Isnin, April 07, 2008

Antara Dua Dewan

Satu Berani dan Satu Nafi

Mengikuti berita dan ulasan dua perjumpaan serentak di waktu pagi semalam, dirasakan "Antara Dua Darjat" sedang dimainkan.

Kisah percintaan yang terhalang kerana perbezaan. Anak muda jatuh hati dengan puteri. Bila mesra menjadi sayang, terputik cinta keluarga menghalang.

Di Ballroom De Palma, penuh dengan akar umbi. Menuntut perubahan dan pembaharuan denagn berani. Semangat berani, demi menyelamatkan perjuangan dan parti.

Jerit sorak didengari, sana sini berbunyi "Berani! Berani!" Mereka yang menyatakan tanpa takut, tidak gelisah menuntut. Perkara silam diperakui kesilapan. Tuduhan salah tidak akan beralah.

Di Dewan Merdeka DYMM Raja Abdullah mengeluarkan perintah. Bersuara bagaikan raja yang berkuasa. Bermati-matian mahu mengekalkan - jawatan, harta kekayaan dan keturunan. Dewan yang indah bermartabat tetapi yang hadhir tidak sehebat. Hanya tahu menidak nafi dan menghalang cinta perjuangan yang hakiki.

Tiada jerit pekik yang bersemangat. Bukan suara Melayu hanya "Nahi! Nahi!" Bukan nilai Melayu dan Islam sifat berdusta, menentang kebenaran itu berdosa dan menafi kenyataan itu buta. Hanya pengecut menggunakan ugutan dan mencari yang lepas-lepas untuk alasan.

Jasad boleh dipaksa dan perpisahan boleh diusaha. Apabila jiwa sudah menerima, walau dipisah Temasek, debunga cinta masih ada.

Sentiasa segar disanubari, walau ingatan belum berperi lagi. Dalam diam-diam, suara hati mula kedengaran. Piano ditekan "Getaran Jiwa" berkumandang.

Hanya masa menjadi penentu, yang dinantikan akan bertemu. Tengku Zaleha (perjuangan) yang jelita akan bertemu yang dicinta (pencapaian).

Cukup sudah masa.

Suara marhaen mesti dijayakan jua, walau sementara. Lepas itu dikekalkan selamanya, warisan Melayu mesti sampai ke akhir masa.

Dalam suasana hening pagi, Husin Lempoyang menukilkan hati. Antara pertembungan si berani dan si nahi, muga kembali cinta yang belum menyerah diri.

5 ulasan:

awangsulungmerahmenyala berkata...

salam sin...

sin sekarang nih puak2 Sabah plak minta langit dengan bumi kat pak lah.ha...baru berakai.bekas ketua penerangan umno Sabah Abdul Karim Ghani cakap pak lah bagi kat puak-puak Sabah kementerian taik gigi.dulu pak lah bagi kat pie bedal habis KPDN dia bedai berterabuq..podahhh depa nih semua taik kucing sinn...taik kucing bezanya antara depa haruman aroma taik tuh jer ada yang bau busuk sangat ada yang busuk-busuk dan ada yang ala-ala busuk.
pokoknya semuanya taik kucing..podahhhh.
mau dok juaiii saja depa nih kat keling botoii..!!taikkk..!!!

Tanpa Nama berkata...

BERITA UTAMA

Dato Seri Najib hari ini tersangat gembira apabila mendengar bahawa Paklah bila bersara akan memberikan jawatannya kepada beliau. Tetapi jawatan yang diterima nanti akan diperkasakan sebagai PP dan bukan PM kerana memandangkan semasa pengunduran Paklah nanti Najib bakal menerajui kabinet beliau sendiri dengan jawatam PP iaitu PERDANA PEMBANGKANG dan bukannya Perdana Menteri.

Selamat bertugas diucapkan kepada Dato Seri Najib kerana berjaya mencipta sejarah sebagai satu-satunya anak bekas PM Malaysia yang pertama menjawat jawatan PP selepas bapa beliau.

Wasalam

Tanpa Nama berkata...

Taklimat di PWTC oleh presiden pada mulanya hendak dibuat kepada semua ketua penerangan 4 peringkat. Malangnya ramai yg tak hadir. Ketua Bahagian dari selangor yg hadir cuma Mat Taib, Abd Rahman Palil dan Noh Omar. Lain2 ketua Bahagian tak nampak.

Kemas selangor cuma mampu hantar 200 PM termasuk penyelia daerah. Habis semua PM kemas dari segala pelusok Malaya dikerahkan untuk hadir. Kakitangan Kemas yg hadir menjadi bingung dan terkejut kerana mereka dipaksa hadir..

Tanpa Nama berkata...

Dari Sabah dengarnya Pak Lah sedang berkira-kira nak berundur, tetapi di KLumpur sebelum ke Sabah, nak kekal.

Lidah dia ada cabang... Dulu lain sekarang lain, nanti lain, esok lain, cakap lain.

Andai kata dia bersara (bukan letak jawatan kabarnya) maka satu peristiwa dahsyat dalam kehidupan akan berlaku. Kita tunggu polis dan tentera yang sedang buat berkiraan itu.

Nak Jawab suara siapakah yang menuntut Abdullah meletakkan jawatan hingga semakin lantang kedengarani? Ya.. siapakah mereka ini…?

Mereka ialah orang yang tidak lagi memiliki fikrah yang kritikal. Otak mereka telah begitu lama terbengkalai. Mereka terus bermimpi siang dan malam untuk menjemput Mahathir. Dengan hanya menurut arahan, otak mereka tidak lagi berkeupayaan untuk berdebat mencari salah benar.

Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat manfaat dari kebebasan. Begitu lama fikrah mereka dipenjara. Begitu lama mereka tidak menggunakan akal fikiran untuk hidup.

Kebanyakan meraka ialah orang UMNO atau anak beranak mereka atau penyokong mereka atau simpatai dengan UMNO, kerana begitu lama di bawah cengkaman Mahathir, menjadikan akal fikiran mereka bonsai. Ruang demokrasi yang terbuka hari ini menakutkan mereka. Mereka tidak memiliki keupayaan untuk belayar bebas dalam ruang demokrasi.

Mancet, ya mancet… itu perkataan yang tepat untuk OKU-OKU itu.

Tanpa Nama berkata...

Baru berapa hari, Kerajaan Selangor dah tunjuk liat...

Bela babi - bela babi, kelmari dulu dia kata dia lulus RM100 yang disetujui oleh exco dari PAS, konon setuju.

Hari ni dia putar cakap, kononnya Khir toyo yang dah lulus.

Khir toyol dah kena benam, dah kita mampuskan dari jawatan menteri besar, patutnya projek dia pun benam jugalah.

Ini sambung, bangga pula tu RM100 juta.

Memang liat engkau kerajaan baru selangor. Tak dengar cakap, tak mau dengar nasihat.

Kalau dalam pelihanraya PRU12, nik aziz doa dan dimakbulkan doanya menang pilihanraya hingga tak disangka-sangka.

Maka kali ini nik aziz akan doa, supaya seluruh rakyat selangor akan bermandiian darah BABI.