Selasa, September 29, 2009

Tuah si Dreber

Celaka kau Labi. Aku lesing tau. Ingat aku yang bertanding. Rupanya ...

Susah nak pilih calun jika satu kawasan ada dua puak yang bermusuh.

Di Negeri Sembilan dahulu pada tahun 1970an ada satu persaingan antara Dato Taha dan Dato Mokhtar. Persaingannya berakhir dengan tragedi buruk yang cerita sebenarnya masih tersembunyi lagi.

Cerita itu ana tak mahu cerita lagi. Yang mahu dicerita adalah mengenai pemilihan calun untuk pilihanraya di kawasan mereka.

Selalu calun untuk pilihanraya terutama pilihanraya kecil akan dipanggil Perdana Menteri sebelum diumumkan. Seorang Dato ini dipanggil PM masa itu. Jadi dia ingat dia akan dicalunkan untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

Sesampainya PM beritahu bahawa dia ingat Dato tidak dari mana-mana antara kedua-dua kumpulan ini tetapi malangnya maklumat menyatakan kedua-dua pihak tidak berkenan dengan dia. PM minta maaf dia tidak dapat calunkannya.

Lalu PM tanya siapa lain yang bebas tetapi boleh diterima kedua-dua mereka. Dato jawab orang muda yang pandu dia bertemu PM.

Panggil budak tu sini. Biar dia jadi calun.

Menggelabar orang muda itu yang tak sangka-sangka akan bertanding jadi wakil rakyat. Sana sini dia talipon untuk bersedia. Dalam beberapa hari akan bertanding. Nak letak jawatan lagilah.

Lucu tapi benar.

Siapa PM jumpa? Mana tahu bukan Isa Samad yang bertanding di Bagan Pinang. Dreber Isa yang dipilih bertanding.

*Siapa mandikan siapa?


*Saja peringatan untuk seorang itu. Ingat dia terer.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua berebut dan bergaduh, akhirnya tuah si dreber.

Hehehe

Quantum Metal Consultant berkata...

Pengundi bukan melayu tentu tak mahu I.S.A...

Melepaslah lagiiiii.. (nyanyian SM Salim)

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

IndukYati berkata...

kok iyo pun Tuan Husin..tak elok putuskan harapan org yg berharap nak dicalonkan semula utk jadi Adun..walhal marin bukannyo pendek masonyo jd ketua negeri..
Apo nak buek kann..gila kuasa,gila harta....gilaaaa..naik gilo jadiknyer..

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,
'Moral of the story' daripada pilihanraya2 yg ditakdirkan berlaku selama ini ialah moral calon.

Rascal

BhYm berkata...

Mana tahu kali ini Tan Sri Isa akan tunjukkan taring sebenar..
Buktikan pada Tun Mahathir yang telahan Tun adalah salah...
Tan Sri Isa adalah salah sorang yang menjadi mangsa keadaan di zaman Tun Mahathir..

BhYm berkata...

Kadangkala bila tengok wajah MB masa angkat tangan Tan Sri Isa waktu Tan Sri Muhyidin umumkan nama calon..rasa macam nak berkata... memang benar hubungan mereka tak mesra...
Harap Tan Sri Isa kalau menang nanti tidak akan mengganggu MB.. macam kat Terengganu tu...
Bagi peluang MB untuk menjalankan tugas dgn tenang..

bronaga berkata...

bhym isa kono nayo zaman paklah la bukannyo zaman tun madir apo ko tongong ekau ni.

BhYm berkata...

Bronaga...terimakasih kerana tolong betulkan fakta...

Tapi kenapa Tun Mahathir mati2 tak suka Tan Sri Isa jadi calon...

Kalau Tun Mahathir anti politik wang... saya rasa Tun Mahathir adalah pelopor politik wang dalam UMNO...

Sampai sekarang hati saya masih berbuku walaupun Tun Mahathir adalah negarawan ulung di mata kebanyakan rakyat Malaysia...

Zulkarnain berkata...

BhYm:

salam

mungkin Tun M bukan tak suka TS Isa, tapi kisak lampau beliau. Kan PRK lepas character assasination jadik senjata utama kalahkan calun BN, bukan pasal orang2 PR reti buat keje pun. Maybe pasal tu dia risau.

Tun M berhak utk concern tapi last2, orang Bagan Pinang gak yang akan buat keputusan.

Aku pun baru2 je tau pasal kes TS Isa kene scapegoat time Pak Lah, tapi nampak macam agak terlewat kalau nak war2 kan cerita tu. Kalau benar TS Isa dikambing-hitamkan, kesian beliau sebab beberapa tahun takda satu artikel pun nak backup beliau. Ntah la. My 20sen je.

ISAC berkata...

Salam....

Jangan jadi drebar DSAI dah lah....

Masih ingat drebar dia yang dulu?


Tan Sri Isa pun dah lalui hukumannya...

Apa kata kita lihat "Testimonial" Pemimpin Pakatan di; http://bumiyang.blogspot.com/2009/09/pas-kata-isa-perasuah-pemimpin-pakatan.html

Tanpa Nama berkata...

AKAHAI BHYM, APALAH EKOU NI ..PAKAI HENTAM JE NAK WAT ULASAN. EKOU KONO INGAT TS ISA TU TOROK DIKOJOKAN ZAMAN PAK LAH ...MENANTU LEPAS TAPI TS TAK LOPASLAH PULAK ....

sodar berkata...

Alahai sibut nak guna nama Tun M. Tun M gadai lebuhraya kau orang tak kecoh. Lagi bosar modal pembangkang. Menyusahkan UMNO saja.

sodar

Maya Khairy berkata...

Salam Kekanda Husin,

Maya ada buat cerita best ni, si anak omak tu dari tukang cat jadi tukang cuci akhirnya dreber teksi.

Tapi Khairy si dreber gerenti langsung tak bertuah, tapi lebih kepada menyusah.