Khamis, September 02, 2010

Pakatan tangani masaalah rakyat dan gejala masyarakat


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat memutuskan akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa dan badan-badan khusus untuk menanggani masaalah-masaalah rakyat dan gejala-gejala masyarakat.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim semalam di pejabat Parti Pakatan Rakyat di Tropicana Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, ekoran penerimaan orang ramai kepada pelantikan YB dari Bukit Lanjan sebagai jawatankuasa Anti Zina Selangor, ide ini telah dipersetujui untuk dikembangkan ke seluruh negara.

Setiap badan dan jawatankuasa akan diletakkan pencapaian KPI dan pengurangan subsidi. Atas izin Dato Najib, Dato Idris Jala yang terbuka untuk meraikan Krismis dengan pemimpin DAP akan dijemput merangka sistem pemantuan dan pengurangan subsidi.

Perkara utama yang ditekan tanpa menggunakan genetilia oleh Anwar adalan membasmi gangsterisma dan rasisma.

Pakatan turut menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa untuk meningkatkan cinta pada negara seperti untuk mempromosikan penggunaan bahasa kebangsaan, kedaulatan undang-undang, dan kemasyarakatan.

Walaupun Pakatan mengambil sikap pluralistik dan liberal dalam hal ugama Islam, beberapa jawatankuasa khusus akan diperkenalkan.

Gangsterisma

Dalam pengumuman semalam, 'task force' untuk menangani masaalah gangsterism akan dipengerusikan oleh ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu. Dia akan dibantu oleh Naib Presiden PKR, Sivarasa dan AP Ampang, YB Zuraidah.

Ronnie dipertanggungjawabkan memberi pekerjaan dan penempatan untuk gangster-gangster belasan tahun dalam DAP dan PKR. Sivarasa untuk keluarkan mereka bila ditangkap polis dan Zuraidah memang gangster.

Penasihat Jawatankuasa ini akan diumumkan sekiranya MIC keluar barisan Nasional dan memasuki Pakatan Rakyat.

Menyahut seruan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menentang rasisma, pihak Pakatan akan menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Rasisma yang dipengerusikan oleh Lim Kit Siang.

Penasihat kempen ini ialah pemimpin veteran PAS yang bertemu Tunku Abdul Rahman untuk mencadangakan dirampas harta dan perniagaan Cina semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Cinta negara

Theresa Kok telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Meningkatkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dan Tulisan Jawi. Tan Seng Giaw yang memang diketahui berupaya membaca dan menulis dalam tulisan jawi dijadikan Penasihat.

Ahli-ahli jawatankausa akan dianggotai oleh wakil-wakil dari Dong Jiao Zong, Su Qui dan Hua Zhou. MCA, Gerakan dan SUPP telah memberi komitmen secara sulit untuk menghantar wakil sebaik sahaja wakil-wakil rakyat mereka lompat parti selepas pilihanraya umum kelak.

Bekas Menteri Besar, Dato Seri Muhammad Nizar akan mempengerusikan Jawatankausa Kedaulatan Sistem Raja Berparlimen. Manakala, Karpal Singh akan mempengerusikan Jawatankuasa Anti Tunda khusus untuk keluhuran undang-undang.

Kerja-kerja kemasyarakatan yang akan diberi pengkhususan oleh Pakatan Rakyat adalah jurusan sumber manusia. Pengerusi Jawatankausa Peningkatan IQ adalah Dato Mahfudz Omar. Dia akan dibantu oleh Penasihat, Dato Ustaz Azizan.

Pengerusi Kemajuan Peningkatan Perawakan dan Ketinggian adalah Shamsul Iskandar Akin dan Timbalan Jonah.

Ugama

Pakatan akan menubuhkan Perbadanan Mempertingkatkan Syiar Islam yang akan beribu pejabat di Pulau Pinang. Pengerusi perbadanan adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan pengerusi ialah Irene Fernandez, dan ahli-ahli Lembaga Pengarah terdiri dari Teo Nie Ching, Reverend Dato Ngeh Koo Ham, William Leong, Xavier, Hannah Yeoh, Harris Ibrahim, Malik Imtiaz, dan Uthayakumar. Penasihat ialah Theresa Kok.

