Jumaat, Jun 19, 2009

Pedoman dari Rasulullah dalam menjaga hati "isteri-isteri"

Jangan salah anggap. Ini bukan gambar Rasulullah

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.

Ada satu kisah yang sering disebut-sebutkan mengenai kebijaksanaan Rasulullah dalam menjaga hati isteri-isterinya. Kalau Dato Najib pandai, dia akan dapat pelajaran dari kisah ini.

Suatu hari isteri-isteri baginda telah berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya, "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.

Suatu hari, mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang ku berikan cincin kepadanya".

Isteri-isteri baginda tersenyum puas. Masing-masing menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan masing-masing diberi layanan istimewa oleh Baginda.

Rasulullah tak perlu buat macam cerita Madu Tiga yang kuat berbohong. Bijak ....

Kalau Najib pandai dan dengar, dia patut ikut contoh Rasulullah. Sekarang ramai "isteri-isteri" menuntut layanan istimewa tapi konon helah tuntut keadilan.

Najib boleh baik-baik katakan kepada semua "isteri-isteri" ini, "Kepentingan kamu sentiasa di dalam hati saya. Kita jangan bising-bising menuntut macam-macam. Semua hak dah ada jaminan dan adil disebut dalam Perlembagaan.

"Yang penting, kita buat kerja secara diam-diam dan mesti bersatu bekerjasama. Tapi jangan cerita pada "isteri-isteri" lain."

Najib jangan pula lupa beri peringatan, "Jangan pula mengaku pada Rosmah bahawa kamu "isteri" saya. Susah saya. Saya tak dapat izin tambah cawangan."

Wow! Cuit sikit saja. Jangan tak ada gurau-gurau. Ana kasi kebenaran Najib guna cerita ini.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Sin, betul juga cakap hang tapi yang teruk selalunya bini yang suka banding antara sati sama lain. Permata siapa yang lebih besar atau cantik. Si isteri pula perlulah bersikap puas hati, rezeki katakan. Kalau Najib juga kena guns petua ink khususnya pada rakyat berbilang kaum di Malaysia. Semua kaum pula perlulah your badan.

Salam

ha ha ha berkata...

Patut ko nasihat Pak Najib tu cerita pasal Kain Batik pulak..ha ha ha..

ibrahimkoyan berkata...

Pak Najib tu takut bini. Dgn Rosmah tak boleh berlakun. Rosmah tahu. Kalau nak cuba boleh, tapi mampus!

Dunia Firdaus berkata...

Aku ingat Najib kena belajar Bahasa Hindustan. Bik Mama ashik nyanyi Hisdustan je

Quantum Metal Consultant berkata...

Berapa banyaklah sangatlah duit Najib nak bagi pada Rosmah, gaji PM bukannya besaq sangat..

Untuk melekakan isteri4, elok bagi sorang selori pasiaq, makan memang tak boleh habis, kira pun sampai tak cukup angka...

Tanpa Nama berkata...

Husin,
Laki aku nama Husin juga, tapi orang kampung panggil dia Husin Telegu. Alahai sebab dia gelap sikit je, lain semua OK. Nih hang Husin Lempoyang oii, hang jangan dok memandai buka cerita pasai cawangan. Laki aku kalau dia berani buka cawangan lain, aku bagi dia makan nasi tangas Sofea Jane.

Zubaidah Salleh
Sungai Ular, Kulim.

Yang Peng San berkata...

Hah.hah.hah.hah.hah!!! Cadangan ekau tuan using dah merisaukan ramai org pompuan. Ni hah kak bedah sorang ni siap bagi warning guna nasi tangas...adoiii...alahai!!!...kali ni aku betul2 nak pengsan...hah.hah.hah.hah. Adoiii...sakit perut aku.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
berasiam berkata...

Ada suami yang rasa dirinya bijak, buka cawangan tanpa kebenaran is3 pertama. Nikah di Siam dengan janda muda anak 2, kononnya nak bela anak yatim, balik Malaysia bayar denda nikah luar kawasan. Belikan rumah, belikan kereta untuk is3 muda. Gilirannya bukan mengikut hari tapi lebih kepada mengikut jam. Sampai jam 2 pagi dengan is3 muda, lepas tu balik rumah is3 tua. Nak tutup rahsia dari pengetahuan is3 tua, semua pakaian dibeli serba dua, sampaikan seluar dalam pun serba dua. Tujuannya, supaya is3 tua tak tahu yang sebenarnya dia tukar pakaian di rumah is3 muda, balik rumah is3 tua masih pakai yang sama macam masa dia keluar. Kalau tambah lagi cawangan, kena beli serba 3 pulaklah agaknya.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro....

isteri sekarang tak tau simpan rahsia.

Tanpa Nama berkata...

Najib dah buat dah , suruh isterinya diam diam , tapi mana boleh mereka simpan rahasia , kerana isteri isteri nya yang lain tu lagi berkasih sayang dari kasih sayang najib terutama isterinya bernama pad dan rkp tu sentiasa cemburukan sap kalau sap dapat lebih .....
Tapi aku percaya laki aku 100% tak ada cawangan lain ,sebab dia dah lama ada rumah baru , kat taman kenangan tu , aku selalu jumpa dia pagi Jumaat antar Yasin je...

Merrybj

Oh Oeya berkata...

Selalunya kaum hawa sensitif betul bab-bab "tambah cawangan"
Salam.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Hussin,
Anda mungkin disenarai dalam "most wanted" oleh CIA, ops silap, SIS.

Rascal

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.