Rabu, April 09, 2008

Biarlah tegang ... lagi best


Setelah 10 tahun, Dato Hishamuddin, Cucu Onn Jaafar, mengundur diri dari jawatan Ketua Pemuda. Memegang jawatan di dalam badan sukarelawan dan politik memerlukan banyak pengorbanan masa, wang ringgit, tenaga dan keluarga. Terima kasih Dato Hisham di atas pengorbanan yang telah diberi.

Beliau menyatakan bahawa beliau meninggalkan Pemuda di dalam keadaan stabil dan tidak tegang. Ada yang mungkin mempersoalkan mengenai kestabilan Pemuda sekarang tetapi jika difikirkan beliau mengharungi keadaan tahun 1999, ada kebenaran disitu. Mungkinkah beliau secara tersirat dapat melihat Pergerakan Pemuda akan menjadi bertambah stabil selepas ini?

Semasa bersembang-sembang minum kopi di satu kompleks membeli belah semalam, seorang ahli politik berkata, "Buat apa stabil, biar lah tegang ... lagi best."

Berdekah-dekah mereka yang berada satu meja.

Husin hanya memikirkan selepas keadaan yang tegang, mereka-mereka yang mengharungi menjadi lebih keras dan tahan lasak. Baguslah perubahan sedemikian. Apa maksud Dato ini yang best dan merasa bestnya? Inilah orang politik, cakap dan ketawa membawa seribu maksud. Mungkin baru buat reflexology, tengah rindukan isteri.

Cuma yang dapat dilihat UMNO berada dalam keadaan tegang atau lebih tepat suasana bersaing. Semua jawatan-jawatan dijangka akan ditanding dan akar umbi mahu bawa perubahan dan pertukaran. Kalau mahu perubahan, kena berani bertegang sedikit. Jangan suruh-suruh orang lain tetapi sendiri bersuara, ke hadapan bertanding, dan berani melawan yang tak betul.

Diperingkat Pemuda UMNO, Mukhriz dan Khir Toyo sudah masuk gelanggang untuk Ketua Pemuda.

Ismail Sabri, pemanas kerusi Khairy di KBS dan Shaziman, sepupu Khairy sudah ditolakkan ke hadapan. Shaziman sedang uruskan Kementeriaan, tapi hari ini kata belum dapat ilham.

Hendak, cakap hendaklah!

Ismail Sobri belum fikirkan lagi kerana tengah mengendeng ... oppppss tengah fikirkan Kementerian. Tak apalah, yang ni bukan janda tetapi bujang.

Desas desus paling kuat mengatakan Norza Zakaria akan cuba. Dahlah tak dapat bertanding pilihanraya, atau sebenarnya bersyukur tidak bertanding pilihanraya. Jawatan Setpol pun katanya akan terlepas. Kesian anu "... keciknya!!!!"

Selain itu, desas desus berkata Azimi Daim, Zahidi Perlis, dan Aziz Sheikh Fadzir pun ada cita-cita. Azeez tak ada niat, takut kena tembak ... hehehe.

Azimi ... awat dulu mengundur. Banyak pengorbanan kamu memberi laluan memberi pemimpin "veteran" UMNO yang "banyak" berjasa dan selalu "menang" macam-macam pemilihan untuk naik Naib Pemuda tanpa bertanding. Baik cakap siapa suruh?

Zahidi Perlis bukan lagi Adun Perlis. Jawatan Ketua Bahagian bakal kena langgaq, rasanya. Dulu rapat dengan Pak Lah, kemudian renggang konon marah dengan Khairy. Lani dah balik semula .... Bahaya lalang yang tak di tebas dan racun, banyak ular. Ini mesti sedang kelam kabut tak ada jawatan. Orang politik tak ada jawatan maknanya pencen.

Aziz Sheikh Fadzir, bekas Naib Ketua Pemuda, pula katanya berjumpa seorang lama berpengaruh untuk menawarkan diri untuk mengendurkan keadaan. Mintak Mukhriz dan Khairy tidak payah bertanding.

Hendak cakap hendaklah. Kaki belit si Mamak ni. Nak naikkan diri, suruh orang undur. Haram jadah nak pakai taktik Khairy masa naik Naib. Dia ni dua-dua Mukhriz dan Khairy konon berkawan tapi di belakang-belakang saja. Lantak hang, jangan main belakang cukuplah.

Apa hal pun Mukhriz cakap dan Khir Toyo pun begitu, siapa yang hendak lawan masuklah. Ramai ini hanya pakar undur. Samseng sebenar akan timbul nanti.

Khairy sedang berhati-hati... itu dia. Ketua Pemuda N9 kata mengikut tradisi Pemuda, Naib layak naik Ketua dan Khairy paling layak. Hishamuddin baru-baru ni kata tak ada tradisi sedemikian dan siapa-siapa boleh cuba.
Hendak, cakap hendaklah... kalau takut-takut cuba jawatan pemeriksa kira-kira sajalah, Khairy!

