Isnin, April 26, 2010

Keesokan paginya


Seperti biasa, tiap-tiap pagi dua orang pencen - Berahim dan Dolah - yang duduk di Taman Sg Buaya, Hulu Selangor bertemu untuk sarapan di Kedai Makan Seri Mutiara.

Sehari selepas pilihanraya kecil, Berahim dan Leman tetap bertemu untuk sarapan bersama. Mat yang agak kritikal terhadap kerajaan join sekali.

Berahim: Baguslah tanah-tanah orang-orang Felda tu dibeli kerajaan akhirnya. Nak buat interchange pula. Naik rumah-rumah kita sekali ye?

Leman: Nasib baik Najib ni pejenis tegas masa pilihanraya kecil. Nak tunggu Khalid Gagap ... harap ceramah saja. Tak selesai2 masaalah.

Mat: Masaalahnya antara pemaju dengan pemilik tanah. Bukan salah kerajaan negeri. Kalau ye pun, kenapa sampai berbelas tahun, baru kerajaan pusat nak selesaikan? Pilihanraya baru nak selesai.

Leman: PRK tu pekej ransangan ekonomi.

Berahim: Arwah Dato Zainal dulu kata nak selesaikan. Dua tahun tak selesai juga. Pakatan dok menyalahkan BN saja. Apa cerita surat kabo hari ni, Leman?

Leman: Oh ... ada berita baik dan berita buruk hari ini. Mana satu kau nak dengar?

Berahim: Aku suka dengar berita baik dulu.

Leman: Berita baiknya pilihanraya kecil sudah selesai. Budak muda India Kamalanathan MIC menang.

Mat: Aku nak Melayu ...

Berahim: Janji BN. Apa berita buruknya?

Leman: Kerajaannya masih yang sama.

Mat: Betul tu ... BN masih memerintah kerajaan pusat. Tak ada perubahan.

Leman: Betul kau cakap, tapi maksud aku kerajaan negeri masih diketuai Khalid Gagap.

Berahim: ... hehehee. Pembersihan sungai bermula di Hulu. Begitu juga Selangor. Ko jangan kecik hati Mat. Politik politik, tapi kawan kawan.

24 ulasan:

tamingsari berkata...

Berahim: Kau jgn kecik hati Mat. Politik,politik.Kawan kawan.

Mat : Yelah.Kita tengok nanti janji Najib dan budak Kamal tu.

Dolah : Janji p.raya Mat.Ada yg tunai ada yg sangkut.

Mat : Kau ni mcm perli aku je.Jgn lebih2 Dol. Aku ni ada penyakit panas baran.
TIBA2 DATANG SI LEBAI.

Lebai : Asalamualikum Mat. Nah RM100.00. Kalah aku. Kau memang pandai pilih BN menang. Lain kali takmau bertaruh ngan kau lagi!!!

cedikcenun berkata...

Aku bangun tidor, tapi tuan husin lempoyang tak bangun-bangun lagi pasal dia mimpi tengah kempen kat sarawak, kalau meninggal tuan husin kita buat prk pilih pemimpin blog nie pulak....wakakakaka...jangan marah tuan husin, nanti kena jual. Wasalam. "cedikcenun"

azlan berkata...

kalau pembersihan dari hulu maknanya "mengikut arus", kalau dari kuala maknanya "menongkah arus".

kalau macam tu, maknanya kena "mengikut arus" ke Sin?

Tanpa Nama berkata...

Usin

aku rasa pembersihan mentaliti orang Melayu lebih penting.

Kalau kat parlimen Najib, Muhyidin, Anwar, Hj Hadi dll boleh minum teh bersama walau berbeza pendapat tetapi kenapa Boss depa tak main peranan mendidik anak buah buat benda yang sama masa di luar......

Tanpa Nama berkata...

last sekali sebelum balik....


Mat : Mamak, kira asing asing.

Leman & Brahim : Tak pa lah Mat,
Kita orang belanja kau hari ini,
ni ada duit lebih budak PKR bagi kat kita orang semalam.

Maha berkata...

Gopal: Kamala, awak menang juga.
Kamala: Trime kasih, Gopal.
Linggam: Awak menang juga, Kamala. Tapi yitu Najib kata 8000 wundi lebih. Awak tada dapat. Yitu Muyidin, kasi kurang sikit, 6000 wundi lebih saja. Yitu pun Kamala tadapat. Tapi tadapa. Skarang juga, Kamala sudah jadi ahli politik, macam tu Brahim Ali lah. Wakakakakakaka! (Gopal dan Linggam pun turut ketawa perut pecah)

Suparman, Tukang Sapu berkata...

