Rabu, Januari 14, 2009

Lagi ban, lagi wa dengar brader


Husin jumpa lagu ini dari blog Nor Hasila yang ada dalam bloglist.

Lagu ini ditulis oleh bekas Mufti Perlis dan didendang oleh Kopratasa. Wa caya la beb, Mufti tulis lagu Kopratasa. Lagu pun ada cikit-cikit irama Arab.

Apa salah lagu ini, Husin tak faham? Lagu tulisan bekas Mufti diban oleh RTM. Tapi lagu Britney Spears yang hampir nak terlondeh seluar boleh tidak kena ban. Lagu yang make love sana, make love sini boleh tak diban. Dah nikah ke belum? Ada felem yang kiss sana kiss sini, tak kena ban.

Rasmi Husin sebagai seorang yang kritis adalah, lagi diban lagi di cari. Lagi ditahan dari mengetahui, lagi kita nak ambil tahu. Bible pun Husin baca, tak kafir pun. Deep Throat pun dah tengok, tak jadi seks manic pun. Cuma tengok felem Tiga Abdul, terikut-ikut jadi saudagar unta yang jual orang.

Kalau Dato Shaberry Chik terbaca blog Husin hari ini, tolong terangkan kenapa lagu itu di ban. Senikatanya banyak peringatan dan pedoman. Kata UMNO nak berubah dan menang PRU13?

Wow! Tapi Husin mahu mati dalam Iman.

19 ulasan:

Mankanan berkata...

Dah jadi adat tak rasmi orang kita, benda yang di'ban' atau diharamkan, itulah yang nak dicuba, didengar, dibuat dan sebagainya. Ini adalah disebabkan sikap orang kita yang kuat ingin tahu... Macam lagu yang liriknya ditulis oleh Mufti Perlis, walaupun diharamkan, orang tetap akan cari sebab nak dengar apa sebab ianya diharamkan...

perfectwater75 berkata...

Salam Husin...,

Mestilah kena BAN sebab kalau tak BAN tentu tak glamour lagu ni...Husin pun tak ambil kisah punya... Itulah sifat dan sikap 'MAHMUDAH' para pemimpin UMNO yang kononnya tekad untuk melaksanakan perubahan tetapi semua sekadar di LISAN semata...

Lirik Dr.MAZA ini sememangnya mendalam maksudnya dan hanya orang yang bersikap sedemikian sahaja akan terasa 'kepedasannya'...

Saya secara peribadi tak rasa la 'pedas' lirik MAZA ni tapi tak tahulah pemimpin keagungan orang melayu UMNO....

Syabas Malaysia!!!!

ajai62 berkata...

Salam,

Saudara Husin,

Siapa makan cili terasa lah pedasnya...kalau dilihat dari mata kasar...mendengarkan lirik lagu tu..cukup membuatkan kita insaf... jangan ikut jalan syaitan... tapi kenapa dibankan? sebab ADA KALANGAN POLITIKUS yang mendengarnya telah meneliti dengan secara halusnya dan pedas yang terasa tidak boleh dihilangkan walaupun dengan secawan gula...hehehehe.. paham kan kawan2...
Buatlah macamana pun... bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan sehelai lalang...

Wassalam

Burung Jambul berkata...

Sin ,

Telinga gajah memang besar berbanding dengan tikus . Tetapi walaupun besar , gegendang telinga kecik berbanding badannya .

Shabery kecik ni katogeri telinga gajah . Itu pasal dia tak dapat dengar jelas lagu Mufti itu , yang dia nampak G.String kat bontot Britney Bulat .

Big mama berkata...

Tuan Husin,
Lagu tu pitchingnya lari kot atau senikatanya tak cukup gali atau senikatanya ada cili.

Tanpa Nama berkata...

Minta Dato Shaberry Chik beri penjelasan?

Menteri tak dapat datang sebab sakit perut makan julap. Timbalan menteri pun tak boleh datang sakik gigi. Tuang pengarah pun tak dapat datang sebab... banyak lah sebak engkau!

Jadi saya yang mewakili si anu yang diwakilkan oleh sianu oleh si anu... nak berikan penjelasan mengapa lagu ni digamkan.

1. Sebab banyak gam yang berlebihan, dari buang tak tentu hala baiklah gam lagu ni.
2. Kalu terdengar lagu ni saya (maknanya mereka-mereka itulah) rasa terkedu dan insaf yang amat sangat akan perbuatan mungkar yang telah dan akan terus saya lakukan.
3. Saya takut saya rasa pedas sebab saya yang makan kesemua cili-cili tu
4. Tak rela bila anak-isteri bertanya abah, tak pedas ke cili yang dimakan tu? Kami pun rasa pedas juga. Kenapa abah beri kami makan cili ni?

PRU 13? Kalau UMNO ada lagi, kita pun dah tak rela nak menyokongnya lagi.

