Masa kecik-kecik dulu, Husin suka sakat adik perempuan masa bermain dan bergurau. Apabila kita kacau, dia akan cakap, "Jangan!"
"Jangan lah!"
"Jangaannnn!!!"
Tapi kita buat juga. Kadang-kadang kita kata dan ajuk dia macam-macam, dia akan nafi, "Tidak!"
"Tak pulak!"
Biasalah adik pompuan lembut. Dia tahu pekik jangan dan nafi tidak saja.
Dia pun nakal juga. Jadi dia pun kadang-kadang tak cakap betul-betul dan takut cerita sebenar kerana ada sembunyi benda dari kita.
Husin tak boleh sakat lebih-lebih. Kalau dia dah fed-up betul, dia akan menangis. Bila Emak dan ayah dengar, Husin kena sebat.
Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta, tapi adik sendiri sayang lagi.
17 ulasan:
LOL. agak kelakar encik lempoyang punya post hari ini.(btw "lempoyang" tu apa ek?)
Tapi kan... apa2 pun saya rasa, dah nampak Pak Lah dah mula bangkit. Mungkin dia memang berupaya membawa BN dan UMNO naik semula. Kita tunggu dan lihat, insyaallah.
Apo ko tak habis ngutuk Pak Abaa. Kato oghang, kalo selalu kutok orang, kalo tak kito, anak kito akan seman. Kalo tak anak, cucu pun boleh seman.
Ko tahu apo tu seman. Kalo seman beruk kito suko manjat. Kalo seman lembu, kito suko makan rumput.
Haa..jago-jago kau...nanti seman Pak Abaa...asyik tido. Tak do maso lagi nak memblog.
Kata orang-orang tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Husin Lempoyang ni kerjanya ngutuk tiap hari.
Alahai, kelakarnya kamu ni Husin. Kawan, bila otak dah kusut melihatkan antiks Pak Jangan, eh Pak Tidak, eh Pak Lah lah lah lah, singgahlah kejap di sini untuk menghiburkan hati.
Keep it coming Husin. I really love your style...pukul anak sindir menantu...Tetapi kerap kawan perhatikan, ramailah pengunjung di sini yang terlepas pandang maksud sebenar tulisan Husin kita ni.
Apa pun, kawan pun suka menyakat adik masa kecik-kecik dulu...dan biasalah mereka dengan nada manja-manja bodoh mereka akan jerit "jangaaaan".....
betul tu. kutuk punya kutuk pun kena lah ikut fakta, jangan ikut suka mulut je nak kutuk pak lah tau! berdosa! haha.
haha..kelakar :) tapi when you post, should have basis yeah? lest we poison the minds of our young ones and turn them bitter against their own country. pak lah is a good leader. just give him some time and i believe we'll all be able to see.
Saudara Husin,
Nampaknya blog saudara makin famous hinggakan pencacai dari kem Mr ZZZZZZZZZ dan anak menantunya kini telah mula ambil perhatian.
Kawan tengok dalam postings saudara yang akhir-akhir ni, ramai lah pulak pengunjung yang jarang kawan lihat, dengan komen-komen yang alahai, entah apa-apa.
Kononnya berlagak baik, adil, dan saksama, tetapi niat di sebalikya ialah hendak memasukkan jarum.
Apa pun, saudara, teruskan...postings saudara sentiasa lucu, unik dan paling penting, sentiasa tepat dan mengikut perkembangan...
Alahai Patriot,
Kamu cuba buka minda sikit. Ingat orang yang bukak internet atau kunjung mengunjung blog tuh orang yang sama je ke setiap hari? Takkan nak tumpang baca dan tumpang komen skit pun tak boleh?
Kamu kata "Kononnya berlagak baik, adil, dan saksama, tetapi niat di sebalikya ialah hendak memasukkan jarum" kan? Kamu kata refer sapa ni? Pak Lah?
Ini satu tuduhan yang dangkal. Terutama sekali jika ia hanya berasaskan hanya dari bacaan didalam internet atau hebahan Pakatan Rakyat. Cuba ingat sikit dunia poltik banyak permainan.
Saya harap kamu tolong bawa quote kamu tu sampai akhirat tau. Lepas tuh menjawab la dengan Dia ye. Semoga berjaya!
kita menyokong yang benar..
menentang yang salah..
Putera Bumi,
Pada fikiran kau sape yang benar dan sape yang salah??
Ouch....
adelah pulak orang yang terasa ngan komen kawan.
orang melayu cakap, tak makan cibai tak rase pedas, tak makan belacan takkan bergaruk...
Saya nak tanya... jangan jugakah?
Saya trai...
to patriot
:'tak makan cibai tak rase pedas'??!!
miahaha, ko gay ke?
-ketua gay malaysia
Patriot,
"orang melayu cakap, tak makan cibai tak rase pedas, tak makan belacan takkan bergaruk..."
Jangan lupa bawak skali quote ni ke akhirat yer..Tapi jangan risau. Kalu lupa bawak pun, Tuhan mesti akan ingatkan kamu. Kan?
Panglima/Moderator
Nak komen tak apa.
Tapi spamming tak boleh. Definasi spamming termasuk cut and paste sepenuh artikel ke sini.
Jangan cabar saya, saya pasti buang.
Link tak apa, saya kasi can.
Catat Ulasan