Khamis, Januari 22, 2009

Bila kapal karam ...


Kita selalu dengar jenaka mengenai bangsa dan bunyi alat musik ketuk (percussion) yang dimainkan sebagai menandakan keuntungan perniagaan peniaga-peniaga satu-satu bangsa. Yang Cina berbunyi ... tong tong tong. Alat undi India berbunyi macam tabla ... kara kara kutung kara kara kutung. Bunyian gendang dan gong Melayu macam ... tak tong tak tong tak tong.

Husin ada satu lagi cerita mengenai perbezaan kaum. Kali ini adalah cara lain-lain bangsa menangani krisis kapal yang dinaiki tumpang nak karam di laut.

Kalau orang Cina, dia sudah sedia atau mungkin akan menyediakan 10 benda utama yang ringan dan perlu dalam kecemasan, kemudiannya lompat kapal. Manakala orang India selalu tak berapa fikir panjang tetapi cepat campak apa-apa barang yang boleh dicapai. Mereka tak mahu keturunan mereka diajuk sebagai anak keling karam, maka dia cepat lompat untuk menyelamatkan diri.

Tapi orang Melayu pula akan mesyuarat dahulu untuk kaji dan bincang. Kemudian, mereka akan lihat dan memantau keadaan. Apabila dah betul-betul karam, baru mereka nak cari jalan untuk lakukan sesuatu.

Mereka yang tak dijemput masuk mesyuarat tidak buat apa-apa. Kena tunggu keputusan mesyuarat untuk melompat, walaupun orang lain sudah melompat. Mereka tidak akan desak ahli meyuarat supaya membuat keputusan untuk lompat kapal. Padahal mereka lebih tahu dan lebih pakar, tapi mereka tak dipilih masuk mesyuarat. Namun begitu, mereka tidak akan melompat mendahului mereka yang bermesyuarat. Sebabnya tidak boleh mendahului ketua, takut dikenakan tindakan atau dibuang parti.

Bila sudah sampai masa nak lompat menyelamatkan diri, yang melompat dahulu adalah mereka yang dalam mesyuarat. Mereka yang tak bermesyuarat tak sempat lompat dan mati. Yang menariknya, kadang-kadang mereka yang tak bermesyuarat tahu cara untuk menyelamatkan keadaan, membaiki kapal, dan mungkin sekali untuk menyelamatkan kapal.
Inilah perihal orang Melayu. Dalam menyebut orang Melayu, Husin nak khusus untuk orang UMNO yang selepas menerima kekalahan di PRU12, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih nak bermesyuarat lagi.

Orang PAS mungkin mahu menafikan mereka bukan demikian kerana mereka tidak mahu dikenali sebagai Melayu. Tapi selalunya apa berlaku dalam UMNO, akan mengikut dalam PAS. Melayu juga, cakap Melayu, makan Melayu, cara hidup Melayu, ugama sama yang dianuti orang melayu iaitu Islam. Sama pertahankan menentang PPSMI.

Orang PKR tak mahu mengaku Melayu tapi Malaysian. Lantaklah mereka berebut dengan DAP nak mengaku lebih Malaysian Malaysia. Mungkin betul, kerana masa Mesyuarat Agung, kelihatan di bahagian pemerhati banyak Hindraf. PKR bukan parti Melayu pun. Pemimpin Melayu mereka takut nak bincang isu Melayu dan Islam yang seperti tertera dalam Perlembagaan kerana takut dengan ahli-ahli mereka dan DAP.
Wow! Kalau kapal Husin tenggelam, selamatkan sperma unta yang dalam tabung uji. Boleh biakkan jadi banyak unta.

24 ulasan:

satD berkata...

Sin

cammne depa nak bawa keluar sperm unta tu ?

Cucu Tok Selampit berkata...

Tuan Husin,

Biarkan ... Biarkan ... Si Luncai dengan labunya.

Samad berkata...

