Ahad, Oktober 05, 2008

Tawarkan Sebelum Mereka Menawarkan


Perkembangan politik terbaru boleh Husin fahami dari kononnya sebahagian SMS antara Dolah dengan Jin ... atau Jeanne yang diterima berikut:

Pak Lah: Jin, saya boleh pencen tp saya tak mau muhyidin jd timb pres. Saya sakit hati syarat pertama depa kena penaik khairi jd ketua pemuda. Ke 2 saya mau zahid jadi jd timb pasal dia sj boleh suai dgn khairi. Saya nak tengok benda ni bg jdlah. Saya tak mau depa tipu aku mcm aku tipu Tun Mahathir dulu.

Susah hati Dolah, Islam Hadhari terkubur macam dia tipu Tun.

Zahid diharapkan membantu Najib menyambungkan gagasan Islam Hadhari. Punya susah hati dia sampai dalam Muzakarah, yang Nik Aziz jadikan Muqabalah, dia katakan berkata Najib tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam.

Aisay ... jangan tidak. Dolah selalu kata, "I'm very serious about Islam Hadhari." Peh peh peh ... macam Islam Hadhari itu benar-benar Islam dan bukan perang akidah Amerika.

Malah ada SMS beritahu Husin, bila ramai-ramai nak tanding Timbalan Presiden, terpaksalah Muhyiddin pergi lawan jawatan Presiden. Kucar kacir parti nanti. Mari kita balik tradisi dan serahkan peralihan kepada Dolah. Ada faham?

Hahaha ... macam real hamba Allah ni. Prihatin negara kocar kacir?

Ini semua wayang Tamil Dolah ala Penangi.

Husin rasa dia akan bertanding jawatan Presiden. Jangan percaya si Musang Tak Berbulu Kening. Ada Si Kitul mana beritahu dia boleh dapat 100 dari 191 pencalunan.

Semua si Zahid, Mat Taib, dan Ali Rustam hanyalah komplot untuk menafikan Muhyiddin dari cukup pencalunan melalui blok-blok negeri dan BTN.

[Isa Samad itu cerita peribadi lama dia dengan Muhyiddin. Biarlah! Dia nak jadi Timbalan Presiden untuk jadi Pengerusi Jawatankausa Disiplin UMNO. Selamat tak kena gantung keahlian lagi.]


Bahagian 100 bijik yang konon pro-Dolah tu akan calun Dolah-Najib. Untuk yang balance 91, Zahid blok Perak, Mat Taib blok Selangor, Ali Rustam guna rangkaian Belia 4B, BTN dan Sahabat, Shahidan sebelah utara dan Che Alwi sebelah Kelantan dan Terengganu.

Agong ... maksudnya Kepala Agong akan ubahkan yang dibawah bayu.

Johor senang dan tak payah blok. Semua perasan masing-masing Dato Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail, dan Tun Hussein Onn. Dia akan blok sesama sendiri sampai Johor jadi Muzium.

Apalah nak main-main kotor macam ni?

Biar sesiapa yang nak bertanding dapat dicukupkan pencalunan. Mereka yang akan memimpin kita sepatutnya mereka yang dipilih ahli (dalam kes ini melalui perwakilan) dan mereka-mereka yang berani bertanding dan ditandingkan. Tak ada yang pegang jawatan pakai blok-blok, atau tukar tarikh atau tukar peraturan.

Apabila mudah sangat dapat jawatan tanpa dipertandingkan, perangai mereka jadi macam berok mak ye atau pandai pukul curi macam Kodomo Lion atau mudah mintak maaf.

Tak kira siapa, kita kasi cukupkan pencalunan. Dolah ke, Ku Li ke, Khairy ke, Zahidi ke, Azalina ke, Limah Lawo ke, ... tak kire lah. Cukupkan. Semua jadi anak jantin dan betina.

Bagi mereka-mereka yang nak dikerjakan Mak Dato Ketua Wanita, apa kita nak buat?

Tak akan kita biar dicucuk tuntut nafkah di mahkamah, dicukur misai sebelah dan hantaq cermin muka banyak-banyak.

Kalau lauk termasin, kita tawarkan dengan tambah air atau masukkan sedikit gula. Kalau ditawarkan macam Ustaz Ismail Kamus tawarkan kismis, Insya Allah, boleh cerdik sedikit untuk jawab soalan peperiksaan.

Harap jangan tersalah tawar macam tepong tawar pengantin, mereka jadi macam kucing gersang yang menjadi-jadi.

Cuma ... jikalau sudah terbiasa dengan Kepala Agung, takut tak boleh tawarkan. Serupa macam orang ditawarkan dengan ubat kayap, kayap cuma kering sekejap sudah tumbuh balik nanah.

Wow! Husin tawarkan unta dengan Bismillah Hir Rahman Nir Rahim.

* Diedit pukoi 11 pagi.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya maulana, mungkin susah sikit lah kali ini sebab bahagian2 sudah susah mau kontrol. Bukan macam dulu Ketua Penerangan boleh cucuk hidung ketua2 bahagian.

kluangman berkata...

Dulu semua menikus, sekarang semua terhegeh hegeh, tergedik gedik nak jadi calon.

Masing masing miang macam unta lepas habis pantang beranak sulung.

LensaPR berkata...

Ya tauke unta, masa inilah bikin wang. Jual unta mana boleh kaya dahhh

Faizal Zakaria's Blog berkata...

Lain mcm pulak rasanya kalau tawar diri sendiri :-)


Salam Perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

mie berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Zubli Zainordin berkata...

Husin Lempoyang,

Saya sulah antar itu cermin lima loli sana Jahid punya lumah. Olang itu janji mau bayar, tatak bayar Ooo. Saya lagi otang manyak. Sikalang saya makan nasi moi sama ikan masin...

Aiyo manyak masin lor. Tak tau apa nak muat.

Lucki saya maca you punya pos. Ini pos manyak mangut.

Saya suka ini:

Kalau lauk termasin, kita tawarkan dengan tambah air atau masukkan sedikit gula. Kalau ditawarkan macam Ustaz Ismail Kamus tawarkan kismis, Insya Allah, boleh cerdik sedikit untuk jawab soalan peperiksaan.

Balu saya tau, itu ikan masin, kalau sangat masin, mumuh kismis kah?

Tanpa Nama berkata...

Encik Husin,
Kita tengok statement2 yang mereka buat di atas asas mereka bertanding dan tunggu. Lepas tu kita bandingkan dengan statement2 yang akan mereka buat dan yang telah dibuat.
Agaknya mereka ingat kita bodoh sangat ke atau nak ikut kebodohan mereka?

pokpet berkata...

Kalau itu macam Lolah ka, jom kita sumua kuluar UMNO, masuk Parti Sosialis lagi manyak baik ...

Tanpa Nama berkata...

Kalau muhyiddin tak tanding, saya pilih Nurjazlan banding mat taib yang nama tercemar dan Zahid/Ali Rustam yg harap hensem tapi bodoh

Tanpa Nama berkata...

kacau.. huru hara.. semua dah hormat senior.. nak remajakan UMNO?? hahaha... lantik pengerusi mat rempit lah.. lagi cntik..

Tanpa Nama berkata...

Saya harap sekira ada PM baru, buangkan saja Hadhari. Memang amat mengelirukan, sampai suami saya (bangsa asing) berkata demikian. Islam is Islam mengapa pula nak tambah Hadhari. Orang ramai lagi mempersendakan ugama yang indah ini.
KD