Suparman: Di mana teman saya, Wak Jawa Agung, Anak Pak Toyol? Politikus Malaysia yang terkenal? Di mana dia? Kenapa dia bersembunyi? Mengapa dia ngak kampanye seperti Al Najib Tuya? Orang Keling masih bisa menang yah! Cuma di Malaysia, kawan! Cuma di Malaysia! Luar biasa! Tapi mana orang Indon? Nah teman Jawa saya, anak Si Toyol, harus tepat di tengah. Ada apa si, dia kehilangan kelereng yah? Ingin disunat lagi?

mat nisfu berkata...

Husin,

Aku dah 12 tahun duduk kat Bdr Sg Boya. Harap sangat pembinaan interchange ni jadi kenyataan. Apapun, semalam peti undi Sg Boya dah berubah 360 darjah. Antara majoriti terbesar BN ialah di Sg Boya

Tanpa Nama berkata...

SUPARMAN TUKANG SAPU

MEMANG OTAK KAMU OTAK TUKANG SAPU
MEMPERBODOHKAN ORG TAPI AWAK AMAT BODOH,
TERUSKAN SAPU ,,,SAMPAH BYK LEPAS PILIHAN RAYA TAPI AWK DOK SEMBANG
SAPU,,SAPU,,,PU,,,SA

mat nisfu berkata...

Husin,

Jiran2 aku yg kebanyakkan bekas peneroka yg sudah tua kini tersenyum riang. Walaupun "pagaq dalam mulut" dah roboh tp depa tetap bersemangat. Hari ni, sebahagian bekas peneroka terima habuan depa sorang RM 50 K. Aku tumpang gumbira sebab lps ni bertalu - talu jemputan kenduri kesyukuran.

jebat berkata...

Tuan Husin,

PRK dah sesesai.Tak nampak pun btg hidung zaid.
Merajuk agaknya. Lari ikutLGE ke PP agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Hulu Selangor dikuasai BN 100% malah dijanjikan pembangunan berjuta-juta. Ringan sikit treasury negeri Selangor.

Rascal

Gomo berkata...

UMNO jgn mendabik dada, aku terdengar kejayaan PAS menarik undi cina & trik untuk PRU 13

PAS & PKR terutama sekali yang pakai lebai berkata di Sg Choh:-

PAS:kempen menarik pengundi Cina kita berjaya. Melayu berkopiah bawa gambaq muka Teoh di kawasan cina berjaya kalahkan Umpan 3 Juta Najib

PKR:Jadi? apa maksudnya?mereka lebih berdendam @ suka diprovoke sentimen?

PAS: Itu bukan persoalannya, lain kali bawa gambaq muka babi, pas ti menang. melayu tak makan babi..

Tanpa Nama berkata...

Asked what his next move would be, Zaid said: “To go home and get some sleep.”

Well, thats the most logical thing to do. Have a sweet dream. Jangan sampai mengigau.

Tanpa Nama berkata...

Zaid : fuh..saya mimpi ngeri semalam

isteri : mimpi apa bang

zaid : CMK curi kuda lumba saya

isteri: hmm...memang patut kalah

cucu mamak kutty ori punya bukan jadi2an punya tau berkata...

aku malas nak komen...sebab aku memang dah menyampah dgn pengomen dalam blog usin musibat ni....dia org ni jenis pengomen low class punya lahhhh.....tu sekor anjing yg menyalak sebut2 nama aku tu....dia tu dulu masa mak dia mengandung dulu tu...masa tu mak dia mengidam sangat2 nak minum susu anjing.....serbab tu dia suka menyalak aje....anjing klu tak menyalak tu bukan anjing namanya....klu anjing umno lebih kuat le menyalak....kahkahkah....usin lempoyang ni ada bela anjing ke.....kahkahgkah

bigben berkata...

Orang kata; Kalau kalah PRK boleh cuba lagi PRU 13, tapi kalau Kuda kalah, hukum tembak saja lah. Nak elok dengan tuan dia sekali...ekekeke

Tanpa Nama berkata...

CMK marah ka. nanti kena jual sama Usin Lempoyang. jaga taik unta dia daa. Ana tetap dapat 25% juga.

ish ish ish

Tanpa Nama berkata...

Oi cucu si kutty.

