Sabtu, November 14, 2009

Memahami maksud orang pompuan


Perbezaan orang lelaki dan perempuan macam dua makhluk dari planet Mars dan Venus. Lain dari orang lelaki yang lebih lasak dan tahan, orang perempuan lebih emosi dan sensitif. Jadi kita orang lelaki kena cuba memahami maksud tersebunyi disebalik kata-kata dan pertanyaan mereka.

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla ... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat ... Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata: Bang fikir baik-baik. Nak bertanding untuk mana-mana parti mesti setia. Kalau dah pilih UMNO, abang jangan sekali-kali lompat masuk PAS. Makna tersembunyi: Awak jangan sekali-kali cuba kahwin orang lain!

!!!!####****?????? ....

---------------------------

Ehhh ... macam mana begitu, Ahlil Nujum Negara?

Ampun Tuanku

Itu senang saja. Kalau wakil rakyat PAS lompat UMNO, bini tercerai talak tiga. Jika wakil rakyat UMNO masuk PAS, dia mungkin ada rancangan nak lompat balik macam Nasruddin ADUN Perak. Ini semua trick untuk mahu kahwin lain.

Itu jawapannya Tuanku.

Betul ...

Kita beroleh kemenangan yang pertama!

16 ulasan:

KHAIRUL NAZRI berkata...

Kah kah Kah

Lawak sungguh la.

Saya sering mengikuti tulisan saudara apabila berasa tension di pejabat.

Kah Kah Kah

Cucu Tok Selampit berkata...

Kepala hotak Datuk Nujum Istana memang first class. Beta naikkan pangkat Datuk kepada Tan Sri Hussin Lempoyang.

antugatal berkata...

Abg Sin,

Kalau yang Muslimat bila yang berbai'ah (berbai'ah ke berbida'ah? sorry le, tak gheti basa arab ni!), si suami tercerai talak 3 ke bila muslimat terlompat?

he..he.he.. kasi psiko sama bini tua sikit agar terlompat, dapat la kawin muda lagi !

Tanpa Nama berkata...

sin,

macam mana pulak kalau pompuan tu cakap: "mak oiii... besarnya saiz kasut u! ngeri la!"

Hiriyati berkata...

Kalau den betanyo kek laki den, "da makan ko bolum?"....maksud den...."makan siap-siap di kodai baghu la balek"....

Sdr Husin ni patut dpt anugerah penkarya terbaik...sgt kreatif!

Quantum Metal Consultant berkata...

Sin, penat hang tulih...setakat dapat gelaran pak lawak..

Depa tak paham paham lagi kot..

Masterzizoul berkata...

kahkah,,,, memang lawak..pompuan memang camtu.. hidden message kekadang double meaning...lawa cantik menarik tetapi memeningkan kepala..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Salam

Kalau petang2 isteri membedak wangi2 seolah2 dia menyatakan malam ini ada peluang.

Kalau petang2 dia menyatakan, petang2 begini aku gerun tengok Pak long mu, bermakna malam nanti jangan nak cuba dekat.

Nasi Tambah

Nat Observor berkata...

Bang ... saya nak tengok-tengok aja.

Maknanya dia nak beli satu sopping centre.

Bang ... membazirlah beli2 benda macam tu.

Maknanya dia nak lah tu.

Alah datin bolehlah.

Maknanya kalau aku mampu, aku pun buat perangai dan peel macam datin.

Tanpa Nama berkata...

Kalau perempuan tanya: Bang kenapa abang tak ke university dulu bang?

Maksudnya: Hai orang tua ni dah merepek tak masuk akal

Heh Heh ...

Tanpa Nama berkata...

Kalau perempuan tanya: Abang PAS nak lompat masuk UMNO ke bang?

Maksudnya: Eh hem, ada chan aku kahwin lagi

Heh heh ...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sin,
Den nak tambah sikit la. Bukan hanya perempuan macam tu. perompak pun macam tu.

Geng Deva - Polis jangan tembak dulu. Maksudnya, kalau polis kena tembak dia tak kena tangkap/mati la.

Sukumaran(S/U DAP Ipoh Barat) - Polis jangan tembak penjenayah kalau gelap. Maksudnya, polis jangan tembak dalam gelap takut tertembak penjenayah yang kebetulan orang India berkulit gelap.

Polis - Jangan Tembak. Maksudnya kalau kau tembak tak kena, gua tak mati mampus la lu.

Pembangkang - Apa pasal orang India juga selalu kena tembak. Maksudnya, kalau nak tembak tembaklah orang putih sebab HINDRAF kata orang putih masih hutang mereka RM1 juta seorang.

Pekerja ladang - gaji kami tak sampai RM300.00 sebulan macam mana nak hidup. Maksudnya, jangan bayar pekerja ladang buruh asing Indon dan Bangla RM600-700 sebulan. sepatutnya RM250.00 dah cukup dan selebihnya bagi kat depa. Sebab depa semua keturunan Mandur ma.

Tanpa Nama berkata...

Itu wakil rakyat lelaki.. Kalau pompuan? Baiahnya berbunyi begini "..jikalau aku melompat parti, maka aku izinkan suamiku berkahwin lagi tiga.."

Si Laki kena cerai bini TALAK TIGA, yang ppuan dapat MADU TIGA la..

-azienmat-

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.