Selasa, Jun 28, 2011

Khamis, Jun 23, 2011

Khalid lawat Resort Sakit Jiwa


Politik sudah begitu kuat persaingan. Setiap parti politik kini berusaha untuk memikat hati segala macam kumpulan.

Kita dah tahu dan biasa dengan usaha biasa untuk dapatkan undi kumpulan besar seperti kaum bukan Melayu dan wanita. Sekarang pengundi Muda pula mustahak.

Ada kejarkan kumpulan profesyenal dan urban yang boleh jadi pengubah pemikiran masyarakat.

Pembangkang cuba tembusi fixed deposit BN di kalangan pengundi Sabah/Sarawak dan Felda.

BN sedang mencari-cari formula untuk dapatkan undi pengundi Cina.

PAS dan DAP cuba mengetatkan penguasaan atas surau dan masjid. Sejak Khusrin tidak lagi Pengarah MAIS, khutbah di seluruh Selangor dah bincang politik dan mula lindung seorang penzina dan peliwat.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dapat tahu zaman sekarang banyak orang sakit jiwa. Jumlah ini begitu banyak hingga boleh jadi penentu pilihanraya kawasan tertentu.

Pesakit yang teruk ditahapkan sebagai gila. Itu dah tentu tidak boleh mengundi. Tapi yang sakit jiwa masih boleh dijadikan pengundi.

Khalid lihat mereka ini akan ikut cakap dan mudah diarah dan disuruh. Kebanyakkan yang akan berarak di Bersih 2.0 adalah mereka-mereka seperti ini.

Dia dapat satu ide untuk membina Rumah Sakit Jiwa yang dibuat bagaikan resort untuk istirehat atau dipanggil Resort Sakit Jiwa. Mereka akan di bentuk dan di program supaya jadi pengundi PKR yang taat.

Khalid memberi ruang masa yang banyak untuk terlibat dalam kejayaan program orang sakit jiwa ini. Dia sendiri membuat banyak keputusan dalam penyelenggaraannya.

Satu hari dia pergi mengunjungi resort sakit jiwa itu. Sesampai saja, dia tegur seorang penghuni, "Bababa ...gaimana keadaan keke...kamu?"

Penghuni jawab, "Syu..syu..syukur. Saya rasa sangat rerere...hat dan ten..ten..tenteram sekarang."

"Tak payahlah ikut cara saya. Cakap cara baisa awak. Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"

"Baik tuan! Senang Tan Sri!" pesakit itu menjawab dengan kuat.

"Awak selalu cakap dengan kuat ke?"

"Ya Tan Sri!"

"Baiklah ... kuat pun kuatlah. Apakah fikiran dan perasaan kamu bertambah baik disini?"

"Baik Tan Sri!!! Terima kasih kerana bina resort ini untuk kami," ujar penghuni.

Khalid tanya, "Kerajaan PuPu..Pii Kay aR bagus tak?

"Bagusss la juga ..." perlahan saja dia jawab.

Khalid tak puashati dengan jawapan itu lalu dia cuba buat janji untuk memastikan sokongan untuk PKR.

"Ada apa-apa yang kamu nak, cakaplah pada saya. Najib cakap saja, tapi tak buat. Saya akan buat."

"Ada benda Tan Sri."

Penghuni menerangkan, "Resort ini ada bina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami guna papan anjal mengikut program latihan jasmani Tan Sri.

"Cuma ... Tan Sri tak arahkan kolam renang ini diisi dengan air ..."

Ya Allah! Macam kamu ni Khalid, buat kolam renang tapi tak isi air. Kesian pesakit jiwa dive dalam kolam kering.

Siapa pula yang sakit jiwa? He he he ...

Selasa, Jun 21, 2011

Sam tak setuju pejabat di bangunan tinggi


PKR terpaksa keluar dari bangunan mereka yang ada. Tuan punya bangunan sudah tidak bayar Bank bayran bulanan, maka Bank mahu lelong.

Satu Jawatankuasa pengurusan bangunan telah ditubuhkan bagi tujuan untuk mencari pejabat baru sebagai ibu pejabat PKR yang baru. Pengerusinya Saifuddin Nasution. Antara ahlinya adalah Tian Chua, Eli Wong, Sam, Jonah, dll.

Jawatankuasa perlu mengenalpasti kawasan yang strategik. Kemudahan dan keselamatan perlu sesuai. Faktor-faktor lain pun perlu dikenalpasti.

