Sabtu, Januari 03, 2009

Labu Labi dan Jantung Ku

Ingat felem Labu Labi? Ini adegan mereka sedang berangan sebelum tidur. Tuan Doktor la, Tuan Magistret la.

"Pity! Pity!" Tuan Doktor Labu kata.

Hospitalnya "no more bed". Kuasa-kuasa besar guna bom atom jadi banyak orang sakit hati.

Tengok-tengok ...


Pengacara Aziz Satar - S.A.T.A.R. Singapore Aziz Transporting Ampas Road - ada hati pula melihat pragawati Sarimah dalam pakaian sukma rindu.

Eh ... itu macam rupa kekasih ku Ghasidah Sigaraga.

Alamak Reel felem sudah habis. Tunggu nak pasang balik.

Sebelum kita sambung felem, ini ada iklan ...



Tuan-tuan dan Puan-puan, diminta bantu kempen selamatkan IJN. Nampaknya jerangkung dah nak makan. Pilih dan letaklah mana-mana logo di atas di blog tuan-tuan dan puan-puan.
Berbalik kepada adegan seterusnya cerita Labu Labi. ...


Celaka Majistret Labi! Eh ... rupa macam Abdul Wahub.

Ada hati nak sama buah hati aku. Dah mula jual minyak. Dada bergoncang la ...dab dub dab dub la.

Aku lesing, tauuu!

*** Kemaskini 4/1/09

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku suruh tidur, kau berangan ... aku lesing tau!

Ketuk Ketampi.

Aku sokong kamu Sin. Selamatkan IJN.

Harimau-Menaip berkata...

Tuan Usin,

Bukan Ampat Road...tapi Amaps Road (jalan ampas).

Harimau-Menaip berkata...

Ampas Road (Hampeh betul..buleh salah taip lak)

Awan Lahon berkata...

kedesum....hahahaha aummmm makan darah IJN..kakak

MENGKARUNG JINGGA berkata...

Tuan Husin,
Kalau kerajaan bertukar ke PR nanti,tentu IJN akan berada di bawah kerajaan baru.
Kalau IJN di swastakan,maka IJN akan berada di bawah syarikat kumpulan individu,walaupun kerajaan bertukar. Sebab tu IJN nak diswastakan agaknya.
Seolah-olah ada pihak yg terlalu yakin PR akan menjadi kerajaan nanti.
Sesiapa tahu mereka yg terlibat dalam penjualan IJN ini tolong senaraikan mana mereka supaya kita kenal.
Kalau kita terjumpa mereka dalam majlis atau di luar negara atau dlm flight, bolehlah kita bersembang sambil melemparkan satu dua nasihat demi kebaikan bersama.

Quantum Metal Consultant berkata...

Sin, kau makin sasau ke... minum susu unta banyak2 supaya sihat, jauh dari sakit jantung, tak perlu nak fening dengan IJN kena jual atau kena lelong..

Tanpa Nama berkata...

Kalau IJN diswastakan,lambat laun semua hospital akan di swwastakan juga.
Orang miskin tak boleh masuk hospital.sbab no money.
Di Iraq ramai orang mati angkara Amerika.
Di Palastin ramai orang mati angkara Israel.
Di Malaysia ramai orang miskin mati akibat hospital di swastakan.
Semuanya berakhir dengan kematian.Hanya caranya sahaja berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Saudara,

Kami dah berpakat untuk tukar logo Save IJN kepada Logo yang lagi cantik dan bermakna. Sila lihat Rockybru atau Sime Darby Watch. Saya harap akan menukar logo ini dan menggantikannya dengan yang baru yang menunjukkan gambar jantung ditikam.

Terima kasih

Din

Sime Darby Watch

Tanpa Nama berkata...

P. Ramlee doakan P. Ramlee cepat mati - makbul

"Doktor Ayam..."

Gelombang Rakyat berkata...

Husin Lempoyang

Itu karer ata mutut, tapi iya punyia yantung apa pasat manyiak segi?

How to sev him?