Jumaat, September 25, 2009

Pilih orang yang tidak ada lelah


Hari bertambah dekat. Pada 29hb ini, kedua-dua belah pihak akan mengumumkan calun masing-masing.

Semuanya strategi dan taktik bergantung kepada calun yang mahu diletak BN. Dengan terbelakang 1-7, BN pasti mahu menang untuk mendekatkan jarak. Kemenangan boleh menaikkan kembali semangat juang UMNO.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pula sudah suarakan mahu calun yang menggambarkan perubahan dalam UMNO. Ada kata lain dari calun tertentu, agak susah untuk menang. Apa yang dikatakan Dr M dan Ku Li ada betulnya. Orang lama cakap mesti dihormati.

Dalam hal memilih calun, ana ada suatu cerita. Cerita ini betul berlaku tetapi nama dan tempat tidak diceritakan. Ia berlaku dalam pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian.

Kisahnya dua kawan ini tidak dapat mencapai satu formula pengagihan jawatan di sebuah Bahagian maka mereka bersetuju bertanding secara gentleman. Seorang ni kita namakan Haji Leman dan seorang lagi Haji Baharom.

Kempen punya kempen, Haji Baharom congak keadaan cuma 50:50 dan kawasan yang mereka belum terokai hanya kawasan Haji Leman. Mestilah dia kuat di situ. Kena dapat kempen di situ. Kalau Haji Leman ada, sampai kiamat orang kampung tak keluar dengar Haji Baharom kempen. Masa tidak lama lagi. Pasti kalah nampaknya.

Tapi orang politik ni. Akal sebakul. Haji Baharom dan pasukannya memikirkan macam mana untuk dapat masuk kempen situ. Akhirnya mereka dapat satu akal.

Semua orang tahu Haji Leman ni orangnya lelah. Makan sikit pulut habih cungaplah dia dan sakit seminggu. Ada satu Majlis tu budak-budak Haji Baharom dapat selitkan semua makanan pulut pada meja Haji Leman. Dihidangkan lemang, tapai pulut, kueh-kueh pulut dan air ais.

Boleh tidak boleh, Haji Leman terpaksalah makan dan minum apa yang dihidangkan tuan rumah. Padahal dia makan seketul lemang, satu biji kueh dan seteguk air. Habis malam tu dah tercungap-cungap dia.

Berzikir-zikir dia dalam lelahnya. "Allahu Allahu ... adoi ... Allahu ..."

Haji Baharom mula masuk kempen. Melihat Haji Leman nampak berdiam aja, orang kawasan Haji Leman pun sedia keluar mendengar kempen Haji Baharom.

Orang-orang Haji Leman pergi mengadu padanya, "Haji, Haji, Haji Baharom dah masuk kempen kek tompek Haji. Takkan diam ajo. Tak buek apo-apo"

"Nak buek macam mano. Den sakit. Allahu Allahu ..."

Haji Leman sedar dia akan kalah dan telah diakali dengan pulut. Orang dulu-dulu gentlemen, Haji Leman hanya tersenyum. Dengan sporting, dia talipon Haji Baharom mengucapkan tahniah, "Tahniahlah Baharom. Panda ekau ngakal den."

Haji Baharom hanya menjawab, "Terima kasih. Tak ... Kalau ekau tak sakit, den tak boleh monang."

Nak hampir Bagan Pinang, harap-harap tak pilih calun yang ada lelah. Kalau calun lelah, pastikan tidak pula termakan pulut.

31 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Tun dan Ku Li hanya bersilat pulut, tapi yang nak pergi perang betul betul ialah UMNO Bahagian.

Tapi bila orang lama dah berkata kata, elok juga dengar sebab kalau tak ambil peduli, malah berlawan cakap, takut pula kerana pulut santan binasa.

Tanpa Nama berkata...

Pilihan antara nak menang atau kalah.

Bukan Isa, garanti kalah. Dah kalah, apa nak kata lagi? Dah 8-1.

Kalau menang dgn Isa, turun 7-2. Masaalahnya tercacat namanya. Bila dibanding dgn Anwar, dia sah penjenayah. Isa tidak.

