MANEK URAI Jun 28: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melancarkan slogan kempen PAS untuk pilihanraya kecil Manek Urai.
Slogan yang berbunyi "Membangunkan Islam bersama DAP" dilancarkan ekoran kenyataan kontroversi Nik Aziz menuduh UMNO sama dengan ajaran sesat Ayah Pin.
Dalam ucapannya Nik Aziz menerangkan bahawa hanya PAS sahaja parti yang dianggotai oleh orang Islam. Dengan demikian, parti-parti yang bekerjasama dengan PAS khususnya DAP dan PKR saja bersedia membangunkan Islam.
Penganalisa politik dari Institiut Kajian Politik Antarabangsa, Prof Alvin Bik Spec berkata kenyataan Nik Aziz ini menunjukkan usahanya untuk memenangi balik hati rakan-rakan Pakatan Rakyat PAS.
Pada Khamis lepas, Nik Aziz menyamakan UMNO dengan komunis dan pengikut ajaran Ayah Pin dalam syarahannya. Setakat ini, Nik Aziz masih tidak berganjak dari pendirian dan mencabar Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Abdul Razak berbahas.
Semasa ditanya dalam sidang akhbar samada Lim Kit Siang dan Karpal Singh telah berkompromi berkenaan negara Islam, Nik Aziz menyatakan ini tidak menjadi masaalah. Mereka tidak pernah menentang negara Islam dan kenaytaan mereka hanya laporan palsu oleh media perdana.
Bila ditanya mengenai syarahan seorang pemimpin PAS yang menuntut kepulangan Chin Peng dalam syarahan di Parit Sulong, Nik Aziz kata tidak mengapa. Walaupun UMNO tentang kepulangan komunis pengganas Chin Peng, dia yang penentu untuk tuduh UMNO komunis.
"Serupa macam saya cakap dahulu. Orang UMNO boleh lompat parti masuk Pakatan Rakyat. Tapi kalau orang Pakatan lompat masuk barisan Nasional, saya kata hukumnya haram dan melanggar prinsip demokrasi," kata Nik Aziz dalam sidang akhbar.
Pendiran yang sama diberi Nik Aziz bila diberitahu wartawan peguam yang mengikuti ajaran Ayah Pin adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Nik Aziz. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria merasakan kesal dengan kenyataan Nik Aziz. Tengku Razaleigh yang jarang memberi kenyataan politik turut menegur. Pemimpin dan pengikut PAS enggan memberi respons. Difahami mereka takut dihujani dengan 60 soalan.
Prof Alvin tidak menolak kemunmgkinan Nik Aziz membuka ruang untuk UMNO memenangi pilihanraya Manek Urai dan mungkin telah mengubah hati untuk kerajaan perpaduan. Dia menyamakan dengan Haji Hadi yang pernah mengkafirkan UMNO dua puloh tahun dahulu yang kini condong untuk berkerjasama dengan UMNO.
Seorang pemimpin masyarkat di Manek Urai yang ditanya mengenai perkembangan ini measakan Melayu dan Islam akan bersatu.
Katanya, "Sebabnya mudoh. Tak lamo kita sama Tok Guru ni." - Agensi Husin Lempoyang
25 ulasan:
Entah la... kdg2 kalo kita dengar pada sebelah pihak, x adil utk pihak yg satu lagi.. kita diberi akal utk berfikir menilai baik-buruk.. berfikir la dengan menggunakan mata hati..
Manek Urai mungkin lokasi yang sesuai pembikinan pilem ' Ulamak Melayu Terakhir - sesat dihujung jalan' arahan Lims Pig and Dog dibawah penerbitan AlJuburi.
Hohoho, berapa banyak slogan daa...
Membangun Islam bersama DAP pulak. PKR mana pergi? Takut kena main belakang ke?
Rupanya dalam DAP lagi banyak 'mufti' & 'alim ulama' yang boleh bangunkan negara Islam ciptaan N.Ajis untuk penyokong2 LEMBUnya.
Kalau setakat slogan tak payah la N.Ajis oooiii... apa pengisiannya????
Apa faedah yang rakyat dapat???? Bagaimana hak orang Melayu dan kaum lain???? Makin merapu la orang tua ni jadinya.....
Kalo tok najibul takut nak debat apa kata Tuan Husin ni yang sahut cabaran TG nik aziz..tua sama tua baru ngam..dok kutuk belakang ni apa barang beb..
Kami the Unspnners menyokong Husin Lempoyang untuk berdebat dengan Nik Aziz. Dia selalu berubah-ubah pendirian mengikut selera politik.
Husin patut guna peluang untuk membuktikan Nik Aziz sering flip flop. Baca sini.
SAYA PARPUKARI JUGA BERSETUJU SUPAYA HUSIN LEMPOYANG BERDEBAT DGN NICKY AJIS!