Perbadanan khusus akan ditubuhkan untuk membantu mereka yang murtad, mubaligh kristian dan Khawarij, dan kebajikan gereja dan kuil. Ia akan dipengerusikan oleh Khalid Samad, dan dibantu oleh Dr Dzulkifli Ahmad. Tuan Guru Nik Aziz akan bertindak selaku Penasihat.

Jemputan istimewa akan dibuat kepada Nazri Aziz untuk mengganggotai Lembaga Pengarah Perbadanan.

Anwar akan mengambil peranan dalam hal moral dan akan mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Anti Liwat dan Anti Bohong.

Tian Chua dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Badan Kebajikan Mangsa Kemalangan Stunt dan Makan Karipap.

Tanggungjawab menubuhkan badan khairat bagi mangsa mulut terplaster dan tangan terikat diserahkan kepada Nasaruddin Md Isa, Salahuddin Ayub, dan Dr Hasan Ali. - Agensi Husin Lempoyang

Ilham dari Leman Pulut


U/P Dato Che Khalib, Attorney General Tan Sri Gani Patail dan MCMC
Jika tidak pernah membaca sastera seumur hidup, posting di atas adalah tulisan satira atau parodi.

Sesiapa yang komplen atau saman atau mendakwa Husin Lempoyang di atas tulisan atas boleh disalah anggap sebagai bodoh atau tidak berpendidikan atau paling extrim dan tidak mungkin, anak luar nikah.


Husin Lempoyang mengutuk tindakan mahkamah atas pertuduhan penyebaran maklumat salah terhadap Hassan Skodeng!

24 ulasan:

Hidup Husin! berkata...

hehehe ... mulut terplaster dan tangan terikat

klasik husin lempoyang

antusiri berkata...

Husin!

Walaupun kamu ada membuat kenyataan di hujung artikel ini, ianya tak menjamin kamu terlepas dari di "skodeng-si-khalib" kan oleh pihak yang berkuasa.

BTW.

Dalam gambar tu, si baju biru yang berdiri belakang Anwar tu nampak semacam aja mukanya?

Bimbang kepada agenda meeting Anwar yang seterusnya ke selepas meeting tropicana tu?

Dia patut ambil iktibar dari member yang baju putih disebelahnya, yang mungkin dah berpengalaman.

Tanpa Nama berkata...

Pernah dengar ke Si Peliwat Agung beria-ria nak banteras masalah sosial? Dia pun pengamal masalah sosial tu.. Ketam mengajar anak jalan lurus ek....

Tanpa Nama berkata...

salam,
errr... badan bagi amaran tak ada ker?

satu lagi penguatkuasa menjaga org melayu daripada menjadi rasis.

bidang pelajaran terutama sejarah, kajian asal usul berkenaan kehadiran ke tanah orang asli .... melayu tak ada negara asal, dtg terus dari langit.

Tanpa Nama berkata...

Husin

Pengerusi Jawatankuasa Anti Khalwat Dr Halimah Ali ... kekeke

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi Badut MacDonald Sedunia --- Nizar Jamaluddin

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi Persatuan Ibubapa Ketam Guru2 PIBKG ... Anwar Ibrahim

bRAVEhEART berkata...

Husin,
Kalau mcm ni mmg mantap Malaysia nanti selepas PRU13. Pasti slogan Satu Malaysia akan berubah kepada Dua Malaysia atas keliberalan dalam semua hal termasuk masuk dari depan dan belakang yang jadi asas kepada Dua Malaysia itu. Adesss!! Tak kena dakwa ke ni nanti?

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi Yayasan Basmi Salahguna Dadah Tapi Tahu Guna Takpa ... Janice Lee

Tanpa Nama berkata...

Mujahib Yusof Rawa ... Pengerusi untuk membantu ahli politik termalu buat kenyataan salah.

Penasihat Dr Mansor

Tanpa Nama berkata...

TADI AKU BACA ARTICLE DI AIDC BERTAJUK "Menyambut 2 tahun pembohongan 'kerajaan 16 September"

APA YG MENARIKNYA,CLIP YOUTUBE PADA MINIT YG KE 7.10,APABILA ANWAR BERKATA "..IM NOT JOKING,THIS MORNING,I RECEIVED A NOTE,A SIGNED NOTE,FROM ANOTHER MEMBER.." WAN AZIZAH SEPERTI MAU MEMBERHENTIKAN SUAMINYA DRP MEMBOHONG.DAN BILA DIA TAK DAPAT BERBUAT APA2,WAN AZIZAH TUNDUK KESAL.WAN AZIZAH TAU PERANGAI ANWAR YG SGT SUKA BERBOHONG BILA TERSEPIT.