Jemputlah ke laman saya tengok kalau UMNO boleh hidup lagi ke dah kiok. http://braveheart-blogger.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Alahai bang...RTM kasi iklan...KJ...Kopi Janda tak? Bukan nak mengoda...cuma nak berniaga...

Tanpa Nama berkata...

"Deep Throat" tu felem Klassik! Amacam dag thk "Emanuelle", filem yg Sylvia Krystel bikin nama?

MRSM Kalae Chepo 66/73

Tanpa Nama berkata...

Wushhh...."deep throat" lagu apa tuuu.??

-dalam tekak ke..
-tekak yg dalam ke..
-jauh di kedalaman tekak ke..
-di dalam tekak yg dalam ke..

...?

DNL berkata...

pAK sIN,

lU BACA BIBLE WA MINUM WO..... TAK KAPIAQ PUN...... wa lalok ngan mem salleh masa study kat ldn dulu, tiap ari jumaat wa dok luor tunggu tengah sejuk sejuk malam ari ahad wa tunggu lg takde apa pun dia siap masuk selam lagi....

hahahaaaa .... keras tak bertempat

keris panjang berkata...

siapa yg terasa pedas + bisanya lirik lagu tu..baik2lah berubah..

siapa yg cuba menyembunyikan lagu tu pulak(yg jelas kebenarannya) nmpknya terpaksalah menerima dosa kering tak pasal2..

gerun ke..tak jugak..puaka2 tu mana ada gerun..bertambah2 lg dia lahap !

BIG MAMA berkata...

Sin,
Sejak dulu lagi aku dok tengok ni kopi janda sebok lah.
Kalau nak advertise dlm blog ni bayar laaaa.
Semua nak free mana boleh?
Kalau tak dapat free kang, pi bagi tau semua orang yg Husin ni makan duit lah,rasuah lah, kroni lah,

Omong berkata...

gelap aje felem, tak nampak muka pon, dalam gua agaknya ...

Saberi tak minat felem Ali Baba

pengikutnya pencuri, pendusta, pengkhianat, perompak besar

ada gedebab, ada cikeding, ada kontot, ada mata satu ...

tapi semua perompak

Tanpa Nama berkata...

Hari Ini Hari Jadi Tuanku Yang DiPertuan Besar NS yg baru.

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Semoga Panjang Umur dan diberkati Allah selalu!

Hamba di perantauan.

anok ganu sabai2 berkata...

bang using,
doh nok wak guane starang,memang budok saberi cik tu budok suruhang awok2 hok jenih makang karuk tu...bek tu lagu tu kene gang tu.tapi kalu lagu hok (cik cik cik kebung bung bung menari nari)ala supe lagu hok dari indo tu apaname ratu gerudi, dok ape mase konsert siap duk deppang lagi...... ada la orang tu.....

ape kate kalu bang husing sponsorkang lagu tu kat ceramoh2 hok pilihang raye ni....kat tempak ambe.... pasang kuat2 lebih2 lagi kalu ade najibke,Kopi Jande ke Mak derih ke dok kira ah janji pasang biar seme orang dengor ..... ok dok bang using

Zubli Zainordin berkata...

Husin Lempoyang,

Haiya, gua mau masyuk ini blog ala sangkut-sangkut.

Masalah internet kot?

Apa pasat itu Deep Throat gua melum tonton. Sebab gua mau introduce gula-gula ubat batuk minyak unta.

Okay kah?

Manyak untung ya mati talam iman...

betulbebas berkata...

Memang manusia ni suka sangat yang haram,tengoklah kita kata dadah haram,berapa ramai ujud mat pit,siapa tak suka CD,VCD haram?Doktor suruh minim air banyak hari-hari dia minum todi 2 kali sehari.Begitu juga bila buku diharamkan,kayalah penerbit dan penulis.Ugama haramkan body ditayang,lagi banyak lah pakaian jarang,senteng nampak tonkeng(YANG NI SHABERY KECEK TU TAK HARAMKAN...
bak kata R Azmi..Dunia sekarang sudahlah terbalik..mesti husin ingatlagu ni.

mokthar_ismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hamdan berkata...

Kerajaan khususnya Kementerian Penerangan haruslah bersikap adil dalam membuat sesuatau keputusan. Ada banyak lagi yang perlu di'ban' selain daripada lagu yang liriknya ditulis oleh MAZA ni. Kenapa hanya lagu ini saja yang di'ban'. Kenapa yang perlu di'ban', tak di'ban'. Sikap begini hanya akan menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Jangan hanya kerana nak menonjolkan diri, maka boleh buat keputusan sesuka hati. Jika mahukan sokongan, kerajaan perlu berlaku adil.. Lainlah jika lagu yang di'ban' itu betul-betul menghina. Kementerian Penerangan harus bersikap adil agar tindakan mereka tidak dilihat negatif...Hanya memberi nasihat dan tetap menyokong kerajaan...