Tak perlu lagi nak mainkan rekod "balik-balik lagu lama" menafikan kekalahan bukan petunjuk UMNO dan BN diketepikan rakyat. Orang dah pakai CD dan tak pakai rekod player lagi.
Apa lagi melihat nak marah dan dendam pasal pembangkang tuduh UMNO bawa undi hantu dan undi pos. Bila jawab begitu bunyi macam sore loser dan akuan tewas dalam psywar.
Jawapan kepada frustasi anda senang. Pecatkan Dolah dan tanamkan Khairy untuk nyah dari UMNO.
Selepas PRU12, Husin lihat orang PAS tidak tunggu-tunggu lagi. Esok hari lepas keputusan keluar, mereka sudah mula mengatur kerja dan bersedia untuk pilihanraya akan datang.
Padahal mereka kalah. UMNO dan BN masih lagi menguasai kerajaan pusat dan kebanyakkan kerajaan negeri-negeri. Dalam Parlimen, BN hanya kurang 8 kerusi untuk dua pertiga majoriti. Sekarang sudah 11 kerusi pula.
Kita mulakan hari ini selepas tewas di Kuala Terengganu dengan semangat dan usaha baru.
Pertama sekali, kita perlu semua-semua ahli-ahli Parlimen BN menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Jangan jadi kaki tidur dan duduk melengkar. Pagi ini semua jangan balik KL dan tempat masing-masing. Ajak turun ahli-ahli UMNO untuk buat pemebrsihan poster dan sepandok di KT.
Kedua, kita perlu pastikan mereka makan makanan yang sihat. Kurangkan makanan berminyak dan lemak serta karbohaidrat. Banyakkan memakan buah-buah dan sayur-sayuran. Ahli-ahli Parlimen BN digalakkan banyak memakan salad dan ulam.
Ketiga, kita mahu mereka mengunjungi kelab kesihatan untuk mengamalkan mandi wap, mandi stim, jacuzi dan urut. Pergi tempat-tempat badan ahli-ahli Parlimen dikerjakan dan bukan ahli-ahli Parlimen mengerjakan.
Keempat, kita mesti banyak mengadakan program-program spiritual dan dalam amalan ugama dan buadaya masing-masing. Ahli Parlimen yang roh dan jiwa bersih membawa kesihatan badan.
Ahhh ... pasti kamu bertanya kenapa-kenapa asyik program untuk ahli-ahli Parlimen.
Kenapa ahli-ahli parti dan pemegang-pemegang jawatan dalam parti tidak ada program? Jangan ingat buykan-bukan dan rasa tidak adil dan demokratik. Adakah ada peruntukkan dan saguhati wang untuk ahli-ahli Parlimen untuk lakukan ini? Cemburu kamu tak dapat, ya?
Haaa ... sebabnya program ini hanya untuk ahli Parlimen adalah untuk mengurangkan kemungkinan ada lagi ahli-ahli Parlimen BN yang mati dalam jangka masa 3-3 1/2 tahun ini.
Susah beb kalau ada lagi pilihanraya kecil.
[Kak Pidah tolong turunkan berat badan, ye? Ijat kurangkan kari dan budu, lebih Salleh Budu tak apa... senaman roh. Ismail Sabri jaga jantung baik-baik, makan rumput banyak-banyak. JJ berhenti letak tangan di tempat-tempat yang perlu tauliah, menambahkan tekanan. AP-AP yang kuat makan kerbau pendik, kurangkan atau berhenti terus. Kerja kerbau pendik pun tak apa. Banyak sangat santan pun tak baik. Pakai minyak sawit Carotino ...]
Wow! Makan unta dan kambing, macam Nabi Muhammad, tak ada sakit-sakit.
27 ulasan:
Apa yang Husin sarankan telah buat Dolah dulu semasa di awal pemerintahan, begitu juga anwar semasa baru dilantik TPM dan Menteri Kewangan.
Mereka berdua begitu rajin berusrah, berkutbah, berjemaah dan ucapan penuh dengan petikan hadis dan kitab pengarang Islam semasa baru pegang'penyapu baru'.
Tapi kini...
Walau BN kalah tapi Husin masih boleh berfikir waras. Tema jaga kesihatan AP supaya tiada yang akan mati sebelum PRU13 nanti kerana jika ini berlaku BN akah hilang lagi kerusinya di Parlimen.
Sy cadangkan posting Husin kali ini dibawa untuk di bahaskan di Parlimen. Mungkin usul akan dicadangkan oleh PL.
Ghaso den Kerry paling sihat antara semua MP.
Dia minum wine. Cicak minum icu tey tarake.
Sin
Antara ahli parlimen yang paling sihat adalah DOlah.
Dia sentiasa cukup tidor.
Kalau Jenab Janda urut MP2 semua, sihat dia orang. Selamat tak ada by election.
BN sombong elit..
Paklah tak tau malu..
Khairy erdogan..buang kelaut.
Menang jadi arang kalah jadi abu..
wahai muslimin sedarlah diri..
Melayu..betapa kecilnya anda..
Pas..buang juga babi2 kafir.
banyakkan ke masjid berjemaah, dan mendengar ceramah atau kuliah agama,
KAU KURANG SAYU LAGI HUSIN....
TIDOR MESTI CUKUP!!!!
JANGAN TIDOR DI MERATA-RATA TEMPAT!!!
UMNO MESTI DIPULIHKAN SEGERA!!!
Husin Lempoyang
Tak ada kah program mereka dapat minyak unta sebotol seorang?
Atau minyak tahi unta ke?
