Khamis, Disember 04, 2008

Tak pekak untuk dicuba


Malam semalam Husin keluar pergi teh tarik dengan kawan-kawan. Isu semalam adalah isu sekolah Cina dan India serta perpaduan kaum.

Husin: Apa pandangan kau orang mengenai isu sekolah Vernacular*

Lim: Ohhh ... tak bolehlah hapuskan. Itu budaya kami. Ini hak asasi manusia bawah Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rashid: Mana ada dinafikan? Bukankah itu cadangan untuk perpaduan. Sendiri boleh teruskan dengan bahasa ibunda masing-masing.

Husin: Betul tu Lim. Kita Melayu, Cina, India ... duduk kawasan rumah lain-lain, kerja lain-lain, pekerjaan lain-lain, ugama lain-lain, dan cakap bahasa lain-lain. Lu tengok sini saja cukup. Budak Cina duduk dengan budak Cina. Yang Melayu geng dengan Melayu. Ini yang timbul syak wasangka dan prejudis dengan bangsa lain.

Lim: Betul ... Tapi bila Universiti, kita campur apa?

Rashid: Tak juga. Di Universiti ... mereka berkawan ikut kaum masing-masing. Belajar tak sama. Tak kongsi belajar dan perbincangan sama-sama.

Husin: Aku fed-up dengan ahli politik. Retorik. Cakap pasal perpaduan kaum, bina Bangsa Malaysia yang satu. Hilangkan perbezaan antara kaum. Tapi bila untuk satukan sekolah, macam-macam alasan. Ada ahli politik Melayu pun guna untuk mileage politik. Ada ke buat repot di balai polis. Bukan disuruh tutup. Baru ajak bincang-bincang. Benda lain mereka kata perlu dibincang.

Khoo: Sabar sabar Husin ... Aku faham. Itu semua ahli politik. Memang baik kau jual saja dia orang. Kita kena perlu ada program untuk menyatu padukan rakyat untuk jadi satu Bangsa Malaysia. Tak boleh retorik dan kata perlembagaan dan hak saja. Kena ada implementation. Maka kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Memang perlu lentur buluh dari rebung.

Khairy: Ini semua adalah usaha Khir Toyo dan Mukhriz untuk mempolitikkan.

Hj Haida: Shut-up lah kau, Khairy. Tak habis berpolitik saja. Ini benda serius yang perlu didebat. Dalam bilik ada gambar Anwar. Tapi dah buang. Macam aku tak tahu.

Balan: Kau tu cakap multiracial, multicultural tetapi kau angkat keris juga. Lepas tu salahkan Hishamuddin. Kau tak faham apa yang kau kata. Pergi belajar perlembagaan.

Lim: Kau kerja nak cari pengaruh membabi buta hingga apa saja sanggup dibuat. Pergi main minum di Heritage Mansion atau main dengan budak-budak perempuan!

(Teresak-esak Khairy pegi dimarah dan dihalau orang-orang tua.)

Rahim: Aku pun multiracial. Aku tak pilih kasih. Satu masa dahulu, semua boleh.

Balan: Hey Tamby. Kau ni tak habis-habis cerita lama. Kata dah taubat?

Ragunathan: Tetapi sekolah kebangsaan pakai bahasa Melayu. Apa jadi bahasa Tamil dan Cina? Kita kena belajar bahasa-bahasa India dan China kerana ekonomi sedang booming.

Khoo: Ini bukan isu ekonomi tapi isu nation-building. Perkara prinsip. Itu implemantation. Aku rasa tak mati bahasa tersebut diguna secara peribadi dan sesama komuniti kaum tersebut. Di sekolah dan Universiti boleh study bahasa-bahsa tersebut.

Rashid: Berapa sangat orang berniaga dengan Cina dan India dalam bahasa tersebut. Macam mana pula bahasa Perancis, Jerman dan Jepun yang negara maju juga? Aku dari Sabah. Macam mana dengan bahasa Bajau, Murut, Kadazan, Dusun, Melanau, Iban, Dayak ... ? Aku Bumiputera bah! Macam mana bangsa Cina dan India dapat sekolah sendiri, kami tak cukup sekolah dan peruntukkan bahasa kami. Kami lagi berhak!

