Selasa, Oktober 14, 2008

Khairy dapat satu lagi pencalunan, Rahman Dahlan diberi penghormatan mandi

GAMBAR ATAS: Papantanda di Iskandar untuk rakyat mengikuti
kemenangan yang dijangkakan untuk Khairy

TERKINIJOHOR BARU: Khairy berjaya mendapat satu lagi pencalunan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas satu lagi Bahagian baru di persisiran pantai Johor habis mengadakan Mesyaurat Pemuda UMNO tengahhari tadi.

Kemenangan ini telah meningkatkan jumlah pencalunan untuk Khairy kepada 20. Khairy mendahului pesiangnya Dato Seri Dr Khir Toyo yang mendapat 12 pencalunan dan Dato Zahidi Zainal.

Sehingga hari ini, TV3, Berita Harian dan NSTP masih menhadapi masaalah teknikal untuk melaporkan jumlah pencalunan untuk Mukhriz. Ketiga-tiga media ini hanya melaporkan Bahagian yang telah memberi kemenangan kepada Khairy.

Bahagian UMNO Pulau Kodomo Lion yang memberikan kemenangan untuk Khairy adalah Bahagian baru yang ditubuh oleh Dato Seri Syed Hamid Albab. Pulau Kodomo Lion terletak tidak jauh dari Pulau Putih Mata.

Kemenangan baru banyak dibantu oleh kehadhiran ahli-ahli Pemuda UMNO yang bekerja di Pulau Putih Mata sebelahan. Keahlian UMNO di sini terbuka bekas-bekas penuntut United World College, Singapore.

Beberapa lagi Bahagian yang baru ditubuh oleh beberapa Menteri dari Terengganu, Perak, Kedah, dan Melaka akan bermesyuarat. Malah kerajaan Pulau Pinang sedang mengusahakn satu pulau baru untuk dimesyuaratkan. Harapan cerah untuk Khairy.

Buat masa ini, sumber-sumber dari Sabah menyatakan Dato Abdul Rahman Dahlan yang sedang bertanding Timbalan Bahagian Tuaran sedang dimandikan. Abdul Rahman adalah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pusat.

Memandikan merupakan satu adat penghormatan untuk Rahman yang tidak memberi pencalunan untuk Khairy Jamaluddin.

Keputusan pemilihan masih belum keluar.

Ditanya mengenai harapannya, beliau tidak pentingkan menang atau kalah tetapi peluang untuk memberi perkhidmatan setiakawan. - Agensi Husin Lempoyang

10 ulasan:

LensaPR berkata...

AFP or Reuter baru ke ni.

hanis berkata...

dgr cite mukhriz mendahului...

betul ker?

wak lue berkata...

katanya mesyuarat tak jadi.. sbb ahli umno semua sakit perut makan julap.. hari ini dia berak berak.. ketua bahagian dia baju basah sebab semalam dia jatuh dalam sungai...

kluangman berkata...

Nama nama calon Ketua Pemuda ini semuanya berpotensi sebagai 'yes man' kepada najib juga walau siapapun menang.

Kita pula jangan habiskan boreh dengan meletak harapan yang tinggi kepada perubahan 'kulit'.

My Raison D'etre berkata...

Paper besa bayaq Bername ratusan ribu setaun.

Agensi Husin Lempoyang takkan tak buat duit kut?

Bila nak buat HusinTv lak? :)

gasoline berkata...

sebab apa Mukhriz boleh dicalonkan?mungkin ada akarumbi dah bersepakat untuk tolak KJ dan calon-calon dan mencalonkan Mukhriz.tapi peluang masih terbuka lagi KJ dan calon-calon lain.jangan cepat putus harapan.

Piggy Singh berkata...

Salam Tuan Husin,

Camp Khairy menyalahkan politik wang yang menyebabkan Khairy kurang pencalonan.

To find more, here's the link (atas ehsan Tuan Husin)

http://nuraflah.blogspot.com/2008/10/idola-kpmu-kalah-sebab-wang.html

http://www.kpmu.net/2008/10/politik-wang-menguasai-pemilihan-pemuda-umno/

Bunyi macam si gagak kecoh sebarkan berita nak suruh orang percaya bahawa si gagak lebih lawa dari si merak.

Khalifah Friday berkata...

Rahman Dahlan tanding Timbalan Ketua Bahagian Tuaran melanggar penyandang.

Ketua Bahagaian Dato Hajiji beri sokongan kepada penyandang, Sdr Ali Asgar. Undi Rahman 201, Ali 282.

Al Fatihah!

Maka dengan ini diumumkan bahawa balaci KJ di Sabah, Abd Rahman Dahlan sudah meninggal "dunia politiknya".

Jenazah sudah di usung keluar sebaik sahaja di umumkan pukul 12 tghhari tadi.

Selepas selesai dimandikan, warisnya akan membuat pengmuman kematiannya serta memohon segala hutang piutangnya diselesaikan atau dihalalkan.

Pengkebumiannya akan diumumkan setelah dapat dihubungi gurunya, KJ yang sedang rasa sejuk di kaki macam orang nazak.

Di sabah tinggal si Badrul Ketua Pemuda Kota Kinabalu.

Pengajaran di sini. Hati mesti baik, bah!

pekan dun berkata...

hehehe dato hussin rasanye ar badul gak yang menang ketua pemuda aku rasa le...pak husin patutnye ar badul dapat Dato gak kan kan kan apa komen mat ali melaka...hm tak kan minat shah ruk kambing khan je kot...badol pun poewr pe

RHisham berkata...

Aduhai akar di umbi,
Apalah di ungkit pucuk nan tinggi,
Tinggi pucuk di angkat umbi,
Tidaklah meninggi dengan sendiri,
Kerna di dorong akar di umbi,

Aduhai akar di umbi,
Telah tersurat lagi hakiki,
Akar di umbi pucuk meninggi,
Cahaya mentari juga dicari,
Memberi rezeki hingga ke umbi,

Aduhai akar di umbi,
Mengapa disalak pucuk yang tinggi!!!?
Naiklah daki ke tempat tinggi,
Agar tidak iri di hati,
Sama - samalah mendaki bermuhasabah diri,

Aduhai akar di umbi,
Mengapa dibiar diri dililiti,
Oleh sang kaduk yang lupa diri,
Menumpang untuk tinggikan diri,
Hinggakan pucuk juga diliputi,

Aduhai akar di umbi,
Teguh juga akar di umbi,
Dek kerana pucuk yang tinggi,
Bukan lupa diri lagilah menyombong diri,
Hanya menjauhi dari kaduk yang lupa diri.

>pucuk lama patut dicantas, bagi pucuk baru bertunas.