Dalam perbincangan, timbul satu cadangan agar ambil pejabat di tingkat-tingkat tertinggi sebuah bangunan yang tinggi. Lokasinya mesti di tengah Kuala Lumpur supaya apa saja berlaku akan mendapat perhatian media dan orang ramai.

Bincang punya bincang, ada soalkan mengenai lokasi tengah Kuala Lumpur. Ada kata bukan saja dapat perhatian media dan orang ramai, orang-orang UMNO, SB, dan lain-lain akan intip mereka sentiasa.

Lokasi itu ditolak dan mereka setuju cari belah-belah Selangor. Sebaiknya yang tidak jauh dari highway. Semua setuju dan beberapa bangunan dicadangkan dan faktor kemudahan dan keselamatan dibincangkan.

Tengah-tengah bincang, Sam Kemetot yang selama ini berdiam saja mula bersuara.

"Saya tak mahu bangunan tinggi sangat."

Eli Wong jawab, "Alah apalah you takut Sam ..." Jawatankuasa terus tidak peduli dengan rungutan Sam Kemetot.

Sam bersuara lagi.

"Nanti teruk saya kena jalan ..."

Saifuddin pula menegur, "Apa yang kau susah Sam. Kan ada lift tu..."

Masing-masing terus tidak peduli dengan rungutan Sam dan berbincang.

Tiba-tiba Sam bangun dan terus jerit naik angin, "Aku tak mahu bangunan tinggi. Dengarlah! Adalah sebabnya!"

Dia terus keluar meninggalkan mesyuarat. Semua orang terkejut, tak faham kenapa bangunan tinggi menjadi isu besar untuknya.

Saifuddin pun hentikan mesyuarat, "Takpa ... kita dah banyak bincang. We work on what we discuss first. Let's have a meeting next week. Kita cari masa sesuai untuk semua minggu depan."

------------------------------

Saifuddin tanya Jonah, "Kenapa Sam tu, Jonah?"

"Dia memang problem bila naik bangunan tinggi."

"Kenapa?"

Jonah terangkan, "Dulu masa saya kenal dia, dia pernah duduk satu kondo di Tingkat 35. Masa tu, orang hairan dengan Sam ni. Bila dia naik dengan orang ramai dalam lift, dia akan berhenti di Tingkat 35. Tapi bila dia naik lift sorang-sorang, dia naik sampai tingkat 30 dan naik tangga sampai ke Tingkat 35."

Saifuddin hairan, "Pelik eh?"

"You tahulah Sam. Dia tak akan cerita ...

"Satu hari balik dari pejabat lewat malam, saya ekori dan intip dia. Lift takda orang. Maka saya nampak Sam bertonjet nak tekan button lift. Barulah saya faham."

Saifuddin masih tak faham. "Entah aku masih belum faham."

"Sam tak capai nak tekan buttin tingkat 35, boss. Paling tinggi dia capai adalah untuk tekan button 30!"

Saifuddin terus tersenyum langsung ketawa terbahak=bahak lalu menutup mulut dengan tangannya.

"Jadi boss, kalau letak pejabat Tingkat 40. Mahu dia terjun nanti ..."

Saifuddin ketawa lagi. Kah kah kah ha ha ha ...

"OKlah ... kita cari bangunan 30 tingkat ke bawah saje lah."


* Ilham dari Cikgu Man pendek. Hingga bertemu lagi. Terima kasih

Isnin, Jun 20, 2011

Nasib si bapa sentiasa tidak diingati


Husin terima SMS dari pejabat Dato Najib tempoh hari untuk mengingati pasal hari bapa. Bagus sekali kerana bapa selalu dilupa.

Pada seorang ibu dan isteri, ada syurga di tapak kaki dan syurga ayah di tempat tertentu ...

Bapa syurga di mana?

Dapat peringatan dari PM pun, Husin terlupa hari bapa semalam.

Macam mana nak ingat, anak Husin tak tahu lagi wish Father's Day. Husin pun sudah tiada bapa. Yang ada cuma bapa mertua. Tapi perangai dia macam p*k*mak. Memang tak layak diingati langsung.

Nasib bapa selalu macam begitu.

Cuba tengok bila wanita mengandung. Semua orang pegang perut dia dan nyatakan kesukaan serta tahniah.

Tak ada orang salam dengan anu si bapa dan ucapkan tahniah atas kejantanannya.

