Isnin, April 28, 2008

Si Jenah bawa Pak Aab ke Hospital

Sejak awal bulan Mac tahun ini, si Jenah tidak berapa senang dudok melihatkan suaminya, Si Aab.

Pak Aab memang sudah patut pencen lama tetapi ketua dulu suroh dia ganti tempatnya. Bila dah pegang jawatan, dia susah nak lepaskan jawatan kerana mengenangkan anak dan menantu.

Tetapi sebab dikacau anak dan menantu, kerja Pak Aab jadi kelam kabut. Pekerja dan pelanggan tidak puas hati dan marah. Pemegang saham merasakan dia telah merosakkan syarikat.

Di Mesyuarat Agong syarikat baru-baru ini, hampir Pak Aab dibuang jawatan oleh pelanggan yang pemegang saham. Walaupun dapat mengekalkan jawatan, pemegang saham utama di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Johor dah terang-terang suroh dia berhenti.

Pak Aab menjadi serba salah, kerana mengenangkan perniagaan anak dan kerjaya menantu bergantung kepadanya. Si Jenah pula hendak Si Aab berhenti saja untuk memberi lebih masa untuknya dan dapat bercuti ke rumah di Australia. Harap sangat Aab berhenti tetapi dia macam buat tak tahu saja kepada tuntutan-tuntutan ini.

Ini membuat Jenah risau, maka dia membawa si suami berjumpa doktor untuk diperiksa.

Hari senin tu, ada ruang masa dan Jenah bawa jumpa doktor pakar, Dr R Azman Ali. Pak Aab menanyakan si Jenah, doktor pakar apa? Oleh kerana tidak mahu si suami tahu, dibohongkan dengan mengatakan doktor pakar tidor. Padahal ini doktor pakar otak.

Doktor pun baringkan Pak Aab di dalam mesin scanner untuk pemeriksaan. Mesin scanner itu boleh melihat dan mengambil gambar di dalam otak. Setelah hampir setengah jam, doktor membuat pemeriksaan, si Jenah masuk bilik doktor.

"What did you see doctor?", Si Jenah bertanya.

"We did check his right brain but there is nothing left. So we check his left brian, but there is nothing right?"

Tersentak Si Jenah.

Padanlah si suami tidak respons kepada tuntutan yang dihadapi terhadapnya.

"Is it cancer that has eaten away his brain cell?"

"I would recommend you to another specialist. We just tell him he has no major sleeping disorder but will need to take some medicine to help him sleep."

Apabila Pak Aab keluar dari bilek scan, Si Jenah memberitahu Si Aab apa yang telah dipakat dengan doktor. Pak Aab diajak bawa ke pakar kanser, Dr Jeya.

Si Jenah menyerahkan surat dari Dr R Azman kepada Dr Jeya. Setelah dibaca, mengerut dahi Dr Jeya. Dia berkata, "Saya akan lakukan a special scan untuk Pak Aab."

Si Jenah tak beritahu kepada Si Aab bahawa doktor sedang memeriksanya untuk cancer otak.

Semasa sedang diperiksa dalam bilek pemeriksaan khas, Dr Jeya keluar menemuinya di luar.

"Puan, kami jumpa sedikit tumor dalam tengkorak kepala. Memang tiada lagi tisu otak dalam tengkoraknya. Kami agak hairan bagaimana dia boleh berfungsi sebagai manusia tanpa otak."

Dr. menyambung, "Kami belum habis periksa lagi tetapi ada sesuatu yang pelik. Scan kami menunjukkan tumor yang kami jumpa mempunyai cell otak di dalamnya????"

7 ulasan:

The Eugenist berkata...

HAHAHAHAH!!!

Memang best cerita saudagar nih!

Izinkan saya untuk "copy" cerita ni dan dimuatkan dalam blog saya..ya?

HESMEL FAZNEE FAISAL

Tanpa Nama berkata...

muahahahaaaa...itu cell otak ooo..ade itu ulat sampah sudah gigit...sikit-sikit mau jadi bukit...bila la nak kena potong barah org tua ni...lambat..lagi lambat busuk la...

Tanpa Nama berkata...

Tuan Husin,
Mintak doctor scan TESTIS pak aab sekali, kot-kot dalam testis ada sikit sel otak sedang membesar.
Bukan apa, kebelakangan ini dia dia buat decision not using his head but more like following his dick.
Dulu cerita pasal shafie dan ghazali, tapi michelle yeoh peluk mari.
Dulu cerita pasal tak nak buat harta, tapi anak dan menantu dia dah kaya raya.
Orang sibuk nak election, dia pula sibuk nak erection ngan si jenah.
Orang kata undur LAH, dia kata anak jantan yang ada TELUR pantang mengalah.

Piggy Singh

Tanpa Nama berkata...

Kesian Pak Aab. Hati baik tapi banyak musuh yang suka berangan buat cerita macam ni. How pathetic.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pak Aab baik hati, kenapa dia tidak faham rakyat dan ahli UMNO akur umbi suruh dia berundur?

Malah dia percaya orang beri sokongan padanya.

Betul2 macam sebelum PRU12.

Mesti dia sakit otak ...

Hati baik tapi bodoh nak mampus tak guna juga jadi pemimpin.

Pemuda Pelapis berkata...

Salam Brader Husin,

Rasanya ini kali ketiga saya komen di blog brader. Kali ni sekadar nak maklumkan saya ada buat link topik brader ni dengan artikel baru saya seperti berikut:

The Desperate of Abdullah Badawi

Mintak halal... ha! ha! ha! ha!

Tapi sebenarnya ada bagus jugak saya iklankan "free" artikel brader dalam topik penulisan saya tu.

Jika tak iklankan pun ramai dah kenal siapa Husin Lempoyang cuma kata orang tolong tambah-tambahkan lagi bilangan.

Yang utamanya... secara tidak langsung topik brader ni ada sedikit kaitan dengan artikel saya untuk mengajak manusia berfikir.

Apa pun...
KEEP UP YOUR GOOD JOB!

Husin Lempoyang berkata...

Pemuda Pelapis

Link tak ada hal. Asal bukan spam.

Saya pantang di spam!

Amacam boleh jadi Perdana Menteri?