CLIP YG SAMA DI SINI:

http://www.youtube.com/watch?v=rOWt7KWPwR0

-SUPPORT CIKGU SITI INSHAH MANSOR!-

Tanpa Nama berkata...

ketua kebajikan isteri yang dianiaya di serah pada wan ajijah


ketua penggalakan pertanian buah jambu akan diberi kepada azmin.... piwittt.

Tam Dalyell berkata...

".. YB dari Bukit Lanjan sebagai jawatankuasa Anti Zina Selangor .."

Heheh ... it takes a thief to catch a thief.

Brilliant.

Tanpa Nama berkata...

Lim Kit Siang ... pengerusi industeri kosmetik malaysia. Piawaian standard adalah jadikan lim kit siang kelihatan hensem.

Anak Omak berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak Omak berkata...

Pakatan pasti sedia beri jawatan Pengerusi Memperomosi Kesetiaan Kepada Agama, Bangsa dan Tanahair serta Spork dan Yahudi Zionis kepada Khairy Jamban!!!

Tanpa Nama berkata...

Saman 1Malaysia....

AnnoyinglyAnonymous-LemanPulut berkata...

Taiping September 14 2010.

Agensi berita Bermana pagi ini melaporkan satu lagi penangkapan terhadap seorang lagi pemblogger yang menggelarkan dirinya Hussin Lempoyang, kerana telah berkelakar melampaui batas. Minggu lalu seorang blogger yang lain, Hassan Skodeng (yang dipercayai mendapat namanya kerana melakukan sesebuah aksi pada malam hari di rumah jirannya) telah dihadapkan ke mahkamah kerana membuat lawak yang tidak disukai oleh TMB kerana menyentuh isu-isu yang sensitib.

Adalah difahamkan bahawa Husin Lempoyang juga akan menerima nasib yang sama kerana telah mensatirakan beberapa YB-YB yang besar akan memegang tampok pemerintahan mulai lusa, dan satira Husin itu merupakan cubaan sabotaj tehadap YB-YB ini dari memasuki Putrajaya.

Dalam membuat penjenayahan ini, polis mengesyaki bahawa Husin mempunyai sekutu dengan seorang pemblogger lagi (yang masih bebas dalam pelarian) yaitu Leman Pulut, yang juga membuat jenayah Kelakar tahap maharaja.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati kerana Leman Pulut berbahaya dan bersenjata, yaitu setin songel sirih dan dua bijik pinang muda. Sesiapa yang berjumpa adalah dinasihati supaya menutup telinga dan jangan mendengar kelucuan yang keluar dari mulut mereka ini.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

betulkan moral nuar tu dulu...

pak belang berkata...

Kj akan di beri tugas paling merbahaya sekali - gosok gigi harimao

Tanpa Nama berkata...

Abis khalid gereja tak masuk dalam jawatan kuasa apa apa ke? take beer?

Mat Cendana berkata...

LATEST! Nizar Jamaludin, yang tidak puas hati kerana Ronnie Liu yang dilantik sebagai Pengerusi Anti-Gangsterisma, telah membelasah Ronnie di Parlimen.

Nizar berkata: "Ada ke patut, Ronnie Liu yang jadi ketua...walhal saya yang jauh lebih layak!"

Wake UP! berkata...

Betui ka tu? Rasa macam tak betui saja sebab gereja untuk gay pun dah wujud.

Kalau PM gay jadi PM, tak taulah apa nak jadi?

Tanpa Nama berkata...

Cadangan Penjawat Jawatan;-

Nizar Jamaluddin jadi Pengerusi Hidup "Bahagia" dan CEO Hospital Taman Bahagia, Tanjung Rambutan.

Mat Sabu jadi Pengerusi Pelencungan bagi mempromosi lelaki untuk berbini 4. Sasaran untuk dapat bini dari Indonesia dan Thailand.

Wan Azizah, Pengerusi Telekomunikasi agar sentiasa dapat menelefon bagi mengingatkan agar tiada lelaki bersama Anwar bila dia tiada di rumah.