Nasib ...

Ahad, Jun 19, 2011

Apa benda nak kecoh sangat?


Apalah nak bising sangat katun di atas?

Ini satu sindiran pada Hadi untuk fikir dahulu sebelum ngatakan video hanya besi. Kena tahu 4 saksi itu salah satu bukti. Video salah satu bukti. Satu video yang jelas boleh janakan ribuan saksi.

Mereka yang Ulamak, pentadbir ugama Islam Selangor, Imam dan khatib di Selangor yang naik khutbah Jumaat lepas, dan Ular-dalam-semak perlu fikir dengan dalam dan meluas apa yang mereka katakan kepada orang ramai.

Katun itu memperli golongan ini yang tidak jelas apa yang mereka katakan. Jadi jangan kecuh.

Masa Zunar keluarkan katun bawah ini, kenapa semua diam?


Zunar samakan makluk dengan tuhan dan nabinya. Bukankah ada implikasi aqidah?


* Gamnbar diambil dari Mesin Taip Buruk sini

Jumaat, Jun 17, 2011

Anwar pergi Phuket



Baca kisahnya di AIDC sini dan Gelombang Wangsa Maju sini

Rabu, Jun 15, 2011

KPI untuk Jakim


Berapa KPI yang Idris Jala sudah letakkan untuk Jakim capai?

Isnin, Jun 13, 2011

Syurga tapak kaki ibu dan syurga ayah


Semasa Husin kanak-kanak, keluarga kami ada satu amalan masa cuti sekolah. Ayah akan kejutkan kami pagi-pagi untuk solat jemaah subuh di masjid. Balik dari Masjid, dia akan ajar bab-bab ugama sampai siang hari.

Ayah Husin bekas guru besar sekolah ugama dan kemudian menjadi seorang Imam. Dia biasa mengajar, baik kanak-kanak mahu pun orang tua. Cara ayah ajar mudah dan menyeronokkan, maka kami tidak ngantuk.

Jadi lepas subuh, kami tak ada can nak tidor dan bangun tengahhari.

Ada satu pagi tu, ayah mengajar rukun Iman. Salah satu rukun Iman adalah mengenai percaya pada hari kiamat. Bab hari kiamat memang seram dan naik bulu roma bila bincang hal syurga dan neraka.

Kata ayah, Allah sudah janjikan ganjaran syurga yang luar biasa untuk hamba yang disayanginya dan taat pada perintahnya.

Syurga digambarkan sebagai tempat yang penuh kesenangan dan kenikmatan. Ia adalah tempat tinggal yang berhiaskan cahaya, tumbuh-tumbuhan yang wangi aromanya, sungai yang sentiasa mengalir air yang jernih, buah-buahan yang matang, isteri-isteri yang cantik jelita, pakaian yang berlimpah luah dan istana yang tersergam megah.

Padanlah orang mudah terbeli dengan janji syurga dari Tuan Guru Dato Nik Aziz kepada mereka yang mengundi dan menyokong PAS. Bagi rakyat marhaen, ia menjadi escapism untuk melarikan diri dari realiti kesusahan harian. Dengan syurga sebagai janji, ramai sedia berkorban.

Pada bulan lepas, Dato Husam Musa meningkatkan tawaran syurga dalam suatu ceramah di Kota Baru. Bukan saja orang Kelantan yang mengundi dan menyokong PAS masuk syurga, mereka akan masuk syurga sama-sama dengan Rasulullah sebab orang Kelantan hidup sezaman dengan Nik Aziz.

Pelik pulak gitu. Ayah kata ganjaran syurga dan neraka ditentukan Allah.

Berbalik cerita ayah, masa itu ayah kata nak masuk syurga kena baik dan penting sekali baik dengan ibu kerana syurga terletak di tapak kaki ibu. Masa itu Husin tidak faham Mutashabiha atau sesuatu yang maknanya tidak boleh diambil secara literal kerana ia satu metafora.

Seronoklah kita tahu di mana letaknya syurga.

Maka pada petang itu, Husin balik dari main rumah kawan dan nampak ibu sedang tidor kepenatan di kerusi sofa dengan kakinya terlunjur atas alas stool.

Husin duduk di hujung kaki ibu dan membelek-belek kaki kanannya. Kalau syurga terletak di kaki ibu, mestilah di kaki kanan. Lama dibelek kaki ibu yang sedang tidor, tak nampak apa pun. Takda pula sebarang ruang pada kaki yang menunjukkan ada syurga tersembunyi.

