Ahad, April 20, 2008

Antara Hacker dan Komentar


Di atas adalah kenyataan Dato Seri Ali Rastam berkenaan blogging pada tahun lepas, 2007.

Itu tahun lepas. Lain pula tahun 2008, khususnya selepas Mac 8hb, 2008. Pada April 1hb, 2008, semasa April Fool dan Forum yang begitu hebat oleh My KMU di Hotel Singgahsana, Ali Rastam memulakan blog bernama Dari Kacamata Ali Rastam.

Begitulah ahli politik, mudah berubah mengikut keadaan. Kalau angin tiup ke satu arah, condong ke sana. Bila berubah angin, berubah juga.


Mungkin dia melihat Dr Khir Toyo yang baru membuka blog Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo menarik komentar sebanyak 580, termasuk dari Husin, pada posting pertama. Maka dirasakan sebagai yang masih kekal sebagai Ketua Menteri, perlu boleh menarik lebih ramai komentar dan perhatian.

Ramai perlu ingat, selain sebagai Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO, Ali Rastam yang lahir pada tahun 1949 adalah Presiden Belia 4B Malaysia. Walaupun umor sudah 59, dia perlu membiasakan diri dengan dunia orang muda, dunia IT.

Tiba-tiba, keluar cerita April 11hb, 2008, laman blognya di serang hacker hingga terus tidak berfungsi. Eh pelik, tidak pernah-pernah didengari hackers boleh melakukan kemusnahan dlaam sistem blogspot.

Husin terbaca di KLPos. Rupanya blog Ali Rastam diserang komentar sampai 72 orang kerana artikel berjodol "Ladang ternakan babi hadiah pilihanraya".

Sejak dari hari itu, posting itu telah dikeluarkan dan tidak diketahui Dato Ali masih blog lagi. Sudah 10 hari tiada yang terbaru.

Rupanya dia ingat komentar itu hackers. Sekarang dah ada orang korek kenyataan lama.

Masaalahnya Dato, dunia blog tidak sama dengan dunia luar. Blog adalah suara orang ramai. Kami orang biasa, taklah sehebat dan sepandai Dato. Tak akan ahli politik macam Dato telinga tidak nipis dan tidak pandai menjawab?

Pukul 6:30. Hi UMNO ... orang macam ini kamu lantik jadi Naib Presiden kamu. Jaga latihan pulak tu. Letihhhh ..... Nak bertanding lagi pulak!!???

Yooo lahhhh.

Wow! Ali Rastam baik jual unta, dari jadi bloger.

7 ulasan:

Unknown berkata...

hehe..komen dikatanya hackers...

Saya sempat mebaca komen2 dalam posting beliau tersebut..memang pedas (tapi ada betulnya)..

Patutnya Dato' Sei Ali tak yah benarkan komen tu kalau tak mau jengah jawab2..biar je orang baca tanpa kimen..macam mainstream media..hehe..

BTW..blog husin antara keutamaan saya setiap hari..wow!!

Raksaksa BN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Raksaksa BN berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Husin Lempoyang berkata...

BN Raksasa

Di sini utk bersembang dan mengeluar komen yang bebas tetapi kamu sedang melakukan spam ke merata2 tempat.

Rasa Husin, baik pergi suarakan pendapat dgn sopan di blogkhir toyo. Rasa dia tak ada masaalah utk mendengar.

BTW subjek ini adalah menegnai Ali rastam

Tanpa Nama berkata...

Oi sin,
Biarlah komen dia disiarkan..
kau takut ke? akupun nak tahu apa dia cakap..

Kau pun dah jadi macam TV3 jugak ke, kluar berita yang side kau je..

Tanpa Nama berkata...

Hackers dia kata.
Takpelah.Bagi can la kat VIP VIP ni termasuk DS Ali Rustam yg masing - masing berlumba nak buat blog sendiri.Maknanya diorang secara otomatik dah recognized peranan blog ni.Baru diorang tahu asam garam duduk di alam maya ni,ada je orang nak komen,maklumlah kalau jumpa berdepan belum tentu orang berani nak hentam dia.

Salam.

Mat Rodi.

Pemuda Pelapis berkata...

Salam Tuan,

Ini kali pertama saya melepaskan komen di blog ini. Saya cukup setuju dengan ulasan tuan berkenaan blog DS Ali Rustam tu.

Sejak beliau mulakan dari hari pertama saya masuk intai mcm bosan nak baca. First time letak komen sampai la ni tak disiar langsung dan kini dah pun tutup terus pintu komen.

Sebelum tutup pintu komen, sebelumnya tu tiba-tiba timbul pulak makluman ada masalah teknikal. Gelihati sungguh. Pandai jugak dia nak cuba buat lawak bodoh.

Lepas tu barulah dia buka ruang komen dengan tajuk "isu babi" (bak kata tuan, babi tu "brader").

Rasa-rasanya itulah sekali saya dapat peluang beri sedikit komen tapi hari ni tajuk tu pun dah dimakannya sekali. Penin! Penin! bak kata orang Perak.

Apa pun saya rasa nak marah juga dengan sikap Ali Rustam tu tapi setakat lepas geram tulis artikel sendiri kat blog sendiri sajalah.

Jika tuan sudi rujuk KLIK SINI untuk baca artikel tersebut.

Jumpa lagi! Salam perjuangan!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA