Sabtu, November 21, 2009
Kisah nama negeri Pahang
Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura.
Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar.
Baginda meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Tempoh diberi adalah selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib.
Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja.
Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.
“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”
“Sudah! Sudah!”
Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa?
"Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu. Mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.”
Demikianlah kisahnya cerita nama negeri Pahang. Cerita orang Pahanggg ... dah cerita dulu sini. Kempen Manager orang Pahang sini.
* Dipetik dari blog ceritalucu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
Aku agak nama asalnya adalah PURA CENDANA dan raja nya adalah ALAM SYAH BANA.
Ohhh ... asalnya inderapura. Nasib baik bukan altantunya atau rosmahpuaka.
Aku baca banyak blog politik Malaysia. Semuanya naik kan darah. Tapi bila baca blog mu sin, darah aku turun balik la..
Bile pulak orang Pahang ni menggunakan gantinama "hang"? HAHAHAHA......SAH PENGLIPUR LARA!
RPK..asalnya pak hang..kemudian jadi...opah hang.
RPK
mulanya nama anwar jalang,
pemuda pemudi semuanya kene telanjang
tapi tukor jadi nik aziz temberang,
sampai darah tekak dan mulut ambil hok orang.
Bang Sin,
Memang benar cerita tu, Tok wan kepada tok wan aku pun cerita macam tu juga masa kami rehat2 lepas main Golf, sambil2 tu minum sirap daun ketom.
Kata Tok Wan lagi, yang dua orang dok betengkak depan raja tu adalah Datok kepda Tok Wan dia dan kawannya pula adalah datok kepada datok tok wan bang Husin..mereka berjalan kaki dari perak kepahang.
Kata Tok wan lagi, kalau tak percaya tanya dia...
Hoi RPK sial
Apa tunjuk video satu saja. Itu pun sekerat.
Bhg ke 4 interview bala kata tak jumpa deepak. Komdian jumpa Deepak.
Kepala bapak kau la. Kantol tipu. Flip flop.
cerita tak betul lah
orang pahang memanggil nenek mereka dengan nama 'wan' dan bukan opah.
hanya orang perak memanggil nenek mereka 'opah'
orang perak mencuba nasib la....
sultan pahang mana tau yg dua ekoq tu bertengkaq..... hahahahahaaa
Biasalah tu...
Tuan Husin selalu taruh icing atas tahi lembu.
Rascal
Aku sedia kasi sudu untuk kau makan, rascal
KISAH LAGENDA...
NAMA, NEGERI PAHANG.
Asalnya daripada perbualan anak dengan emak yang berasal dari utara tanahair.
Dialog Puitis:
Emak : Anakanda, tolong panggil PAK
HANG mai sat.
Anak : Apabenda mak ni.. suka
panggil PAK HANG...PAK HANG.
Perbualan itu didegari oleh penulis Mat Saleh yang kurang faham bahasa utara....
Oooo, They call "PA HANG" "PA HANG"
Kesimpulannya..
Inilah kesannya jika ORANG PUTIH menulis sejarah Tanah Melayu. Dasar Penjajah yang tidak pernah mengaku yang mereka selalu buat kesilapan.
---Sekadar Menyelam---
ADAM AMIN
Kg Jerlun
Kedah.
Here is another one more NO
another NO
Aku sebagai orang pahang
Ulas tulis husin lempoyang
Asal nama kata tok moyang
Kerana besar pokok tebang
Batang pokok amat panjang
Jadikan titi menyemberang
Tanya sultan, pelek pandang
Nama pokok kata kemahang
Menurut cerita tok moyang
Itu asal nama negeri pahang
Dititahkan sultan jelas terang
Kekal nama hingga sekarang
Luas negeri pahang bentang
Lain versi husin lempoyang
Agak lain versi hulu pahang
Mana satu betul, terpulang
lawak kurang ajar. tak kelakar langsung.
Tanpa Nama
Tak kelakar buat apa datang baca ...
Nak kelakar baca blog anwar ibrahim lim kit siang dan nik najis
hehe nih cuma parodi dari uncle husin
aku pun orang pahang..
memang orang pahang tak panggil nenek ngan nama opah
biasa dorang panggil dengan wan..atau pun tok
laki datuk lak..dorang panggil aki
Kelakar jugak
Catat Ulasan