Tak jumpa di kaki kanan, Husin pun lihat pada kaki yang kiri. Mana tahu, tak ada di kaki kanan, jumpa di kaki kiri pula?

Tak juga jumpa. Mana dia syurga yang ayah cakap?

Tiba-tiba ibu menggelisah dalam tidor, lalu terselek kainnya dan ternampak tompokan gelap di celah kaki ibu. Husin tutup mata terkejut takut. Apa ini? Kenapa syurga ibu gelap gelita?

Esok hari lepas subuh, Husin tanya ayah sekali lagi, "Betulkah syurga di tapak kaki ibu, ayah?"

Ayah jawab, "Betul."

"Semalam masa ibu tidor petang, Husin dah tengok kaki ibu."

Ayah main trick kat Husin. Dia kata, "Kenalah tengok betul-betul."

"Ayah tahu masa ibu bergerak, nampak di celah kaki ibu tompokan gelap. Tak macam syurga yang ayah ajar kita ...."

Cepat ayah memintas. "Oh ... itu bukan syurga kau, itu syurga untuk kaum bapa."

Terus dia terangkan dengan panjang lebar dan lebih jelas apa maksud syurga di tapak kaki ibu hingga lupa kisah tompokan. Baru Husin faham maknanya syurga di tapak kaki ibu bukan betul-betul di kaki ibu tapi orang yang menyayangi dan taat pada ibunya dijanjikan ganjaran syurga.

Satu lagi ada orang kata, sapa suka cium tompokan gelap itu, tak bau syurga. Apa maksudnya pula?

Ahad, Jun 12, 2011

Adakah Nik Aziz akan dikafirkan Hadi?


Main-main you.

Husam kata orang Kelantan terawal masuk syurga. Hampir sama dengan Rasulullah. Tak respek langsung, orang Terengganu.

Adakah Nik Aziz akan kafirkan Hadi atau Ahmad Said?

Atau negara kebajikan sudah tidak boleh kafirkan orang? Jadikan anak welfare kot ...

Wow! Husin suka Kelantan kalah. Masih teringat perangai buruk dulu.

Sabtu, Jun 11, 2011

Pekej Ransangan Ekonomi

Ini pun pekej ransangan juga ...

Dulu Husin ceritakan mengenai Pekej Ransangan Ekonomi BN bawah Dato Najib banyak melalui pilihanraya. Maka doalah wakil rakyat anda mati cepat.

Sejak Timbalan Presiden PAS baru, Mat Sabu yang merupakan pakar demo pegang jawatan, baru faham bahawa demo adalah Pekej Ransangan Ekonomi PAS. Baca petikan dari Kuangdiamond berikut:
“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIH sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau (Mat Sabu).
Adoi ... manalah ana terfikir.

PKR pulak promosi Buku Jingga sebagai Pekej Penjahanam Ekonomi PKR.

DAP tidak kira sangat apa Pekej Ekonomi asal Cina dapat semua.

Wow! Lagi untung jual negara dari jual orang

Jumaat, Jun 10, 2011

Bangsa anak Hannah III


Tak habis lagi kisah bangsa untuk anak Hannah Yeoh.

... cubaan ADUN Subang Jaya itu jelas membuktikan pemimpin DAP adalah hipokrit, kerana mereka lebih mementing isu remeh berbanding persoalan pokok, iaitu sistem pendidikan yang menjadi punca utama mengapa jurang perkauman kian melebar.

"... Kalau benar ikhlas mahu mengecilkan jurang perkauman mengapa tidak memperjuangkan penubuhan 'Sekolah Malaysia? Mengapa pemimpin DAP sanggup pertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?

"Saya (Ezam Mohd Nor) cabar Hannah dan mana-mana pemimpin DAP supaya perjuangkan 'Sekolah Malaysia' kerana masalah perkauman di negara ini punca utamanya kerana sistem vernakular," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca sepenuh dalam blog Belantan
Itu dia ... beranikah Hannah jamin bayi Anak Malaysia akan sokong 1Sekolah.


Sama macam Husin pergi sekolah 1Arab di Cairo, Malaysia perlu satu padukan rakyat bermula dari sekolah.

