Khamis, Jun 04, 2009

Politik Salam dan Doa

Masa musim pemilihan parti, orang UMNO banyak bertemu, makan-makan dan cakap-cakap. Sesudah habis, ahli atau perwakilan salam-salam dan balik.

Bila balik, acara salam yang paling penting - salam kosong atau salam isi. Ada kata politik salam ini politik wang dan ada anggap ini timbang rasa. Yang pasti, jumpa di jamban PWTC untuk 'settle' pulohan ribu itu rasuah.

Kini masa pemilihan PAS, macam biasa adalah pertemuan, sedikit makan-makan dan lobi melobi. Sesudah selesai, ahli dan perwakilan salam dan balik.

Orang PAS, terutama yang tak YB MP atau YB Adun tak berduit. Bila balik, kata-kata selamat tinggal menarik.

Yang bertanding akan berkata, "Allah yang balas budi (undi) anta tu. Ana doa anta murah rezeki, panjang umur! Doa sungguh ni! Mudah-mudahan murah rezeki anta!" Ada tu pendik saja, "Ana doa, Sheikh!"

Jawapan untuk semua begini, "Tolong doa, ana pun ada mintak projek ni."

Nak kata rasuah, tak boleh. Cuma doa saja. Yang menariknya, dia suruh Allah bagi duit kalau undi dia.

Pada malam terakhir ini, masing-masing tengah sibuk mendoakan sesama sendiri di Shah Alam. Paling sengit, doa mendoa melibatkan Husam atau Nasharuddin.

Jangan main-main, siapa menang bakal jadi Presiden PAS baru. Boleh doakan anta dapat projek. Dua-dua pun YB.

Sibuk Setiausaha Agung, YB Kamaruddin Jaafar nak sediakan banyak sejadah.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husam, kalau ante nak jadi ketua (ante tau ka Husam? Bos cakap Ketua ni cepat masuk neraka!!)

Tapi, sebab ante ada kias-kias, ante tu maksum, tak pa lah. Jadilah Ketua.

Macammanapun kalau ante nak ana doa, ante kena doa banyak banyak untuk ana dulu, boleh kaa?

Cepo

Tanpa Nama berkata...

Dato KJ dan KJ sama saja.

Dia bantu Allah kabulkan doa. Tak payah projek, dapat duit :)

Jahane

Mv Agusta berkata...

haa...haaa, Depa nak kuasa kerja main sub pulak. Dah macam kontraktor. Geli den memikirkan politik PAS untuk semua, bukan Islam untuk semua.

Jamal Pak Tongkol berkata...

Itulah kelebihan PAS.

Bila guna ugama, tak ada orang pertikai. Bila tok lebai kata, orang mudah percaya.

Padahal pakar putarbelit paling kuat. Kepala paling besaq N.Ajis lah. Pendirian dan hukum buat main ikut suka hati dia.

Azizul berkata...

Ana juga ingin mendoakan ante semua sejahtera dan dilipatgandakan rezeki. Mudah2an komisen percent dari blog2 akan bertambah tahun ini. Amin.

Nama Tanpa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
jelitawan01 berkata...

aku dari dulu memang tak cayer ngan org yg berserban besar ni..aku caya kat kitab jer..pasai takkan putar belit cam diorg lilit serban wakakakk.

Terongpipit berkata...

PAS suka politikkan Islam atau Islamkan Politik?
Sama-sama kita tengok... sapa yang kena?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
DefellaKicked berkata...

Habis wang pertaruhan. Habis bungkus semuanya. Proksi no.1 Anwar dipulau oleh perwakilan Muktamar PAS. Husam Musa tewas dengan malu dan cacat celanya. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang berjaya mengekalkan status quo kumpulan professional pro Ulama. Ustaz Nasha mengekalkan jawatannya.

Dari http://garamanis.blogspot.com/2009/06/maklumat-yang-baru-gm-terima-husam.html

Oghe Ghombau berkata...

Sin

Husam kalah tapi dia exco kelantan. Dia masih membantu jadikan doanya.

Nasha menang tapi tak ada kedudukkan dlm mana2 negeri. Menumpang tuah di Bachok. Dia masih berserak kepada tuhan.

Mat Sabu ... macam biasa boleh terus berceramah. Dia board of director penang water ... masyuk ...

Pemerhati berkata...

Jelas politik wayang ala filem direktor Kickdefella gagal untuk Husam.

Politik wayang pun sudah makan KJ yang menang tak dapat apa. Bila Kj nak kena caj rasuah?

Politik wayang hanya dapat kekal sekejap untuk Anwar Ibrahim. Tak lama kekal. Tunggu masa.

blog politik berkata...

Peranan blog semakin penting kerana masyarakat pada masa depan akan semakin terdidik dan mahu membaca laporan yang tidak berat sebelah, apatah lagi media yang cuba menyembunyikan fakta dan kebenaran.