Khamis, Julai 09, 2009

Anak manusia, Anak lembu


Ini cerita ana jumpa di sini mengenai perbualan antara lembu dan ayam. Boleh buat tauladan.

Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu: Kenapa kau kata macam tu?

Ayam: Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu: Hah! Buat apa pulak?

Ayam: Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku. Macamana aku nak dapat anak!

Lembu: Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam: Maksud kau?

Lembu: Aku ni. Kalau fikirkan nasib, aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam: ... (Tak terkata apa-apa!)

Ana terfikirkan anak-anak manusia yang sekarang terlalu bergantung pada susu tin dan kurang mendapat susu ibu.

Padan ibu-ibu dan bapa-bapa pening memikirkan sikap dan perangai anak-anak muda sekarang. Rupanya bukan anak mereka tetapi ANAK LEMBU.

Jangan marah, nanti kena jual.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Aku tunggu golongan pertengahan melayu bandar yang nasionalis bentuk parti siasah baru, bebas dari budaya UMNO, PKR dan PAS. Aku kecewa Sin, selepas Muhyidin dan Fuad Mansuhkan PPSMI. Aku tak mahu generasi selepas aku jadi peasants dan hamba kepada PAS, PKR, DAP, HINDRAF dan PAP Sinagpura.

Nik Rahmah

CankerSaurus berkata...

saudari nik rahmah,
kenapa tak cuba pasok momogun?

mr husin mmg betul. tu kat atas cth anak lembu.

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Aku rasa aku tau la siapa anak lembu tu. Yang suka membontot je kot. Sebab asyik-asyik minum susu cap gantung......... ops sorry susu cap junjung

Tanpa Nama berkata...

demi kuasa politik yg dulu nya kerana sokonga asli (bukan org asli saja)bukan sahaja UMNO tapi PAS dan PKR sanggup jual maruah bangsa.
Mcm cerita lembu.. habis susu najib (bukan rosmah yaa..) org minum tapi tak nak pulak org sokong dia.
Mcm ceria ayam.. habis telur anwar.. tapi tak nak pulak org sokong dia...
Utk sebab org hindu tuhannya lembu..
Itu sebab buddha lebih suka vegetarian..tak de ayam lembu.. tak payah la nak terhutang budi..

Jeffry berkata...

SLM BRO USIN..MAK LEMBU TERLALU BAIK HATI..TAK AKAN BIARKAN ANAK KELAPARAN WLU APE PUN YG TERJADI PD MAK. LEMBU TETAP BERJASA WLUPUN SLALU DI JADIKAN SANTAPAN HARI RAYE KORBAN

jurutera pencen berkata...

sdr Sin,
Macam mana ibubapa sekarang tak pening dengan kelakuan anak-anak mereka dahlah disusu botolkan dengan susu lembu, anak-anak mereka juga diasuh dan membesar bersama bibik dari berbagai bangsa dan pelbagai perangai.Malah ada yang tidur malam pun bersama pengasuh!.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong husin. betul.semuanya lembu. termasuk aku sekali.

-mr.udang-

Tanpa Nama berkata...

Lawak macam tahi lembu kerana pelawak cap ayam.

Rascal

Tanpa Nama berkata...

Kepada jurutera pencen.

Sebenarnya bukan anak saja tidur dengan tidur dengan pengasuh. Bapak pun ada yg tidur dengan pengasuh.


"Kelopak Salak"

Tanpa Nama berkata...

patutlah najib sejak dulu hilang telornya.mungkin rosmah terlampau rajin buat telur dadar.mungkin juga rosmah kerap sangat mengidam egg banjo

nak harapkan telor muhyiddin panasnya cuma sebelum pak lah jatuh dari kerusi PM..sebelum muhyiddin sendiri naik menjadi TPM.

rupanya telor muhyiddin setengah masak juga.kena ketuk dengan sudu (GMP)..tuang kicap (hindraf),tuang lada sulah (cina).telor muhyiddin pun akhirnya jadi santapan jugak

- ada telor lagi...

Tanpa Nama berkata...

Aku minum susu MAK, yes! aku anak omak..

mengkuang berkata...

Dengan unta kita tak leh harap, mai lembu pulak tak dak teloq... anak kita nampaknya nak kena ajar cara lain pulak.. yang jelas depa ni akan hilang anak sedikit masa lagi.. banyak pak angkat di luar sana tu!

ajijasin berkata...

salam alaikum...

memang sekarang banyak anak anak
perangai macam lembu...
sebab mencekik susu lembu dari umur satu hari hingga tua bangka...
sebab apa???
takut "nasi lemak" yang cantik bulat tegang terjojol tu
kendurrrrr lepekkk
takut dah cantik lagi!!!

itu la pasal anak anak sekarang perangai macam lembu
macam setan macam pelesit
kuranggg ajarrrr....

bodoh tak boleyyy diikut
pandai tak boleyyy diajarrr...

dengan mak bapak...derhaka
dengan cikgu...derhaka

aku memang cukup menyampah meluat dengan MAJALAH MANGGA!!!!!
NAK TERJOJOL BIJIK MATA MATA AKU TENGOK...
SEKOR SEKOR PAKAI BAJU
NAMPAK TETEK
NAMPAK SULAO DALAM...
TAK TAU MALU AGAKNYA...
MURAH BETUL...

LEPAS TU NAK LAKI
YANG BERIMAN
YANG SOLEH
YANG HORMAT MAK BAPAK...

BOLEYYY KE DAPAT LAKI MACAM TU KALU DAH MURAH MACAM TU...

Tanpa Nama berkata...

Dah tau mata terjojol beli majalah MANGGA watper..

Ini namanya PAKSA RELA SUPAYA TERjojol..

haiya...ini macma punya olang pun ada ka..

Lu cakap betul2, lu marah butut2 atau marah buat2...

Kalau talak suka jangan beli majalah MANGGA lor..

Cakap talak selupa bikin

Tanpa Nama berkata...

sin, lu kasi jual la sama ini olang ajijasin . hehee