Hj Haida: Kau dengar Lim? Kita boleh cuba cara lain. Mesti cara jalan yang komprehensif dan ambil kira segala hak yang sudah seimbang dalam perlembagaan. Nak bina negara kita kena iratkan muhibbah kaum dari kecil lagi. Bila sudah besar, prejudis dah menebal. Sekolah wawasan satu cara. Satu aliran kebangsaan dengan diajar bahasa ibunda pun bagus. Pagi kelas kebangsaan dan petang sekolah ugama dan aliran kaum pun satu cara.

Rashid: Kita kena perlu akui kerajaan tak ada kewajipan ke atas sekolah vernakular. Kewajipan adalah hanya sekolah kebangsaan yang tidak ada diskriminasi. Ok sekolah asrama penuh dan UiTM nampak macam diskrimanasi tetapi itu adalah bawah hak-hak keistimewaan Melayu. Bila Melayu dah okay, dibuka untuk semualah. Kalau seolah CIna dan India tutup, ada orang Melayu sanggup tutup Sekolah Agama Rakyat.

Hj Haida: SAR tak boleh kacau. Hak kami lagi tinggi dari hak sekolah Cinadan India yang lebih usaha private. Dalam peruntukkan Perlembagaan 12 (b), satu kesalahan tidak membiayai sekolah untuk pendidikkan Islam.

Lim: Itulah dia Rashid. Orang Cina kata, kalau orang Melayu pun ada sekolah untuk mereka sahaja, mereka pun nak. Saya sokong Bumiputera lain buka sekolah dia.

Husin: Kau ni nak main politik lah Lim. Di Singapura pun tak da sekolah Cina. Ketepikan politiklah. Mesti ada satu proses ke arah semua sama. Tak boleh main terus sama rata. Mesti cara yang adil. Yang susah dibantu. Yang kurang diberi kelebihan. Mesti adil. Kita mulakan perlahan-perlahan.

Aku rasa sekolah asrama penuh patut tutup dan pertingkatkan sekolah-sekolah kebangsaan. Tak releven lagi dengan kemudahan di rumah baik-baik. Biar yang ada untuk orang miskin saja. Ini orang ada Merc hantar anak ke sekolah asrama. Lama-lama anak orang kaya yang pandai yang berjaya pasal anak-anak orang berkemampuan akan dapat semua A.

Rahim: Kita buat satu mesti satu persatu-persatu macam dalam tournament. Mula2 kita kata benda-benda manis. Lepas itu kita pegang-pegang. Lepas itu kat pipi sedikit. Lepas itu kita ..

Hj Haida: Kau ni kelain pulak Rahim. Jagalah Tamby kau tu ...

Balan: Kasi can dia. Dia kata dia dah taubat. Betul dia cakap. Satu-satu perkara mesti dilakukan satu persatu.

Hj Haida: Cakap saja tak apalah. Asal kau tak balik perangai lama ...

Rahim: Masaalah kita macam beginilah. Takut perubahan. Ini ada cerita. Ada satu suami isteri yang dah kahwin lama. Untuk memeriah dan meneyeronokan sesama mereka, satu malam tu si suami ajak isteri try kat telinga ...

Leman: Lagi teruklah cerita kau Rahim ...

Rahim: Kau nak dengar tak?

Husin: Kau diamlah Leman! Aku nak dengar. Teruskan Rahim ...

Rahim: Eh .. tak boleh honey. Afterward I go deaf. Si suami jawab. Dah 20 tahun tak bisu pun awak.

Kah kah kah ha ha ha ...

(Semua ketawa terbahak-bahak)

Leman: Kau ini nak bincang pasal apa sekali pun mesti ada cerita hamsap.

Lim: Tak apalah. Nanti serius sangat kita gaduh sampai buat laporan sedition. Nasib baik tak di hidung. Sesak nak bernafas nanti.