Salam...
Mendalam sungguh maksud yang saudara Husin nak sampaikan. Cukup pedas dan agak berbisa. Namun, ia mungkin hanya pandangan dari belah Husin. Lain orang lain pula pandangannya. Apapun, tak kisahlah. Kita ada kebebasan bersuara. Siapa pun yang kita sokong, siapa pun yang kita kagum, itu hak masing-masing. Ada juga yang sanggupo menegakkan benang yang basah demi menjaga nama baik parti dan macam-macam lagi... Biasalah...

har harh a ha hahah a berkata...

Sin..

Kalau sperma unta jer ko dapat bawak camana nak cari unta betina ..huk huk huk...

GOMO berkata...

BETUL TU SAUDAGAR HUSIN LEMPOYANG!!!

MASING-MASING DALAM PAKATAN TAKUT UNTUK BAWA HAL ISLAM DAN MELAYU!!!

TAPI KALAU ISU BABI MASING-MASING BEREBUT NAK BELA BABI NI!!!

ADOI...BABI JUGAK YANG DISAYANG PAKATAN NI!!!

YE LAH PAKATAN BELA BABI RAKYAT KATAKAN!!!

red rooster berkata...

Tuan Saudagar Husin,

Kiasan anta tepat menusuk qalbu... Memang dari dulu ana perhatikan Melayu (terutama Umno) memang nak mengkhusus dalam ilmu permesyuaratan saja... wallahualam.

Shafiq berkata...

Kih kih kih lawaklah En. Husin nih. Ovum unta betinanya tak bawa sekali ke?

Tanpa Nama berkata...

US, Japan, Korea tak suka LimGE?..Investor lari dari Penang.

Kilang tutup, mcm mana ni?

Org cakap kalau muka sombong rezeki kurang.

Umno jahat..

DAP lagi jahat dari Umno.

Tanpa Nama berkata...

Takpayah kaji2..buang aje Keri & geng2 tingkat 4 etos..

Jamal Pak Tongkol berkata...

Ko tertinggal beberapa, Sin.

Kalau orang melaka, dia nak berdondang sayang dahulu. Habis dondang sayang dia dah happy, Kapal tak karam dan Ali Rustam akan salahkan orang lain.

Kalau gapena, dia nak bersajak, bersyair, dan bergurindam. Dia semua tak setuju. DIa cakapmarah sekali. Ajak lawan, Prof Ismail Husein kata dia sudah nyanyuk dan tua. Tapi tak turun jawatan.

Kalau orang Universiti seperti Nordin Kardi, dia nak berbincang, berseminar, dan berforum. Semua nak bercakap,semu anak berfikir, semua ingat dia betul, dan semua ingat orang lain tak betul. Lama2 sampai bila tak selesai berseminar. Kapal dah lama dah karam. Mereka masih berseminar.

Sampai bila masaalah orang Melayu tak selesai2.

Orang BD berkata...

Kalau Zahid Hamidi, dia panggil gangster dahulu utk belasah anak beranak sebelum lompat kapal.

Zubli Zainordin berkata...

Husin Lempoyang...

Jika sulah itu macyiam aah. gua ingak mangut selamatkan unta.

Itu sperma apa cakap? Gua tak tau.

Tapi gua ingak kalau selamatkan unta, itu sperma jugak selamat.

Ini kapal sudah mahu karam, mesyuarat bila time jam berapa selesai?

YB Raz Gothic berkata...

hehehe geli hati apabila orang melayu masih nak meeting walhal nyawa dah dihujung kerongkong.

mungkin mereka da siap kapal selam sebab tu tak risau kapal nak karam hehehe.

Burung Jambul berkata...

Sin,
Setiap kapal mesti ada kapten,leftenan dan kelasinya.
Biasanya kapten akan mempertahankan kapalnya dari karam.
Tetapi kalau kapten ingat nak tidor je pasal mabuk laut.
Oleh itu penumpang yang ada dalam kapal tu perlu bubuh kompang kat kepala kapten tu tung tang tung tang.
Kalu tak bangun jugak pakat ramai2 humban kapten tu dalam laut bagi makan jerung.

sam berkata...