Wow! Rakyat yang satu padu susah untuk dijual

Khamis, Jun 09, 2011

Bangsa anak Hannah II


Lagi kisah bangsa untuk anak Hannah Yeoh.

Dalam blog YB Zulkifli Nordin sini, dia menerangkan berikut:
Hannah bukan tak tahu tidak ada bangsa bernama bangsa Malaysia. Malaysia adalah nama sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Sebarang rujukan kepada rakyat sesebuah negara disebut "warganegara", bukannya bangsa. Adakah Hannah mahu anaknya dilabel sebagai bangsa keturunan "Anak Tanah Melayu?"

Dan Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat.

Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia".

Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia".

Atau lebih canggih lagi, teman boleh cadangkan kepada Parlimen anak campuran benih semua kaum dan bangsa ini dilabel sebagai keturunan "Anak 1-Malaysia"!!!
Hmmm ... salah tu YB.

Kalau benih dari macam-macam orang dan bangsa, bukan Anak 1-Malaysia.

Itu macam anak China Doll dalam video yang mana salah satu benih itu mungkin benih Anwar Ibrahim.

Lebih tepat dipanggil Anak 1-Pelacur.

Oleh itu, sila guna otak sebelum bercakap wahai YB Hannah.

Wow! Paling untung jual YB

Rabu, Jun 08, 2011

Bangsa anak Hannah


Satu polemik timbul apabila ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari parti DAP enggan mengisi maklumat bangsa untuk mendaftarkan anaknya.

Hannah Yeoh yang berbangsa Cina berkahwin dengan seorang peguam berbangsa India bernama Ramachandran Muniandy.

Hasil dari perkawinan mereka, zahirlah seorang bayi wanita yang diberi nama Shay Adora Ram a/p Ramachandran Muniandy. Nama yang diberi sekian rupa nampaknya macam nama kaum India.

Husin tidak tahu hal kahwin campur, kerana ana kahwin sebangsa. Difahamkan menurut adat-adat dan amalan-amalan di Malaysia, bangsa si anak didaftar mengikut bangsa ibu atau bapa.

Amalan budaya keluarga campuran selalunya menurut budayaan suami dan turut diambil sedikit dari budaya isteri. Selalu dilihat keluarga budaya campur agak kebaratan amalan budaya.

Menurut Hannah Yeoh, "Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak 'anak Malaysia' di ruangan 'bangsa' tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka, iaitu Cina atau India.

"Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India."

Kenapa Hannah Yeoh berbuat demikian? Dua kemungkinan yang boleh dijangka.

Pertama, Hannah betul-betul tidak mahu anaknya dianggap berbangsa India. Kedua, Hannah malu ada anak berbangsa Cina.

Sayang sekali ...

Kalau Hannah menuntut dan suami setuju anaknya didaftar sebagai Cina, boleh jadi asas untuk kita tukarkan ....

.... surat beranak Dato Nurjazlan dari Melayu ke Cina.

Isnin, Jun 06, 2011

Nasha buat temujanji klinik


Pagi Isnin ini merupakan pagi yang begitu poanjang buat Nasha. Sekurang-kurangnya masih ada sahabat yang datang menjenguk semalam mengucapkan kata-kata semangat. Hadi ini semua sudah pulang ke kawasan.

Lepas sembahyang subuh, dia tak tahu nak buat apa. Nak ke pejabat, pejabat sudah tiada lagi. Malah dengar-dengar bilik pejabat Timbalan Presiden PAS yang diduduki di tingkat 9 sudah dipindahkan dengan segera ke bilik 121 di bangunan Jalan Raja Laut.

Dia ingat nak talipon doktor gigi untuk membuat temujanji yang telah lama ditangguh kerana sebuk.

Trananet Trananet Trananet!!!!

Bunyi eloktronik talipon pejabat doktor gigi Nik Radziah berbunyi. Setelah beberapa kali berbunyi, pembantu doktor, Rahimah angkat.

"Assalamualakim," Rahimah menjawab.

"Mualaikum salam ... Ini YB Nasharuddin, doktor Nik ada?'

"Ada, sekejap saya sambungkan ke biliknya."

Rahimah letak on hold dan salurkan ke bilik doktor Nik, "Doktor ... YB Nasharuddin talipon."

"Ok OK saya ambik.

"Assalamualaikum YB, maaf atas kekalahan. Betul tak patut. Takkan Mat Sabu jadi Timbalan Presiden."