Fikirkan. Salah UMNO juga. UMNO zaman Pak Lah juga membesar2kan mengenai politik wang tetapi pak lah dan orang2nya juga lakukan politik wang.

Yang kena, hanya dipilih2. Zaki terlepas. Isa kena. Bukan Isa saja di frame tapi ramai lagi.

Masanya singkat sangat nak membetulkan balik nama Isa. Isa pun patuh pada parti dan sudah dikira bersih.

Anwar dah jalankan hukuman dan orang anggap bersih. Tapi kenapa tak boleh terima Isa? Kesalahan isa bukan jenayah tapi hanya dalam parti.

Thinking aloud

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya , berikan peluang kepada orang lain ,orang baru , tapi pastikan orang tu , campur orang , gi kenduri kendara , jangan pilih yang hanya tahu pangku tangan minta tu ni , biar tangan tu selalu kacau lauk dalam kawah belakang rumah masa kenduri kawin , macam calun pas yang dicanangkan.
Dan yang penting jangan yang banyak bini .....
lawan tetap lawan .

Merrybj

MANTOL berkata...

Apa orang luar sibuk2. Pengundi sana nak Isa. Calonkan saja Isa.

Tengku Razaleigh masih marah pada Isa sebab taknak join dia dulu masa Semangat46 nak jahanamkan UMNO.

Tun Mahathir sanggup bercium mulut dengan Mat Hassan yg sekongkol dengan perosak UMNO menyebabkan dia keluar dari UMNO. Kenapa? Sebab dia pun nak anak dia mewarisi. Kalah pun boleh dapat jawatan Timbalan Menteri. Nanti Isa naik semula, takut pulak anak Isa jadi popular.

Lepas ini anak omak siapa pula yang nak huru-harakan UMNO?

/MANTOL/
Alahai UMNO dah jadi mcm DAP/PAS/PKR. Bapa emak anak dan menantu sajalah dalam parti nanti.

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN berkata...

Dengar la cakap orang lama tu.Tan Sri Isa kena fikir kalau dia yang digantung 6tahun sebab rasuah boleh dicalunkan nanti yang dijatuhkan hukuman amaran dengan kesalahan yang sama pun akan kata "Dio yang kono gantung 6tahun pun dapek takkan den yang kono amaran jo nak diketopikan"Heeeeeeeeeee camno tu bang husin tokey unto

Perati berkata...

Dengar cerita2 beberapa orang main kong ka li kong. Macam bersih sangat sekor2 ni. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Lain Isa, tak ada wakil lain boleh di situ. Yang Muhyiddin nak cadangkan, tak boleh menang. Yang Mat Hasan suruh, tak mahu tanding. Yang anak Isa, si Najib tak tentu mahu lagi selagi bapa mahu.

Pilih BN, nak menang atau nak kalah. Fikir baik2. Lain dari Isa, pengundi bukan Melayu tak mahu.

Dah terang dan nyata. Tak habis2 main politik. Bila pemimpin UMNO nak fikirkan pasal parti dan bukan kepentingan politik peribadi?

Kalau kalah, berkecailah UMNO.

Tanpa Nama berkata...

eeeh terbaca nukilan pak sin yang mendakwa isa tu bukannya calon yg korup, kata ni angkara kj.
kenapa tiba tiba tukar cerite?
pilih bloggers yang tidak ada lelah

Nama Tanpa berkata...

Anon 11:07

Apa maksud Husin sebagai lelah ni. Kalau kalah, cungap UMNO.

Kepala Pusing berkata...

UMNO tak boleh kalah le, 5,000 undi pos tu dah tak boleh kalah. ilek poci

Tanpa Nama berkata...

Isa kena pilih calon, bukannya jadi calon.

Bukan keri/mohyidin/najib tentukan..Isa perlu mengetengahkan bakat baru..yg 100% disokong orang (BN/PR)

Hehehe berkata...

Woit TanpaNama, sejak bila pulak Ketua Bahagian pilih calon. Pilih calon hak Presiden.

Hehehe. Bagan Pinang letak Samy Vellu pun memang boleh menang.

Ingat. Bukan semua kawasan ada undi pos yang banyak.