Biasalah budak pengecut. Takut berdebat. Bertanding jawatan asyik suruh orang undur saja ....

"Pak Lah, Pak Lah ... inilah orang yang sabotaj UMNO! Tangkap dia. Tangkap dia." Apahal pun, kalau Pak Lah kena tentang, Khairy tak boleh lawan. Kalay Khairy, lunyai lah Pak Lah besoknya ... hehehe

16 ulasan:

Jamal Pak Tongkol berkata...

Ideal kalau Mukhriz lawan Khir Toyo

Tanpa Nama berkata...

Meniaga manusia lagi untung dari meniaga unta, tapi di selangor, miaga ternak babi.

SELANGOR AKAN BERMANDIKAN DARAH BABI

bendera merah berkata...

bro husin...tulisan hari ini "biarlah tegang...lagi best" memang lain dari biasa bro...jual unta sudah naik darah kaa,,,

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO masih dibuai mimpi. Paklah masih hendakkan menantunya menjadi Ketua Pemuda. Adakah menjadi tradisi bahawa anak atau saudara terdekat pemimpim negara secara automatik layak menjadi pemimpin. Belum tentu kerana bakat kepimpinan bukan diwarisi oleh individu. Tun M merupakan pemimpin terbilang Malaysia tetapi tiada jaminan Mukhriz mampu mengikut jejak langkahnya.
Biarkan pertandingan kerana ia akan menjanjikan hanya yang terbaik layak memimpin. Hari ini UMNO harus mengikis budaya bidan terjun.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO masih dibuai mimpi. Paklah masih hendakkan menantunya menjadi Ketua Pemuda. Adakah menjadi tradisi bahawa anak atau saudara terdekat pemimpim negara secara automatik layak menjadi pemimpin. Belum tentu kerana bakat kepimpinan bukan diwarisi oleh individu. Tun M merupakan pemimpin terbilang Malaysia tetapi tiada jaminan Mukhriz mampu mengikut jejak langkahnya.
Biarkan pertandingan kerana ia akan menjanjikan hanya yang terbaik layak memimpin. Hari ini UMNO harus mengikis budaya bidan terjun.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Selangor dibawah PKR mengambil langkah bijak meluluskan penternakan babi secara moden kerana di samping membawa pulangan tukaran asing ianya juga mampu menyekat aliran keluar tukaran asing sekiranya diimport.
Tan Sri Khalid dan Anwar telah mengkajiselidik keboleh usahaan industri ini. Kerajaan perlu bersikap adil kepada rakyatnya dan bukan menidakkan hak rakyat bukan islam menikmati makanan mereka. Ini adalah lebih baik dari idea bekas MB Kedah yang menyuruh petani membela ular.
Kerajaan Selangor patut mengsyorkan ternakan BIAWAK secara komersial juga memandangkan poermintaan pasaran yang tinggi. Makkal Sakti

Tanpa Nama berkata...

Babi tue kalau nak diternak minta la dibuat kat kawasan Teresa Cock atau kat depan rumah Khalid Ibrahim dan rumah Yakob Sapari di Kajang.
Babi punya Khalid dan Yakub Sapari.

Zainal A. Kasim berkata...

Sebenarnya saya malu nak cakap....saya nak bertanding jugak.

Tapi "belum dapat ilham" (tengah berlatih guna ayat ni. Ni ayat power. Semua PM guna ayat ni bila nak dekat pilihanraya. So, kira saya ada kualiti PM la....)

Sokonglah saya.... please la....

drshamsulAnwar berkata...

.... teman pun tengah tunggu ilham jugakkkkkk

roslisalem berkata...

dok lagu tu dari dulu sampai la ni..watak saja berbeza..

dulu ingat orang kampung aku aja mcm tu, rupanya bila dok pekan ni pun..tengok sama aja semua..

selagi perut dan bawah perut tak puas, selagi tu dok tegang..

Bera berak berkata...

si ismail sabri tu menjelang takrasa kok ... hhehe...

suara kami berkata...

pada zaman dahulu, selepas zaman sang kancil menipu buaya, ada seekor badut dari negeri atas angin mendiami sebuah begeri kepunyaan bangsa melayu.

satu hari, si badut inggeris ini rasa perutnya memulas dan sudah sampai masanya dia balik ke kampung laman dia..sebelum dia balik, dia telah mem'berak'kan seketul tahi yang amat busuk dan hangit..tahi itu telah diamanahkan kepada kaki2 penjilat lubang juburnya, terdiri dpd bangsa melayu itu sendiri...

badut itu berpesan; 'ini tahi sakti, dengan tahi ini aku merdekakan negeri melayu ini'...maka berebut2 lah si pengampu dan penjilat jubur badut inggeris tadi memegang dan menghidu 'haruman' tahi itu.

badut itu pun pulang ke kampung halamannya di eropah dengan kelegaan yang amat sangat kerana tahi yang menyakitkan perutnya telah berjaya diberakkan dan diwariskan .