Nasha menjawab, "Takpa ... adalah himahnya. Mat Sbau pun kelebihannya tersendiri. Kehendak ahli. Saya tidak ada masaalah."

"Syukur YB bersikap positif demikian. Apa saya boleh bantu?

"Itulah Doktor, nak tanya berapa harga cabut gigi"

"Sebatang RM120 sahaja!"

"Takder ke yang murah lagi doktor? Saya dah takde jawatan ni." Nasha komplen.

"Kalau nak murah, cabut guna pliar RM50 saja! Nak ker?" Dr Nik tanya.

"Masih mahal lagi doktopr! Ada tak yang paling murah?"

"Hmmm ... oklah YB, ada. Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut? RM20 saja!"

"Cantik!!! Terima kasih!"

Nasha suka betul.

"OK bubuh temujanji pukul 10 pagi untuk Haji Hadi dan 2:30 tengahhari untuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Semua untuk hari esok."

Ahad, Jun 05, 2011

Najib hargai "pengampunan" Hadi kepada ahli-ahli UMNO


KUALA LUMPUR RAJAB 2HB: Presiden UMNO, Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak menanggapkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang telah memberi "pengampunan beramai-beramai" kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang telah mati.

"Kita boleh anggap beliau telah membatalkan fatwa yang dikeluarkannya sejak dari tahun 1984," tambah Dato Najib.

Dato Najib merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Hadi pada tahun 1984 yang dipanggil Amanah Haji Hadi. Fatwa tersebut telah menghukum orang-orang UMNO sebagai kafir kerana tidak menyokong PAS dan agenda negara Islam mereka.

Haji Hadi dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam berkata negara Islam tidak wujud dalam Quran.

Menurut Haji Hadi lagi, PAS perlu lebih utama tekankan elemen kebajikan dalam Quran, Katanya lagi, Quran hanya menyebut "negara kebajikan" dan negara Islam hanyalah sebagai satu jenama saja.

Ketika ditanya wartawan selepas sebuah Majlis di ibu negara semalam, Najib menganggap kenyatan Haji Hadi berupa "pengampunan beramai-ramai" kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO yang telah meninggal dunia dalam keadaan kafir.

"Kami amat menghargai sikap baik yang ditunjuk oleh (Haji) Hadi untuk membolehkan arwah-arwah ini kembali kepada status Islam."

Ditanya samada arwah-arwah ahli UMNO ini sudah boleh dimasukkan syurga, Dato Najib berkata, "Kami perlu merujuk pihak-pihak tertentu kerana buat setakat ini, Haji Hadi masih belum mengeluarkan fatwa khusus untuk benarkan ahli-ahli UMNO masuk syurga.

"Difahamkan Haji Hadi akan merujuk kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dahulu."

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, Anwar belum mahu menerima jemputan PAS untuk hadhir ke hari penutup Muktamar PAS dan bertemu kepimpinan baru PAS kerana masih menuntut Mat Sabu meminta maaf atas panggilan Al Juburi terhadapnya sekian tahun.

"Selagi itu, kita tidak boleh memulakan proses menukar status kubor-kubor ahli-ahli UMNO," tambah Najib.

Ketika diminta memberi komen, Dato Seri Nizar Jamaluddin berkata, "Sokonglah PAS, kalau mahu perubahan dalam pelbagai hukum-hukum tuhan untuk memudahkan kehidupan rakyat.

"Bagi yang rampas kuasa Nga dan Ngeh dari saya di negeri Perak, saya belum berikan hukumkan halal syarie." - Agensi Husin Lempoyang

Sabtu, Jun 04, 2011

SMS dari Muktamar


Perkhidmatan SMS kini dari Mukatamar:

4/6 10:40 AM - Mat Sabu menang Timbalan Presiden. Nik Aziz pengsan diberitahui dropout pelajar Art&Design ITM menang.

Beberapa calun lain terperanjat. Nasarudin kunci diri dalam bilik air. Tuan Ibrahim umum akan bersara. Husam gigit jari dan dihantar ke HKL. Desas desus Nizar akan umum masuk DAP.

Sapa nak salahkan?


Kalau Nasha kalah, sebab perwakilan tak rasional.

Kalau Nizar kalah, boleh salahkan konspirasi oleh Zambery, SPR dan mahkamah untuk rampas kuasa di Perak.

Kalau Nik Amar kalah, boleh kata nik aziz berat sebelah pada husam dan salahkan media pas tak popularkan dia.

