Sabtu, April 19, 2008

George Washington, Kalimullah dan Dolah

Ini cerita best ...

Husin ditanya seorang rakan satu teka teki, "Apa bezanya antara George Washington, Kalimullah and Dolah?"

Tersentak Husin, mendengar Dolah dan Kalimullah dibandingkan dengan Washington, President Amerika pertama. Lalu Husin cuba berjenaka, "Dolah itu Imam Hadhari, Kalimullah itu Dewa Hindu dan Paderi Islam, manakala Washington hanya President Amerika?"

"Bukan. Ketiga-tiga ada perbezaaan dalam hal ciri yang sama," jawab rakan.

Husin tahu Washington adalah peladang yang mengepalai tentera Amerika untuk memperjuangkan kemerdekaan. Dia dikenali mempunyai sikap bercakap benar yang dididik dari kecil. Kisahnya dia tertumbang pokok epal kesayangan ayah, kanak-kanak ini sedia mengaku dan menghadapi risiko kemarahan ayahnya.

"Entah, apa jawabnya?"

Rakan Husin menjawab, "Washington can't tell a lie, Kalimullah can't tell the truth and Dolah Badawi can't tell the difference."

"Ha ha ha ...", ketawa besar Husin.


Memang hebat Kalimullah ini dalam memutarbelit.

Sebagai contoh, lihat bagaimana suratkhabar-suratkhabar Utusan dan Media Prima telah menggunakan gambar yang telah dimanipulasi seolah Dolah itu jauh lebih besar. Tun Salleh kelihatan begitu kerdil berbanding Dolah yang "bigger than life" kerana sedia merendah diri untuk "meminta maaf".

Kesian. Dolah yang tidak tahu membezakan kerana diri hanya itik tempang (lame duck) dan bukan Gorbachev yang cuba digambarkan Kalimullah. Usahanya bukan sebenar membawa keadilan dan mengembalikan keyakinan, malah kekeliruan.

Husin tidak menentang, malah menyokong, usaha untuk mempertingkatkan proses keadilan, tetapi benci dan amat benci dengan pembohongan dan kepura-puraan. Lakukan pengadilan, bukan tuduhan membabi buta!

Kenapa tidak dibuktikan kesalahan, baru dilakukan kemaafan dan penyesalan? Yang lebih musykil kepada orang ramai, adakah begitu rendah martabat hakim-hakim ini yang sedia di "beli" maruah mereka?


Jika Dolah meminta maaf, usahlah bermain politik si "itik tempang".

Rakyat bukan seperti 25 tahun dahulu boleh ditemberangkan dengan mudah. Orang ramai boleh bau suatu konspirasi dan baca blog Husin Lempoyang :-).

Desas desus mengatakan ada peranan menantu Tun Salleh Abas, Shah Hakim Zain disebaliknya? Ini adalah menantu yang menjejaskan keselamatan negara. Dia dan anak Dolah selamat tetapi rakan niaga BSA Tahir dipenjara bawah ISA. Setakat menafikan tidak lagi cukup untuk dipercayai orang ramai?

Jangan ingat sementang ini melibatkan Bar Council, orang ramai boleh mudah diperdayakan. Bar Council dipenuhi kaki mabuk yang suka mengunjung Bar untuk minum bir. Tindak tanduk mereka banyak mengsangsikan. Mereka pernah berarak membuat tuduhan berasaskan bukti yang tidak sahih.

Semalam, Ambiga puji Dolah macam bercinta untuk memohon dipertimbangkan 5 tahanan ISA Hindraf. BSA Tahir tidak disebut. Inilah keadilan dipandangan mata Bar Council.

Tak apalah.

Oleh kerana Dolah masih tidak buang sikap suka mencari populariti apa cara sekalipun, kita hantar SMS untuk Dolah yang nampaknya lena di Akademi Fantasia. Sila hantar ke 84367 atau TIDOR.

Nampaknya kalahlah Dafi, pasti paknya Ismail Sabri berikan SMS pada Dolah. Tapi bukan kerana Khairy, dia hanya kawan, bukan tukang arah :-)

Wow! Husin lebih untung jual orang dari jual unta, tapi tidak mudah untuk diri dijual. Ana mahu mati dalam iman ...

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pe dafi ... kamu masih muda .

Ada masa depan. Dolah ni ... dah tak ada.

Mungkin layak jadi office boy di Yayasan Kepmpinan Perdana.

Tanpa Nama berkata...

Dolah malam tu dia tak raba ke si AMBIGA ?

Tanpa Nama berkata...

Ini ada satu cerita sama seperti dalam iklan TV `burung Murai’ yang disiarkan pada hari raya tahun lepas tapi yang ini berkenaan dengan bapa mentua dengan anak menantunya , seperti yang kita ketahui siput mempunyai banyak spesis nya dan yang ini spesis kita selalu jumpa kat rumah, mari kita sama-sama menghayati dialog ini.

AM : Ini siput apa pak?
BM : (dengan penuh kelembutan dia menjawab) siput babi nak…
AM : siput apa?
BM : (lagi sekali dengan penuh kelembutan dia menjawab) siput babi nak…
AM : siput apa?
BM : (lagi sekali dengan kesabaran adahari nya dia menjawab) siput babi nak…
AM : siput apa?
BM : Siput BA……(tiba-tiba si bapa mentua terdiam dan tetanya-tanya dalam dirinya nape dia ni ? cakap gi oxford?)
AM : siput apa?
BM : (terus terdiam )
AM : siput apa?
BM : (Dengan Angin nya tiba-tiba terkeluar ) SIPUT LA BABI!!!!!!*#&~+%*

Tanpa Nama berkata...

Pak Hussen..
orang dah nak lemas... papan sekeping pun dia sanggup paut. Baiasa la..

Tanpa Nama berkata...

berapa lama harus dibiarkan PLah menhancurkan Negara dan Bangsa Melayu?? tak paham kenapa dibiarkan saja dia mempermainkan rakyakuntuk kepentingan diri dan anak beranak...hmmm..entah lah, dunia dah tunggang terbalik.. heheh..inilah dia sandiriwara dunia...

Tanpa Nama berkata...

Siput la brader...

Letting the time pass me by berkata...

Bukan siput brader, Siput lembu kaki pendek...

malay-tree berkata...

Tribute to Bagok (Ayam Pahlawan, Bini Sereban!)

Mahu baca kisah tentang sejarah ayam pahlawan. Boleh dibaca di

http://malay-tree.blogspot.com

Terima Kaseh.

jebatmustdie berkata...

tuna husin!

i like your blog a lot!

permission to link ur blog to my blogroll ya!

tenkiu!

jebatmustdie berkata...

eh sorry!

bukan tuna husin tapi TUAN husin!

:p

A Voice berkata...

Apa beza George Washington, Kalimullah dan Dolah?

Washington general perang, Kalimullah cabut lari ke London takut bila nak kalah perang, dan Dolah tak tahu pun dia kena perang.

Terima kasih atas research yang baik, Tuan Husin.

Saya guna untuk artikel saya. Monggoh mampir ...