Ahad, Jun 07, 2009

Mencari suami original

Macam-macam orang komplen cerita ana tak ori. Memang ana ada ambik cerita tak ori yang diberi sentuhan ori untuk disesuaikan. Yang pentingnya, mesej cerita yang ingin disampaikan dicuba ori. Baiklah, sekarang ana ada cerita pasal ori. Kalau ada yang sudah dengar, tak ori lah juga.


Sekarang ni musim cuti sekolah. Paham-pahamlah cuti sekolah ada musim kahwin. Sana sini majlis untuk meraikan pemuda pemudi berlaga pusat. YB-YB pun banyak dapat jemputan.

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin dengan jejaka yang dipilih sendiri. Dia tidak mahu terkongkong dengan pilihan orang tua tetapi inginkan kebebasan memilih. Ini hak asasi peribadi dan demokrasi yang tidak patut dipaksa. Hebat ...

Dinyatakan hasrat kepada orang tuanya. Jawab orang tuanya, "Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan original."

Dengan ada lampu hijau dari orang tuanya, gadis ini mencarilah pasangan hidup untuk dirinya. Alhamdulillah, bertemulah dengan seorang jejaka yang sopan santun yang cukup menyentuh hati dalam sebulan.

Cuma kriteria original yang diberitahu ayahnya belum diketahui. Itu kenalah tunggu apabila sudah sah suami isteri. Gadis ini budak baik dan suci lagi. Dia tidak mahu test drive atau di test drive.

Berkahwinlah muda dan mudi ini. Setelah selesai upacara akad nikah, malamnya adalah malam yang pertama dilalui bersama. Si suami memakai 'alat pencegah' kononnya untuk merancang keluarga.


Keesokan harinya, si isteri pun mengesahkan kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul original. Orang tuanya bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu original?"

Anaknya yang agak naif dengan selamba bercampur megah memberitahu, "Betul abah. Original. Plastik pun tak bukak lagi ..."

Ayah bukan maksudkan lelaki yang baru keluar kilang tetapi lelaki yang tidak bermuka-muka, ikhlas, dan bersungguh-sungguh.

Hai ... macam sama dengan tersilap mengundi pemimpin. Harapkan pandai cakap, mesra tepuk belakang tiga kali, dan macam sopan santun. Akhirnya baru tahu tak original.

9 ulasan:

Weng berkata...

Permatang Pauh pilih lelaki tak original sebagai wakil rakyat ... hehehe

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,

cerita ni kawan dah dengor. Kira tak ori la jugak. Tapi kalau dalam blog, blog ni saja yang memaparkan cerita-cerita yang sewaktu dengannya.

Tulisan bro memang santai tapi dikaitkan dengan isu semasa. Teruskan bro dengan identiti bro ni. hehehe lawak di pagi minggu la ni.

Oghang Ghombau berkata...

Yang baju biru di bawah tu memang tak original jantan.

Pasal suka jantan pulak ... keh keh keh.

Julai 1hb menjanjikan palbagai drama dan wayang.

Gezet dah mula dah ... macam2 pusing sudah mula.

Tanpa Nama berkata...

Zaman sekarang mana boleh dapat suami ori lagi. Dari pengalaman saya pernah mendengar rungutan;

1. Nak buat majlis perkahwinan dan buat hantaran, hutang beribu. Enam bulan si isteri baru tahu, campur loan belajar, loan kereta.. nak bayar sewa rumah pun tak cukup, kerah isteri kerja

2. Hutang credit card.. padat, hutang dari kawan, isteri tak larat jawab telepon, sang suami asyik sembunyi diri. Isteri terpaksa cari 2kerja untuk menampung hutang suami

3. Nah, nah beranak anak pertama, kena hutang lagi.

4. Tahun kedua, habis hantaran emas termasuk cincin kawin terpaksa digadai, semata nak tolong bayar hutang suami.

5. Tahun ketiga si suami kepenatan bayar hutang, untuk tenang hati, cari perempuan lain, kawin sembunyi, hutang lagi nak menampong majlis perkahsinan baru dan menanggung isteri baru..

6. Tahun keempat, cerai isteri pertama, tak lagi mampu,

PAKATAN RAKYAT LEBIH KURANG CERITA MACAM NIH JUGA.. TAHUN PERTAMA, HUTANG JANJI RAKYAT MASIH TERMENGAH2 TAKLEH DITUNAIKAN, BERTABURAN...

ADUH.. BERMADU TIGA PULAK TU..ITU PASAI DSAI DAH BENGKOK SEKARANG..

JANDA

PARPUKARI berkata...

HE HE HE, TEPUK BELAKANG 3 KALI TU BAHAYA SIN, RAMAI YANG TERLONDEH SELUAR DISEBABKAN TEPUKAN ITU!

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Emarcon berkata...

Tinggal KJ saja lelaki original. Dia dapat komisyen projek stadium kuala terengganu

Nama Tanpa berkata...

Sin

Adakah tak original tu maksudnya luar tabii?

Jeng jeng jeng ...tiga mimggu lebih lagi.

Zawir Al-Hamidi berkata...

Kah kah kah. Boleh pulak tanya ori ke tak ori. Macam-macam. Dunia dah nak terbalik dah kut.

Tpg Pinky berkata...

slm.... kalo x kbratan kita nk publish link awak dn sbhgian isu2 menarik awak kt web page kita. http://pu3bn.blogspot.com

tq