Ana sedia dengan syarat tajuknya mestilah berikut:
Nik Aziz tidak lulus SPM maka tidak layak untuk kerja sebagai guru sekolah dan kerajaan.
huhuahuaha... saudara jabit...kawan rasa... nik aziz takkan nak berdebat dgn husin.. husam musa penasihat dia pun tinggalkan majlis tak nak debat sebab yg dok ganti tu bukan menteri, tak layak.. apatah lagi nik Aziz tu menteri.. hahaha... sure la alasan sama keluar...
Zaman nik aziz mana ada spm daa..tada apalah biar ana mahu debat sama ezam kekotak..masuk tv
Husin , kalau hang menang debat dengan nik aziz pun tak guna 1 sen, depa kata hang buli oghang tua...
biasa ler. dia kan musyidul hamPAS
SKANG DAH PANDAI BELAGAK DAH. NAK BERDEBAT PUN NAK PILIH MENTERI. PERDANA MENTERI PLAK TU. SKIT LAGI NIK AJIS NI BERKATA " PAS NI ANA YG EMPUNYA, DUNIA INI ANA YG EMPUNYA " JADILA NIK AJIS SEMACAM AYAH PIN, ABUYA & YG SEWAKTU DENGANNYA.
Cmne nik ajiz nak debat ngn PM? Nk ckp Islam pun tak btul..ckp Isle. ada ke Nabi ckp Isle? tuduh UMNO ambil Islam sekerat2.. dia tu pun sama ckp tak pernah ckup perkataan.
Buang masa je debat ngn Nik ajiz ni. Kalo dia ckap nak tiru debat presiden US, ajak dia debat dlm bahasa inggeris. mesti dia ter'khalid ibrahim'.hehe..
Dlm tempoh 19 tahun pegang Kelantan, apa jasa dia yg boleh kita kenang sbg bukti dia berjasa kepada negara..?
Umur belum sampai 80 tapi nampak uzur sgt sbb mulut asik maki,kutuk,carut dan fitnah je. hati penuh zulmat.
Che Det umur 84 tahun,still maintain, ckp masih menjadi aura berbisa, idea boleh dipakai.
Bukti : Blog Che Det lebih 20 juta, tok guru lebih 20 org je.hehe
Betullah Nik Aziz tak ada SPM. Nak jadi cikgu ugama, kelulusan minima adalah SPM.
Macam mana Kelantan ni, Menteri Besar tak layak jadi guru sekolah pun?
Ulamak dia tak layak cikgu sekolah ugama???
Anak pak tongkol tahi unta ni pandai le..tak pernah pun ana dgr syarat nak jadi mb kena ada spm..kelulusan ugama tuk guru dari Al azhar Mesir le..lagi tinggi dari spm le..mat taib dulu pun jadi mb ana rasa cikgu lulusan spm je..ajakle Najib lulusan british tu debat dalam bahasa arab kalau bleh..Ada yg banding dgn blog tok guru dgn Dr.M plak,tok guru bkn aktif berblog,dia suka berkuliah kalau nak sampaikan ilmu,bandingle berapa ramai jadi makmum semayang berimam dgn dia..
halo sedara " sekadar jawab " betul bahasa arab tu bahasa syurga tapi kalau setakat pandai cakap arab belum tentu masuk syurga beb. lu dah pergi arab ke kalau dah ko tak tenguk kehidupan sosial diorang macammana lagipun nik ajis tu ahli politik macam yang lain jugak ..tak ada lebihnya pun aku tenguk kalau setakat di puja abuya dengan ayah pin pun kena puja jugak kah kah kah...
hehe..nagagua putar alamsyah..takde pun gua cakap kalau bleh cakap arab masuk syurga.Jadi orang islam ke cam orang arab pun belum tentu semua bleh masuk syurga.Syurga hak Allah untuk tentukan.Kalau Nik Aziz ada kata sokong Pas boleh masuk syurga dah tentu semua orang umno nak sokong sebab takkan taknak masuk syurga..gua tak taksub kat manusia...gua sekadar nak memeriahkan rumah Husin yg sunyi ni..
umno kafir komunis
dap penyokong setia
aisehman ini penyakit flu BARU
hahahhaaa...
baguih dok ada la nie Pok Nik Ajih nie..
kalu org2 PAS masih lagi tak paham2 serta buta hati apa yg Husin tuliskan nie..alamat..2 Jumaat jer la lagi..
Skang nie..PAS dah sekular dah..tu yg pasti nyer..sejak berdamping dengan segala bentuk setan serta iblis yg dok menempek sekeliling depa tu..
hahahahhaaaa..
Membangunkan Islam bersama DAP?
Hahaha ~
dah nyanyuk dah tuuu...bior leee
Catat Ulasan