Kalau kapal karam, Nakhoda tak menjadi masalah kerana sudah siap menunggu pelampong di leher dan kapal penyelamat di bawahnya. Buktinya, tengoklah wahai insan walaupun kapal sudah separuh tenggelam, masih ramai lagi yang berebut-rebut nak jadi Nakhodanya.. Yang menjadi mangsanya adalah kelasi dan awak-awak yang tak tahu hendak berpaut pada apa-apa, dan yang pastinya mereka akan tenggelam bersama kapal. ohh kapalku...

apisfires berkata...

husin ooo husin...
ni kisah titanic yang menyanyat hati lah....
ala ala di capiro gitu...
orang umno susah sikit nak sedar husin oii....
biasa lah...
dah kalah teruk jangan2 dah masuk pkr plak nanti atau tak ngaku umno...

Tanpa Nama berkata...

Tak orang kapal orang Melayu bila nak karam, akan timbul satu puak yang menuduh orang lain dan pukul orang tak tentu pasal kata ada orang sabotaj kapal.

Mereka tahu kalau terjun laut pun tak tentu selamat lagi lalu masing-masing tak habis-habis menyalahkan orang lain.

Nakhoda kata, kalau masing-masing nak hidup selamatkan kapal, kalau semua mampus aku yang last sekali mampus.

Elok juga kapal tu meletup terus biar semua mampus. Three Stooges tak teruk macam ini.

ana kapal berkata...

Usin,

bukan setakat nak mesyuarat aje dulu, yang pompuan pulak sibuk lah nak buat makan minum yang sedap sedap dan hias bilik mesyuarat sekali.

Tanpa Nama berkata...

Sebut pasal tong, ton, tong ni.. untuk Untung... Melamine kasi taruh! melamine, melamine, melamine....

Orang Melayu niaga tak dak untung, sebab dari segi perinsip dia tak akan jual kueh misalan nye, kalu tak sesedap dia makan sendiri. Dia akan rasa bersalah kalu tak buat sesuatu yang terbaik. Itu yang tebal kos.

Pada, Si Husin, Sila pergi periksa, Sperma UNta anta akda Melamine tak!


MRSM Kalae Chepo 66/73

Tanpa Nama berkata...

Sin

Your best post to me so far....kalau agree jom meeting, yang tak agree kita sogok wang, mesti agree. Kalau mak tukar kapitan, kalau orang tak sukapun takpa asal orang kita, bia kalah asal orang kita.

Bodoh punya parti

akb

jawa peranakan berkata...

kalau unta tenggelam di laut maka mereka akan jadi unta laut..

princess jiji berkata...

mesej yang cukup sinis dan tajam.tak taulah kalau ada yang buat-buat tak faham!

Tanpa Nama berkata...

Kalau yg dlm kapal tu KJ & geng biarkan je tenggelam..lagi cepat tenggelam lagi bagus, kita ada byk kapal baru yg lebih baik..

tapi kalau husin ada dlm, lebih baik husin telan itu unta punya sperm make sure tak hilang kat laut..betul tak sin


Hassan

bulan berkata...

Sayang Husin anak lempoyang
Sayang kapal belayar nak karam
Sayang barisan, Umno bergoyang
Sayang ta belah banyak yg geram

Sayang Berfikir sabelum berkata
Sayang berunding sabelum dibuat
Sayang memileh sudah meminta
Sayang rakyat samakin meluat

Sayang emak sayang memanja
Sayang bapa bertambah harta
Sayang khairi masaalah sahaja
Sayang mukriz melayu sa-kata

Sayang Umno sayang luarbiasa
Sayang Anwar menjual bangsa
Sayang Pak Lah Negara binasa
Sayang TDM. Malaysia Perkasa