Dato Hj Zaid Ibrahim sedang membaca suratkhabar apabila tiba-tiba tak semena-mena Datin datang ketuk kepalanya dengan frying pan.
"Kenapa awak ini?" Zaid bertanya.
Datin menjawab, "Itu untuk secebis kertas dalam baju awak yang ada nama Jenny dijumpai oleh bibi."
Zaid menerangkan, "Awak ni. Cubalah bertanya dahulu. Itu nama kuda yang saya disuruh taruh."
"Ha ... awak kata awak tak main judi kuda? Tipu ye ..."
"Saya tidak judi. Saya cuma beli kuda lumba saja." Zaid terangkan.
Isteri pun minta maaf dan teruskan dengan kerja-kerjanya sambil memantau kerja-kerja bibi.

Tiga hari kemudian isterinya datang mengetuk kepalanya dengan frying pan yang lebih besar sedang ia menonton TV. Pengsan dia sebentar.
Sebaik saja dia sedar dari pengsan, Zaid bertanya kenapa ketuk kepala dia lagi.
Datin jawab, "Kuda awak talipon dari Jakarta."
* Risalah atas yang diambil dari blog The Unspinnenrs ada contoh risalah psyop. Bila Zaid dah kena hentam teruk pasal isu peribadinya dan tidak mahu menafikan pernah minum dan sudah tersilap jawab pasal judi kuda, caranya adalah menerukkan serangan peribadi terhadapnya hingga orang kesian. Akibatnya peti undi Serendah kalah. Paham apa itu psyop wahai pemimpin UMNO yang bingai tak boleh ada orang lagi pandai darinya? Susah bila bodoh tidak boleh diajar kerana ego besar sangat...