Dahlah buat 1Malaysia tak runding dulu dengan orang UMNO. Pemimpin akar umbi macam TS Isa pun korang nak pancung. UMNO nak jadi parti bangsawan?

Tun Mahathir byk jasa tapi byk buat silap jugak. Jangan sembah Tun M mcm PAS sembah Nik Aziz.

Hehehe

pokmatsarang berkata...

SALAM,

TUAN MAULANA HUSSIN, SERBA SALAH DEN NAK CAKAP, CAKAP CHE DET BERNAS DAN BETUL, TAPI KAWASAN TU MAU ISA, SO CAKAP SALAH TAK BETUL CAKAP KALAH. ORANG KATA MENANG BATTLE KALAH THE WAR. HAAAA KITE PERLU MENANG NAK PULIH SEMANGAT, NAMPAKNYA BOTAK LA KEPALA NAJIB HE HE HE

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Biarlah TS Isa bertanding kalau kalah juga kita Redha. Dah oghang Nogori nakkan dia. TS Isa dijatuhkan hukuman gantung politik wang (kalau tak silap hanya RM300.00 duit minyak perwakilan je) dan beliau juga dengan Redha menjalani hukumannya. Jadi adakah beliau terus perlu dihukum.
Semua umat sikit sebanyak mungkin pernah buat kesalahan dan sekiranya beliau telah insaf maka perlu diberi peluang. Itulah masyarakat kita macam penagih dadah yang telah menjalani proses pemulihan semuala. Adakah masyarakat perlu terus menyisihkan mereka?

Kita tahu bila TS Isa kena ada pihak yang mendapat manfaat besar tetapi pernahkah kita rujuk semula sejarah perjuangan TS Isa dalam UMNO. Tak pernah putus asa walaupun kalah beberapa kali dalam pertandingan Ketua Pemuda dan Naib Presiden namun masih tabah dan bertanding semula. Inilah namanya ada jati diri dan semangat perjuangan yang kental sehinggakan menang saja VP UMNO terus dituduh politik wang. Selepas beberapa kalah bertanding mungkin nama TS Isa sudah sinonim dan mula diterima oleh para perwakilan sehinggakan diberi peluang menang. Bagaimanapula orang yang tak pernah bertanding dan muka baru tiba-tiba menang? Tepuk dada tanya selera la.

Kalau TS Isa bertanding, kami anak Nogori cuti balik berkempen. Kalau tak suruh aje TS Muhiddin turun padang.

Anak Pagoh berkata...

muhyiddin yang cakap banyak main politik belakang tu.

suruh muhyiddin bertanding di bagan pinang. garenti kalah.

cakap pasal politik wang, muhyiddin jangan belakun. tahun 2005 dia pun main duit. berlakun konon pengerusi jk disiplin, dia tak main. dia main duit juga.

dulu yang lakukan konspirasi terhadap isa adalah muhyiddin. dia mahukan nombor satu naib.

muhyiddin bayar orang buat laporan terhadap isa dan saksi buat akuan2 palsu. abu zahar tak ada tulang belakang jadi talibarut muhyiddin dalam lembaga disiplin.

dia masa tu adalah sebahagian geng pak lah dan kj. itu pasal muhyiddin nak rashid press strategist khairy. dalam opis dia pun, ada budak feriz omar yg gila publicity mcm khairy.

muhyiddin ini ada sejarah tikam belakang orang. dari othman saat yang dia tak sabar2 nak jatuhkan di pagoh. masuk group musa hitam, dia tikam musa. dia juga dulu orang anwar ibrahim. bila anwar jatuh, dia tikam anwar. percaya muhyiddin sedang nak jatuhkan najib.

biarlah muhyiddin pelelong bangunan umno pagoh dan penjual tanah melayu ke singapura letak orang dia si kontraktor sebagai calun.

entah apa yang orang pakatan ada cerita pasal kontraktor. maklumlah kontraktor.

kalah bagan pinang, kita gulai muhyiddin mcm kita gulai zahid hamidi di permatang pasir.

bn bawah muhyiddin ketuai jentera kalah 1-7. puaskan hati dia untuk capai 1-8 kalah!!!

Oghang Ghombau berkata...

Iso dah baik lelah tu, kasilah pelaung.

