"Bang, tahun ini giliran rumah Mak sayakan?" isteri ana, Siti Zulaikha Al Ketumbar sudah mula pujuk rayunya. Tiap-tiap tahun cerita sama.
"Hmmm ... tahun lepas kita raya mana ye?" Ana saja tanya macam tak ingat. Sebenarnya ana ingat tahun lepas kita raya sebelah Mak dia. Rasmi kami ganti-ganti tiap-tiap tahun. Patut balik rumah orang tua ana.
Tahun lepas ana isteri dahulukan. Pasal apa, tak ingat. Malam dan pagi raya rumah mak dia. Lepas tu baru balik rumah orang tua ana jauh nun. Tak dapat ana utamakan makan sambal goreng serta rendang, sambal sateh dan ketupat untuk pagi raya.
"Malam dan pagi raya rumah Mak tapi lepas sembahyang dah balik kampung. Tak sempat raya pun."
"Sini bila-bila boleh raya. Sepanjang tahun, kira raya. Kita dok sini. Mak awak pun dok sini," ana jawab.
"Itu tak aci la. Hari lain mana sama dengan hari raya," Zulaikha memintas hujah ana. Tiap-tiap tahun hujah sama aja pun.
"Kalau awak lebih pentingkan raya, tahun ini dan tahun depan pun kita raya sini juga. Syaratnya kita puasa sebulan di kampung. Yang penting meraikan ramadan, kan?" Ana guna senjata baru.
"Awak ni. Mana boleh saya ambil cuti lama-lama macam itu. Nanti raya, dah habis cuti pula. Kalau awak balik rumah mak awak dan saya balik rumah mak saya, boleh tak?" Zulaikha tahu dia dah kena konar.
"Kita sekarang dalam era "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Jadi kita pun kenalah untuk tahun ini "IKeluarga: Suami didahulukan, Kesaksamaan diutamakan."
"Saya nak tengok kueh di dapur.
"Kita balik Sabtu atau Jumaat ni ..." tanya Zulaikha.
Tahun depan mesti cerita sama lagi. Ana nak tuntut hutang satu tahun tu tahun depan ... hehehe.
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.
BAIK-BAIK DIJALANRAYA.
PANDU CERMAT JIWA TERSELAMAT.
Nikmati persembahan-persembahan menarik Hari Raya
di blog Husin Lempoyang.
BAIK-BAIK DIJALANRAYA.
PANDU CERMAT JIWA TERSELAMAT.
Nikmati persembahan-persembahan menarik Hari Raya
di blog Husin Lempoyang.
14 ulasan:
takkan isteri enta tak jealous enta mentioned rodziah lagi banyak daripada dia dalam blog enta? hehehe
selamat hari raya dari WBHim
Salam sejahtera,
Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Justeru, saya memohon maaf di hari mulia kerana tersalah kata dan terkasar bahasa selama kita bertemu atau berkenalan di alam maya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Dzahir dan Batin.
- Yopman
sanasinigitugini.
salam bro.
Selamat hari raya maaf zahir dan bathin
Salam Aidilfitri
Naik main mecun nko main lah Sin...jangan hilang jari udah...
kalau buta boleh pakai braille..
kalau hilang jari tekan nak tekan papan kekunci pakai jari kaki.
Again,
Salam Aidilfitri.
Bagi salam..jawab.
Minta maaf.. maafkanlah.
halalkan hutang..itu susah le sikit..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!
p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com
salam tuan rumah dan pembaca yang lain, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin ye.
lepas jentik menjentik, kita berbaik lah pulak, nanti kang lepas raya, kita start balik, hehehe.
yang balik jauh tu, pandu lah berhati-hati. cepat lambat, sampai jugak ke destinasi.
slamat hari raya Pak Husin...
-mr manson-
Indah Langit Kerana Awan
Indah Laut Kerana Kebiruan
Indah Ramadhan Kerana Kerahmatan
Indah Aidil Fitri Kerana Kemaafan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
C-bOk
KALAU DILAPEK SEBESAR KUKU,
KALAU DIBENTANG SEBESAR ALAM,
KALAU HILANG DICARI,
KALAU HANYUT DIPINTAS,
KALAU TENGGELAM DISELAM,
DATANG BIAR NAMPAK MUKA,
KALAU PERGI BIARLAH NAMPAK BELAKANG,
JAUH DIPANGGIL,
DEKAT DIGAMIT,
SEUNTAI SALAM SEJAMBAK KATA,
DEGUP BICARA MENGHIRIS RASA.
MAAF DI PINTA ......
سلامت هاري راي عيدالفطري
SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
Datuk Senara anak bangsawan,
Tanah Jasin dbuka belah;
Syawal dtg penganti Ramadhan,
Maaf dpohon silap dan salah...
Datuk Senara mmbuka tanah;
Tanah brtuah dinama Jasin,
Buat sahabat dan seluruh ummah,
Salam aidilfitri maaf zahir batin...***
1England kecoh jugak...
http://www.youtube.com/watch?v=90TX-EYBtaw
http://www.youtube.com/watch?v=tIo0fD4No60
Sin,
Bosa lesen engkau Sin, terkedu orang rumah engkau kena kornar dengan engkau. Macam nih lah anak omak yang jantan.
Sarjan Wahab
Kem ********
Port Dickson
orang cerita raya, dia melalut ke pkfz. nak penjarakan orang pun bukan main kun fayakun. mungkin perlaksanaan undang2 pr mcm gitu nanti.
Catat Ulasan