Atan ikut ayahnya, Noh pergi jalan-jalan ke bandar.
Dalam kereta, dua beranak ini berborak sesama dia. Macam-macam Noh bapak moden ini bercerita dengan Atan. Kalau bapak dulu, tak borak-borak dengan anak. Sayangnya dengan cara garang dan strict. Bapak moden berkawan dengan anak.
Atan beritahu pada ayahnya dia sekarang nak perbaiki English dengan membanyakkan membaca buku-buku English.
"Baguslah itu, Atan," Noh jawab.
"Rajin-rajin cakap dengan ayah. Supaya sebutan itu betul. Ayah kan belajar undang-undang di England."
"Atan nak mintak ayah tolong. Ada perkataan Atan tak faham," kata Atan.
"Boleh. Boleh. Ayah boleh tolong," Noh jawab. Gembira anak menunjukkan sikap suka bertanya yang baik.
Tiba-tiba selepas melalui bus stop di seberang jalan, dia memperlahankan kereta dan berhenti ke tepi jalan. Dia menoleh ke arah bus stop seolah-olah melihat sesuatu.
"Apa dia perkataan Atan tak faham?"
"Atan tak faham perkataan confident dan confidential. Kenapa eja macam sama tapi maksud lain-lain yah?" Atan bertanya.
"Ohhh ... Atan tahukan confident tu maknanya yakin kan?" Noh tanya.
Atan angguk dan menerangkan, "Confidential apa pulak?"
"Ginilah Atan. Pakai misalan lagi senang. Ayah confident Atan anak ayah...
"Budak baju biru tu pun anak ayah tapi dia confidential. Mak kau tak boleh tahu," kata Noh sambil menunjuk ke arah bus stop.
Terpinga-pinga Atan cuba nak faham. Noh tekan minyak dan memandu kereta semula.
-------------------------------
Dengar banyaklah cerita macam budak menunggu di bus stop akan terburai. Fail-fail lama di deklasifikasikan. Pasal nak tutup kelemahan sekarang.
Ada orang sudah isytihar perang dan dilantik penasihat dengan gaji seringgit. Taktik peperangan adalah kau keluar, aku keluar ... Siapa yang banyak keluar dan pandai auta akan menang. Lepas menang tak ada apa yang tinggal.
Yang bangang adalah yang memandai isytihar siang-siang. Satu kumpulan lagi pun ikut nak kejar kredit.
Haiya ... apa la lu olang buat kirija manyak bising. Manyak boloh laaa ...
8 ulasan:
sin kalau beza "PROFESOR dgn PROFESIONAL macam mana sin...
Salah wan
FOFESSOR dgn FOFESYENAL
Noh pasti boleh jawab. Bini pertama Fofessor.
dulu perang besar estet jadi putrajaya.
anwar dah isytihar perang besar. hehehe ... askar dia tgh berkelahi sesama sendiri.
hutang selangor menimbun bawah khalid.
lepas ni jadi padang jarak padang terkukor.
tuan punasihat $1 atau 1%??..
s'gor dah nak papa kedana d bwh kahlid sehingga tak mampu byar gaji tuan punasihat..
warga s'gor siap sedialah kamu sblum anwar gadai korang kat imf..
pd aku ekonomi s'gor ok, cuma khalid je tak ok, masuk pulak anwar..kucar kacirlah jwbnya..
Pakcik Din
Confident selangor terjual
Khalid hanus sebagai MB, itu confidential.
Ni la masalah BN/UMNO Selangor.Nak declare perang tapi mulut macam tempayan murai pergi heboh cakap nak tawan.Pergi heboh masuk gambar website.Kaedah perang patut rahsia bukan dihebohkan.Saya setuju dengan Husin pasal yang ada sibuk nak glamer dan dapat credit/projek lepas tu ke.
Sampai sekarang pun isu yang dibangkitkan pun isu centric saja.Tak pernah pun dengar kupas budget Selangor yang dibentang oleh PR secara ilmiah.Loophole ada tapi malas nak cari.Main isu maki hamun saja.Pengundi dah bijak oiii.
Adun BN yang hadir DUN Selangor dan makin kurang,ponteng dah ramai.
Ini defeated mentaliti.
Kalau mentaliti dah defeated,macamana nak buat servis pada rakyat?Patut lagilah sekarang kena kerja keras.Service tu carilah generik yang menguntungkan semua pihak,sampai bangsa lain pun terasa dibela walau MCA dan MIC kaput.Cara momokan dan habis orang nak tengok servis anda.Kat tempat aku pun walau Tian Chua menag kuat kat Batu tahun lepas,orang Cina pun dah mula plan nak buang dia sebab service macam ayam,telefon tak angkat. Jadi kalau diaorang ayam , takkan BN pun jadi ayam?
Dah Panas
Catat Ulasan