Sabtu, Januari 17, 2009

PRK KT: Dah Puas Senyum dan Bermesra ... Rasmi Mimpi Sedih

Rasmi: BN 30,252, PAS 32,883, Bebas 193 - Majoriti 2,631

Betul igauan ku tadi. Tahniah kerana demokrasi yang menang. (Maknanya calun Dolah kalah!)

Kita sambung balik kepada sesi karaoke Desimber 27hb, 2008.


Mimpi sedih
(Emilia Contessa)

Di malam sepi
aku bermimpi
mimpi yang sedih
sekali..........

Kau akan pergi
tinggalkan diriku
aku menangis
terseduuu........

Diriku tak pernah
lepas dari penderitaan....
mimpi yang kini terjadi...

Kau pergi setelah
aku serahkan kasih suci
Itulah nasib diriku........

Angin meniup
membelai rambutku
Yang terurai
tak berseri lagi...

Jangan lupa, Anwar bertambah rapat satu kerusi untuk jadi Perdana Menteri.

Next Change: Wayang Lompat Anwar II

17 ulasan:

IndukYati berkata...

tahniah kepada YB Datuk yang monang mlm nie...buek Wan Farid..elok bona lagu tu...lopeh nie dah takdo Senator lagi dah,Najib nak bagi position apo lagi...nie kono rujuk KJ nie..apa pon Tahniah PAS..

Tanpa Nama berkata...

Alahai...lupa minum Kopi Jandalah tu...jadi janda-janda kat KT semua meluat tengok muka Wan F.

Tulah bang...kita nak berniaga bukan nak mengoda...lain kali kalau ke KT minumlah KJ...Kopi Janda..

kluangman berkata...

Di harap isu isu pengundi hantu, undi pos dan tuduhan berat sebelah SPR tamat di sini sahaja dengan kemenangan bergaya PAS.

Dalam lain perkataan jika di adakah PRU13, BN pasti bungkus kali ini dan 'mood' rakyat sebenarnya sudah membentuk kerajaan yang diterajui PAS, PKR dan DAP.

Pada Pakatan, mereka harus berlagak sebagai kerajaan sekarang kerana harapan rakyat adalah kepada mereka dan bukannya pada Najib atau BN lagi. Rakyat mahu lihat samada mereka kini lebih bijak dari kerajaan yang ada sekarang atau sekadar 2x5x2 juga.

Tanpa Nama berkata...

Buat Farid, bersaralah.
Ajak Khairy dan Pak Lah
Lompat masuk dari pulau duyong
Tak payah timbul tak apalah.

Kesian nelayan di Kuala Sungai.
Nak dapat sekilo ikan pun jenuh
Cari makan sekarang pun susah.
Nak ke laut kena konar jauh.

Tunggu masa akan berlaku
Bandar KT boleh bah
Bila air kenyir melimpat
Air nak ke laut di adang.

Tanpa Nama berkata...

salam Pak Husin,
Alhamdulillah PAS menang.Siaran langsung tv mlm ni pelik,slalunya RTM bo layan bila calon depa kalah tapi mlm ni mesra penonton pula depa..baguih la dak ada kesedaran..TV3 1/4 bila nak insaf???Najib p mana tak nampak batang hidung..dulu dia ajar 1 Parid senyum la ni 1 Parid ajar Najib senyum pulak kot..

haji berkata...

Sin,

jelas rakyat tolak BN dah. Org UMNO kena pikir...mana nak pergi lepas ni. Bubarkan UMNO bulan Mac ni krn parti UMNO dah tak releven lagi.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS! Tahniah Husin!

bERANIKAN hATI berkata...

Tahniah PAS atas kemenangan. Tahniah SPR kerana pilihanraya masih bebas. Tahniah Pasukan keselamatan kerana tiada huru-hara. Tahniah Rakyat kerana demokrasi masih subur. Tahniah Hussin kerana mimpi jadi nyata.
lihat blog ini ;
http://azamabdrahman.blogspot,com

perfectwater75 berkata...

Salam!

BN/UMNO ternyata masih gagal mengurus kekalahan mereka dalam PRU 12...akibatnya seperti yang kita lihat..

salam ziarah!

thx!

msiaman berkata...

Sin,

Lagu sedap! penyanyi lagi .... ada foto penyanyi ka?

Taniah PAS!

Lagi UMNO berlagak dan guna wang rakyat macam wang sendiri, lagi banyak bab-bab sebegini ....

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan memang dah diduga sebenarnya..tapi buat2 tunjuk kuat

kulatlapok berkata...

Salam Puan"

Sikap ahli Umno dan BN dilihat bukan sahaja ditolak namun,janji-janji Umno dilihat hanya untuk memancing undi semata-mata.Maka kerana itu Umno harus berubah sehingga rakyat kembali yakin kepada ketelusan membantu orang Melayu.

PS: PAS patut ucapkan Terima Kasih kepada EZAM MD NOR.

Burung Jambul berkata...

Sin ,

Kemenangan PAS memang telah diduga.
Kalau Husin jadi calon PRK KT kemenangan Husin akan dengan majoriti yang lebih besar dari 2631 undi .
Walaubagaimanapun tahniah Husin kerana mendapat rating blog yang tinggi dari bloggers .

anok ganu sabai2 berkata...

assalamualaikum pok using,

takdok gape saje nok tamboh 2,3 tajuk lagu lagi hok bo bo molek ngang situasi loni,tinggal dok tau sape hok molek nyayi lagu2 ni.

1)ramalanku benar belaka (umberla)
2)apa dah jadi (d.s.m.salim)
3)hatiku luka lagi( b.d.b)
4)bangau oh bangau
5)cukup sampai disini(malik riduan)

jadi kalu using panda teka hok bulih nyayi lagu diatah tadi.

pas not babi berkata...

menang jadi arang, kalah jadi abu..

jauhilah dari babi wahai muslimin

jawa peranakan berkata...

lepas ni one parit boleh apply masuk bintang rtm.. gerenti boleh menang sebab beliau ada bakat menyanyi..lagipun beliau kenal org dalam kat rtm tu (shabery bibir kecik)..

peminat setia berkata...

1 parid boleh promosi slimming senter jugak. sbb seluar lama dia dah boleh pakai sekarang. kata2nya semasa buat lawatan ari tu......