Gambar: Speaker dewan sekarang, YB Abdul Halim Hussain (kiri).
Speaker dewan baru, Encik Abdul Razak Mohideeen (kanan)
Speaker dewan baru, Encik Abdul Razak Mohideeen (kanan)
P PINANG Jun 3hb - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mansor Othman , hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini, hari ini.
Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman.
Selepas istiadat, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng merangkap Ketua Pakatan rakyat Pulau Pinang mengumumkan rombakan kepada Dewan Undangan Negeri untuk menghadapi sebarang kemungkinan peristiwa seperti di DUN Perak akan berlaku di Pulau Pinang.
"Kami perlu menukar speaker dewan dengan seorang yang tidak mudah dibuang dewan. Namun begitu, DAP masih menghormati susunan yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat untuk jawatan ini diberi kepada PKR.
"Kami telah bersetuju dengan cadangan Dato Seri Anwar untuk melantik Encik Abdul Razak Mohideeen, seorang aktivis AMK dari Tanjung," kata Lim.
Ditanya oleh wartawan, speaker dewan sekarang, Abdul Halim Hussain menyatakan kesediaan beliau untuk mengosongkan kerusi tanpa diheret keluar.
Sementara itu, bekas speaker DUN Perak, YB S Sivakumar memberitahu telah bersedia untuk menghadapi sidang DUN yang dijangka dalam empat ke lima bukan lagi.
Beliau mengaku masih speaker yang sah dan akan duduk di kerusi pada sidang akan datang.
"Kali ini, mereka boleh cuba tarik dan angkat saya. Tapi mereka tak akan kuat untuk angkat saya," kata Sivakumar.
Gambar: Bentuk badan terbaru Sivakumar
Selama beberapa minggu ini, beliau telah melakukan program penambahan berat badan intensif di Restoren Wenggeh, Ipoh. Menurutnya, berat badan beliau boleh mencapai pertambahan 100 kilo untuk masa sidang nanti.
Sivakumar tidak turut sama dalam mogok lapar baru-baru ini. - Agensi Husin Lempoyang
12 ulasan:
Heh heh heh ... nampaknya ini trend baru, sin.
ahli2 politik tak perlu lagi jaga makan.
yang gemuk2 boleh dijadikan speaker dewan undangan.
pandikar amin, program restoren mana pergi bah?
berat camna pun klu haram, kita angkat pki forklif pula.
sekarang ini DAP takut pulak ..haha kelakar la lim guan eng @ umar abd aziz pas ..
Kalau sahabat aku, BGDC boleh ka... kah...kah... bro, tadi siang aku pi ambik gambar tanah wakaf yg bkerajaan BN beri pada kariah masjid Kebun Bunga Dun Batu 3 sejak tahun 1978 utk dijadikan tanah perkuburan orang islam. Malangnya hari ini tanah tersebut diceroboh oleh persatuan cina dan mereka mendapat restu kerajaan negeri Selangor yg baru untuk dijadikan perkuburan cina. la bagus juga utk warga shah alam, undi PAS = undi kuil, undi PKR = kubur cina. Baru kena
BRO, KITA PAKAI CRANE LA..MUAHAHAHAHA
SAYA SUKA ITU GAMBAR MOHIDEEN, MANYAK SEXY WOOO
maka sorang lagi barua komunis dapat pangkat.
Belum pasti 10 orang boleh angkat Razak Mohideen. Nak dekat pun tak berani.
Speaker baru ni siapa, sin? Bodyguard Anwar atau pengganti saiful?
Sin....
ko ni pandai way cite la Sin..
Aku tengok ko ni mcm syok sgt kat Sivakumar ye...asyik2 mesti ada selit nama sivakumar..
Apa yang Siva tu dah buat kat ko?..atau ko syok kat bini dia kot...Sin ..sin..ko dah sunat?
Salam tuan,
hehe banyak lawak..
Habislah tuan kalau Parpu sudah cakap seksi haha
sampai dua kali encik kat caption tu... fuhh perli le tu...hehehhe
Tuan Haji Husin,
Patut lah kerani aku habaq pi semalam, kerani Pejabat Urus Setia Dewan Undangan Negeri ada talipon nak order perabot besi jenis double welding.
Perabot Tan Ah Lee
Tanah Liat
Permatang Pauh
Catat Ulasan