Ori ke tak ori ke dah kalah jangan meroyan lagi.Mencece tak habis2.Adun DAP kt dalam dewan di Pahang pun ucap tahniah. Itu baru gentleman. Jangan ikut perasaan berlebihan.Sampai bila nak mcmtu.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya yang menang penduduk Hulu Selangor, baik PR atau BN dua-dua tabur janji duit. Yang kalah kau Dan aku sebab YB kito panjang umur tapi duit cukai kita bayar habis ke HS. Geran tanah ditabur macam arak Cina mampus kat jalan oleh Si Gagap. Kemudian buka lagi tanah kerajaan Dan bila Ada pRK bagi lagi geran tanah. Besok bila Ada projek pembangunan bayar balik ikut harga pasaran. Duit pembayar cukai gak. Aku Tanya apek kat HS berapa income Tax bayar gomen setahun dia kata takdak.
Anak Pak Brahim janganlah nak tuduh orang beli undi sebab dia juga kuat tabur tapi duit hasil Judi takdak Berkat sebab tu terus terangkat. Cubalah lagi masa PRU 13 mungkin menang balik.

Nurimo berkata...

Sedih orang kampung Zaid pak da Him dengar berita kekakalan.Maknanya duit bukan segala-galanya

Abu Faiq berkata...

AF: Bagi aku, ini satu lagi pesta demokrasi yg memilukan .. yg terus memesongkan kita drp pemikiran lslsm sebenar. lnilah perangkap kufur...dan kita dah masuk ke dalamnya...walau masih lslam.

HL: Apa maksud engkau ?

AF: Iya.. Bukankah pilihan raya spt ini tuntutan wajib dlm sistem demokrasi. Kerana dgn demokrasilah kita menangkat manusia menjadi lagislator, membuat hukum & undang2bagi mnggantikan hukum2 agama kita, hukum syara', untuk pengatur seluruh aspek kehudipan. Walhal kita ada al-Quran, Sunnah Rasul SAW, ljma' Sahabat & Qias. Bukankah itu mutlak sumber hukum yg Allah perintahkan agar kita berhukum HANYA dengannya.
Sekarang kita hanya berhukum dgn hukum2 yg dibuat oleh menusia2 spt dia ni, yg serupa dgn kita. Bahkan yg tak percaya Allah pun. Cuma engkau dan aku tak masuk dewan lagislatif perlimen aje. So, they are the law-makers. Mengambil-alih tempat Allah...as-Syarii' yg mutlak Maha Pembuat Hukum itu.

HL: Tapi hukum lslam masih ada apa?

AF: lyalah... for some isolated cases utk Muslim saja. Bukan sebagai mainstream atau pillar undang2 negara pun. Tak taulah bagi engkau. Tapi bagi aku ini jenis kehidupan yg menghidupkan syiri' yg amat besar. Manusia membuat undang2 & melegalisasikannya. Itu kan hukum thaghut, hukum yg menyengutukan hukum2 Allah. Syirik atas nama thaghut ni Allah tak ampunkan dosanya tau, HL.

HL: Aku tak nampak...

AF: Bukan engkau je... Semua pemuja demokrasi tak akan nampak, walau pun tak buang lslamnya. Akhirnya bagi mereka, agama tinggal jadi kosmetik. Macam baju, boleh pakai dan tanggalkan bila2 suka. Tak jadi tuntunan berfikir atau ad-deen, sistem yg mengatur kehidupan. Malangnya, yg jadi pendukung sistem kufur ni banyak yg Muslim.. di seluruh dunia pun.
Mereka tak nampak lslam sebagai ideologi. lslam bagi mereka cuma agama ritual saja, macam agama2 lain.

DD: Hoi, HL, tak lama lagi ada PRK lagi. Sibuk lagilah engkau berkempen dlm blog engkau....

datuk dia berkata...

Kesian kt CMK. Dulu dia pernah dimasukan ke hospital haiwan tapi tak sembuh. Hospital biasa tak boleh sebab DNA dia tak sama dgn manusia.
Pakar dari barat kata dia ni takde can sembuh. Tapi tak bahaya cuma selau meroyan caca marba. Kt rumah semua cermin ditutup sebab bila dia bercermin dia marah2 dan maki hamun bayangan dia sendiri. Bila keluarga tanya kenapa mcm itu? Dia jawab orang dalam cermintu tiru muka dia.
Biasanya malam jumaat keluarga dia ikat kaki tangan sebab sawan merawannya berada tahap paling tinggi. Lazimnya pada malam itu dia bercakap sorang2. So,kawan2 jgn ambil hati pada CMK. Biarlah dia maki hamun. Kita anggap dia sebagai badut penghibur sepanjang zaman.

datuk dia berkata...

ralat...aku tersilap taip sebenar nya komen aku di atas....aku bukan maksud kan cmk...tetapi yg aku maksudkan yg selalu kena sawan tu orgnya ialah si usi n lempoyang.....maaf ..pembetulan