Isnin, Jun 29, 2009

Ayah Pin nafi Nik Aziz tapi sokong PAS di Manek Urai

LANGIT 26 JUN: Ayah Pin, Ketua Kerajaan Langit hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa Kerajaan Langit bekerjasama dengan UMNO.

Menurut laporan Shamsul Yunos, Ayah Pin mengeluarkan kenyataan mee segera ini kepada semua ketua pengarang, mengerang dan memerang melalui teknologi komunikasi yang direka Ai Tea Em.

Selama ini, Ayah Pin dipercayai menyampaikan kenyataan melalui seorang peguam hak asasi manusia yang mempunyai hubungan dengan seorang pengikut Ayah Pin.

Ayah Pin yang telah menghilangkan diri untuk naik ke langit menuduh UMNO menafikan hak asasi kebebasan mereka untuk menyembah tekoh teh. Katanya lagi, pentadbiran UMNO di Terengganu yang memusnahkan Kerajaan Langit mereka di Besut.

Gambar atas: Kerajaan Langit semasa zaman kegemilangan di bawah naungan pemerintahan Hadi di Terengganu. Penempatan Ayah Pin dimusnahkan di bawah pentadbiran kerajaan Idris Jusoh.
Katanya, kerajaan Terengganu pemerintahan PAS yang diterajui oleh Datuk Maksum Alim Kucing Misai Haji Hadi Awang yang telah memberi mereka naungan untuk berkembang. Rakan-rakan PAS yang sama belajar di Universiti Azhar seperti Cikgu Kamariah adalah mengikuti ajaran mereka.

Atas budi baik PAS, Kerajaan Langit sedia memaafkan kesalahan kenyataan Nik Aziz dan sedai memberi sokongan kepada calun PAS di Manek Uari. Sebanyak 1,000 uncang teh Boh Tea telah dihantar dari langit untuk kegunaan petugas-petugas kempen PAS.

- Agensi Husin Lempoyang

24 ulasan:

MoFiA berkata...

Adoiiii, sakit perut gelak, nasib baik tak putus urat kentut

Amran berkata...

Nak menang terengganu, hadi kena janji nak bina banyak2 teko di bandar2.

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Bab-bab macam inilah yang buat Melayu masih mundur. Kerajaan 2 langkah kehadapan , parti pembangkang Melayu 3 langkah kebelakang. Parti politik bukan Bumi pulak terus sokong hak samarata. Tom Guru patut day bersara Dari politik dan habiskan lebih banyak masa dengan anakcucu. Kalau gini orang Melayu berpolitik, sampai kiamatlah nampaknya baru kita setanding dengan bangsa lain. Insaflah umatku.

Onna berkata...

kihkihkih...gelinya hati membaca posting husin kali nih...tapi dalam kelakau... ada maksud tersirat tu...

Tanpa Nama berkata...

Jika selepas Manek Urai ada lagi pilihanraya, maka tuhan bagi signal utk UMNO hisab diri.

Rascal

Anak Bugis berkata...

ni lah cara org suruhan umno nk burukkan pakatan rakyat..

tp sorry, cara ni akan makan tuan..

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkah cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers? Mungkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

Unknown berkata...

Salam.....

Bila berpolitik jangan bermuzakarah,kerana berlawanan dengan maksud politik.
Cuma kita yang kena profesional dan faham tujuan berpolitik.

Bila berpolitik jangan beragama,takut nanti menjual agama.Dulu haram dan kini halal.Kalau nak berpolitik tinggalkan agama dan tinggalkan bangsa.Baru mudah untuk berpolitik.

Kita bukan maksum seperti baginda Rasullullah.Pengikut kita bukan peduli dan ada akal untuk berfikir.Apa yang kita hukum semua betul,janji PARTI kita menang.

Kalau nak Beragama jangan BERPOLITIK.Mudah kita membetulkan yang salah.Jangan kerja dengan kerajaan,nanti kita dikatakan Pro-Kerajaan.

Kita kini keliru dengan Agama Islam.Ulama PAS dan Ulama BN yang mana satu benar?

Apakata kita merenung sejenak tentang Islam Kita tanpa pengaruh dan sentimen UMNO dan PAS.
Kita jadi orang Melayu yang dipilih Allah mendokong Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong apa yg abghalim cakap..hmm...gelak dengan berfikir x boleh selari,mesti bertentangan..

