Sabtu, Jun 13, 2009
Samy Velu makan tengahhari lauk kari
Samy Velu menerima jemputan untuk merasmikan satu majlis rasmi di Sungai Siput, Perak anjuran Umno. Makan tengahari telah disediakan dan lauk hari itu adalah kari daging.
Apabila dia melihat kuah kari yang pekat, nasi yang masih lembik-lembik panas, acar timun, dan papodum, Samy begitu berselera. Dia sudah pulun dua pinggan.
Masa nak tambah untuk pinggan ke tiga, Samy bertanya pada Ketua Puteri yang melayaninya, "Ini kari kambing, sapa masak?"
Baru disedar Ketua Puteri, "Aisey Man ... Datuk Seri ... I'm sooo sorry, itu bukan kambing. Itu lembu"
"Haah! Saya tak boleh makan lembu," Samy terkejut.
"Mintak maaf Dato Seri. Mintak saya gantikan lauk lain. ... I'm soo sorry," tawaran Ketua Puteri.
Oleh kerana kari itu sedap sangat, Samy tak beri. Dia berkata, "Tak apa. Tak apa. Kasi saya habiskan pinggan ke tiga."
"Eh! Datuk Seri kata tak boleh makan lembu, kenapa Datuk Seri teruskan" tanya Ketua Puteri
"Takpa ... Takpa, saya baru teringat. Saya Hindu Hadhari. Boleh tukar itu law!"
Ketua Puteri rasa bersalah jika Samy terus makan kari lembu itu. Dia mengingatkan, "Tapi Dato Najib sudah tidak sebut-sebut pasal Hadhari lagi. Sekarang 1Malaysia, satu negara pelbagai kaum dan ugama."
"Ayo yo, ini macam saya berhentilah," jawab Samy dengan nada kecewa sambil meminta basuh tangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
kahkah..kahkah...kah..surrr
BANTAI SAJA LA LABU...
TAJAM MENIKAM SIN!!! MUAHAHAHAHAHAHA
makan dalam...menusuk kalbu.. hehehe.. tuan penasihaaaat.. dua ploh persen.. hehe
salam bro,
Hadhari dah tak ada lagi ke? Hilang bersama pengasasnya ye bro.........
hehehe....Kesian Pak Dollah
Tak ada masalah sin sebab niatnya makan kambing..
giler arr husin..keep up the gud work!
Kalau beritahu Rosmah yang masak kari itu, mahu Samy Velu tak renti makan kari lembu.
Ini kari manyak sedap, thangkashi, aneeeeeeeeee mau lagi. MIC dan PPP masih dan akan terus dipimpin oleh mereka yang hendak makan kari walaupun dah 2 pinggan. Mereka tak pernah fikirkan tetamu lain. BN lemah sepatutnya tinggalkanlah kari sikit untuk bekalan anak cucu. Bak kata Tun M, berhentilah makan bila kita rasa enak lagi bukannya lepas kenyang.
Ayo sami bagi itu kari pada orang lain makan la.
Sin..ini satu malaysia..semua satu sekarang..satu harga kereta untuk semua jenis kereta takdak ke?
nak makan pon ada law... hahaha
kuang...kuang...kuang...
org jantan jer yg kuat makan n tak pilih makan..janji perut jadi boroi...lambang kemewahan yer tak
mau belanja Usin pekena sup kambing
kat Jalan Dorasisamy
Catat Ulasan