Ahad, Jun 05, 2011

Najib hargai "pengampunan" Hadi kepada ahli-ahli UMNO


KUALA LUMPUR RAJAB 2HB: Presiden UMNO, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak menanggapkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang telah memberi "pengampunan beramai-beramai" kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang telah mati.

"Kita boleh anggap beliau telah membatalkan fatwa yang dikeluarkannya sejak dari tahun 1984," tambah Dato Najib.

Dato Najib merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Hadi pada tahun 1984 yang dipanggil Amanah Haji Hadi. Fatwa tersebut telah menghukum orang-orang UMNO sebagai kafir kerana tidak menyokong PAS dan agenda negara Islam mereka.

Haji Hadi dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam berkata negara Islam tidak wujud dalam Quran.

Menurut Haji Hadi lagi, PAS perlu lebih utama tekankan elemen kebajikan dalam Quran, Katanya lagi, Quran hanya menyebut "negara kebajikan" dan negara Islam hanyalah sebagai satu jenama saja.

Ketika ditanya wartawan selepas sebuah Majlis di ibu negara semalam, Najib menganggap kenyatan Haji Hadi berupa "pengampunan beramai-ramai" kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang telah meninggal dunia dalam keadaan kafir.

"Kami amat menghargai sikap baik yang ditunjuk oleh (Haji) Hadi untuk membolehkan arwah-arwah ini kembali kepada status Islam."

Ditanya samada arwah-arwah ahli UMNO ini sudah boleh dimasukkan syurga, Dato Najib berkata, "Kami perlu merujuk pihak-pihak tertentu kerana buat setakat ini, Haji Hadi masih belum mengeluarkan fatwa khusus untuk benarkan ahli-ahli UMNO masuk syurga.

"Difahamkan Haji Hadi akan merujuk kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dahulu."

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, Anwar belum mahu menerima jemputan PAS untuk hadhir ke hari penutup Muktamar PAS dan bertemu kepimpinan baru PAS kerana masih menuntut Mat Sabu meminta maaf atas panggilan Al Juburi terhadapnya sekian tahun.

"Selagi itu, kita tidak boleh memulakan proses menukar status kubor-kubor ahli-ahli UMNO," tambah Najib.

Ketika diminta memberi komen, Dato Seri Nizar Jamaluddin berkata, "Sokonglah PAS, kalau mahu perubahan dalam pelbagai hukum-hukum tuhan untuk memudahkan kehidupan rakyat.

"Bagi yang rampas kuasa Nga dan Ngeh dari saya di negeri Perak, saya belum berikan hukumkan halal syarie." - Agensi Husin Lempoyang

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam sindiran kamu tu husin, dalam ...

Tanpa Nama berkata...

Wow 27 tahun ditipu oleh Branding ulama PAS. Apakah yang dimaksudkan negara berkebajikan oleh Hadi Awang, sama macam di Kelantan? Sama macam Pok Nik Dan Usam buat. Ladang Rakyat dinamakan Dan hutan digondolkan sepanjang Lebuhraya menuju Gua Musang di Lojing. Rakyat Kelantan betul betul berkebajikan sehinggakan tuan tanah dimiliki oleh Ah Long - Ah Long yang merupakan Lintah Darat mencuci duit di Kelantan Dan direstui oleh kepimpinan Ularmak PAS.

Tanpa Nama berkata...

kelas gituu ulasan ngko ni Sin...
Kalu yg hotak setakat puak2 PR pasti tak akan faham. Apa pun, syukurlah... Harap2 arwah2 ahli UMNO boleh tu boleh lah buka laptop, access wifi, manalah tahu ada amanat terbaru dari Ir. Haji Hadi (golongan pro-PISional)

Tanpa Nama berkata...

kalo gitew brahim libya yg dah masuk syorga macamana plak senn. dulu brahim lebeya mati sbb negara islam. smlm keluar semula masuk neraka kottt. hahahaha....

boddo punya pas...

Quantum Metal Consultant berkata...

Rebranding PAS.

ORLANDO AHMAD berkata...

memalukan bila 'ulama' cakap tak serupa bikin, jilat ludah sendiri... nauzubillah min zaalik... dunia makin menuju kehancuran bila ulama mula bersikap mcm orang munafik

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ramai ustaz Pas kena sakit jantung..dah lah selama ni dok ceramah Umno tolak penubuhan negara islam..jadi kapir..rupanya Hadi kata tak ada dalam Al-Quran pulak pasal negara islam yg ada negara berkebajikan...punah!!..punah!!kalau Ibrahim Libya ni masih hidup mau kena perang sabil dng hj hadi ni...