Hehehehehe....
hahaha bijak juga si Husin ni.. idea dia boleh di bincangkan di kedai2 kopi laa, sbb parlimen mana nak bincang benda ni,, kan, kan..
Sin ,
Perbandingan:-
Budaya hidup sihat .
1.Makan lebih sayuran.
2.Makan lebih buahan.
3.Makan lebih bijirin.
4.Minum lebih air mineral.
5.Tidur 6 jam sehari.
Budaya hidup tidak sihat.
1.Makan lebih rasuah.
2.Makan lebih duit rakyat.
3.Makan lebih awek cun.
4.Minum lebih air wiski.
5.Suka curi tidur.
Sin,
Stopa pula kena kurangkan makan siput sedut, banyak kolestrol. Nih Nuar Brahim jadi kah gi Washington D.C nak celebrate Inaugration of Obama sebagai Presiden baru USA. Kalau dia hadhirlah, menitis air mata Pok Nik, orang Palestine Gaza disembelih hidup-hidup dia join majlis bermeriah-meriah. Jangan Nuar, ada hati perut sikit.
Y.B Hisham Gemuk
pok using,
ingak lagi dok lagu sape ni,
jangang menangis jangan bersedeh,
sudoh suratang kehendok taqdir
walaupun beza dok banyok, tapi kaloh jugok,
memang doh nasib diriku bila dah tamak.
ooo ooo ooooo
dulu doh ada timbalang menteri,
kena lah letok nok jaga hati,
saing nok kianat aku dok gari,
akhir nya ku kaloh tergigit jari
sungguh kesiang dengang nasib ku ini.
sekali dengor ikut lagu a.romli best jugok.....deh.
tu dok dengor lagi lagu datuk s.m.salim.karang2 ambe wak lagu apa doh jadi.
Tuan Hussin,
Tahniah Pas.Kalau sudah rezeki kita tak kemana.
Kepada UMNO, jangan putus asa.It's not the end of the world.
Selagi ada nafas selagi itu ada harapan.
Usaha lagi. Mudah-mudahan usaha anda yg ikhlas akan diberkati ALLAH.
Kepada tanpa nama,
Apa hal kau sebut nama aku?
Nak suruh aku urat MP?
HEEEH, tak de hal lah. Bukan setakat MP aje , dengan engkau sekali aku boleh urut.
Nak urut bagi hidup pun boleh,nak urut bagi mati pun boleh.
BangHusin,
Di KT dulu,tak nampak pun Mahyudin.
Mana dia?
Kalauu dia ada mungkin UMNO menang.
Jenab
PLah dan Ali Rustam x kasi Muhyiddin dtg. Dia org saja nak kempen utk pemilihan UMNO.
sin,
tumpang lalu...
Tahniah PAS, Tahniah Pakatan Rakyat ! Swing 5% yang Cukup Bermakna
bang using,
lari tajuk,
lagu apa dah jadi,tan sri s.m.salim.
apa dah jadi,apa dah jadi,
sampai sekarang tak sedar diri,
apa dah jadiiiii
mula2 dulu kalah kat penang,
punya nak sejukan hati,
kata tempat tu kubu si nuar,
hari kalah pula kat KT,
depa cuma kata itu demokrasi,
bukan kerana orang tak sudi,
tak sedar lah lagi.......
apa dah jadi, apa dah jadi,
sampai sekarang tak sedar lagi,
apa dah jadiiiiiii
kalau nak kata salah si najib,
sapa yang pilih itu juga boleh jadi,
nak kata pula salah si khairi,
itu tak juga mungkin kerana si mat said,
kalau begini tak boleh jadi,
betulke ada pertolongan dari derih hadari,
pening lah sendiri.
apa dah jadi,apa dah jadi
sampai sekarang tak sedar diri
apa dah jadi,apa dah jadi,
mana nak sorok diri,
malulah sendiri.
Salam,
Jaga yang dok ada, jangan tamak haloba. Yang pergi sukar datang kembali, yang dok ada kena jaga, takut terbang pergi....
Salam Tuan Husin,
Selagi si Dollah bertakhta, selagi tu lah si menantu bermaharaja-lela, dan selagi tu lah kebencian rakyat semakin membara.
Ana dah tak boleh kata apa.
Hadi suruh Abdullah terus memerintah dan laksanakan banyak lagi reformasi.
bolehkan pemimpin UMNO yang kaya, rumah besar kereta besar hasil duit rasuah dan kronisma serta nepotisma, mengubah corak kehiudpan yang sedarah sedaging dengan mereka kepada hidup yang hussin cadangkan?
Dolah dan Khairi bukan lah jahat sangat.Kalau diorang jahat,srmua akan benci. Tapi tak semua benci.Haji hadi pun tak benci mereka.dalam bn pun ramai yg calunkan Khairi.
Kalau Pembangkang dah suka, maknanya pemimpin tu baguslah.
Ada Faham?
Tuan Husin,
Adakah pemimpin2 UMNO mempunyai 'will power' untuk mengelak serangan wang dari kroni2 Pak Lah?
TIDAKKKKKKK!!!
Maka, selamat tinggal UMNO!!!
Hang kempen ler buat satu muzium untuk UMNO!
Kalau nak lagi berkesan, hantar org2 UMNO ni kusus kat ESQ... kasi bersih kpala otak dorg ni. Bukan mahal kalau dibandingkan duit yg dorg blanja ke over sea gi shoping tu... atau berpoya-poya ngabiskan duit rakyat... kusus kt ESQ tu mmg sesuai utk dorg nih!!!
Dok Dang Doh wehh...
katok mapoh je natu pok loh nie.. bengong!
Catat Ulasan