datang sidang dun pun malas. Hello tolong adun bn, awak tu dibayar gaji dengan wang rakyat, tak kan tak ade idea nak berbahas?... Klau macam ni sin lebih baik jual orang dari jual unta..
Tak sedar-sedar lagi ke, memanglah selama ini UMNO dan BN dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin BANGANG.
Kalau tidak percaya cuba kira bilangan antara pemimpin yang cerdik dan bangang dalam UMNO ketika ini.
Bangang yang saya maksudkan sekolahpun tak habis, tak masuk universiti dan kalau lulus universiti pun jenis yang paling dapat markah paling rendah serta tidak menggunakan ilmu yang dipelajari seperti yang sepatutnya.
Ada sesiapa yang berani cabar kenyataan saya ini?
Kenapa jadi begitu? Antara sebab utamanya, mereka yang suka masuk UMNO dan menawarkan diri sebagai pemimpin UMNO kebanyakkannya terdiri daripada puak-puak bangang-bangang ini alias tidak sedar dengan kebodohan diri sendiri.
Yang cerdik pula kerana terlebih cerdik asyik komplen sana sini dan tak mahu masuk UMNO untuk membetulkan mana-mana yang BANGANG.
Namun, punca paling utama, kerana sudah berakar umbi pemimpin UMNO yang bangang ini awal-awal lagi demi kedudukan dan harta, mereka akan seboleh-bolehnya menyekat kemasukan orang-orang cerdik
ke dalam UMNO daripada peringkat cawangan lagi hinggalah bahagian dan pusat.
Lihat sahajalah calon-calon MT yang menang baru lalu berbanding yang tumpas. Lebih banyak calon bangang yang menang.
Siapa berani angkat tangan menyatakan Hishammuddin lebih cerdik dari Khaled Samad. Ini pun satu hal... dalam UMNO ini suka sangat MENGORANGKAN pemimpin...Khalid orang Pak Lahlah... Habis kalau orang Pak Lah sekalipun dan dia mampu berfungsi lebih baik untuk UMNO dan kerajaan (tengok KPI dia banding Hishammuddin) patut orang itu dikorbankan? Ini pun AMALAN BANGANG DALAM UMNO JUGA.
Kerana sikap menghalang orang cerdik aktif dalam UMNO itulah juga sebenarnya punca awal Tan Sri Khalid Ibrahim keluar UMNO dan masuk pembangkang.
Semuanya bermula kerana kebimbangan bekas Ketua Bahagian UMNO, Kuala Selangor, Tan Sri Hassan Omar (ini lagi contoh pemimpin UMNO bangang walaupun lulus universiti)kepada kehebatan Khalid ketika itu sebagai orang korporat lalu bermatian-matian untuk menyingkirkannya.
Seboleh-bolehnya Abu Hassan mahu lagesinya di Kuala Selangor (macam Kuala Selangor atok dia punya) kekal sampai bila-bila tak jatuh pada anak beranak, sekurang-kurangnya untuk pengikut-pengikut setianya.
Usaha menyingkirkan Khalid terus berlaku walaupun Abu Hassan bukan MB dan Ketua Bahagian lagi. Tok Uban ini menggunakan tali hayatnya yang ada pada Khir Toyo (juga bangang walaupun doktor sebab Bahasa Inggeris langsung tak lancar sehingga memanggil guru bahasa Inggeris mengajar ke rumahnya) untuk tujuan itu.
Kerana kebangangan Khir menurut sahaja ajaran sesat Abu Hassan itu dengan takdir Allah SWT maka orang itu akhirnya mengambil alih kerusi empoknya sebagai MB. Padan muka Khir. Siapa suruh dengar cakap anak keturunan Cina untuk jatuhnya bangsa sendiri, Jawa. Bangang macam PENYAPU Khir ini...
Entah siapa yang mengajar Khir budi baik seseorang harus dibalas walaupun dengan membuat kejahatan pada orang lain. Itulah bapak suruh jadi doktor gigi sibuk nak berpolitik. Elok benar nama kau tu sekarang? Kesihan bapak kau.
Memang aku meluat dengan kau sebab baru beberapa tahun kau jadi MB, PA kau bekas kerani bank tu balik Tanjung Karang naik FERRARI... HARAM JADAH PUNYA UMNO. Dosa-dosa kau rang inilah menyebabkan Selangor jatuh pada PKR...jangan nak salahkan KJ saja.
Namun, selepas Khalid kini jadi MB...memang betul pun dia pun BANGANG jugak. Dah lah bangang macam bacul sahaja kerana takut sangat pada DAP.
Patutpun Khalid bangang sebab bergurukan Anwar Ibrahim yang double bangang kerana yakin sangat orang tak akan percaya dia TUTTTT TUTTTT...
Saya pun bangang jugak sebab pernah percaya pada omongan kosong kawan-kawan dalam UMNO.
Takbir! Hidup UMNO! Hidup PAS! Dah dah ler bergaduh... letih aku nengok!
Ha ha ha ha..Sin..de Best..
Hangpa pukui aje mereka yang tak sanggup berkorban...Baguih kasi sedar sikit..hangpa tu dok stu kerana rakyat dan berkerja untuk rakyat..bukan asik lena kerana di panggil Yang Berhormat bukan Yang berhidmat (Kata filem Hamid Gurka)..Nak Hormat lagu mana kalau tak buat kerja..ha ha ha ha..
Antipemalas..hangpa kata mememang baguih...Calon BN Bangang kerana kena pilih oleh Pemimpin Bangang..ha ha ha ha..la ni kalau PRU 13 ..depa letak calon bangang ..kita jangan jadi bangang dengan pangkah depa..ha ha ha ha ha ha..pasai kita pandai..
Catat Ulasan