Tanpa Nama berkata...

ini dah jadi Syiah bro.. amalan taqqiyyah

Tanpa Nama berkata...

Hadi kafirkan diri sendiri ke?

Quantum Metal Consultant berkata...

Negara Kebajikan ni UMNO dah buat 50 tahun yang lalu, PAS baru tersedar dan nak mulakan....

Hadi kena jadi popeye kalau nak kejar UMNO.

Tanpa Nama berkata...

ugama islam yg syumul hanya utk branding saje..lagak ulamak hampas yg mempergunakan agama utk meraih keuntungan akhirnya terbongkar dgn sendiri..

wakdin

pemerhati HAMpas berkata...

memang betul le tu "Tanpa Nama 3:47 PM", Hj Hadi terlupa baca amanatnya sendiri kerana terlalu nak cepat ke Putrajaya.

dulu pandai2 kafirkan orang Islam lain, macam agama Islam tu diturunkan kepada dia, Nik Aziz dan untuk penyokong dungu PAS saja.

dah berpuluh tahun memecah-belahkan umat Islam dengan amanat bodohnya, sekarang DIA SENDIRI TERLUPA DIA SENDIRI MENGKAFIRKAN DIRINYA mengikut fatwanya sendiri.

begitulah salah satu tanda2 akhir zaman .....

pemerhati HAMpas berkata...

tambahan: cuba baca penghujung amanat tiga-sukunya - "... kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku".

kalau sekarang PAS amalkan politik tiga-suku, agama suku, jadi apa pulak? hudud entah mana, negara Islam entah mana!

sebab tu lah agaknya Nik Aziz bersusah-payah menyediakan 'syurga' untuk penganut2 PAS ni.

kesian2 penganut agama PAS ni ...

Tanpa Nama berkata...

kita pi tanya pula nik aziz apa dia nak leter.

hah! berkata...

Kebajikan PAS di Kedah..............naikkan harga air....HE!HE!

Tanpa Nama berkata...

ibrahim libya mati kerana mempertahankan dasar perjuangan pas menegakan negara islam.
pas kata ibrahim dan yang mati bersamanya mati syahid dan masuk syurga.
rupa2nya tak ada pun dalam ALQURAN menyebut negara islam.
kesian ibrahim libya dan lain2 tu...mati sia2...mereka bolih lah di panggil pengganas menentang kerajaan yang memerintah.
patutlah duit tabung memali di kebas mat sabu...ibrahim dan lain2 mati katak rupanya.
celaka betul ahli pas ni....mat sabu penggemar bini orang pun mereka pilih jadi pemimpin.
ahli2 pas ni najis....harus disamak jika tersentuh.

Tanpa Nama berkata...

salam sin,

ana ada dengar khabar angin bertiup kencang...

ente ada dengar juga ka?

ana tak tahu la hbar ini betul atau tidak...

ada org bagitau ana...

"karpal pembela peliwat B.A.B.I berlari keliling padang... ente tak percaya? ana lagilah musykil...sahabat ana bgtau dia lari guna kaki...khabarnya disebabkan 'over' gembira dengan amanat 6611 hadi... bakul sampah dah negara islam pas...tak payah karpal mati..."

ente jangan tikam 6611... bukan nombor ekor... 6 jun 2011 lah...sempena ucapan greenlight hadi dalam muktamar hamPas...

tapi ana ada sikit sedih la... yb zul ada kasi tau sama ana... itu tittle assyahid yang penganut pas beri sama itu ibrahim ali...erk bukan...anwar ibrahim...erk bukan la...ana tersasyul...itu anwar ibrahim bukan assyahid...dia ass a hit...siapa itu...ahahaa...ibrahim libya lah... itu tittle assayhid ibrahim libya sudah expired lah...sudah kena tarik balik la...6611 expired...hadi sudah kasi tarik lah...banyak kecian...

ente ingat lagi apa kata apek longsi dalam pilem ana? ala..yg mahu terjun dari pokok...madu 3!

"hidup pun sushah...mattiii pun masyak sussahhhh wooo..."

sin...ente kasi bikin ini story la... last time ana request story sepitman kasi ente bikin filem...ente bikinkan... ini filem ente kena kasi bikin juga la...

sin... lagi ok ente jual orang dari pas jual agama...

p/s: pas jgn marah ya... ana cuma jual belacan...

-saudagar belacan-
"busuk tapi sedap!"

Tanpa Nama berkata...

Anwar tak pergi perhimpunan muktamar pas sebab takut dengan ramai group yang tak sanggup bersekongkol dengan' perbuatannya'.