Den tak cayo orang-orang pro-KJ macam Muhyiddin dan Mat Hasan.

Boleh kalah Bagan Pinang.

Baik di sunat ke pangkal dua ekor berok ni.

Bourne berkata...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN UNTUK ANDA LEMPOYANG AND FAMILY

pikirpikir berkata...

Undi tentera sekarang di tangan Zahid Hamidi.

Boleh percaya ke? Haha

-pikirpikir-

kelisa_samudera berkata...

kalau undi pembangkang meningkat walaupun kalah pun sebenarnya sudah satu kekalahan kepada BN. Banyak pemerhati berpendapat Bagan Pinang akan dapat kepada BN sebab undi pos. Yang nak diteliti sekarang ialah peningkatan atau penurunan undi pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Kalau BN kalah. Maknanya undi ashkar dibawa lari.Cold storage kan si Zahid Hamidi. Jadikan dia pengerusi Majlis Aid Malaysia.

Salleh Telegu

PKMPL berkata...

MY NEW BLOG

http://parlimen79.blogspot.com/

CHAIRMAN KAGA berkata...

HE HE HE

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya kebanyakkan calon umno semuanya lelah pak isim oii... Tapi xpe.. Undi pos kan ada... Lotak kobau pun boleh monang punyolah..

Pak Mat Tempe berkata...

Selamat Hri Raya Pak Husin

Cerita Pak Husin memang sedap lah. Kena gelak sorang2 ni tak tahan lawak sangat. Akal orang politik memang kelas lah tak boleh belajar diuniversiti atau kolej. Strateji mengalahkan lawan lah namanya tu.

Tentang calon Bagan Pinag pedulilah biar ketua buat keputusan . Pilih sape pun tetap ada yang bersetuju dan tak bersetuju. Keputusan mesti dibuat. Betul kata ketua betul lah tu. Dalam berorganisasi ketua no 1 setelah berbincang mempunyai final say yang mesti dipatuhi oleh ahli.

Tabik Pak Husin teruskan dengan cerita lawak penuh bermakna.

Tanpa Nama berkata...

любительское молодежное порно подростки http://free-3x.com/ секс со школьниками free-3x.com/ изнасиловали малолеток [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

Tanpa Nama berkata...

Ich meine, dass Sie sich irren. Es ich kann beweisen. Schreiben Sie mir in PM, wir werden umgehen. cialis online levitra 20mg beipackzettel [url=http//t7-isis.org]levitra preis[/url]

Tanpa Nama berkata...

бесплатное порно ролики износилования
бесплатное видео стриптиз
хочется ебаться
секс досуг м речной вокзал
эротический фильм эмануэль

Tanpa Nama berkata...

Wonderful artіcle! Thіs is the type
оf infо that аre ѕupposed to be ѕhared аround the nеt.
Shame on Google for no longеr posіtiоning thiѕ submit upper!
Cοmе on оveг and сonsult with my websitе .

Тhanκs =)

Feel free to surf tо my hоmepage ... no Fax payday loans online
Feel free to visit my web blog - Pay Day Loans

Tanpa Nama berkata...

Wonderful аrticlе! This іѕ the type of info that are ѕupposed
tο be shaгed arοunԁ the nеt.
Shame on Goοgle for no longеr рositioning thiѕ submіt upрer!
Cоme on ovеr and сonsult ωіth mу websіte .
Thаnkѕ =)

Feеl frее tο vіsit my blоg - no Fax payday loans online
my web page :: Payday Loan

Tanpa Nama berkata...

My brother suggested I might like this website.

He was totally right. This post actually made my day. You can not believe just how much time
I had spent for this information! Thank you!

My web site ... Visit This Link

Tanpa Nama berkata...

Its like you read my mind! You seem to know a lot about this,
like you wrote the book in it or something. I think that you can do with a
few pics to drive the message home a little bit, but instead of that, this is magnificent blog.

An excellent read. I'll certainly be back.

Look at my page ... this post

Tanpa Nama berkata...

Great information. Lucky me I discovered your blog by chance (stumbleupon).

I have saved it for later!

Feel free to visit my web site :: http://www.sfbrp.com/wiki/index.php/index.php?title=codecs-voip