Leman: Aku heran hipokrit betul ada ahli politik yang suruh tahan bawah sedition. Padahal dia tentang akta sedition.

Rahim: Itu pasal dia cuba masuk ikut lubang atas kepalanya ...

* Keyboard dah boleh guna hurup "c".

12 ulasan:

ALI MAIDIN berkata...

Bahasa jawa pun dah nak pupus oi.

bungaraya berkata...

Dah 20 tahun kahwin tak bisu-bisu.
Mcmana siisteri yang kahwin selama tempuh tersebut, yang mungkin telah tua terlajak, masih ingin menghisap puting?
Mengenai bahasa bukannya demi agama dan bangsa, tapi demi negara yang tercinta. Bahasa Malaysia bukan untuk melayu sahaja, tapi juga untuk cina, india dan semuanya.

Tanpa Nama berkata...

betul tu rashid.

mana ada kelebihan untuk bumipuetra lain di sabah sarawak. mereka lebih berhak dari kaum poendatang cina dan india.

Abuarif berkata...

Betul-betul la kau orang ni sembang kedai kopi....Cerita pasal bersatu ni semuanya karut.Orang Melayu yang rata-rata Islam pun tak pernah nak bersatu walaupun kata Quran Satu,Tuhan Yang Satu....tapi lihat PAS kemana Parti Melayu Terbesar Di Dunia(tapi nama orang putih) kemana?Bak kata bila malam suami tidor atas katil isteri tidor didapur.

Unknown berkata...

ambil cermin, takder cermin?kencing dalam tempurung, tilik muka masing - masing.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sin,

Melayu berkorban untuk mendukung pedidikan kebangsaan. Aku mampu untuk hantar anak pi private schol, tetapi sebab aku junjung budaya Kebangsaan. Aku hantar tiga-tiga anak ku ke sekolah kebangsaan. Petang anak-anak ku instead of buaat revision atau enjoy afternoon nap atau main Playstation, dia berkorban masa kanak-kanaknya untuk bersekolah agama pula. Kanak-kanak orang melayu boleh berkorban, untuk double schooling, iaitu sekolah sekular disebelah pagi dan sekolah agama di sebelah petang. Kaum Cina dan India patut buat begitu juga. Pagi sekolah kebangsaan petang sekolah CIna atau Tamil. We, Malay can do it, why can the Chinese and Indians could not do it. Manja dan special privilage betullah mereka ini. Menteri keturunan Turki tu jangan dok korek hidung, dan ambil jalan mudah. Ikut aje mengada-ngada kaum Tionghua dan Tamil tuh. Cakap pada kaum Tionghua dan Tamil tuh, Melayu boleh berkorban, kenapa mereka tidak boleh berkorban demi, perpaduan negara.

YB Hisham Gemuk

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Gelombang Rakyat berkata...

Mutut lia cakap, talak bisu pun ya. Mau telai itu telinga pulak, nengok pekak dak?

A Voice berkata...

Orang Melayu mengorbankan bahasa mereka tetapi tidak dihargai oleh Cina dan Keling

Dari menggunakan tulisan Jawi, kita rela tulisan rumi jadi tulisan utama untuk bangsa lain mudah guna.

Dengan terkorban tulisan Jawi, ramai orang Melayu terputus dari kebolehan membaca Quran dan kitab-kitab agama dengan baik.

Semua tulisan Melayu lama di tulis dalam bahasa Jawi.

Melayu sanggup bahasa Melayu dipanggil Bahasa Malaysia.

Namun begitu, Perlembagaan masih menetapkan bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan.

Bayangkan?

keris panjang berkata...

QUOTE : "diorang risau takdok babi kt kanteen".

HA,HA,HA,

keris panjang berkata...

quote : "Orang Melayu mengorbankan bahasa mereka tetapi tidak dihargai oleh Cina dan Keling

Dari menggunakan tulisan Jawi, kita rela tulisan rumi jadi tulisan utama untuk bangsa lain mudah guna."

ORANG MELAYU MMG TAK SADAR DIRI..DAN MEMANG TAK MAU MAU SADAR DIRI..