-reda

MK IV berkata...

aku pun dengar macam tu juga, ayah pin akan berceramah di atas pentas pas...

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Pozi Dollah, nego daging unta lak lepas nih, kalo dio kaloh. Tok seh dah nego ike, sebab ike cepat busuk.

Ibrahim Kassim

Jabit berkata...

Jangan dengar khabar angin..surat khaba pun bukan bleh pecaya..mudahlah tangkap ayah pin nanti kalau dia berceramah atas pentas Pas..tapi baju dacing dia tu takbleh nak pakai le kena bagi husin ni..

wanazizbukanikaziz berkata...

salam.. Pd yg memandang rndah tokey ikan d kuala krai, elok g tgk2 atau tanya kbr pgundi d sana.. Tokey ikan tu rmai pyokong.. Dia jauh lbh baik dr husin tokey unta.. Cuba tnya plangan dia, kalau plangan beli 5 ekorr ikan, grenti dia bg free sekor dua.. Kalau husin, jgn hrap dia nak bg free sekor unta kalau anta beli 5 ekor unta.. Hahaha..

pakcik berkata...

ayah Pin akan turun dari langit ke manek urai.

Bersama-samanya akan ada bidadari dari langit ke empat belas untuk dikahwinkan dgn sesiapa yang rasa dirinya akan masuk syurga.

ayah pin akan merosakkan UMNO kerana UMNO telah dilabelkan oleh PAS sebagai persaingnya.

Ayah PIN tidak mahu berkongsi kuasa dengan mana-mana parti kerana beliau menganggap dirinya adalah sebagai 'THE ONE'.

ayah pin tak sesat..tapi kita yang sesat.

kudus berkata...

Ana dengar budak budak dok cerita tadi dia kata tuan husin ni lah ayah pin.Husin mana pun ana tak tahulah.Tapi dia menyamar jadi saudagar unta..Pengikut pun ada ni..orang nampak dia ada beli teko..ana nak kepastian je..dia takbleh marah ana,nanti ana jual dia kat kedai besi buruk,laku berapa dirham tak tahu le orang tua ni..

melayuangkat berkata...

funny..Ahmad Tea tak de ke??

Pak Su Halim berkata...

hahahhaa..

anak bugis..

yg pecacai pembangkang plak macam mana?? tak salah ka..

opppsss..Pok Nik Ajih kan topekong pembangkang..sumer bule kaw tim maa..cumer bakaq jer colok..pahala pon sampai..

siap Pok Nik Ajih bule dapatkan tiket untuk hampa direct ke surga yg diketuai serta dihuni oleh Anuar..

hahahahhaaaa..

PAPA GOMO berkata...

SALAM BRO...
ARTIKEL NI GUA SAHKAN BENAR!!!
MEMANG FAKTA SAHIH DI SEBALIK CERITA LU NI!!!

Tanpa Nama berkata...

Nik Ajis sekarang dah kena penyakit N1, Bukan H1N1 tapi N1 iaitu Nyanyok Tahap 1. Usah dilayan orang yang dah nyanyok.

Tanpa Nama berkata...

Salam Husin

Lawak r artikel nie. .
Apa kata kalau pas ngn kerajaan langit wat ''kerajaan Perpaduan'' Nmpk gaya ayah pin serasih dgn Nik aziz. .

PKMPL berkata...

kenapa hadi tak berani sentuh ayah pin?

kenapa idris jusoh?

idris jusoh tahu akidah itu penting!

untuk mengetahu kebenaran sila ke blog ana

wira berkata...

Ini bukan Husin punya tulisan ..what's happening?

Tanpa Nama berkata...

Ayah Pin angkasawan pertama Malaysia sebelum Sheikh Muzaffar
dia dah naik langit dahulu....?
Mungkin juga Sheikh Muzaffar naik untuk mencari Ayah Pin...

Tanpa Nama berkata...

Susu cap Teko ada jual kat pasaraya TESCO Kote Baru...

Pada yang tua2.. dulu2 kat radio (belum ada TV) ada sendiwara, TP, TP TP... Hero TP (Tea Pot).... tajaan Susu Cap Teko.


MRSM Kalae Chepo 66/73