Isnin, Jun 13, 2011

Syurga tapak kaki ibu dan syurga ayah


Semasa Husin kanak-kanak, keluarga kami ada satu amalan masa cuti sekolah. Ayah akan kejutkan kami pagi-pagi untuk solat jemaah subuh di masjid. Balik dari Masjid, dia akan ajar bab-bab ugama sampai siang hari.

Ayah Husin bekas guru besar sekolah ugama dan kemudian menjadi seorang Imam. Dia biasa mengajar, baik kanak-kanak mahu pun orang tua. Cara ayah ajar mudah dan menyeronokkan, maka kami tidak ngantuk.

Jadi lepas subuh, kami tak ada can nak tidor dan bangun tengahhari.

Ada satu pagi tu, ayah mengajar rukun Iman. Salah satu rukun Iman adalah mengenai percaya pada hari kiamat. Bab hari kiamat memang seram dan naik bulu roma bila bincang hal syurga dan neraka.

Kata ayah, Allah sudah janjikan ganjaran syurga yang luar biasa untuk hamba yang disayanginya dan taat pada perintahnya.

Syurga digambarkan sebagai tempat yang penuh kesenangan dan kenikmatan. Ia adalah tempat tinggal yang berhiaskan cahaya, tumbuh-tumbuhan yang wangi aromanya, sungai yang sentiasa mengalir air yang jernih, buah-buahan yang matang, isteri-isteri yang cantik jelita, pakaian yang berlimpah luah dan istana yang tersergam megah.

Padanlah orang mudah terbeli dengan janji syurga dari Tuan Guru Dato Nik Aziz kepada mereka yang mengundi dan menyokong PAS. Bagi rakyat marhaen, ia menjadi escapism untuk melarikan diri dari realiti kesusahan harian. Dengan syurga sebagai janji, ramai sedia berkorban.

Pada bulan lepas, Dato Husam Musa meningkatkan tawaran syurga dalam suatu ceramah di Kota Baru. Bukan saja orang Kelantan yang mengundi dan menyokong PAS masuk syurga, mereka akan masuk syurga sama-sama dengan Rasulullah sebab orang Kelantan hidup sezaman dengan Nik Aziz.

Pelik pulak gitu. Ayah kata ganjaran syurga dan neraka ditentukan Allah.

Berbalik cerita ayah, masa itu ayah kata nak masuk syurga kena baik dan penting sekali baik dengan ibu kerana syurga terletak di tapak kaki ibu. Masa itu Husin tidak faham Mutashabiha atau sesuatu yang maknanya tidak boleh diambil secara literal kerana ia satu metafora.

Seronoklah kita tahu di mana letaknya syurga.

Maka pada petang itu, Husin balik dari main rumah kawan dan nampak ibu sedang tidor kepenatan di kerusi sofa dengan kakinya terlunjur atas alas stool.

Husin duduk di hujung kaki ibu dan membelek-belek kaki kanannya. Kalau syurga terletak di kaki ibu, mestilah di kaki kanan. Lama dibelek kaki ibu yang sedang tidor, tak nampak apa pun. Takda pula sebarang ruang pada kaki yang menunjukkan ada syurga tersembunyi.

Tak jumpa di kaki kanan, Husin pun lihat pada kaki yang kiri. Mana tahu, tak ada di kaki kanan, jumpa di kaki kiri pula?

Tak juga jumpa. Mana dia syurga yang ayah cakap?

Tiba-tiba ibu menggelisah dalam tidor, lalu terselek kainnya dan ternampak tompokan gelap di celah kaki ibu. Husin tutup mata terkejut takut. Apa ini? Kenapa syurga ibu gelap gelita?

Esok hari lepas subuh, Husin tanya ayah sekali lagi, "Betulkah syurga di tapak kaki ibu, ayah?"

Ayah jawab, "Betul."

"Semalam masa ibu tidor petang, Husin dah tengok kaki ibu."

Ayah main trick kat Husin. Dia kata, "Kenalah tengok betul-betul."

"Ayah tahu masa ibu bergerak, nampak di celah kaki ibu tompokan gelap. Tak macam syurga yang ayah ajar kita ...."

Cepat ayah memintas. "Oh ... itu bukan syurga kau, itu syurga untuk kaum bapa."

Terus dia terangkan dengan panjang lebar dan lebih jelas apa maksud syurga di tapak kaki ibu hingga lupa kisah tompokan. Baru Husin faham maknanya syurga di tapak kaki ibu bukan betul-betul di kaki ibu tapi orang yang menyayangi dan taat pada ibunya dijanjikan ganjaran syurga.

Satu lagi ada orang kata, sapa suka cium tompokan gelap itu, tak bau syurga. Apa maksudnya pula?

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memanglah tak bau syurga pasai dia bau menda tu laaa... wakakakakkakak...

azman berkata...

Assalamualaikum sein

Husinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Tapi bab bau tu ko kene tanye ngan mat sapu..kha kha kha kha kha kha.

Tanpa Nama berkata...

sanggup ko tengoj sinn emm dari sorga tu ko ddatang dan sorga macam tu ko nikmati dan kerna sorga macam tu ko sanggup mati emmm sorga hanyalah ilusi semata2

snow white berkata...

sin, sejak bila allah taala lantik nik aziz dan konco-konconya buat survey orang itu boleh ke syurga atau tidak?

Quantum Metal Consultant berkata...

Tanya Nurul Izzah, papa dia ada lebih dua syurga, satu pintu depan, satu pintu belakang.

Tanpa Nama berkata...

assalam sahabat...teringat cerita lawak org org tuwe kat kg dulu, ini la ceritanya...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat.
Penyebar gambar lucah sah bukan ahli syurga.


Rascal

bel berkata...

tapi kan bro, menjadi dosa ibu bapa jika anak bermaksiat jika dihalang nikah oleh ibu bapa kan? sedih la brooo

Tanpa Nama berkata...

Sin, hee.hee, sy pun ada cerita, hari ini ramai orang yg pegang kepada empat pekara.
1. Pegangan hidup. ( Kena pegang baru hidup ).
2. Mainan hidup - Kena main dulu baru hidup.
3. Cerminan Hidup - kena cermin dulu baru nak hidup.
4. yang ke 4 cari sendiri.. hee.hee

YB (Yang Biol) Nurut Izzam berkata...

Woi Pakcik Usin,

Haa..kan dah cakap..Kluangman memang brilliant..papaku cuma laksanakan wawasan Tun Madey.."think outside of the box"..bila mana orang lain ada satu syurge..papaku bukan setakat dua bahkan tiga syurga..mulut pun boleh jugak..ha ha..!!

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 12.10,

ke 4, bayangan hidup!

Quantum Metal Consultant berkata...

ikut hiraki:
1) Bayangan Hidup
2) Pandangan Hidup
3) Pegangan Hidup
4) Mainan Hidup
5) Cerminan Hidup
6) Jellyngan Hidup
7) Tak Hidup

Tanpa Nama berkata...

Yang last tu cita cita hidup sebab yang tinggal hanya cita cita nak hidupkan tetapi apa kan daya tongkat ali punya kopi habis stock.

Tanpa Nama berkata...

Pala Bana mu Ayah Sin.......

Mat Su Deraman
Kg Padang Lembut
Ketereh
Kelantan