Kalau Idris Ahmad kalah, boleh guna alasan wujud diskriminasi terhadap kaum kulit hitam.

Kalau Mat Sabu kalah, sebab byk pemimpin sabo dia dan orang dok ingat Norma.

Kalau Mahfuz kalah, salahkan orang buat persepsi dia tak pandai.

Kalau Salahuddin kalah, sebab difitnah dengan panggilan Din Puduraya.


Tapi kalau Husam kalah, ... hmmm salahkan blogger picisan pro-umno.

Nasib baik menang. Daulat Tuanku!
Timbalan Presiden - Mat Sabu
Naib Presiden - Salahuddin, Husam dan Mahfuz
Eh! Apa kena mengena dengan Tuanku pula? Hehehe ... Play it again, Jeffrey Damien.

Isunya kini, beranikah Husam saman Kickdefella?

Saman jangan tak saman, kata Ibrahim Ali kasi batu api. Kalau Zahid Hamidi yang komen, dia kata kipas , jangan tak kipas.

Jumaat, Jun 03, 2011

Berapa bil letrik Salih Yaacob?

Ramai yang cemburu dengan Salih Yaakob!

*Orang duk kecoh-kecoh tarif elektrik naik, Salih Yaakob tetap tersenyum lebar sampai ke telinga. Apa tidaknya, baru dapat isteri baru... Anak dara pulak tu!

Tahniah buat Salih Yaakob sebab buatkan ramai jantan-jantan kat luar sana cemburu habis.

Apa tidaknya. Selepas dah ada tiga isteri yang hidup aman damai, Salih tambah lagi satu isteri menggenapkan kuotanya. Tambah manis, isteri keempatnya itu seorang gadis berusia 25 tahun - Samihah Syeikh Ali a.k.a Emi. Kira masih muda trang tang tanglah!

Bertuah Salih!

Bak kata seorang rakan sepejabat, apa ilmu yang dipakai Salih sehingga mampu menundukkan tiga isterinya sampai mereka hidup bermadu dalam keadaan aman, dan kemudian menundukkan pula seorang gadis lagi untuk menggenapkan kuotanya.

Dah muda, cantik pulak tu!

Tapi dalam duk bercakap tentang Salih, seorang sahabat begitu prihatin apabila melontar soalan yang aku tak dapat jawab.

Soalannya... "Berapa jumlah bil lektrik yang patut Salih Yaakob bayar setiap bulan? Maklum sebelum ini tiga rumah, sekarang empat rumah!"

Tapi mujur seorang lagi sahabat aku cepat menjawab: "Alaaa rumah keempat tu tak banyak pakai letrik bro sebab mereka jarang pasang lampu!"

Wow! Ada baik PEMANDU adakan Lab - dengan belanjakan beberapa juta dan bayar konsultan asing tetapi bayar peserta Lab dengan kacang putih - untuk fikirkan program poligami untuk bantu kerajaan potongkan beban subsidi dari pembekalan letrik.

Ajak sekali Salih Yaacob.



*Petikan dari Mesin Taip Buruk

Rabu, Jun 01, 2011

Beza Pemandu Teksi dan PEMANDU


Pemandu Teksi pergi ke destinasi penumpang tentukan
PEMANDU bawa ke destinasi yg mereka tentukan

Pemandu Teksi cari duit untuk sara keluarga
PEMANDU tahu arah kurangkan belanja

Pemandu Teksi mahu perut sekeluarga di isi
PEMANDU mahu angka baru KPI mengatasi

Pemandu Teksi tak peduli ribut dan hujan
PEMANDU peduli apa, asal holiday London jalan-jalan

Pemandu Teksi siang malam kerja
PEMANDU asyik temberang data dan angka

Pemandu Teksi kena tahu cari penumpang
PEMANDU bayar konsultan minta buatkan

Pemandu Teksi berdikari kerja sendiri
PEMANDU buka lab cari ide free

Pemandu Teksi guna tenaga, kereta dan minyak
PEMANDU bermodal powerpoint, rujuk buku sekolah banyak2

Pemandu Teksi rakyat jelata, orang biasa
PEMANDU tempat rakyat elit, anak imigren kaya

Pemandu Teksi makan roti canai dan nasi
PEMANDU wine and dine, fish and chip

Pemandu Teksi kais pagi makan pagi
PEMANDU bonus berbulan, besar gaji