si penjilat dan pengampu ini memegang dan menjaga tahi tadi bagai menatang minyak yang penuh..beberapa orang dalam kumpulan melayu tadi ada yang tidak setuju dan termuntah2 kerana penangan bau tahi tadi...mereka yang tak suka telah lari dari kumpulan penjunjung tahi tersebut..

mereka mengkhabarkan kepada semua orang melayu bahawa tanpa tahi ini, org melayu akan ketinggalan...ramai lah orang melayu dipaksa mencium haruman tahi ini...ada juga pengikut penjilat yang taksub mengatakan tanpa tahi ini, nasib melayu takkan terbela...

apabila ada orang melayu yang tak mahu dekat, maka kumpulan penjilat tadi telah menjilat dan menguli uli tahi itu dan membentuknya menjadi bentuk keris...

lalu orang melayu yang memandang tinggi keris sebagai simbol melayu terpandang tahi berbentuk keris itupun tergoda dengan kecantikan keris tahi tadi walaupun terpaksa menutup hidung kerana tak tahan bau keris tahi itu..

masa berlalu dan tahi ini semakin hilang kelembapannya walaupun dijilat berulang2 kali dgn rakus oleh para penyanjungnya...hingga tahap sampai suatu ketika, tahi telah kering, mengeras dan merekah seribu dan amat susah bagi penjilat2 menjilat dan melembabkannya kembali..

maka di satu hari yang tak disangka2, berderai lah tahi itu ke atas tanah bumi melayu akhirnya..panik dan menggelabahlah para penyanjung2 tahi tadi...penjilat2 pula ketakutan kerana pekerjaan merkeka sebagai penjilat tahi tadi akan terancam kerana sudah tiada lagi tahi untuk dijilat...tapi nanti dulu!..muncul seekor penyanjung tahi menyangkung, mengutip, menjilat tahi2 tadi dan dikunyah lumat2..lalu dia sekali lagi memberakkan seketul tahi yang basah berlendir keluar dari lubang juburnya, dan yang pasti, baunya lebih busuk lagi dari tahi penjajah bangsat tadi kerana telah bercampur2 dengan macam2 jenis makanan2 melayu...busuknya telah melintasi laut china selatan..

maka legalah peminat2 tahi tadi kerana masih ada tahi untuk mereka sanjung, hidu dan puja...masa terus berlalu dan kelembapan tahi pun mula hilang semula sedikit demi sedikit, walaupun baunya tetap pekat menembus dinding...

pada hari ini tahi itu telah menjadi mainan pasangan mertua- menantu dimana mereka menguli..menggentel2 dan membuat bentuk macam2 dari tahi itu..kepada mereka yang setia menjilat tahi untuk melembabkannya supaya tahi tidak kering dan pecah,orang itu dijaga dan dinaikkan pangkat...

malangnya hari ini ramai orang melayu yang dah tak suka dan tak tahan dengna penangan bau tahi di mana mereka terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli perfume penyembur badan untuk menghindarkan bau tahi tersebut...semakin lama tahi tadi semakin lekang kerana kekeringan...

ramai orang melayu hanya menunggu tahi itu berderai dan ketika itu nanti , kesemua mereka yang mengutip serpihan2 tahi tadi untuk ditelan dan diberakkan untuk kesekian kalinya dari lubang jubur sesiapa sekali pun, akan diterajang dan dihumban ke selat melaka dan tahi itu akan disumbatkan balik ke dalam lubang jubur mereka supaya busuknya tidak lagi berbau di tanah melayu ini..

teja berkata...

Ya kasi tangkap sama itu Beruk Hitam!

teja berkata...

Lupa pulak.. itu si Katik tangkap jugak masuk reban!

Tanpa Nama berkata...

drshamsulAnwar ...

... berkhidmat dgn ikhlas sajalah. Tak payahlah jawatan. Mudah2an KJ kasi tanding sg siput. Cuma utk UMNO atau PKR?

zainal mokhtar berkata...

Yang penting ahli-ahli menyokong calun yang benar-benar berkeliber. Ini bukan susah, kalau butir-butir peribadi calun ada dalam pengetahuan ahli-ahli.Jangan jadi PRU12 dimana kita tak kenal calun, dan biodata calun ada yang palsu (saya bolih bagi contoh).Kalau kita beli barang, kenapa terbelek-belek nak tengok jenama dll. Ini bakal pemimpin negara, tentu lebih tinggi mutu yang dikehendakki.Secara peribadi saya tahu ada diantara ahli exco pemuda peringkat nasional yang pembohong, dan saya bolih buktikan secara hitam-putih. Kalau dialah yang menawarkan diri untuk memanjangkan khidmatnya keperingkat yang lebih tinggi, saya akan tentukan maklumat mengenainya tersebar dalam internet. Sebaliknya Mukhriz(dia tak kenal saya, tapi saya kenal dia) siang-siang telah menunjukkan prinsip dan keberanian dengan secara terang-terang meminta AAB meletakkan jawatan.Yang macam inlah kita patut sokong !