Khamis, Januari 15, 2009

PRK KT: Pedoman dari Labu Labi


... di pengakhir babak felem Nasib Labu Labi ini si Labu dan Labi tercekup orang lain. Labu, Labi dan Haji Bakhil masuk mahkamah dan disabit bersalah. Haji Bakhil ada duit dapat bayar denda dan keluar. Akhirnya si Labu dan Labi yang masuk jel.

Babak-babak felem P Ramlee ini menarik sekali pengajarannya dan banyak pula.

Si bapa mertua yang pekak asyik cakap merepek untuk bermesra dan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah untuk menemuinya. Setiap pengunjung mempunyai niat dan patut diketahui niatnya dahulu. Janganlah terleka nak bermesra.

Bila akhir-akhir dia tahu, baru nak marah-marah. Mana bapa mertua yang pekak dan tak mahu dengar? Bapak mertua marah sebelum atau selepas berlaku?

Kadang-kadang bukan bapa mertua yang pekak, tetapi penyampai maklumat pula satu hal. Ini sebagaimana kisahnya si Labu dan Labi takut memberitahu Haji Bakhil berita buruk penolakkan pinangannya.

Oleh kerana takut nak hadapi kemarahan Haji Bakhil, maka si Labu dan Labi katalah macam-macam. Kelentong punya pelentong, akhirnya terpaksa buat perkara salah demi untuk mengotakan rekaan kata-kata.

Dari satu perkara salah, jadi satu lagi perkara salah. Yang diharapkan tak dapat, yang berlaku dah jadi ke lain. Kalau mengikut felem, kedua punasihat merengkuk dalam jel.

Dalam felem juga, bapa mertua yang kurang mendengar dapat menolak pinangan dan terselamat anak perempuannya dari dicolek. Mungkin di KT, sama juga.

Mungkin sekali menang atau kalah, bapa mertua yang pekak juga yang untung. Kalau kalah, komunis dan hindraf lagi naik kepala. Hudud pun tak capai.

Tapi kalau menang, semua untung. Labu labu ... pekak pekak ...

Aku lesing, tauuu!

7 ulasan:

bungaraya berkata...

Kiasan dalam tulisan mereka yang telah bergelar "lama" memang sukar difahami oleh generasi muda. Minta agar Hussin ertikan maksudnya secara "berusia belasan tahun".

Tanpa Nama berkata...

serban pun dah hilang dah sekarang.. dah pandai pakai seluar yanki.. maklumlah nak kawin dengan cikgu murni..

bukan apa... kalau jadi dia kenakan labu dan labi sampai masuk jel.. anak dia manisah terselamat... buleh dia bagi kawin dengan anak orang kaya... senang seumur hidup.. tak payah menjahit baju hadhari lagi.

kuning

Tanpa Nama berkata...

Eh! Eh! Eh!
Labi! Labi! yang kau nak kan airpot kat labu tu nak buat hape? Bukan kau kira sangat kapal terbang yang nak turun, yang kau kira hanya berapa untung yang akan naik aje. Kalau takat boleh jalan kaki dari klia ke klia-east (apakebendenya tu), baik tok sah buat. Buatlah airpot kat melake ke, pahang ke,kelantan ke.
Haji bakhil memang pekak. Mungkin boleh dengar lepas kena lesing.

Tanpa Nama berkata...

bro husin

Isu Airport Labu ini menjadi semakin hangat. Terima kasih pada bloggers yg aktif highlightkan perkara ini.

Setelah membaca komen-komen pembesar seperti paklah, ong tee kiat dan beberapa menteri kabinet, ianya menjadi semakin mengelirukan. Ada yang berkata ianya satu usaha pihak swasta, jadi kata putus bukan terletak dibawah kementerian berkenaan. Satu kenyataan yang begitu longgar.

Disini saya ingin mencadangkan kepada kepada para blogger agar dapat bersatu dan menubuhkan satu atau dua entiti perniagaan. Ianya perlu dilakukan segera sebelum paklah berundur tidak lama lagi.

Melalui entity perniagaan ini, kita akan panjangkan proposal kepada Pak Lah untuk menubuhkan pasukan polis sendiri, angkatan bersenjata sendiri dan menubuhkan penjara sendiri. kita namakan ianya sebagai Polis Rakyat, Tentera Rakyat dan Penjara Rakyat. Semua kemudahan untuk pasukan ini akan kita usahakan melalui pembiayaan sendiri. Lengkap dengan infrastruktur dan keanggotaan. Saya rasa proposal kita akan diterima kerana tidak melibatkan duit kerajaan dan juga tidak menjejaskan polisi dan dasar kerajaan yang telah dirancangkan.

Mana mungkin Pak Lah akan menolak proposal ini. Airport yang merupakan pintu masuk sesebuah negara, imej negara dan sebuah kawasan yang ditakrifkan sensitif daripada segi keselamatan pun boleh dikompromi, inikan pula hal hal kepentingan rakyat. Lagipun pada masa yang suntuk ini, apa sahaja permintaan yang berpaksikan kepentingan rakyat akan diterima.

3 pasukan beruniform yang ditubuhkan ini akan mememecahkan monopoli kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat. Ramai rakyat yang tidak yakin dengan polis, tentera dan penjara. Oleh itu, patutlah kita menyediakan satu kemudahan yang dapat memenuhi aspirasi rakyat. Sama seperti alas an longgar yang digunakan oleh Tony iaitu MAB gagal memenuhi model penerbanagan murah AA dan rakyat tidak dapat menikmati kos penerbangan yang lebih murah.

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Apa yang ada pada mula huruf P .
Perbandingan antara P Ramlee dan P Dollah :

P Ramlee :-
1. Pengarah Felem
2. Pelakon Felem
3. Pelawak Felem
4. Penulis Lagu
5. Penyanyi Lagu

P Dollah :-
1. Pencuri Wang Rakyat
2. Penipu Rakyat
3. Penyokong Hindraf
4. PM yang taknak pencen
5. Pak Mertua KJ

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Artikel kau dah membosankan, dan pengunjung2 blog kau memberikan komen yang lebih membosankan..

Gred unta kau dah jatuh daa...cheap sale pun susah nak jual



Sedara Jin

Tanpa Nama berkata...

Artikel kau dah membosankan, dan pengunjung2 blog kau memberikan komen yang lebih membosankan..
Gred unta kau dah jatuh daa...cheap sale pun susah nak jual

Sedara Jin
8:01 AM

SIN, YANG DIATAS NI LAGI MEMBOSANKAN. DIA KATA BOSAN TAPI TAK BOSAN2 DTG. AKU INGAT DIA NI NAK MEMBELI TAHI UNTA KAU LAH TU, SIN.